Tuesday, 25 November 2014

PUAN AZLIN, 41 DAN PUAN ROHANA, 60 - DAPAT JANGKITAN HIV DARI SUAMI

Peritnya menanggung derita - Tiada insan yang mahu digelar pembawa HIV namun jika sudah tersurat dalam takdir perjalanan hidup wanita ini, apa yang termampu hanyalah reda dan berserah. Tetapi yang pasti, mereka tidak sesekali patah semangat dengan ujian itu sebaliknya bangkit meneruskan hidup seperti individu normal lain.
 
hanya hiasan
 
KISAH PUAN AZLIN, 41 tahun 
 
Bagi Azlin (bukan nama sebenar), 41, mimpi ngerinya bermula apabila diminta keluarga untuk mengahwini arwah suaminya 18 tahun lalu.
 
Sebagai anak perempuan bongsu dalam keluarga, dia hanya menurut kehendak keluarga tanpa membantah walaupun ketika itu usianya baru mencecah 23 tahun

Namun siapa sangka, keputusan yang dibuat itu mengubah haluan hidupnya 360 darjah. 

“Mungkin kerana usia masih muda, saya menerima lamaran itu tanpa berfikir panjang. Malah, keluarga juga menerimanya dengan baik jadi saya beranggapan ia pilihan terbaik untuk diri saya.

“Memang saya tidak pernah menyangka niat buruk arwah suami sehinggalah saya bergelar isterinya,” katanya ketika ditemui di Rumah Solehah, Kampung Pandan, baru-baru ini.

Sejak di peringkat awal perkahwinannya, pelbagai masalah timbul. Suami yang diharap untuk menumpang kasih ternyata seorang kaki pukul, kaki botol dan tahi judi.

Paling menyedihkan segala nafkah bulanan tidak pernah diberi hinggakan memaksanya bergantung pada pemberian bapa sedangkan ia sepatutnya menjadi tanggungjawab suami.

Walaupun duit yang diperoleh suami sebagai subkontraktor agak lumayan, disebabkan tabiatnya yang suka berjudi menyebabkan ia habis dalam sekelip mata.

“Saya cuba menegur tetapi suami seorang yang keras kepala dan tidak menerima nasihat orang lain. Baginya, dia saja yang betul.

“Malah, suami juga amat pandai berlakon terutama di hadapan keluarga hinggakan ibu dan bapa saya tidak pernah menghidu sikap buruk menantunya itu,” katanya.

Lebih memeritkan apabila segala kemarahan suami dilepaskan pada dirinya. Sepak terajang dan penampar seolah-olah menjadi makanan hariannya, begitu juga segala cercaan dan kata makian hinggakan dia mengalami tekanan perasaan yang amat teruk.

“Saya tidak pernah menyangka akan menerima nasib sebegitu. Disebabkan tertekan, ia turut menjejaskan kualiti kerja hinggakan saya terpaksa berhenti kerja sebagai operator pengeluaran kilang.

“Setiap hari ada saja kesalahan saya di mata suami. Ini membuatkan saya amat tertekan kerana tidak pasti apa lagi mampu dilakukan untuk menyenangkan hatinya,” katanya.

Perkahwinan yang disangka mampu berkekalan hingga ke akhir hayat itu hanya mampu bertahan selama empat bulan apabila suami meninggal dunia disebabkan sakit.

Dia tidak pernah mengetahui penyakit suaminya itu sehinggalah dia disahkan doktor menjadi pembawa HIV positif apabila dimasukkan ke hospital tahun lalu.

“Walaupun sebelum ini arwah suami pernah membayangkan dia sengaja mengahwini saya kerana ingin menjadikan saya sebagai alat penyebar penyakit berkenaan, saya menganggapnya sebagai gurauan.

“Tetapi ternyata ia satu kebenaran yang sukar diterima akal. Apa salah saya padanya ­hinggakan dia sengaja menyebarkan penyakitnya itu kepada saya?” katanya.

Selepas kematian suami, hatinya tidak pernah terbuka untuk berkahwin lain malah serik mahu berumah tangga kerana trauma sepanjang bergelar isteri kepada lelaki berkenaan.

Apabila dipindahkan ke Rumah Solehah, dia berasa seolah diberikan peluang kedua untuk hidup kerana di situ, bukan saja dia diajar kefahaman agama tetapi turut diberikan sokongan untuk meneruskan hidup seperti individu normal lain.

Dia juga bersyukur kerana akhirnya dibukakan pintu hatinya dan bertemu jodoh selepas belasan tahun bergelar janda.

Walaupun masih membuat pertimbangan untuk berumah tangga semula, dia berharap biarlah perkahwinan kali ini terakhir untuknya.

“Saya tidak pernah menyangka pada usia sebegini saya mungkin bakal bergelar pengantin semula. Sebenarnya, pasangan saya itu juga pembawa HIV positif.

“Tetapi ia bukan penghalang kerana kami sudah diberikan panduan sewajarnya untuk mengelakkan penyebaran virus berkenaan,” katanya.

photo hanya hiasan

KISAH PUAN ROHANA, 61 tahun

Sementara itu, Rohana (bukan nama sebenar), 60, juga tidak menjangka sama sekali dijangkiti penyakit berkenaan melalui perhubungan kelamin dengan suami keduanya.

Dia bernasib baik kerana tidak memiliki anak bersama suaminya itu, jika tidak ia mungkin akan merumitkan lagi keadaan.

Malah, Rohana hanya mengetahui menjadi pembawa HIV positif tahun lalu selepas dimasukkan ke hospital kerana darah tinggi dan kencing manis iaitu selepas enam tahun kematian suami keduanya.

“Saya hanya mampu termenung apabila mendapat tahu berita itu, namun reda kerana tahu ia bukan salah saya dan individu yang bertanggungjawab juga sudah tiada.

“Kini apa yang mampu saya lakukan hanya meneruskan kehidupan sebaik mungkin dan cuba mengawal penularan virus itu dengan mengambil ubat-ubatan disediakan pihak hospital,” katanya.

Ibu kepada empat cahaya mata daripada suami pertama itu mengakui, tiada seorangpun anaknya mengetahui mengenai penyakitnya ini serta kediamannya kini.

Walaupun teringin menemui anak-anaknya, dia tidak pasti bagaimana penerimaan mereka kerana statusnya kini yang bergelar pembawa HIV positif.

“Saya sangat merindui anak tetapi tiada cara untuk menghubungi mereka kerana ­masing-masing sudah memiliki kehidupan sendiri.

“Namun, saya sangat berharap untuk bertemu mereka dan menceritakan segalanya agar mereka mampu menerima saya seadanya,” katanya.

Menceritakan kembali kehidupannya sebelum ini, Rohana mengakui arwah suami keduanya bukan saja kaki perempuan malah turut menjadikan aktiviti perbomohan sebagai kerjaya tetapnya.

Lebih malang, suaminya turut memasukkan susuk ke wajah Rohana bagi menaikkan seri wajah

“Saya hanya menerima apa yang dilakukannya tanpa sebarang bantahan kerana sayangkannya tetapi tidak sangka sama sekali ia memberi kesan buruk pada saya.

“Jika difikirkan kembali, saya sentiasa berharap arwah suami mampu berubah ke arah kebaikan dan menjadi ketua keluarga dengan lebih sempurna,” katanya yang kini sudah membuang semua susuk terbabit.

Sejak setahun lalu berada di Rumah Solehah, dia akui berasa semakin tenang dengan melakukan pelbagai aktiviti keagamaan bersama beberapa penghuni lain.

“Walaupun masih bertatih, saya gembira dengan bentuk kehidupan kini dan berharap ia berkekalan seiring dengan usia saya,” katanya.
 
 
Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/20
Sumber dari myMETRO

No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST