Sunday, 23 November 2014

GLAM LELAKI – UBAH STIGMA AIDS – BAHAGIAN 2



Statistik terkini melaporkan sebanyak 70% daripada kes-kes HIV terkumpul adalah disebabkan jangkitan melalui hubungan seks. Dan selebihnya berpunca daripada pengguna dadah secara suntikan. Dan lebih daripada separuh peratusan tersebut membabitkan golongan muda homosekual dan bisekual. 

Dengan jumlah kritikal ini, saya menyeru kepada sesiapa yang pernah melakukan hubungan seks sama ada dengan lelaki atau perempuan tanpa menggunakan kondom, segeralah buat ujian HIV. This is because you already at risk.” 

Hisham meneruskan perbualan, “Kalau keputusan anda positif, you got nothing to do about it but there’s an early treatment. Orang yang hidup dengan HIV perlu mendapatkan pemahaman jelas mengenai pentingnya mendapatkan rawatan awal dan secara konsisten. Ini keran menerusi rawatan sahaja, ia mampu memulihkan system ketahanan badan sekali gus meningkatkan CD4. Mereka juga mesti menjalani gaya hidup sihat serta sentiasa berfikiran positif. 

Kalau keputusan anda negative, adalah lebih baik anda menyertai kaunseling untuk mengetahui “the do’s and donts untuk mencegah dijangkiti HIV. Ia pilihan anda sendiri but do it wisely. Pastikan guna kondom. 

Saya nak kongsi disini, berdasarkan laporan hospital mengatakan bahawa antara orang yang dijangkiti HIV membabitkan golongan homosekual muda berumur antara 20 hingga 29 tahun membentuk separuh daripada 70 peratus daripada kes-kes HIV yang terkumpul disebabkan jangkitan melalui hubungan seks.

Kebanyakan aktiviti Majlis AIDS Malaysia difokuskan dalam usaha advokat dan peningkatan kesedaran terhadap HIV dan AIDS di Malaysia bagi meningkatkan komitmen daripada semua pihak terutama dengan orang awam serta memperkukuhkan usaha pencegahan penularan HIV dan AIDS. Dalam masyarakat konservatif, HIV dan khususnya isu berkaiatan dengan seks, penyalahgunaan dadah dan hubungan seks sejenis adalah topik yang sukar untuk dibincangkan dan untuk ditindak susualan. “Secara peribadi, masyarakat Malaysia banyak mengelak dari berbincang tentang topik-topik berkaitan HIV dan AIDS. Sebab kita banyak dipengaruhi dengan banyak cerita-cerita negative sehingga menyebabkan banyak antara kita memandang ringan situasi ini.”

“Selalunya saya akan bertanya “do you use condom?” dan sebelum itu lagi saya akan tanya, “have you had sex?”. Pabila kita bercakap tentang melakukan hubungan seks secara selamat tetapi apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan melakukan hubungan seks secara selamat? Kita tidak diterangkan dengan jelas erti disebalik melakukan hubungan seks dengan selamat. 

You will be surprised, ada orang pernah bertanya kepada kami, bolehkan seseorang itu dijangkiti dengan HIV hanya dengan onani yang dilakukan oleh pasangan? Pemanggil itu kesal dengan perbuatannya. Ini semua terjadi kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan mendalam tentang HIV dan AIDS. Ada satu pemanggil itu menceritakan dia pernah melanggan pekarja seks dan katanya mereka tidak melakukan apa-apa aktiviti seks selain bercumbu mulut. Pun terus rasa panik dan takut kalau dia boleh dijangkiti virus HIV melalui cara tersebut. Actually, it goes back to the education. Masih ramai lagi yang tidak tahu punca-punca dan cara menangani serta mencegah jangikitan HIV dengan betul. Hal ini tidak diketahui golongan muda yang mengamalkan seks bebas dan songsang sehingga menyebabkan penularan HIV semakin meningkat.”

Dalam perbualan kami, Hisham ada menyentuh tentang kes-kes pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi dinegara kita. Katanya kes pembuangan bayi semakin berleluasa dan kalau dikaji, ia membuktikan masih banyak diantara kita mengamalkan seks luar nikah dan tidak menggunakan kondom. Ini masaalah besar dalam situasi HIV dan AIDS. Melakukan seks tanpa kondom menyebabkan ia berpotensi besar dijangkiti HIV. Dan dengan beraninya saya katakan, majority mereka terlibat dalam kes pembuangan bayi adalah dikalangan kaum melayu kerana kebanyakan pembuangan bagi dilakukan disekitar surau, masjid dan kawasan-kawasan yang sininim dengan orang melayu.”

“Adakah agaknya dengan gaya hidup sebegini penyumbang terbesar pada jumlah 70 peratus kaum melayu dijangkiti HIV?”

Hisham berpendapat, “Kaum melayu ni sebenarnya hipokrit. Ya pabila bercakap tentang semua ini kebanyakkan tak nak dengar atau mengelak. Cakap depan-depan tak buat, tak berani buat, itulah, macam-macam lagi, tetapi bila dibelakang buat jugak. What’s happening actually? Are we being hypocrite, peer pressure or what?”

Menurut Hisham, memang benar majority orang yang dijangkiti HIV adalah disebabkan hubungan seks tidak menggunakan kondom. Ia menjadi lebih serius apabila pasangan tidak mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh dan terus memindahkan kepada orang lain apabila bertukar pasangan. “As long as you had sex, even with your husband or wife you are already at risk. Sebab dulu 90 peratus daripada wanita dijangkiti HIV sebenarnya memiliki hanya satu pasangan seks iaitu suami mereka sendiri. Tapi bagaimana mereka boleh dijangkiti HIV? Itu sebab terkadang-kadang, si isteri tidak merasakan mereka berisiko untuk dijangkiti HIV. But they must start talking and thinking about it.”

Tambah Hisham lagi, “And if you had unprotected sex without condom, please go for HIV test. Ini kerana HIV berjangkit melalui darah, air mani, air mazi, cecair faraj dan susu ibu. HIV terdapat dalam peluh dan air mata tetapi tersangatlah sedikit kuantitinya. Tiada lagi yang berjangkit melalui dua medium ini. Dan anda boileh bercium mulut walaupun pasangan anda ada HIV. So ini adalah fobia banyak orang tak faham. 

Lagi satu jangan biarkan darah orang yang hidup dengan HIV terkena darah anda. Ini sering terjadi dikalangan pengguna dadah secara suntikan. Jarum yang tak dicuci bersih akan tertinggal kesan darah pengguna sebelumnya dan apabila anda menggunakan jarum yang sama anda seperti menyuntik darahnya kedalam aliran darah anda sendiri.”

Hisham menjelaskan, hubungan seks antara lelaki dengan perempuan mudah dijangkiti HIV sekiranya tidak menggunkan kondom. Kerana cecair faraj banyak terdapat dalam rahim perempuan, dan jika tidak menggunkan kondom anda seperti menekan-nekan dinding faraj sehingga mengeluarkan cecair faraj. Sungguhpun tidak ada luka, membran tersebut menyerap virus kedalam sistem badan. Dan jikalau perempuan itu HIV negative dan pasangan lelaki tersebut HIV positif air mani yang dipancutkan kedalam faraj akan kemudiannya diserap kedalam badan wanita tersebut. Ini lah cara yang kerap terjadi dikalangan pasangan heterosekual.

Bagi golongan homosekual pula, Hisham menjelaskan, “Golongan homosekual boleh dijangkiti HIV juga melalui hubungan seks tanpa kondom. Apabila air mani dipancutkan kedalam dubur pasangan lelaki tersebut, ia akan diserapkan terus kedalam sistem darah. Dan juga HIV boleh dijangkiti melalui lubang air kencing pada kemaluan lelaki. 

Dan satu lagi, jangan pancutkan air mani kedalam mulut, ia sama seperti anda membenarkan HIV masuk kedalam sistem darah anda. Tetapi ia lebih berisiko sekiranya mulut anda ada luka, berdarah atau ulser. Don’t take sperm into your mouth. Sama juga kalau anda melakukan foreplay pada kemaluan perempuan. Sebab itu, gunalah kondom untuk melindungi dari dijangkiti HIV. Tetapi banyak orang ignorant dan mereka tidak tahu cara melakukan hubungan seks dengan betul. “ Hisham turut memberitahu sesiapa yang pernah melakukan konteks seksual antara lelaki dengan lelaki adalah dikategorikan sebagai ‘Men Sex With Men (MSM). Kategori ini diperkenalkan agar mudah dan tahu cara pendekatan sesuai digunakan.


GO GET TESTED

“Majlis AIDS Malaysia lebih fokus pada usaha mencegah berbanding mendidik tentang pekara-pekara yang boleh menyebabkan jangkitan HIV dan memaksa berhenti melakukan pekara tersebut. Sebab kerana lagi kita suruh jangan buat, lagi mereka akan buat. Realitinya pun orang melakukan hubungan seks dimana-mana sahaja tidak kira umur. Dan kita semua pun pernah muda because the urge is there,” cerita Hisham kepada saya.

Pada pandangan saya, peningkatan HIV juga disebabkan penularan gejala seks bebas membabitkan semua lapisan umur. Baik dari peringkat remaja, mahu pun dewasa. Walaupun ada usaha mengekang gejala ini dengan memberi penekanan kepada langkah pencegahan menerusi penggunaan kondom namun hakikatnya gejala sosial semakin sukar dibendung. Generasi kini membangun bersama ancaman sosial membabitkan persekitaran sukar dikawal. “Sebenarnya dari dulu lagi gejala seks bebas berlaku. Cuma sekarang ini ia mudah dikesan dan liputan lebih meluas. 

Macam saya cakap tadi, gejala seks bebas berada dimana-mana. Terkadang-kadang mereka yang terlibat ini, lurus bendul dan hanya nak enjoy. Raba-raba sikit atau ‘ayat’ sikit pun dah boleh terpengaruh dengan ajakan berunsur seksual. Ini semua adalah human nature. Dan ini semua berbalik kepada kepentingan pendidikan seks. Kita perlu terangkan dan beritahu mereka tentang kepentingan melakukan hubungan seks menggunakan kondom. Sebab masih banyak tak faham kepentingan pendidikan seks tersebut. Saya sendiri pernah mendengar orang-orang yang berani bersumpah cakap tak buat itu, ini tetapi dalam diam buat jugak.” 

Mendengar luahan Hisham itu mengingatkan kita semua terutamanya golongan muda mesti mengetahui cara untuk melindungi diri sendiri daripada penyakit seumpama itu dan perlu bertanggung jawab dengan kesihatan mereka. Sebagai rakyaat Malaysia yang perihatin, kita mestilah kekal dihadapan bagi mendidik golongan muda kita terutama pada peringkat kritikal ini.

Bimbang dengan gejala ini saya menyoal, “Jadi siapakah bertanggungjawab memberi pendidikan seks yang betul kepada golongan belia? Ibu bapa atau guru?”

Hisham berkata, “Guru-guru dan ibu bapa. Diperingkat sekolah sudah ada pelajaran membincangkan tentang pendidikan seks tetapi ada guru ang cuba mengelak dari perbincangan topik tersebut kerana rasa malu. Ibu bapa juga bertanggungjawab memberi pendidikan seks kepada anak-anak. Ada sesiapa dirumah yang menerangkan kepada wak tentang seks? Pasti tiada bukan? 

Majlis AIDS Malaysia ada membuat program mendekati golomngan remaja dan berbincang tentang topic seks sebetulnya tetapi kami tak mampu nak melawat kesetiap sekolah di Malaysia. Ini baru kawasan di Kuala Lumpur saya katakana belum lagi negeri-negeri lain di Malaysia. Ada juga sesetengah berpendapat pelajar sekolah too young to learn about sex, tetapi dalam konteks hari ini apa yang too young? Personally I think form one student should already know about what is sex and the preventions."

“What about corporate sector? Golongan pekerja? Senang cakap sudahkah pekerja-pekerja hari ini seperti di syarikat Tenaga National Berhad, Malaysian Airline dan lain-lain lagi menerima pendidikan seks secukupnya?

Kami menegaskan ‘prevention is better than cure’. Kita perlu peruntukan wang lebih terhadap bidang pendidikan dan menekankan aspek pencegahan. Kerajaan juga memperuntukan 80 juta ringgit setahun untuk untuk menaggung kperubatan orang yang hidup dengan HIV. It’s free medication for them. But it’s just for first timer HIV patients” - bersambung ke sini...


Sumber dari
MAJALAH GLAM Lelaki NOV 2014

No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST