Sunday, 23 November 2014

GLAM LELAKI – UBAH STIGMA AIDS – BAHAGIAN 1

MAJALAH GLAM LELAKI adalah antara salah sebuah majalah yang menjadi kegemaran saya untuk dibaca. Selain berminat membaca mengenai perkembangan fesyen dalam dan luar negara, ianya juga mengandungi beberapa info-info yang menarik buat tatapan kaum lelaki di Malaysia. 

Pada bulan november 2014, majalah ini telah mengenengahkan satu isu yang begitu sinonim dengan kehidupan saya, iaitu berkenaan HIV dan AIDS. Dan dengan usaha pihak majalah berkenaan mereka juga berusaha mendapatkan bantuan bagi menambahkan dana untuk disalurkan kepada Malaysian AIDS Foundition.

"Jadi kami gunakan nama GLAM Lelaki bersama-sama dengan Lord's Tailor bagi membuat sut khas untuk setiap Lelaki Alfa. Kemudian meminta jasa baikdan budi bicara mereka menjual sut-sut ini melalui media sosial- laman facebook atau instagram untuk peminat mereka berpeluang memiliki" -  Editor (Azreezal Hafidz)

Saya tertarik dengan artikel utama majalah ini didalam keluaran tersebut, jadi saya cuba "menaip" kembali artikel berkenaan selama lebih 4 jam dengan hanya mengunakan dua jari telunjuk ini sahaja heee.....semata-mata untuk dikongsikan didalam blog ini, kerana saya pasti tidak ramai dikalangan kita yang berpeluang membaca artikel yang bermanafaat berkenaan. 

Saya juga ada meminta kebenaran daripada pihak majalah berkenaan (melalui email) untuk menyiarkan tulisan artikel tersebut, tetapi masih belum menerima balasan. Saya harap mereka membenarkan (jangan saman saya kerana siarkan tanpa kebenaran mereka lagi) dan sekiranya mereka mahu saya menarik balik perkongsian saya ini didalam blog ini, saya akan tarik serta merta. Jom kita baca....- NAJMI

sumber dari facebook GLAM LELAKI

Atas inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis AIDS Malaysia ditubuhkan bagi menangani penularan HIV dan AIDS. Ia turut mengkoordinasikan serta menyokong badan-badan yang bekerja tentang HIV dan AIDS. Saya (editor majalah GLAM Lelaki) ke Pejabat Majlis AIDS Malaysia dan mendalami situasi terkini HIV dan AIDS di Malaysia. Ternyata masih banyak yang perlu dilaksanakan.

Sejak kes pertama HIV dan AIDS dilapurkan di Malaysia pada tahun 1986, pihak kerajaan melaksanakan pelbagai usaha bagi mengatasi masaalah ini. Tidak cukup dengan agensi kerajaan, diwujudkan pula pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan hasrat membendung masaalah ini. Jelas menunjukkan virus maut ini amat berbahaya membuatkan kerajaan komited berusaha mengekangnya. 

Majlis Aids Malaysia mula ditubuhkan pada 1992 atas inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia dalam usaha menangani penularan HIV dan AIDS di Malaysia. Turut ditubuhkan ialah Yayasan AIDS Malaysia bagi menyelasakan sumbangan badan korporat. Majlis AIDS Malaysia organisasi induk badan-badan bukan kerajaan berkaitan isu HIV dan AIDS di Malaysia.

Sama ada kita sedar atau hanya sekadar pandang sebelah mata, lapuran tentang HIV dan AIDS di Malaysia membimbangkan. Statistik setakat 2013 daripada Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan jumlah terkumpul 101,672 kes-kes HIV yang mana 20,235 berkembang kepada sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit (AIDS) mana kala sekurang-kurangnya 16,340 kematian berkaitan AIDS dilaporkan. 

Sempena Hari AIDS Sedunia pada 1 Disember ini (2014), saya mendapatkan pandangan orang penting dalam membantu mengurangkan masaalah ini iaitu, Setiausaha Kehormat Majlis AIDS Malaysia, Hisham Hussein. Pelawaan GLAM Lelaki disambut baik oleh Hisham. Beberapa hari sebelum kami bertemu, dia memberitahu saya bahawa Datuk Dr. Raj Karim merangkap Peresiden Majlis AIDS Malaysia tidak berkesempatan untuk sama-sama hadir ke sesi temubual kami kerana sibuk atas urusan kerja lain.

Seperti dirancang saya hadir kepejabat rasmi Majlis AIDS Malaysia di Sentul, Kuala Lumpur. Perbualan antar saya dan Hisham berlangsung hampir dua jam dimanafaatkan sepenuhnya dengan penceritaannya tentang latar belakang Majlis AIDS Malaysia, situasi terkini HIV dan AIDS di Malaysia dan tentang pendedahan bahawa ia kini berada diperingkat membimbangkan. Lebih daripada 20 tahun Hisham mengemudi hidupnya dengan kerja-kerja berkaitan dengan HIV dan AIDS dan sehingga detik ini, dia masih aktif dan tidak timbul rasa jemu mahu menyelamatkan masyarakat Malaysia khasnya daripada terjebak dengan jangkitan HIV dan AIDS. Pengorbanan dan usaha kerasnya selama ini wajar diberikan pujian tertinggi. 


TRANSMIISI MELALUI HUBUNGAN SEKS

Majlis AIDS Malaysia berkhidmat sebagai payung organisasi bagi menyokong dan menyelaraskan usaha dan inisiatif mengenai isu berkaitan penularan HIV dan AIDS, termasuk bantuan dari segi penjagaan, rawatan dan sokongan bagi kumpulan ini. Majlis AIDS Malaysia terdiri daripada Sekreteriat dan Ahli-ahli Gabungan, juga giat bekerja sama dengan organisasi antarabangsa bagi memastikan respons komited dan berkesan oleh badan bukan kerajaan. Organisasi ini juga turut bertanggungjawab memastikan isu berkaitan HIV dan AIDS khususnya di Malaysia dapat diselesaikan dan dilaksanakan dengan sempurna. 

Sekretariat Majlis AIDS Malaysia turut menyediakan latihan, bantuan sokongan, menyediakan dana yang diperlukan dan sumber rujukan lain untuk melakukan program efektif dan bekersan untuk menyebarkan kesedaran kepada orang awam tentang maklumat terkini dan tepat mengenai epidemic HIV dan AIDS kepada semua peringkat masyarakat di Malaysia, termasuk isu stigma dan diskriminasi yang dialami mereka.

Hisham berkata, “Kami memantau dan memastikan informasi dan program berkaitan HIV dan AIDS di Malaysia disampaikan dengan tepat, telus dan tidak bercanggah.Tak nak nanti timbul apa-apa kekeliruan. Dan juga kami juga perlu memastikan segalanya berjalan lancar dan mencapai objektif. Hari ini, Majlis AIDS Malayisa sudah mempunyai 49 ahli gabungan.”  

“Bagaimana situasi  awal HIV dan AIDS di Malaysia?” 

Ceritanya, “Saya sendiri pernah menyaksikan ramai orang terseksa dengan jangkitan HIV atau AIDS. Mereka meninggal dunia dan mayat mereka ditinggalkan ditepi jalan. Tidak ada polis atau pihak berkuasa datang membantu.Saya kesian melihat penderitaan yang terpaksa dialami. Mereka digelar ‘sampah masyarakat’ dan dianggap tidak berguna untuk hidup dimuka bumi ini. Tiada siapa peduli dengan kehadiran mereka. Mereka juga tidak mendapat bantuan dari segi kewangan, sokongan moral dan terutamanya keperluan asas hidup” 

“Mengapa Hisham berminat terlibat dalam membantu orang yang hidup dengan HIV?” tanya saya. 

“Dulu saya menyertai “Pink Tringle Foundation”. Seterusnya terlibat dalam perkhidmatan kaunseling menerusi panggilan telefon. Sebelum itu saya bekerja sepenuh masa disalah sebuah syarikat kerajaan dan mempunyai banyak masa lapang. Pukul empat dah boleh balik. Kawan-kawan yang sudah terlibat dengan aktiviti HIV dan AIDS memberitahu saya tentang hal ini dan mengajak saya untuk turut serta. Setelah mula terlibat, lama kelamaan saya sedar, faham dan rasai sendiri kepentingan program seperti ini.” 

“Once you go in that, you get to see. Kita perlu faham sebaiknya kerana orang yang hidup dengan HIV dan AIDS adalah manusia biasa dan sama seperti kita. Lagi pun pada masa itu mereka semua sering dicaci dan dihina dengan sangat teruk. Ada juga berkata,”Ahhh….pergi mampus”. That is how we were brought up! Pada waktu itu ada yang memanggil mereka zombie, sampah masyarakat dan macam-macam lagi. Sebabnya pada masa itu masyarakat Malaysia gagal memahami situasi sebenar HIV dan AIDS.” 

Mereka semua mungkin isteri, anak, bapa atau ahli kjeluarga sesiapa sahaja. Secara peribadi, saya sangat kesian melihat mereka mati dan dibiarkan ditepi jalan. Jangan cakap tentang keadaan fizikal mereka lah, bengkak sana sini, luka sana sini dan tidak terurus langsung. Mana ada tempat nak mandi? Tambahan pula saya ada kenalan dijangkiti HIV. Lagi pun dulu tiada ubat yang boleh merawat HIV. Sebab itulah mereka tidak dapat hidup lama. Hari ini dah lain sebab dengan kecanggihan ubat, orang yang hidup dengan HIV boleh hidup dalam jangka masa yang lebih lama. Sehingga 20 atau 30 tahun pun tiada masaalah. Sudah ada ubat yang boleh mengawal wabak ini. Kita patut bersyukur, kerajaan Malaysia memberi bantuan kos perubatan secara percuma kepada mereka yang dijangkiti HIV dan AIDS. Kalau tidak, kos perubatan untuk sebulan mencecah RM2,000,” sambung Hisham.

“Ini baru bercerita tentang situasi dikalangan penggun dadah secara suntikan. Belum lagi kisah-kisah mak nyah, pekerja seks dan golongan homosekual. Sekarang Majlis AIDS Malaysia mengembangkan lagi program yang memfokoskan kepada golongan-golongan tersebut atau dikategorikan sebagai man who have sex with man (MSM). Sebab pada awal kemunculan virus ini, di Amerika Syarikat ia dikenali sebagai ‘gay disease’. Tetapi hari ini, ia sudah dibuktikan salah kerana itu semua tercetus akibat persepsi salah orang ramai. Bagi saya, that keeps me going,” jelas Hisham lagi. 

Mendengar kisah awal pembabitan Hisaham dalam usaha menyokong orang yang hidup dengan HIV dan AIDS sangat mengagumkan. Dia bukan sekadar mahu terlibat secara suka-suka malah dia dilihat teguh mahu memupuk kesedaran bahayanya HIV sehinggalah kehari ini. - bersambung ke sini...


Sumber Dari 

No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST