Sunday, 23 November 2014

RAJA AWAL - DUHAI HATI

Salam, saya one off PLU and silent reader kat blog Naj Mi. Hari ini adalah hari lahir saya (21/11/2014). Tiba-tiba rasa teringin nak share sajak yang saya karang sendiri mengenai apa yang saya rasa didalam blog NajMi, mohon email saya dirahsiakan.. TQVM

sumber dari www.tumblr.com

DUHAI HATI 1

Sukarnya hati bila keinginan tidak seiring zahir
Sepinya hati bila diri sunyi dari cinta
Lukanya hati bila sering mencintai tanpa pernah dicintai
Berangnya hati bila mudah hukuman diberi
Malunya hati untuk berterus terang tentang diri ini
Teringinnya hati untuk merasai walaupun dalam mimpi
Jerihnya hati setiap saat menipu diri
Kosongnya hati tiada siapa untuk dibicarakan rasa ini
Pasrahnya hati menerima fitrah dan dugaan ini
Pedihnya hati tiada ubat untuk menyembuhi
Namun satu yang pasti
Hati sudah tiada hati untuk terus bernafas lagi
Sabarlah duhai hati menanti panggilan Illahi
Sabarlah duhai hati meski ku tahu sabar itu telah lama pergi
Sabarlah duhai hati
Sabarlah.. 
Sabarlah... 
Sabarlah...


DUHAI HATI 2

Andai aku punya pilihan
Ingin ku gembira seperti mereka
Andai aku punya pilihan
Ingin ku bahagia seperti mereka
Andai aku punya pilihan
Ingin ku rasai naluri itu
Andai aku punya pilihan
Pingin sekali rasa dicintai
Kerna hati ini terlalu lelah mencintai
Tanpa pernah dicintai kembali

Sabarlah duhai hati
Ini takdir kita
Sabarlah duhai hati
Ini fitrah kita
Sabarlah duhai hati
Ini ujian kita
Sabarlah duhai hati
Allah itu maha adil
Tidak diuji hambaNya melebihi kemampuannya
Sabarlah duhai hati
Mungkin kita berjaya di sini
Bahagia berganda menanti di sana
Atau mungkin kita tewas
Kita hanya mampu bermimpi di kedua duanya
Sabarlah duhai hati
Meski ku tahu setiap saat kau terluka
Sabarlah duhai hati
Menanti saat hadirnya Izrail
Hadir mengakhiri sisa nafas ini
Hadir menoktahkan kisah lara ini
RAJA AWAL
(bukan nama sebenar) 

5 comments:

  1. Tq for those inspirations.. Bsabarlah, btabahlah duhai hati, cekalkan iman teguhkan pendirian.. Hati plu mmg begini :'( :-(

    ReplyDelete
  2. Saya menangis baca sajak ini. Semoga Allah bagi kekuatan kat awak.

    ReplyDelete
  3. Nice poem... Sebak baca

    ReplyDelete
  4. Sy yg straight ni pun nak nangis baca poem awk tu.. semoga Allah beri awk kekuatan utk teruskan hidup dan lawan perasaan² yang tak sepatutnya ada dalam hati awk. Be strong!

    ReplyDelete
  5. ..sesungguhnya sabar itu indah disisi pencipta walau jauh disudut hati ia sukar utk diungkapkn..merintih pada Ilahi mohon dikurniakan kita kekuatan dan jalan utk menempuhi ranjau ini dgn berhati2 dan dipermudahkan jalan.sama2 kita berdoa ye moga hati kita istiqamah dalam penghijrahan ini.amin

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST