Friday, 28 November 2014

KENALI 15 TANDA HIV POSITIF

Ramai orang yang tidak tahu diri mereka telah dijangkiti virus HIV (Human Immunodeficiency Virus). Tanda-tanda HIV sendiri mula muncul hanya selepas masa "inkubasi" (masa mulai saat penyebab penyakit masuk ke dalam tubuh (saat penularan) sampai saat timbulnya penyakit) berakhir.

Jika virus itu tertidur dalam aliran darah, anda mungkin tidak melihat gejala-gejala HIV selama bertahun-tahun akan datang. Namun, ketika tanda-tanda HIV mula muncul, keadaan anda akan merosot dengan cepat. Berikut adalah beberapa tanda-tanda HIV yang perlu anda kenali, terutama bagi kalangan penguna dadah (jarum suntik) dan pelaku seks bebas.



1. Demam secara mendadak
Ketika anda pertama kali terkena virus HIV, anda mungkin akan mengalami demam ringan. Demam akan disertai dengan batuk dan selsema. Demam ini reda dalam beberapa hari dan anda mungkin tidak akan mengalami gejala lain selama bertahun-tahun akan datang.


2. Keletihan (lelah)
Ini adalah tanda awal HIV yang sering diabaikan. Keletihan boleh terjadi kerana beberapa sebab. Tetapi jika anda telah mendapat tidur dengan sempurna, mempunyai cukup rehat tetapi tetap masih merasa lelah sepanjang masa, hal itu perlu diberi perhatian.


3. Demam yang mengganggu
Demam yang anda alami saat dijangkiti HIV adalah sangat berbeza dengan demam yang anda derita sebelumnya. Ianya seperti demam ringan yang mengganggu dan berterusan selama berminggu-minggu.


4. Pembengkakan kelenjar
Pembengkakan kelenjar (getah bening) biasa terjadi kerana kelenjar ini juga merupakan sebahagian daripada sistem imun yang akan mengalami keradangan jika berlaku jangkitan. Kelenjar banyak dijumpai di ketiak, paha, dan leher.


5. Sakit kepala
Ketika seseorang positif HIV, anda akan mengalami sakit kepala yang berterusan yang menyebabkan anda merasa demam dan lemah.


6. Sakit tekak
Jangkitan HIV membuat seseorang terdedah menderita gejala seperti selesema, sakit tekak dan batuk. Hal ini kerana mekanisme pertahanan tubuh anda sedang turun.


7. Kepekaan kulit
Mereka yang positif HIV akan menjadi terlalu sensitif pada bahagian kulit. Adakalanya, hanya sedikit calar sahaja boleh berubah menjadi ruam kulit atau membuat anda berdarah.


8. Mual dan cirit-birit
Pesakit HIV akan kehilangan nafsu makan kerana mual dan makanan tidak boleh dicerna dengan baik. Hal ini kerana bakteria baik dalam perut mati secara perlahan-lahan.


9. Perubahan warna kuku 
Kuku akan tumbuh lebih tebal, mengeriting dan bahkan berubah warna apabila seseorang HIV positif. Hal ini terutama disebabkan oleh yis dan jangkitan kulat pada kuku.


10. Berpeluh di malam hari
Sama seperti wanita yang mengalami menopause, orang HIV positif akan sering berpeluh di malam hari. Mereka akan berpeluh di tengah malam sehingga menjadi sukar tidur lelap.


11. Jangkitan atau luka genital
Virus HIV hadir dalam cecair kelamin seperti lendir. Kerana itulah, mengapa hal itu boleh menyebabkan jangkitan genital seperti herpes dan luka pada tahap lanjut.


12. Kesemutan di tangan dan kaki
Pesakit HIV positif akan merasakan sensasi cucukan (berdenyut-denyut) yang berlaku disekitar tubuh. Mereka akan merasakan sensasi (berdenyut-denyut) seperti dicucuk jarum pada bahagian hujung jari tangan dan jari kaki, yang terjadi apabila virus mula mempengaruhi sistem saraf.


13. Kekeliruan dan kehilangan memori
Virus HIV mempengaruhi = setiap bahagian badan, termasuk sel-sel otak. Terkadang, virus ini boleh menyebabkan demensia, kebingungan dan kehilangan memori pada tahap selanjutnya dari jangkitan.


14. Haid tidak teratur
Perempuan yang positif HIV akan mengalami masalah dalam kitaran haid mereka, yang menyebabkan tempoh mereka jadi tidak teratur dan lebih sedikit. Hal ini terutama kerana jumlah darah menurun dan kerosakan kesihatan secara keseluruhan


15. Berat badan turun drastik
Ketika seseorang berada di peringkat HIV yang selanjutnya, dia akan kehilangan sejumlah besar berat badannya kerana serangan cirit-birit dan jangkitan. 

Sumber - Merdeka.com



TERUTAMANYA dikalangan mereka yang ada melakukan aktiviti-aktiviti berisiko seperti dikalangan penagih dadah (yang berkongsi mengunakan jarum suntikan) serta dikalangan mereka yang gemar melakukan hubungan seks bebas bertukar pasangan tidak kira dengan lelaki atau perempuan tanpa mengunakan kondom, jadikanlah tanda-tanda ini sebagai panduan agar anda segera menjalani ujian darah (HIV test). 

Tidak perlu tanya banyak atau fikir yang bukan-bukan sehingga boleh menyebabkan diri kita tertekan atau stress. Perlu diingat tanda-tanda diatas boleh juga kemungkinan berlaku disebabkan oleh masaalah penyakit-penyakit lain.

JADI SEKIRANYA ANDA ADA (PERNAH) melakukan aktiviti berisiko dan ada mengalami tanda-tanda seperti diatas, terus sahaja buat ujian HIV. Kerana hanya dengan menjalani ujian HIV sahaja kita dapat mengetahui status HIV kita samaada negatif atau positif. – NAJMI 

Lain-lain entri yang berkaitan klik dilabel ini



 

9 comments:

  1. Salam abg najmi... saya nak tanya sekiranya seorang itu bebas hiv tetapi terkena kuku seorang penghidap hiv sehingga membuatkan kulit yg bebas hiv itu terluka.. adaka yg bebas hiv tu akan dijangkiti hiv??

    ReplyDelete
  2. Salam

    Abg njmi.. sy nk tnya.. sekiranya air liur/ lidah pnghidap hiv terkene pada kesan luka seorg yg bebas hiv.. adakah ianya akan berjangkit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Pandangan abg 50-50, tapi lebih kepada TIDAK berjangkit sebab memang hiv ada didalam air liur tetapi jumlahnya sangat sedikit sehingga tidak memungkinkan boleh berlaku jangkitan, Memerlukan berbaldi2 air liur baru boleh berjangkit. WALLAHUALLAM

      Delete
  3. Salam nak tanya..saya dah dignisis + dah dkt 8 bulan sebab cek darah tapi tiada langsung tanda2 simotom awal tu..sejak disahkan saya byk makan habatusaudah madu dan ubat tuan hj mohammad..alhamdulillah saya x demam cume la ni xberani cek darah sbb trauma..sy dah makan ubat tuan hj sejak 6 bulan lepas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga saudara terus sihat...kesan mungkin berlainan diantara satu sama lain, sebaiknya dptkan nasihat dr doc dulu...:)

      Delete
  4. Salam nak tanya..saya dah dignisis + dah dkt 8 bulan sebab cek darah tapi tiada langsung tanda2 simotom awal tu..sejak disahkan saya byk makan habatusaudah madu dan ubat tuan hj mohammad..alhamdulillah saya x demam cume la ni xberani cek darah sbb trauma..sy dah makan ubat tuan hj sejak 6 bulan lepas..

    ReplyDelete
  5. Salam abg najmi....pd 27/3 sy telah melakukan aktiviti berisiko...pd mula sy memakai kondom sewaktu melakukan aktiviti...kemudian sy membuka kondom n melakukan aktivit tersebut tanpa kondom...kemudian sy lepaskan air mani d bhgian luar faraj......sy bimbng n riso sgt2 d jangkiti hiv. Sy telah melakukan ujian hiv menggunakan test kit hiv pd 14/4 keputusan die -ve....adakh ujian sy lakukan ni sy bebas hiv?? Adakah test yg tok 3 bulan berikut akan mdapt keputusan yg same....jiwa kacau.....

    ReplyDelete
  6. Salam abg najmi....pd 27/3 sy telah melakukan aktiviti berisiko...pd mula sy memakai kondom sewaktu melakukan aktiviti...kemudian sy membuka kondom n melakukan aktivit tersebut tanpa kondom...kemudian sy lepaskan air mani d bhgian luar faraj......sy bimbng n riso sgt2 d jangkiti hiv. Sy telah melakukan ujian hiv menggunakan test kit hiv pd 14/4 keputusan die -ve....adakh ujian sy lakukan ni sy bebas hiv?? Adakah test yg tok 3 bulan berikut akan mdapt keputusan yg same....jiwa kacau.....

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST