Friday, 7 November 2014

PEMUDA KELIRU - JANUARI 2014 SAYA DISAHKAN HIV+ve, 10 BULAN KEMUDIAN SAYA NEGATIF

photo hanya hiasan - www.edgarsnyder.com

Assalam abang Najmi

Mohon pandangan pada januari 2014 saya telah disahkan oleh doktor yang saya telah dijangkiti HIV dan telah pun start HAART sehingga sekarang. Jiwa saya kuat mengatakan bahawa ujian hospital (general hospital) itu tidak tepat, sebab sudah lebih 6 bulan saya start HAART dan baru-baru ini doktor bagi result VIROL LOAD saya menunjukkan 'not detected' CD4 saya normal 500 above.

Baru-baru ni juga saya ada try buat test menggunakan KIT HIV dan result adalah negatif. Saya keliru sama ada saya ada HIV atau tidak. Mohon pencerahan apa yang perlu saya buat sama ada saya perlu ke privet hospital untuk membuat pengesahan status HIV saya.

Buat pengetahuan abang, saya dalam dilema, sama ada saya ada HIV atau tidak, selepas dua kali saya buat test mengunakan HIV KIT dengan keputusan yang negatif. Memandangkan result doktor pada bulan september 2014 lalu VIROL LOAD not detected dan CD4 saya normal, saya nekat berhenti makan HAART sebab HAART menyusahkan hidup saya. Mohon pandangan Abg Najmi. Sekian. - PEMUDA KELIRU 


Salam,

Semasa ujian pertama pada bulan januari 2014 itu, ada buat ujian kali ke 2atau tidak bagi memastikan saudara benar-benar ada positif? Ujian yang dilakukan pada januari itu mengunakan HIV KIT? sepatutnya kena ulang selepas 3 bulan dari tarikh aktiviti berisiko. Walaubagaimana pun semestinya doktor yang merawat saudara lebih mengetahuinya.

Abang tidak pasti sangat mengenai masaalah ini, benar abang pernah dengar dan dinasihatkan oleh seorang rakan agar cuba menjalani ujian HIV sekarang, ada kemungkinan resultnya akan negetif, itu bagi mereka yang tidak mempercayai wujudnya HIV, mereka menganggap ada konspirasi disebalik penyakit HIV/AIDS ini.

Tidak salah jika saudara buat ujian di Klinik Swasta bagi mengesahkan status diri saudara, jika benar negatif tolong rujuk kepada doktor dihospital yang merawat saudara. Sangat penting jangan stop pengambilan HAART tanpa merujuk kepada pandangan doktor peribadi kita. Kena berbincang dan dapatkan nasihat dari mereka yang lebih berpengalaman. - NAJMI 

"Bagi yang makan HAART dengan sempurna reading Virol Load akan undetecable dan CD4 juga semakin meningkat. Ada kes mereka yang Virol Load undetecable apabila buat rapid test HIV akan false negatif ini kerana virus yang sangat rendah dalam darah untuk pengesahan boleh buat semula HIV test makmal seperti ELISA atau Western Blot ini apa yang saya paham" - (jawaban dari seorang pembaca mengenai masaalah ini)



Terima Kasih atas pandangan abang Najmi.

FYI, segala procedure ujian dijalan di LAB general hospital, betul abang Najmi, 1st saya buat ujian dan selepas itu doktor minta saya buat 2nd repeat test, dan result positive. Dan saya start HAART pada januari 2014. Ujian darah untuk CD4 dan VIROL LOAD saya pada September lalu baik, dua hari selepas itulah saya try untuk test mengunakan KIT HIV. Dua kali saya buat test result adalah negatif.

Pada pandangan saya, HIV KIT ini dari segi ke accurate nya tu tidak beberapa tepat. So hari ni, saya nekad buat HIV screen di KPJ untuk pengesahan status HIV saya. Saya akan share untuk result saya yang terbaru dari privet Hospital itu nanti.

Jika sememangnya saya positif, saya redha atas segala ketentuan Allah. Ini adalah sebahagian ganjaran hukuman atas perbuatan saya yang melanggar perintah dan larangn dari Tuhan Yang Esa... 'HIDUP MESTI DITERUSKAN". Sekian. -
PEMUDA KELIRU


Salam,

Yang biasa abang dengar HIV KIT ketepatannya 99.9% (ada lain yang kata 99.8%), abang sendiri tidak pasti apa yang berlaku. Macam abang kata dulu ada seorang rakan suruh abang buat ujian HIV sebab katanya kemungkinan result abang akan jadi negetif (sebab kepercayaan mereka berkaitan dengan konspirasi HIV AIDS) Tapi abang tidak pernah buat.

Ya jalan terbaik buat ujian di hospital swasta (KPJ) atau boleh juga ke BP LAB, jika benarlah negatif saudara kena rujuk pada pihak hospital kerajaan, maklumkan dan pastinya siasatan akan dilakukan. Jika ada perkembangan maklumkan kepada abang nanti ya.... - NAJMI 



Salam abang Najmi,

Seperti yang abang tahu saya kemudian buat keputusan untuk confirm status HIV saya di KPJ. Saya berjumpa dengan doktor pakar General & Respiratory Physician. Layanan staff dan doktor sangat baik. Sebelum tu saya mohon pada doktor agar ujan lab yang saya buat tidak direkod kan dalam laporan perubatan kerana saya pernah admitted kat KPJ tu, takut jugak kalau insurance dapat tahu status saya nanti problem pulakketika urusan dimasa akan datang. Hermm.. macam tulah dilema yang perlu ditanggung.

Kemudian saya di bawa ke LAB untuk proses ambil darah dan saya kemudian hanya mampu menunggu keputusan, semoga ada pencerahan disebalik kekeliruan status HIV saya. Proses test di lab mengambil masa dalam satu jam dan selepas itu saya request pada doktor just call saya melalu phone jika result saya sudah siap.

Dalam perjalan balik ke rumah, doktor call dan bagi tahu berkenaan dengan result saya dan ternyata result memang POSITIF, so saya tidak terkejut pun. tidak rasa apa-apa, mugkin sebab dah boleh terima status diri positif HIV sebelum ni, cumanya sebab nak betul-betul confirm aje lagi.

Doktor suruh saya kembali ke hospital buat western Blood untuk pengesahan. So saya bagi tahu kat doktor itu, urusan hanya setakat itu sahaja, sebabnya apa yang saya tahu ujian lab kebiasaannya tepat dan tidak ada lagi feel was-was dan dilema yang saya tanggung, just apa yang patut saya lakukan adalah teruskan adalah teruskan kehidupan, buat yang terbaik pada diri sendiri dan semoga saya sihat selalu..hehe.

Berkenaan dengan HIV TEST KIT ni, sejauh mana ketepatan resultnya saya pun tidak beberapa pasti. Bedasarkan pandangan komentar, mungkin ada betulnya kalau kita consistent dalam pengambilan HAART, CD4 normal dan VIROL LOAD undetectable dan try buat test melalui HIV KIT ni, result kebarang kalian false negatif, macam itu la kot agaknya.Apa-apa pun nanti saya nak tanya doktor (GH), untuk next schedule apa pandangan dia berkennaan dengann test HIV KIT ni. Apa-apa pun boleh lah saya sharekan.

So, sudah sebulan saya stop HAART, kena lah continue balik untuk terus kekalkan CD4 pada tahap normal dan agar VIROL LOAD undetectable. Alangkah bahagiaanya hidup tanpa HAART, tapi apakan daya demi meneruskan kelangsungan hidup.. huhu. Hopefully start HAART balik tidak ada apa-apa yang terjadi, mana lah tahukan jadi resistancet pulak ke, apa-apa pun life must go on.. betul tak.. hehe. Terima kasih abang Najmi for your advice, very appreciate. Sekian. - PEMUDA KELIRU


Salam

Alhamdulillah sebab saudara ada usaha kembali berjumpa doktor, bagi memastikan sama ada benarkan saudara tidak ada HIV, sebab jika saudara berterusan stop HAART tanpa pengetahuan doktor, pasti akan memudaratkan kesihatan saudara. Tindakan saudara itu adalah betul...kena pastikan dengan betul status diri kita.

Nasihat saya pada PLHIV lain sekiranya sudah disahkan positif HIV sama ada telah atau belum mula kan HAART, jika ada buat ujian test HIV sendiri mengunakan HIV KIT jika didapati negatif, kena rujuk pada doktor yang merawatan kita dihospital. Jangan ambil tindakan dengan memberhentikan pengambilan HAART tanpa pengetahuan doktor. 

Dan sebaiknya elak mengunakan HIV KIT (bukan bermaksud tidak boleh guna) tetapi lebih baik buat ujian di makmal. Dan saya dengar pengunaan HIV KIT di hospital kerajaan pada hari ini akan dihentikan secara berperingkat-peringkat dan akan beralih kepada ujian yang dilakukan di makmal. 

"Sebab itu Rapid Test Kit Dimansuhkan. Dan penggunaan ujian antibodi (hiv rapid test kit) secara peribadi tidak di galakkan kepada individu yang berisiko. Walau macam mana pun  (mereka yang was-was dengan result setelah mengunakan HIV KIT yang dilakukan dirumah) boleh buat ujian saringan sekali lagi di klinik kerajaan, swasta atau di Lab seperti BP Lab atau Path Lab. Bagi mempermudahkan surat rujukan dikeluarkan untuk rawatan selanjutnya jika confirm positive.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah memansuhkan penggunaan HIV Rapid Test Kit. Walaupun bagaimanapun masih ada sebahagiannya (hospital) yang masih menggunakannya. Permansuhan berperingkat dan menyeluruh sedang berjalan seluruh Malaysia di bawah KKM" - LUKA RAFIEQA

Abang harap saudara terus diberi kekuatan dan kesihatan yang baik serta sentiasa dirahmati Allah selalu...AMIN2. - NAJMI 




Sumber dari ruang komen 
pembaca didalam entri diSINI 



14 comments:

  1. Salam abg.. sy perna buat test hiv kat klinik.. dlm repot tu tulis hiv1 and 2 ag/ab not detected ..... performed based on cmia principle.. dorg buat test guna makmal ker guna kit ni bang???? Sbb sy dpt rslt 24 jam.. spttnya 3hari tp d sbbkn nurse 2 nmpk sy ni cuak sgt so die tlg cptkan proses

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Maaf abg tidak beberapa pasti bagaimana ujian termasuk yang ada ab/ag ini dilakukan. Harap adalah pembaca lain yang tahu mengenainya, boleh tolong terangkanya disini..

      Delete
    2. Sy buat kat klinik bang.. dlm repot tu tulis buat guna cmia principle sy ada bc yg ag/ab ni 4th gneration pny kit.. dia bkn test kit kecik 2 dia mesin.. betulka bang?? So maknya sy xperlu buat lagila? Sbb dah mmg sy buat test kat klinik.. nm klinik 2 nur sejahtera under lpkkn... mahal plak 2...

      Delete
    3. Kalau CMIA yang ada ujian ab/ag tu yang abg tahu dikatakan boleh kesan kuman seawal selepas 28 hari dr aktiviti berisiko...

      Delete
  2. Assalamualikum abg....adakah sesiapa yang melakukan ujian rapid test di klinik kerajaan dalam tempoh 21 hari,3bulan dan 6 bulan perlu ulangi semula.ujian menggunakan ujian makmal,disebabkan rapid test tidak tepat ni sperti dakwaan sahabat kita di atas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Seingat abg tidak ada sesiapa (pembaca atau rakan2 fb) abang yang pernah cerita mengalami masaalah seperti itu...

      Delete
    2. JADI PADA PENDAPAT ABG PERLU KE SAYA MENGULANGI UJIAN DENGAN UJIAN LAB PULA,BUKAN GUNA RAPD TEST ANONY 7:56

      Delete
    3. Salam,

      Terpulang pada diri sendiri, kalau nak buat pun tak salah..boleh aje buat bagi menghilangkan was2 dalam hati tu...Pada abg buat lah, supaya tidak ada keraguan dalam hati lagi kan...

      Delete
    4. Assalamulaikum abg moga sihat dan dipermudahkan urusan....
      Alhamdulillah dah buat di
      10/11/14
      bulan ke 8
      BP LAB
      Anti-Hiv Screening Test =HIV Ag/Ab screening (CMIA):Non-Reactive
      Rm 50

      Tu kira dah konkrit la ye abg?
      Sesiapa ingin buat test jika darah diambil sebelum jam 12 tengahari InsyaAllah result keesokannya(di hantar ke Lab BP LAB IPOH)

      Delete
    5. Salam,

      Selepas lapan bulan ujian dibuat guna CMIA - NON Reactive... maknanya dah konkrit tu..alhamdulillah

      Delete
  3. Salam abg najmi.
    Sy disahkn hiv +ve pada 3hr lps selepas mmbuat pemeriksaan di klinik swasta.ini kerana bdn asyik letih dan pening2.keesokannya dirujuk ke hospital umum dan disahkn sama.cuma menjadi persoalan.simptom2 itu adakah masih diperingkat awal krn ujian lab mngambil masa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Ujian Lab mengambil masa??? beberapa hari ker? tentu ujian dilakukan di makmal. Perlu diingat simptom setelah dijangkiti HIV mungkin berbeza diantara seseorang dg seorang yang lain. Ada yang mengalaminya dg cepat ada juga yang lewat, malah ada yang tidak mengalami sebarang simptom...sebab itu ada window period bagi ujian HIV iaitu 3 bulan...Jika saudara melakukan ujian selepas 3 bulan dr tarikh aktiviti berisiko, maka resultnya itu telah tepat....Wallahuallam

      Delete
    2. Sebaiknya buat ujian selepas 3-4 minggu selepas aktiviti berisiko

      Delete
  4. Hello abeh Naj Mi,


    Gua bukan Melayu. Gua saja tumpang discussion. Aktiviti berisiko gua pada 30 Oktober dan gua pergi PTF tadi buat HIV test (18 Disember) dan hasilnya negatif. Tapi gua masih ragu2 dan tak percaya, oleh tu gua akan pergi check kat klinik tahun dpn Januari untuk letakkan segala beban ke arah kenyataan. Sejak balik dari Pulau Pinang ada ruam di bawah peha yang tumbuh satu line dan gatal gila. Ruam tumbuh di tangan, kadang2 ada, kadang2 lesap. Pelik sangat, gua pernah juga cirit-birit kau2 punya bangun pukul 4 pagi business sampai masuk kerja pun kena amik masa ulang-alik work desk dan tandas. Pernah juga demam tapi demam lps berhenti kerja pada bulan 6. Aktiviti risiko start bulan April. Cirit-birit tu bulan May. Last skali aktiviti risiko Oct seperti terpampang di atas.

    Gua ingat nk g check sekali lagi, apa saranan abe Naj?

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST