Sunday, 2 November 2014

AZHAR - CINTA DALAM DIAM SEORANG LELAKI GAY

Aku AZHAR 27 tahun, aku pun silent reader jugak. Tiba-tiba macam nak kongsi pasal hidup aku.



Aku sedar lah aku nie macam pelik waktu kecik. Aku suka tengok laki, tambah-tambah kalau lelaki hensem, so dari kecik aku tertanya-tanya kenapa aku suka laki? Bukan ker seorang lelaki itu kena suka perempuan? Aku tidak adalah bagitahu pasal keganjilan ni pada sesiapa, aku senyap-senyap aje la.
 
Sewaktu disekolah rendah aku ada minat pada seorang cikgu nie, cikgu ni cikgu Bahasa Malaysia, garang gila tapi setiap kali waktu dia mengajar memang aku tertunggu-tunggu sampai terbawa-bawa dalam mimpi cikgu ni. Apa boleh buat kan.
 
Masuk sekolah menengah, aku masuk asrama, kat asrama lagi banyak dugaan tapi mungkin sebab ilmu agama aku nie agak banyak jugak, aku tidak pernah terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat nie. Orang tidak tahu pun. Lupa pulak nak bagitahu, aku ni boleh dikategorikan dalam kategori hensem dan boleh mencairkan ramai gadis, ramai yang cakap aku hensem tapi aku pun tak tahu....hahaha 

Cinta pertama

Sewaktu aku jadi senior, ada seorang junior nie masuk sekolah aku, waktu first time untuk sesi suai kenal kita orang satu kumpulan. First time aku tengok dia aku dah cair, hati aku pun cakap dia memang hensem gila. Sejak dari tu, aku selalu curi-curi tengok muka dia, kalau kat kantin cari dia duduk kat mana, kalau kat surau mula-mula selipar dia yang aku cari. Aku rasa dia cinta pertama aku kot, disebabkan kita orang pernah satu kumpulan dulu maka dia kenal lah aku nie. Tiap kali jumpa dia jantung aku memang berdegup kencang habis, macam nak peluk je dia.

Tapi lama-lama kita orang macam dah semakin jauh, bila jumpa aku pun dia buat tak kisah. Aku rasa sedih la jugak, apa salah aku? Kalau jumpa tegur lah kan, aku rasa aku tak buat salah pun. 

Ada satu hari tu, aku macam nak luahkan perasaan aku kat dia, aku jumpa dia kat surau, waktu tu nak solat asar, so aku solat. Lepas habis solat aku cari dia nak luahkan perasaan tapi tidak jumpa, so perkara tu berlalu macam tu je.

Lepas habis sekolah menengah, aku keluar sekolah aku tidak contact dia dah, ada jugak aku curi tengok facebook dia dulu, dia pun dah kahwin rasanya dan dah ada anak. Aku doakan dia bahagia bersama keluarga. Dekat dua tiga bulan jugak aku tak ada selera makan lepas keluar sekolah sebab rindu kat dia, sakitnya hanya tuhan yang tahu, kira cinta bertepuk sebelah tangan la nie...hahaha

Cinta kedua
 
Masuk universiti pulak aku jumpa seorang mamat nie, kita orang satu batch, kuliah yang sama. Mula-mula masuk aku selalu curi tengok dia, tapi dia tak tahu pun. Dia cinta kedua aku tapi tak sampai mampu gegarkan jantung macam cinta pertama....haha. 

Lepas beberapa semestar tu kita orang satu kuliah, ada tugasan kumpulan tiba-tiba dia satu group dengan aku. Kita orang jadi rapat tapi aku berlakon normal je la, takkan nak cakap aku suka kat kau pulak. Memang seronak tak terkata kalau dapat jumpa dan sembang dengan dia. ada sekali dia datang bilik aku pastu dia nyanyi lagu pulak kat aku, baring atas katil aku. Aku pun hairan. Sampai semestar akhir, habis universiti kita orang pun dah tak cantact, aku pun dah malas nak contact dia.

Sekarang aku di alam pekerjaan

Memang aku sunyi sangat, aku memang nak kahwin tapi aku takut. Dari dulu aku selalu menangis, aku selalu buat solat hajat, solat taubat minta dari Tuhan agar aku jadi lelaki sejati. Kadang-kadang aku tertanya, kenapa aku (dijadikan mempunyai naluri songsang)? Kenapa aku?

Dari kecik aku tidak banyak kawan, keluarga aku pun tidak rapat, kami semua buat kerje masing-masing aje. Ayah aku dah meninggal waktu aku disekolah menengah, jadi aku nie dah biasa dengan dugaan hidup.

Aku tidak pernah terjebak dengan aktiviti tidak sehat. Solat memang cukup lima waktu, kadang tertinggal jugak subuh. Tapi itulah, kenapa aku yang terpilih? Kadang-kadang aku terfikir kenapa aku dilahirkan kalau untuk hanya untuk mempunyai naluri yang mcam ni? Kadang-kadang aku rasa Tuhan tidak adil, kejam.

Astaqfirullah, ampunkan aku YA ALLAH, sudah tidak terbendung lagi kesedihan aku. Aku menangis seorang-seorang. Tiada teman tapi HIDUP MESTI DITERUSKAN. Aku terus melangkah jugak.


AZHAR
sumber dari ruang komen pembaca 
didalam entri di SINI
http://hivadadidalamdarahaku.blogspot.com/2014/10/amir-tidak-pernah-suka-tengok-payudara.html



Bagi golongan gay yang ingin dapatkan nasihat, sesiapa yg ada masalah naluri gay and jiwa serta ingin berubah boleh join secret group Straight Struggle. Hubungi saudara "FAD" kerana ada satu program menarik yang akan dibuat pada tahun hadapan. 

PROGRAM KEMBALI KE PANGKAL JALAN

Anjuran bersama Straight Struggle Terbuka kepada semua golongan PLU yang ingin berubah. Antara atur cara program ialah. Akan dijalankan pada bulan Febuari atau bulan Mac tahun 2015. Bertempat di sebuah pusat peranginan di MELAKA. Anggaran peserta sekitar 50 orang tempat tinggal dan makan ditaja sepenuhnya. Tanpa yuran.

Bagi mereka yang tinggal jauh boleh berkumpul di KL, kemudian pengangkutan ke lokasi akan diuruskan. Mereka yang berminat sila hubungi saya' SI HITAM 0127367649 dan boleh join group Straight Struggle



7 comments:

  1. Jgn jadikan program kembali ke pangkal jalan kpd program mencari jodoh sudahlah. Ops.

    ReplyDelete
  2. Aku rasakan benda yang sama jugak.hahah

    ReplyDelete
  3. haah betul tu.. mule2 mmg pasang niat nk g program tu betul.. alih2 jdi lain.. godaan akn dtg dlm pelbagai cara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Yer la kalau yg datang muka sorang2 mcm ariel zafrel atau aaron aziz..haruslah goncang iman tu. Tambahan pulak buat program kat resort..hrmmm mcm2 boleh berlaku.

      Delete
  4. Just nk bg cadangan... Adakan program utk PLHIV... Sbg satu program yg bina semangat utk teruskn kehidupan... Mtapkn rohani serta jasmani... Bnyk PLHIV yg tersish dan kurag keyakinan diri utk teruskn kehidpn seperti org normal....

    ReplyDelete
  5. Perlu ke nk wat sume tu, klau bnar pun ada sape2 brani

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST