Thursday, 30 October 2014

TENGKU SHAHIR - CINTA DALAM DIAM SEORANG PLU

photo hanya hiasan - grownandflown.com

Salam semua,

Dah lama jadi silence reader. Rase nak share cerita jugak. Cerita saya lebih kurang saudara AKIM. Sukakan sahabat baik. Cuma beza sikit kawan baik saya tu muda 3 tahun dari saya. Saya kenal dia dari kelab motosikal Kami sama-sama minat motosikal. Beli motor then masuk kelab. Niat saya untuk tambah kawan. Secara tidak langsung kenal beliau dan jadi rapat. Time tu umur dia 17 tahun dan saya 20 tahun.

Tahun pertama perkenalan saya dengan beliau, begitu indah bagi saya. Kami selalu keluar berjalan bersama. Chat facebook penuh dengan dia jerr. Saya pun tidak sedar secara tidak langsung wujud perasaan cinta saya kat beliau. Namun saya tahu, dia seorang lelaki str8. Dia mungkin anggap saya sebagai seorang abang. Tambah-tambah dia anak bongsu and tidak ada abang pulak. Kalau dia nak makan dia akan message saya, mintak untuk temankan dia,  'Makei dah??' Message ini  yang selalu saya dapat dari dia, saya rela pergi makan lagi walaupun dah kenyang bagai nak muntah.

Tiap-tiap malam dia PM chat facebook saya. Walaupun baru sahaja lepas jumpa, macam duduk sebelah-sebelah dah. Bertambah rapatlah hubungan kami. Kalau buat perjumpaan group dia mesti duduk sebelah saya. Dan saya akan jelous kalau dia borak dengan member lain or gurau dengan dia. Sedangkan ada yang lagi handsome dari dia. Tapi saya tak tahu kenapa perasaan cinta dan sayang saya kat dia semakin mendalam. Bodoh jugak saya kan.

Sayalah orang yang pertama wish bufday dia setiap tahun, and saya jugak lah orang pertama yang lempar telur atas kepala kat dia... Haahahaha... Dia kata first time kena cam tu. Rasa di hargai katanya. Persahabatan kami semakin rapat. Sehingga lah.........

Dia PM chat facebook saya, beritahu yang dia ada sukakan seorang gadis kat tempat tution dia. Saya seolah-olah terdudukk. Kuatkan hati untuk menerima. Saya akur. Yang saya tidak dapat miliki beliau. Jadi abang angkat pun dah cukup. Secara tidak langsung saya jadi penasihat couple dia. Dan selalu teman dia pergi dating.. Balik teman dia dating saya menangis seorang-seorang dalam bilik.

Hurmmm pelbagai peristiwa berlaku, tak larat nak citer. Ada manis. Ada pahit. Antara yang manis. Dia pernah hadiahkan jam tangan kat saya. Hantar maknan kat rumah. Pergi beraya bersama. Hurmm tak larat nak flashback. Hati saya akan cepat jadi sebak

Dipendekan cerita: Sekarang saya berumur 22 tahun, dan dia 19 tahun. Saya rasakan seolah persahabatan kami tidak seakrab dulu... Yelah.. Dah dia dah belajar kat universiti. Beliau semakin ramai kawan. Kami pun dah kurang hang out. Tapi saya selalu fikirkan dia. Stalk facebook dia. Stalk instagram dia. Stalk facebook kawan-kawan dia. Penuh dengan perasaan cemburu.

'Makei dah'??

Sudah lama saya tak dapat message maca ni. Sangat rindukan beliau. Saya tidak tahu, kenapa beliau seolah-olah lari dari saya. Kalau message pun jarang yang dibalas, kalau balas pun mungkin atas faktor beliau kesiankan saya sebab banyak message yang dia tidak balaskan. Itu pun tanya sepatah dijawab sepatah and diam kembali. Hurmm..mungkin beliau dah berfikiran matang.. Ye la.. Dulu budak-budak, tak ada awek, sekarang dia dah ada awek.

Chat facebook saya pun dah sunyi dari message beliau. Sangat sedih abang Najmi. Setiap hari saya fikirkan dia. Bangun aje check hendset untuk tunggu message dari dia or stalk instagram dia and facebook. Tolong saya abang Najmi, apa yang nak saya lakukan seterusnya. Adakah ni kelemahan saya atau ujian darinya?? Tolong saya sahabat-sahabat semua.


TENGKU SHAHIR
sumber dari ruang komen didalam entri DISINI




Salam Shahir,

HIDUP MESTI DITERUSKAN. Apa yang abang boleh nasihatkan cuba jangan stalk lagi facebook, instgram atau apa jua berkaitan dengan dirinya. Abang faham bagaimana seorang itu bercinta, cinta songsang sama juga kisahnya dengan cinta mereka yang strg8 diluar sana. Cuma cinta songsang ni sesuatu yang salah disisi agama terutama yang lebih menjurus kepada aktiviti maksiat. Boleh berkawan dengan rakan lelaki tetapi berkawan lah kerana ALLAH.

Mungkin sukar buat permulaan ini, nasihat abang lupuskan apa jua yang berkaitan denagn diri sahabat shahir tu. No fon, fb dan sebagainya delete. Sebenarnya pengalaman yang Shahir alami pernah juga abang alami dulu, abang juga mengambil masa hampir setahun untuk melupakan seorang sahabat baik yang abang suka dalam diam.

Tapi percaya lah perasaan suka itu semakin lama semakin pudar dan hilang, dan akan tiba suatu masa nanti shah sudah boleh menerima dia sebagai kawan tanpa ada perasaan suka lagi. Yang penting Shahir perbaiki diri teruskan hidup, kuat kan iman dan takwa dan berusaha elak diri dari jatuh cinta sesama jenis lagi, walaupun sukar tetapi jika kita ada keinginan insyaallah Shahir boleh mengubah diri atau sekurang-kurangnya dapat mengawal diri dari terjebak dalam cintan songsang lagi dan lebih penting tidak terlibat dalam hubungan seks sejenis. Ingat terdapat berbagai penyakit bahaya ada diluar sana - NAJMI




6 comments:

  1. Saya doakan semoga tengku dapat lalui ujian ini. Biarlah kawan tengku tu dengan hidup dia. Tak perlu la tengku nak sedih2 sebab dia. Buang masa jer.

    ReplyDelete
  2. Setuju 100%.Lebih baik lupa kan sahaja.Apa guna dia kalau dia tak ingat sama kita.

    ReplyDelete
  3. Semoga saudaraa Tengku sabar. Memang susah untuk tiba-tiba melupakan sahabat @ adik angkat saudara Tengku, tapi cuba dan mulakanlah dengan berhenti dari berterusan melihat profile-profile laman sosial dia. Mungkin lebih drastik kalau saudara Tengku boleh unfriend, unfollow atau terus sahaja block dia dari semua laman sosial agar tak ada tinggalan apa-apa yang boleh mebuatkan saudara teringatkan dia. Ya, memang susah, tapi tak susah juga untuk mencuba. Sekali lagi, semoga saudara kuat untuk melupakan dia.

    ReplyDelete
  4. Salam... saya juga ada masalah cinta sejenis ni, masa umur saya 16 tahun... rasakehilangan sangat, saya ambil masa 5 tahun tapi saya masih cintakan dia. sekarang oksikit... saudara tabahkan hati..1,2 tahun pertama mmg sukar.... tapi tabahkan hati. Jangan stalk dia lagi, saya pun mcm saudara jugak..mmg rindu sbb tu tgk profile dia... tapi itu akan lebih menyakitkan..

    ReplyDelete
  5. Apa abg najmi cakap betul. Bila kita selalu stalk tu yang buat kita susah nk lepaskan, pasang niat untuk tidak stalk (cara paling mudah, block dia). Dan belajarlah hidup tanpa dia. Mula2 sengsara, nanti akan biasa.

    Selamat maju jaya

    ReplyDelete
  6. Terima kasih semua atas nasihat... Hurm.. Mmg sudah.. Sy pun mencuba utk lupakan dia... Ya allah.. Adekah ini kelemahan aqu.. Ataupun sebuah ujian darimu ya allah... Bantulah hamba mu ini ya allah.. Hindarilah kami dari kaum nabi lut.. Amin ya rabbalalamin

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST