Friday, 3 October 2014

UJIAN HIV - KEPADA SESIAPA YANG RAGU-RAGU, BANYAK BERTANYA SOALAN YANG SAMA.



SOALAN;

Berapa lama window period bagi HIV?

1. Saya ada berjumpa dengan pegawai kesihatan di klink KK, beliau mengatakan adalah selama 1tahun? 

2. Pembacaan saya di internet selama 3 bulan hingga 6 bulan? Manakah yang sebenarnya paling tepat. 

3. Saya melakukan test Anti-HivScreening Test-Hiv Ag/Ab sceening (CMIA) pada bulan ke 5 -ve dan Rapid test pada bulan ke 6 -ve, adakah sudah konkrik atau tunggu lagi 6 bulan untuk setahun? 

4. Tempoh 6 bulan berkenaan tanpa sebarang aktiviti berisiko?



JAWAPAN;

Tempoh window period bagi HIV adalah 2 minggu (14 Hari) hingga 3 bulan. Selalunya selepas 3 bulan dari aktiviti berisiko, anda dinasihatkan menjalani ujian saringan HIV.

Sekiranya keputusannya di dapati negatif, maka keputusan tersebut sememangnya konkrit/sah adalah negatif. 

Walau bagaimanapun sekiranya anda masih ragu-ragu dengan keputusan tersebut, ujian boleh dilakukan lagi selepas 3 bulan kemudian untuk double confirm sahaja. 

Untuk menjadikan anda lebih tenang dalam menjalani kehidupan, disarankan anda berjumpa dengan kaunselor bagi merujuk sebarang persoalan dan mendapat pencerahan serta celik akal bagi menjawab segala kekeliruan anda dan berkongsi perasaan. 

Banyak agensi yang anda menawarkan khidmat kaunseling HIV termasuklah agensi kerajaan dan bukan kerajaan seperti Malaysian Aids Council (MAC) sebagai rujukan. 

Semoga anda dapat menjalani hidup yang lebih sihat dari semua aspek termasuk fizikal dan mental.- MyHEALTH

Jawapan dari portal MyHealth.Terima kasih kerana menggunakan Portal MyHEALTH.

 


9 comments:

  1. Hi abg Najmi.. saya mungkin nak tambah skit pasal window period ni sebab saya baru buat test dan counseling di ptf malaysia..counselor kt sana memaklumkan bahawa window period bergantung dengan jenis ujian yang dilakukan dan slalunya modern HIV test mempunyai window period selama 3 bulan..sekarang ni dah ada combo test yang hanya perlu 1 bulan untuk mendapat keputusan konkrit..pasal 6 bulan tu beliau cakap kalau ade new exposure atau mungkin test digunakan yang jenis lama punya..kenyataan dipersetujui oleh pakar infectious diseases specialist di sunway medical center.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ANONYMOUS,

      Ya benar apa yang saudara katakan itu, abang ada share mengenai test CMIA (boleh klik kat sini kepada mereka yang ingin tahu - http://hivadadidalamdarahaku.blogspot.com/2013/11/cmia-principle-test-hiv-test-kit.html),

      Terima kasih banyak-banyak...:)

      Delete
  2. Assalamualaikum abg nak tanya pasal ujian hiv, saya ada buat test hiv di hospital swasta selepas 20 minggu daripada aktiviti risiko. Ujian itu adalah Architect Abbot Combo CMIA antigen and antibody test dan keputusan nya negatif. Ni dah kira muktamad ke? Susah nak lepaskan rasa takut. Sebabnya saya tak de simptom semasa 3 bulan pertama tapi bila minggu 15 ke 16 tu saya ada mcm simptom sakit2 badan dan sakit leher rasa macam ada biji..saya kena buat test lg ke pada minggu 24 or 6 bulan?..thank you ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Setahu abg ujian CMIA yang ada antigen dan anti bodu boleh mengesan kehadiran kuman dg tepat seawal selepas 28 hari dr tarikh berisiko, saudara dah buat selepas 20 minggu kan..lama tu...Pada abg tak perlu buat lagi tapi kalau masih was2 boleh aje buat selepas 3 bulan kemudian dan kalau masih ragu2 boleh aje ulang lagi selepas 6 bulan...kalau masih ragu2...mai sini biar abg rotan ponggung tu hehehe..

      Delete
  3. Hehe rotan punggung..jadi cikgu displin plak ye hehe..Insya Allah saya akan buat ujian terakhir pada 6 bulan selepas tarikh risiko untuk hilangkan rasa ragu..terima kasih bang..

    ReplyDelete
  4. Hi abang Naj Mi, apakah ada tempat test HIV di Lumut? Kalolah ada apakah akan perbedaan perlakuan karena saya bukan malaysian?

    ReplyDelete
  5. hi bang naj,
    just nak tanya pendapat.
    saya telah melakukan hubungan berisiko pada bulan july 2014.
    telah melakukan ujian hiv pada bulan januari 2015 di BP health care. hasil result adalah:

    Anti HIV Screening Test
    HIV Ag/Ab screening (CMIA) : Non reactive
    Hep A Virus (HAV) IgG: Non reactive
    Anti HCV (EIA/MEIA method) : Non reactive

    adakah saya berisiko untuk menhidap hiv? adakah perlu menjalani ujian sekali lagi dengan method lain?

    tolong advise..tq bang


    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak berisiko sebab saudara buat ujian selepas melebihi 6 bulan
      Setahu abg ujian selepas 3 bulan sudah memadai dan sudah dikatakan konkrit

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST