Friday, 28 November 2014

KENALI 15 TANDA HIV POSITIF

Ramai orang yang tidak tahu diri mereka telah dijangkiti virus HIV (Human Immunodeficiency Virus). Tanda-tanda HIV sendiri mula muncul hanya selepas masa "inkubasi" (masa mulai saat penyebab penyakit masuk ke dalam tubuh (saat penularan) sampai saat timbulnya penyakit) berakhir.

Jika virus itu tertidur dalam aliran darah, anda mungkin tidak melihat gejala-gejala HIV selama bertahun-tahun akan datang. Namun, ketika tanda-tanda HIV mula muncul, keadaan anda akan merosot dengan cepat. Berikut adalah beberapa tanda-tanda HIV yang perlu anda kenali, terutama bagi kalangan penguna dadah (jarum suntik) dan pelaku seks bebas.



1. Demam secara mendadak
Ketika anda pertama kali terkena virus HIV, anda mungkin akan mengalami demam ringan. Demam akan disertai dengan batuk dan selsema. Demam ini reda dalam beberapa hari dan anda mungkin tidak akan mengalami gejala lain selama bertahun-tahun akan datang.


2. Keletihan (lelah)
Ini adalah tanda awal HIV yang sering diabaikan. Keletihan boleh terjadi kerana beberapa sebab. Tetapi jika anda telah mendapat tidur dengan sempurna, mempunyai cukup rehat tetapi tetap masih merasa lelah sepanjang masa, hal itu perlu diberi perhatian.


3. Demam yang mengganggu
Demam yang anda alami saat dijangkiti HIV adalah sangat berbeza dengan demam yang anda derita sebelumnya. Ianya seperti demam ringan yang mengganggu dan berterusan selama berminggu-minggu.


4. Pembengkakan kelenjar
Pembengkakan kelenjar (getah bening) biasa terjadi kerana kelenjar ini juga merupakan sebahagian daripada sistem imun yang akan mengalami keradangan jika berlaku jangkitan. Kelenjar banyak dijumpai di ketiak, paha, dan leher.


5. Sakit kepala
Ketika seseorang positif HIV, anda akan mengalami sakit kepala yang berterusan yang menyebabkan anda merasa demam dan lemah.


6. Sakit tekak
Jangkitan HIV membuat seseorang terdedah menderita gejala seperti selesema, sakit tekak dan batuk. Hal ini kerana mekanisme pertahanan tubuh anda sedang turun.


7. Kepekaan kulit
Mereka yang positif HIV akan menjadi terlalu sensitif pada bahagian kulit. Adakalanya, hanya sedikit calar sahaja boleh berubah menjadi ruam kulit atau membuat anda berdarah.


8. Mual dan cirit-birit
Pesakit HIV akan kehilangan nafsu makan kerana mual dan makanan tidak boleh dicerna dengan baik. Hal ini kerana bakteria baik dalam perut mati secara perlahan-lahan.


9. Perubahan warna kuku 
Kuku akan tumbuh lebih tebal, mengeriting dan bahkan berubah warna apabila seseorang HIV positif. Hal ini terutama disebabkan oleh yis dan jangkitan kulat pada kuku.


10. Berpeluh di malam hari
Sama seperti wanita yang mengalami menopause, orang HIV positif akan sering berpeluh di malam hari. Mereka akan berpeluh di tengah malam sehingga menjadi sukar tidur lelap.


11. Jangkitan atau luka genital
Virus HIV hadir dalam cecair kelamin seperti lendir. Kerana itulah, mengapa hal itu boleh menyebabkan jangkitan genital seperti herpes dan luka pada tahap lanjut.


12. Kesemutan di tangan dan kaki
Pesakit HIV positif akan merasakan sensasi cucukan (berdenyut-denyut) yang berlaku disekitar tubuh. Mereka akan merasakan sensasi (berdenyut-denyut) seperti dicucuk jarum pada bahagian hujung jari tangan dan jari kaki, yang terjadi apabila virus mula mempengaruhi sistem saraf.


13. Kekeliruan dan kehilangan memori
Virus HIV mempengaruhi = setiap bahagian badan, termasuk sel-sel otak. Terkadang, virus ini boleh menyebabkan demensia, kebingungan dan kehilangan memori pada tahap selanjutnya dari jangkitan.


14. Haid tidak teratur
Perempuan yang positif HIV akan mengalami masalah dalam kitaran haid mereka, yang menyebabkan tempoh mereka jadi tidak teratur dan lebih sedikit. Hal ini terutama kerana jumlah darah menurun dan kerosakan kesihatan secara keseluruhan


15. Berat badan turun drastik
Ketika seseorang berada di peringkat HIV yang selanjutnya, dia akan kehilangan sejumlah besar berat badannya kerana serangan cirit-birit dan jangkitan. 

Sumber - Merdeka.com



TERUTAMANYA dikalangan mereka yang ada melakukan aktiviti-aktiviti berisiko seperti dikalangan penagih dadah (yang berkongsi mengunakan jarum suntikan) serta dikalangan mereka yang gemar melakukan hubungan seks bebas bertukar pasangan tidak kira dengan lelaki atau perempuan tanpa mengunakan kondom, jadikanlah tanda-tanda ini sebagai panduan agar anda segera menjalani ujian darah (HIV test). 

Tidak perlu tanya banyak atau fikir yang bukan-bukan sehingga boleh menyebabkan diri kita tertekan atau stress. Perlu diingat tanda-tanda diatas boleh juga kemungkinan berlaku disebabkan oleh masaalah penyakit-penyakit lain.

JADI SEKIRANYA ANDA ADA (PERNAH) melakukan aktiviti berisiko dan ada mengalami tanda-tanda seperti diatas, terus sahaja buat ujian HIV. Kerana hanya dengan menjalani ujian HIV sahaja kita dapat mengetahui status HIV kita samaada negatif atau positif. – NAJMI 

Lain-lain entri yang berkaitan klik dilabel ini



 

Thursday, 27 November 2014

LOKMAN, 29 - GRADUAN IPT POSITIF HIV AKIBAT MENJADI HAMBA DADAH

MERANA SESUDAH INSAF

hanya hiasan

“Syabu umpama makanan harian. Apabila khayal, pelbagai perkara boleh berlaku seperti pergaulan bebas bersama rakan penagih serta sesiapa saja yang tidak kisah. 

Akibatnya saya disahkan HIV positif,” kata Lokman, 29, graduan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di sebuah negeri di pantai timur yang memusnahkan masa depan sendiri akibat menjadi hamba dadah.

Menurutnya, dia hanya mengenali dadah sejurus tamat pengajian di IPT dan dalam tempoh empat tahun, dia bukan setakat menagih malah mengedar bahan terlarang itu.

Mengimbau kisah hitamnya,

Lokman yang juga anak kedua daripada empat beradik berkata, dia menamatkan pengajian dalam bidang perhotelan pada 2009 sebelum menumpang di rumah abang angkat di ibu kota.

“Saya diterima bekerja di sebuah syarikat import eksport dan selepas setahun bekerja, saya dinaikkan pangkat.

Ketika itu, saya sudah mula mengambil syabu, Eramin 5, ketamin dan ganja selain minuman keras.

“Saya ambilnya setiap hari dan wang gaji dihabiskan untuk dadah serta hiburan. Ibu menasihati supaya berubah, namun saya buat tidak tahu saja,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Lokman, dia akhirnya dibuang kerja pada pertengahan 2010 kerana kerap ponteng selain majikannya tahu dia mengambil dadah.

Katanya, dia kemudian tinggal dengan ibunya di Kajang sebelum mengambil keputusan mengedar dadah pada awal 2011 memandangkan ia lebih menguntungkan.

Sepanjang mengedar dadah, Lokman mendakwa tidak pernah ditahan, malah dia mampu memperoleh pendapatan sehingga RM5,000 hasil kerja haram terbabit.

“Pada penghujung 2011, saya diterima bekerja di sebuah syarikat pembekal makanan haiwan.

Pada masa sama, saya turut mengedar dadah untuk menampung kos bagi mendapatkan bekalan dadah untuk diri sendiri.

“Sekali lagi saya buat hal.

Selepas enam bulan bekerja, saya mula ponteng kerja kerana terlalu khayal akibat mengambil dadah berlebihan.

Saya kemudian dibuang kerja dan menumpang di rumah menempatkan gelandangan di sekitar ibu kota selama tiga minggu,” katanya.

Menurut Lokman, keluarganya sekali lagi memujuknya kembali ke pangkuan mereka dan dia setuju.

Katanya, ibunya yang berusia 60 tahun turut menasihatinya supaya tidak mengulangi kesalahan sama demi masa depannya.

“Bagaimanapun, saya degil dan terus keluar bersama rakan penagih untuk melepaskan gian di pusat hiburan, malah ada kalanya di dalam bilik di rumah keluarga.

Pada tahun 2013,

Selepas lebih empat kali saya melakukan kesalahan sama, saya mengambil keputusan berubah dan ibu mendaftarkan saya di rumah Pengasih.

Bagaimanapun, saya disahkan HIV positif selepas beberapa bulan tinggal di Rumah Pengasih.

“Ketika itu, hanya Tuhan yang tahu betapa sedih dan takutnya saya akibat menghidap penyakit terbabit. Saya tabahkan hati dan mengambil ubatan disarankan secara berjadual,” katanya yang kini bertugas di Rumah Pengasih.

Menurutnya, dia boleh pulang ke rumah pada bila-bila masa dan bersyukur kerana masih disayangi ibu serta keluarga.

“Tanpa ibu serta keluarga, pasti saya tidak akan berubah, malah mungkin kini menjadi mayat hidup,” katanya.


Sumber - my METRO
Artikel ini disiarkan pada
2014/09/22


Wednesday, 26 November 2014

VIDEO - PANDUAN MEMULAKAN RAWATAN HIV DI HOSPITAL SUNGAI BULOH





Published on Oct 12, 2014

Panduan berlangkah untuk memulakan rawatan HIV di Hospital Sungai Buloh Malaysia - TemanTeman.org. 

TemanTeman.org, Satu Sumber Malaysia bagi HIV/AIDS dan Penyakit Kelamin, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru, Ipoh, Kota Bharu, Sungai Buloh.


Tuesday, 25 November 2014

SA, 21 TAHUN - SAYA TERJERUMUS DALAM DUNIA PELACURAN AKHIRNYA POSITIF HIV

KOTA BHARU - Akibat keterlanjuran diri bersama teman lelaki serta desakan hidup selepas dihalau keluarga dari rumah, seorang gadis sanggup menjual diri untuk menyara kehidupannya. 

Sa nekad untuk berubah demi masa depannya walaupun disahkan penghidap HIV positif.

Dikenali dengan panggilan Sa, gadis berusia 21 tahun dari Bachok ini berkata, bagi meneruskan kelangsungan hidup, dia terpaksa melakukan kerja itu setelah dijual kepada ‘bapa ayam’ oleh rakan lelaki yang dikenalinya tidak sampai setahun. 

Menceritakan detik dia terjerumus dalam kancah terbabit, menurut Sa, dia ingin mendapatkan pekerjaan setelah tidak lagi tinggal bersama kedua ibu bapanya di Bachok selepas dihalau keluar akibat perbalahan adik beradik. 

“Kehidupan kami umpama kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Saya adalah anak kelapan daripada sembilan beradik. Kehidupan yang daif memaksa kami untuk mencari pekerjaan sendiri demi mendapatkan sesuap nasi. 

“Saya juga terpaksa berhenti sekolah sejak darjah enam lagi dan turut mencari pekerjaan sendiri termasuk bekerja di kedai makan di merata tempat untuk menyara keluarga,” katanya. Sa ditemui pemberita pada majlis sambutan hari raya bersama penghuni penjara di Blok Wanita Penjara Pengkalan Chepa, di sini, kelmarin. 

Hadir dalam majlis terbabit, Pengarahnya, Zawari Abd Rashid serta Timbalan Penguasa Penjara, Rosliza Ishak. 

Selepas rakan lelakinya yang baru dikenali terdapat pekerjaan di Kota Bharu, dia teruja namun tidak mengetahui akan bergelumang dalam kancah pelacuran. 

Namun segala-galanya terlambat apabila dia telah diserahkan kepada bapa ayam dan bermulalah kehidupannya sebagai ‘kupu-kupu malam’ yang terus membawa dirinya semakin hanyut dengan wang yang mudah diperolehi dari lelaki-lelaki yang melanggannya. 

“Memang nampak mudah, apabila saya hanya perlu melayan lelaki yang datang mendapatkan khidmat saya dan selesai tugas, saya dibayar mengikut harga yang ditetapkan. 

“Lebih 100 lelaki telah melanggan saya dan setiap malam saya memperoleh RM400 hingga RM500 setiap kali dilanggan dan akan bertambah apabila musim perayaan. 

“Saya tidak mampu lari lagi dan terus melakukan  kerja terbabit, sehinggalah saya ditangkap khalwat bersama teman lelaki berusia 20 tahun dalam sebuah rumah empat bulan lalu dan atas kesalahan itu saya dipenjarakan,” katanya. 

Sa berkata, selepas ditahan dan pemeriksaan kesihatan dilakukan, dia terkejut apabila turut disahkan positif HIV akibat cara hidup lampau yang bergelumang dalam dunia pelacuran. 

“Sesungguhnya, saya insaf dan bertaubat kepada ALLAH SWT, semoga segala perlakuan saya selama ini diampunkan dan saya nekad untuk berubah demi untuk meneruskan kehidupan walaupun dalam jangka masa yang tidak lama. 

“Sedih memang sedih. Kadangkala jika tidak mempunyai pedoman mungkin saya akan bunuh diri, namun saya harap selepas dibebaskan Disember ini, saya berjanji dengan teman lelaki untuk berkahwin walaupun berat hati saya untuk menyatakan kepada bakal suami bahawa saya disahkan menghidap HIV,” katanya.


Sumber Sinar Harian

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (58) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST