Saturday, 25 October 2014

ZULKIFLEE - SINGA MERAYAP DIATAS PERUTKU SEBELUM MASUK KEDALAM.........

Assalamualaikum,

"Kau nak main "Singa Lari keatas Bukit"?"

Tiga belas tahun lepas, soalan itu mengubah seluruh hidupku. Soalan yang dilemparkan oleh abang sepupu yang berusia 5 tahun lebih tua. Aku masih seorang anak yang suci, sama seperti anak-anak yang lain. Aku baru menginjak usia 7 tahun dan baru mengenal taman permainan dan masih dungu tentang erti hidup apatah lagi memahami erti seks.



Anak kecil mana yang menolak jika dibawa bermain. Tapi aku tak sangka, permainan yang dimainkan oleh abang sepupuku semata-mata untuk kepuasan nafsunya. Tangannya yang diumpamakan singa merayap keatas perutku sebelum masuk kedalam seluarku. Aku merasakan satu sensasi yang tidak pernah aku rasa sebelum ini, seperti mahu terkencing, tapi tidak. Kemudian, dia memaksa aku memainkan permainan yang sama.  Aku menolak, dia mengugut. Permainan ini berlanjutan bertahun lamanya tanpa pengetahuan sesiapa.

Tiga tahun kemudian, ketika aku berusia 9 tahun, kami sekeluarga berpindah dari kampung. Hanya nenek dan abang sepupuku di kampung. Selama berjauhan dari dia, aku mula bermain permainan yang diajar abang sepupuku bersendirian. 

DIA SEORANG PENAGIH.

Aku berusia 13 tahun, kami sekeluarga pulang ke kampung setelah ayah membina rumah berhadapan dengan rumah nenek. 

Suatu hari, aku ke rumah nenek, tapi nenek tiada dirumah, cuma abang sepupuku. Dia sedang menonton video lucah. Aku terkejut bila dia memeluk aku dengan kuat, aku tidak mampu melawan. Dia menggunakan kekerasan, memaksa aku melakukan perkara yang sama seperti yang terpampang di kaca televisyen. Perkara yang tidak pernah aku fikirkan terpaksa aku lalui. Perit, tiada siapa yang tahu. Dia memaksa aku dan cuba masuk melalui pintu belakang, syukur tuhan masih sayang, nenek memberi salam. Segalanya berlaku dengan pantas. Aku masih ingat hujan turun petang itu. Aku berlari pulang ke rumah dengan muka yang pucat ketakutan. Aku tidak berani bercakap tentangnya kerana takut dikasari oleh abang sepupu.

Beberapa bulan kemudian, aku mendapat tahu dia dipenjarakan kerana mengambil dadah. Agak lama dia dipenjarakan dan selepas itu dihantar ke pusat serenti.

Selepas aku dapat tahu abang sepupuku seorang penagih, benda yang paling aku risau, sering bermain di kotak kepala ialah terkena jangkitan HIV AIDS dari seorang penagih dadah yang aku kenali sebagai seorang abang sepupu. 

SYUKUR, AKU SELAMAT. 

Semua itu berlaku hidupku. Aku bersyukur kerana tuhan melindungi aku dari onar yang dilakukan abang sepupuku. Aku masih hidup sampai sekarang. Aku sekarang berusia 20 tahun dan tak lama lagi akan menjejak usia 21 tahun.

Abang najmi, 

Maaflah kalau coretanku terlalu panjang. Tapi selama ini tiada siapa yang pernah tahu cerita ini. Selain aku dan abang sepupuku. Biarlah kali ini cerita ini dikongsi sebagai pengajaran kepada orang lain diluar sana. Semoga orang tahu menjadi songsang bukan pilihan aku, bukan pilihan sesiapa pun. Ia cuma terjadi begitu saja.

Aku tiada nafsu dengan perempuan. Tapi, aku tidak pernah bersama-sama dengan lelaki lain selain abang sepupuku. Aku bukanlah seorang yang kacak mahupun bergaya. Aku takut dan malu untuk bergaul dan mencari kawan. Aku lebih suka menyendiri dan kurang bergaul. Aku tidak punya ramai kawan.

Disekolah dulu, aku lebih rapat dengan guru-guru berbanding rakan-rakan sekolah. Sekarang pun, aku lebih suka dirumah daripada keluar bergaul.Disekolah dulu, aku cemerlang dalam bidang pelajaran. Selalu mewakili sekolah dalam pelbagai aktiviti. Aku pasang niat untuk jadi seorang tokoh yang terkenal. Tapi, aku risau dibayangi oleh masa silamku. Aku takut suatu hari nanti masa silam yang aku tidak ingini dikorek dan diungkit.

Aku cuba mendekati tuhan untuk meredakan kegusaranku. Tapi aku selalu tewas dengan nafsu. Aku lemah. Aku bingung.


Sekian.
ZULKIFLEE


#saudara zulkiflee ada mempunyai blognya sendiri
jika dapat keizinan darai dia insyaallah akan saya share
link blog tersebut disini nanti - Najmi


3 comments:

  1. Replies
    1. salam warkah kembara

      dia beritahu cukup lah abg najmi aje yang tahu huhu....nampak gayanya tak dapat lah abg kongsikan blognya itu

      Delete
  2. Ramai sebenarnya yang terjerebak dgn naluri songsang,disebabkan oleh org ketiga. Adik beradik, kawan2 semasa diasrama.. dan, ada juga yang terkena masa join aktiviti camping disekolah, seperti masa program camping PMRUPSR n even masa program kerohanian pon, ada budak terkena juga.

    Jangan berhenti berdoa dan berhrap agar Allah makbulkan doa untuk balik ke pangkal jalan.Ya Alah,bantulah kami...

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST