Sunday, 23 November 2014

GLAM LELAKI – UBAH STIGMA AIDS – BAHAGIAN 3


sumber dari facebook GLAM Lelaki

“Apakah cabaran terbesar Majlis AIDS Malaysia setakat ini?”. 

Sumber kewangan tidak pernah cukup. Pertubuhan Yayasan AIDS Malaysia bertujuan mengumpul dana bagi mengkoordinasi program-program berkaiatn HIV dan AIDS di Malaysia. Sekarang kita sudah kekurangan dana. Dan cabaran yang paling besar yang kami harungi adalah berhadapan dengan masyarakat yang sukar untuk menerima dan mendengar topic berkaitan seks.

Kami sebulat suara mahu menekankan aspek pencegahan dari dijangkiti HIV, jadi topi seks harus diutamakan. Meyentuh sahaja topik seks, orang akan rasa malu dan tidak mahu kehadapan berbincang tentangnya. Kerana topik seks merangkumi cara-cara memakai kondom yang betul, kepentingan melakukan hubungan seks menggunakan kondom dan sebagainya. Bagi sesetengah orang topik seks sangat kontroversial. We need to talk about sex. It’s going to be very tough dan challenging. Suka atau tidak banyak orang melakukan hubungan seks tak kira identiti, jantina dan beragama tinggi atau pun tidak. Masyarakat kita perlu faham dan tahu segalanya tentang seks. Kami bukanlah berniat mengalakkan hubungan seks tetapi hari ini gejala seks bebas adalah meluas. We need to stop this and educate people.”

“Adakah cara pendekatan tersebut berkesan?”

“I like to think that it is working. Saya mahukan orang sekurang-kurangnya datang untuk mendapatkan nasihat dan melakukan ujian HIV. Saya pernah bertemu dengan seorang wanita yang dianiaya suami. Wanita tersebut tahu yang suaminya selalu ‘makan luar’ dan setiap kali dia cuba menyoal suaminya tentang aktivitinya itu, dia ditampar. Dan lebih menghampakan suaminya masih meminta isterinya untuk melakukan hubungan seks dengannya tanpa menggunakan kondom. Dan sebab itu wanita itu membuat ujian HIV dan dia mendapat keputusan nagetif. Wanita itu berkata kepada saya, “Saya Cuma menunggu masa sahaja untuk menjadi HIV positif”. Tetapi apa yang boleh dia lakukan? Dia tahu segalanya tentang pencegahan HIV, but there’s nothing she can do. Kesian dia.”

“In that case, does Majlis AIDS Malaysia have any strategy to get people tested? 

“Inilah yang sedang kami usahakan. Bagi mereka yang berisiko pergilah buat ujian HIV. Dan salah satu pendekatan kami adalah menggunakan selebriti tempatan untuk menyampaikan mesej dan usaha kami. Aaron Aziz, Fahrin Ahmad, Najwa Latiff, Hafiz Hamidun antaranya. Setiap selebriti memainkan peranan masing-masing dan alhamdulillah sejak pengelibatan mereka usaha kami untuk menyalurkan maklumat dan pendedahan mengenai maklumat tepat mengenai HIV dan AIDS di Malaysia semakin meningkat.”


MENGIKIS STIGMA DISKRIMINASI

Kempen “Support. Don’t Punish” dianjurkan oleh Majlis AIDS Malaysia dan beberapa ahli gabungan lain. Ia adalah antara kempen anjuran Majlis AIDS Malaysia bertujuan untuk memberi kesedaran masyarakat terhadap HIV dan AIDS, juga memberi sokongan moral mengenai isu berkaitan penularan HIV dan AIDS. “Objektif kempen ini masih menegaskan kepentingan pendidikan dan maklumat HIV dan AIDS kepada masayrakat. Jangan seksa mereka, sokong mereka. 

Kalau dulu pengguna dadah yang ditangkap akan dimasukkan kedalam penjara atau pusat serenti. Dan secara automatic pengguna-pengguna dadah ini akan memiliki rekod jenayah. This has become criminalizing. Dan selepas mereka keluar dari penjara atau pusat serenti, orang ramai akan memandang serong kepada mereka. Konsep ini salah dan tidak meyelesaikan apa-apa. Kita tidak mahu mencipta masyarakat negative. Kita sepatutnya membantu mereka dan memberi peluang untuk berdikari. 

Kita ada program Methadone Replacement Theory (MRT) yang membantu pengguna dadah untuk tidak lagi rasa gian dadah. Melalui program ini pengguna dadah berfikiran waras dan boleh melakukan apa-apa pekarjaan dengan stabil. Dengan cara ini juga ia membantu mereka untuk berdikari dan bekarja mencari pendapatan. Program pusat serenti ini semua tidak mendatangkan faedah langsung. Menghabiskan duit sahaja,” Hisham meluahkan pendapatnya.

Sejajar dengan misi membantu pengguna dadah di Malaysia, terdapat juga Program Pertukaran Jarum Syyringe (NSEP). NSEP ialah program nasional yang diselaraskan dan dibiayai oleh kerajaan Malaysia dengan pengelibatan pelbagai agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan diterajui Kementerian Kesihatan Malaysia. Tujuan program ini adalah untuk mengurangkan risiko penularan jangkitan HIV dan juga penyakit berjangkit lain yang menular melalui darah dikalangan pengguna dadah. Ia juga membolehkan pihak kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan mendekati klien yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah untuk memberi khidmat, nasihat kesihatan, perubatan atau bantuan lain yang mungkn mereka perlukan.

Program NSEP melibatkan pertukaran jarum suntikan serta picagari terpakai yang digunakan oleh pengguna dadah secara jarum suntikan dengan yang baru. “Program ini terbukti berjaya mengurangkan risiko penularan HIV dan penyakit berkaitan dikalangan pengguna dadah.Bagi pengguna dadah yang berdaftar dibawah program ini, mereka akan diberikan kad pendaftaran dan sekiranya diserbu polis mereka tidak berhak menangkap mereka. Pendek cerita kami menyediakan jarum baru dan bersih kepada pengguna dadah agar mereka tidak berkongsi dengan yang lain,” jelas Hisham. Selain itu NSEP juga salah satu usaha pendekatan pengurangan kemudaratan (Harm Reduction) serta program terapi gentian iaitu ‘methadon.

Dalam perbualan kami, Hisham ada berkongsi cerita mengenai situasi pelajar yang terpaksa melakukan ujian HIV untuk mendapatkan keputusan peperiksaannya. “Kami bantah semua ini. Saya tidak nampak apa-apa keperluan semua ini. Kenapa perlu keputusan HIV untuk memberi keputusan peperiksaan? Hari ini kita sudah mempunyai ubat membolehkan orang yang hidup dengan HIV meneruskan hidup dengan lebih lama. Kenapa tidak tanya pasal penyakit lain? Herpes? STD? Sifilis?. HIV memang penyakit kronik tetapi bukan lah boleh membawa maut dalam jangka masa terdekat. Yes it is not cureable but it is treatable!. Sama seperti penyakit kencing manis atau diabetes, boleh hidup lama juga bukan. Kena makan ubat untuk seumur hidup juga bukan.

Sekadar menyebut, Petronas tidak ada menyuruh staf mereka menjalani ujian HIV. Ini satu contoh yang baik. With the advancement medicine today, penghidap HIV boleh hidup dengan lebih lama tanpa sebarang masaalah. Ini semua adalah diskriminasi!”

“It goes back to the individuals. Orang yang hidup dengan HIV tidak wajar dibuang kerja atau tidak ditawarkan kerja. Dulu pun ada kes, askar dijangkiti HIV dan dibuang kerja. Masaalahnya sekarang kita tidak ada dasar atau akta untuk melindungi semua ini. Ini antara isu-isu yang perlu diberi penekanan,” tutur Hisham.

Sambung Hisham lagi, ”Tetapi berdasarkan pemerhatian saya, diskriminasi pada hari ini semakin berkurangan. Kalau dibandingkan dengan dulu, masyarakat hari ini lebih memahami but there is still a lot to be done. Ia perubahan positif yang sangat digalakkan. Malaysia antara negara pertama yang menyediakan ubat untuk orang yang hidup dengan HIV secara percuma sepenuhnya. Nak tahu, di Singapura, kerajaan mereka tidak menaggung kos perubatan pesakit HIV.

“Apakah cara terbaik mengurangkan diskriminasi HIV dan AIDS dikalangan masyarakat?” tanya saya.

Hisham menjawab, “Kita mesti faham konsep sebenar HIV dan AIDS. Setiap aspek perlu difahami sepenuhnya. Seperti yang kita tahu, HIV dan AIDS kebanyakkannya berpunca daripada gejala tidak sihat. Dan apabila orang mendengar sahaja tetang HIV dan AIDS, pasti ramai orang mengaitkannya dengan ‘orang tak beragama’, ‘siapa suruh buat dosa’ dan macam-macam lagi kata kesat yang dilemparkan. Tipikalnya orang akan menganggap kaum lelaki punca kepada semua ini dan mengatakan lelaki adalah pendosa besar. Apabila anda berkata itu saja, ia sudah dianggap diskriminasi. 

Saya selalu berkata ‘no one deserves to get HIV’ Kalau kita lihat dari sudut positif, HIV adalah sama seperti penyakit lain seperti diabetes, sakit jantung dan kanser. Sebab semua penyakit ini bergantung kepada pemakanan ubat seumur hidup. Tetapi do we treat these disease as same as HIV and AIDS? Masaalahnya masayarakat tidak berfikiran sebegitu. Kalau kita sering mendengar persepsi negative HIV dan AIDS, lama kelamaan kita akan terpengaruh dan percaya kepadanya

Secara jujurnya saya kesal dengan segelintir yang masih memiliki pemikiran negative terhadap HIV dan AIDS. Apa yang perlu kita lakukan adalah bertindak dan membantu mereka yang lebih memerlukan.

Dan setelah mendengar pendapat Hisham saya yakin yang masih banyak lagi yang kita tak tahu tentang HIV dan AIDS. Sehubungan dengan itu kita sebagai manusia bertamadun haruslah meluangkan masa dan mengambil tahu segala aspek HIV dan AIDS demi kebaikan semua.

“Banyak orang salah anggap tentang HIV dan AIDS. Dan banyak lagi orang yang tak tahu cara HIV dan AIDS disebarkan. Orang hanya tahu HIV dan AIDS secara ringkas. Tambahnya lagi, banyak orang tidak tahu HIV boleh dirawat,” kata Hisham mengakhiri perbualan kami petang itu. - GLAM Lelaki

sumber dari facebook GLAM Lelaki

Sumber dari
MAJALAH GLAM Lelaki NOV 2014
  
Anda masih boleh dapatkan senaskah majalah GLAM LELAKI NOVEMBER 2014 dikedai-kedai buku berhampiran, walaupun keluaran terbaru bulan Disember telah pun berada dipasaran tetapi eluaran november masih boleh dibeli. - NAJMI

4 comments:

  1. AKU PLHIV REDHA - Viral Load, CD4, and Marriage Status

    Assalamualaikum Abg Najmi. Diharapkan abg najmi sentiasa sihat sejahtera.
    Banyak perkara yang ingin saya kongsikan di sini. Berita sedih, dan berita gembira.

    Kita mulakan dengan berita sedih.
    Jikalau pembaca masih ingat, saya pernah menulis mengenai kisah saya untuk meminang seorang gadis idaman saya. Malangnya, pinangan saya ditolak oleh pihak keluarga setelah mengetahui status diri saya sebagai seorang PLHIV. Ya, memang sukar untuk saya menerima kisah ini. Bukan senang. Namun hati tetap redha. Saya mengambil peluang menceritakan kisah ini bersama Doctor saya, dan dia terkejut dan sedih tetapi sentiasa memberi harapan dan galakan agar tidak berputus asa. InsyaAllah, saya akan tetap berusaha.

    Untuk cerita gembira pula.
    Alhamdullillah, viral load saya sudah mencapai tahap Undetected level. Syukur sangat. Perkara paling penting adalah untuk patuh kepada ubat. Sentiasa makan ubat on-time.
    Untuk CD4 level saya pula, result saya jatuh dari 996 kepada 768. Doctor menyatakan, CD4 level akan turun dan naik mengikut keadaan. Yang paling penting kena make sure CD4 level above 500. Umum mengetahui bahawa if CD4 level above 500, we can live just the same like normal people and potential to get potential diseases is low.

    InsyaAllah, saya mendoakan untuk semua orang agar sentiasa sihat, dan dipermudahkan segala urusan. Doakan saya juga ya. Semoga satu hari ni, kita akan sihat walafiat. Ameen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      HIDUP MESTI DITERUSKAN...pasti ada hikmah disebalik apa yang telah berlaku, abg harap saudara teguh dan terus kuat menghadapi dugaan ini...Insyaallah akan ada sinar bahagian yang menanti saudara, insyaallah akan ada jodoh yang lebih baik yang sedang menunggu saudara....Alhamdulillah terus jaga kesihatan harapan abg saudara terus sihat ceria sentiasa...

      Delete
  2. Plhiv hari ni ada yg berjaya.malah lebih baik sebenarnya.diskrimansi patut dikikis kerana ia berfikiran kelas rendah.pada yg menjadi plhiv,jgn lagi toleh kebalakang,lupakan ia dan maju kehadapan.fikir positif jgn fikir yg negatif.dgn Rahmat Allah anda pasti bahagia.

    ReplyDelete
  3. Kenapa perlu ada diskriminasi...tidak layakkah plhiv hidup seperti org lain

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST