Thursday, 23 October 2014

SHAHWATY - SUAMI SAYA BUAT HAL, DIA MINAT SESAMA KAUM

  • SHAHWATY
    Salam, tq kerana sudi berkawan dengan saya, nak panggil apa ni yer

  • Naj Mi 
    Panggil aje Najmi


  • SHAHWATY 
    Umur berapa dan kerje kat mana, akak kat negeri pantai timur ni, akak suka ayat Najmi...Hidup Mesti Diteruskan
  • Naj Mi 
    Apa jua yang berlaku pada kita, hidup mesti diteruskan kan...kita kena percaya kepada ketentuan Allah dan berbaik sangka kepadaNya selalu, tentu ada hikmah disebalik semua dugaan yang Dia turunkan kan. Lain lah kalau orang kafir hidup boleh dihentikan segera (bunuh diri) kalau mereka dah tak suka nak hidup. Abang dah lebih 40 tahun dah, dan menganggur.



  • SHAHWATY 
    Ooo...saya Shahwaty umur 30an, saya rasa saya tidak sekuat Najmi. Nak saja saya bawak diri jauh-jauh.tapi saya tahu..kalau saya buat macam tu masalah tidak akan selesai. Saya ada anak 4 orang. Dan sekarang tengah preggy 7m. Sudah lama saya pendam masalah ni...tapi sekarang baru kebenaran terbukti, suami saya buat hal. Bagai batu hempap kepala..Tuhan saje yang tahu luka di hati saya
  • Naj Mi 
    Buat hal? Main kayu 3 ker...? Ceritalah nanti abang baca.. Sekarang susah nak baca dan nak balas panjang-panjang sebab guna fon. Nanti abang balas bila on laptop ya...:)

  • SHAHWATY
    Saya betul-betul harap suami saya berubah. tapi dalam sebulan dua ni suami saya semakin galak dalam hal ni. Suami saya minat sesama kaum..cinta songsang. Sehinggalah saya terjumpa gambar tangan suami saya bersama cinta songsang nya...siap tertulis ayat, "i love you..moga cinta kita mekar sentiasa."

    Hancur luluh perasan saya bang, suami saya siap ada group lagi yang mana rata-rata ramai lelaki gay dalam group tersebut. Gambar alat sulit bersepah dalam group tersebut, termasuklah yang suami saya punya.

    Ayat-ayat suami saya macam orang bercinta.. cinta songsang nya orang yang dah agak berusia dalam 45 tahun gitu..sudah berkeluarga. Tergamak suami saya buat saya macam ni.. tak kesian ke dia pada saya dan anak-anak.

    Mana peginya iman dalam hati dia, tak malu ke dia bila hantar gambar-gambar alat sulit (walaupun tak nampak muka) pada kekasih cinta songsang nya tu... "Aku tengok yang kau..kau tengok yang aku punya". Dalam group itu pernah jugak suami saya ajak main untuk 3some. salah sorang mungkin cinta hati dia kut. Mana pergi nya sifat malu dia....tak malu ke dia buat gitu..Saya bagai naik gila bila ingatkan benda-benda ni

    Memang kami suami isteri gaduh besar bila saya tahu hal ni. Siapa nak mengaku kan bila buat salah..lebihlebih lagi benda ni. Saya kenal benar susuk tubuh..tangan suami saya..lebihlebih lagi tangan pasangan tu pun saya dah tengok. Saya tahu apa yang saya tengok tu tak salah...tapi suami saya masih jugak tak mengaku

    Tak apalah dia tak nak mengaku...cuma satu yang saya pinta...tinggalkan aktiviti tersebut dan cinta songsang nya tu. kembali lah ke pangkal jalan.

    Walaupun keadaan sekarang hubungan kami nampak baik...tapi jauh di sudut saya....saya bimbang jika suami saya masih berhubung lagi dengan cinta songsang dia tu. Saya betul-betul mahu percaya pada suami saya yang dia mahu berubah...tapi dalam hati saya was-was tu tetap ada. Saya takut suami saya tipu saya...dan kembali semula aktif tanpa pengetahuan saya. saya betul-betul takut benda-benda ni jadi di belakang saya.

    Selain berdoa dan minta agar Tuhan bagi petunjuk dan hidayah ke suami saya. Apa lagi yang perlu saya buat..saya betul-betul bingung bila teringat benda-benda macam ni.
  • Naj Mi 
    Salam, sebenarnya ramai isteri-isteri yang mengalami masaalah seperti saudari, kena ingat naluri songsang TIDAK dapat dihilangkan TETAPI ianya dapat dikawal, dikawal dengan iman dan takwa.

    Banyak kisah seperti ini yang ada abang siarkan dalam blog mengenai keluhan isteri-isteri yang bersuami songsang, mungkin puan boleh refer balik nanti sebab kalau nak nasihat, mungkin nasihatnya dari saya sama aje

    Puan kena kuat, kalau boleh dapatkan nasihat dari mereka yang pakar (kaunselor) seperti pegawai dijabatan agama dan sebagainya, jika suami masih berterusan melakukan aktiviti tersebut rasanya puan kena berpisah, selain menyakitkan hati dengan perbuatannya, puan juga berisiko dijangkiti macam-macam penyakit termasuk HIV sekiranya suami melakukannya tanpa pelindungan.

    Buat masa ini puan cuba sabar, tunggu sehingga selamat melahirkan anak, kemudian baru fikir tindakan yang terbaik yang perlu dilakukan. Kena berani demi diri sendiri dan anak-anak.


  • SHAHWATY 
    Selepas bergaduh besar tempoh hari, dia berjanji akan meninggal kan semua benda-benda tu...termasuklah tidak berhubung dengan kekasih cinta songsang nya tu. Tapi dalam hati saya... saay masih was-was untuk percaya. Macam yang abang Najmi bagi tahu..benda ni tak boleh hilang (tapi boleh dikawal dengan iman dan takwa). Saya takut mereka berhubung di belakang saya.

    Bahkan bila suami saya bagi tahu, balik kerja lambat...kerja sampai lewat malam...payah saya nak percaya. Saya cuba nak percaya...tapi bila teringat apa yang dia dah buat....hati saya jadi keliru. Walaupun suami saya bagi tahu dia tak berhubung lagi...tapi bila tengok kekasih songsangnya menghubungi nya di wassap..saya jadi bimbang. bila saya suruh block no tersebut...suami saya tak nak...dia kata macam saya tak percayakan dia. Saya betul-betul keliru bila dia cakap macam tu...
     
  • SHAHWATY 
    Sejujurnya saya masih sayang kan dia...tapi bila teringat apa yang dia buat, saya sakit hati. Saya cuba kuat demi anak-anak.. tapi sampai bila saya nak bertahan...saya berperang dengan jiwa sendiri.
  • Naj Mi 
    Kalau nak tahu abang hari ini juga ada menerima melalui email luahan seorang lagi wanita yang mengalami nasib sama seperti puan, dia tulis macam ni... 

    "Wassalam. sebenarnya kisah saya lebih kurang Puan WannaBwise (salah satu kisah dalam blog abang) juga. Saya ibu kepada 4 orang anak. Suami saya seorang lelaki yang sangat warak jika dibandingkan dengan saya. Namun segala anggapan saya terhadapnya musnah apabila saya tahu rupa-rupanya saya bersuamikan seorang suami biseksual setelah 18 tahun berkahwin. 

    Tidak pernah terduga pada fikiran saya beliau adalah lelaki songsang, segalanya bermula setelah saya membaca mesej cinta antaranya dengan pasangannya. Sebelum ni saya ingatkan beliau bermain cinta dengan perempuan rupa-rupanya lelaki yang dikatakan anak angkat barulah saya cuba kenangkan semula sejak bila... rupanya ni adalah pasangannya yang ke3. 

    Yang pertama dulu saya tidak sangka bila anak saya bagi tahu saya, ayah ada girlfriend sebab bila terima call cakap bisik-bisik, bila saya tanya dia kata murid sekolah dia dan saya call no tu memang lelaki so saya biarkan. Kemudian lama lepas tu saya terbaca mesej masuk rindu pada dia bila saya tanya dia kata budak kantin.

    Kemudian kemuncaknya baru-baru ni bila saya terbaca mesej cinta dia dengan lelaki yang dikatakan anak angkat. Remuk hati saya cuma Allah yang tahu".

    Bermakna Puan Shahwaty bukan seorang yang mengalami masaalah seperti ini, ramai lagi isteri-isteri diluar sana yang mengalami masaalah yang sama malah ada yang lebih teruk lagi keadaannya.


  • SHAHWATY 
    Besar sungguh dugaan untuk kami kaum hawa ni, abang Najmi, samalah dengan suami saya, suami saya solat tidak tinggal...quran dah banyak kali qatam. surah-surah alquran..banyak yang dia ingat (hafal) tapi saya kecewa sebab apa yang dia amal tu, masih tidak boleh lagi nak kawal nafsu songsang dia...

14 comments:

  1. Kita tak boleh salahkan suami 100% juga. Mungkin suami tidak mendapat layanan yang sempurna daripada isteri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehhh helooo...100% bukan salah bini, tu yang saya pasti,,,tak perlulah nak cakap isteri tidak memberi layanan yg sempurna kalau dah suami tu memang hanya bernafsu kat jantan lain. Masa dulu2 mungkin tak pernah nak bermanja2 dgn jantan, tp bila berjumpa dengan jantan bermisai yg juga sukakan belalai, memang ada lelaki yg lupa terus anak bini.

      apa2pun salah perempuan tu hanyalah tidak memiliki alat sulit yg tepat untuk lelaki bodoh mcm suami kakak2 ni. Nork, kalau nak main jantan, jangan kawin! Akak ni sampai bila2 takkan kawin dgn sapa2 walaupun ramai yg nak masuk meminang,

      lelaki zaman skrg memang ramai yg penakut dan hipokrit. Kalau betul2 berani, tak perlu nak kawin semata2 nak anak, nak keluarga sedangkan hakikatnya hanya menyusahkan kaum perempuan. Dah tua nanti dudukla rumah orang tua je, tak perlu nak takut hidup tak kawin.

      Delete
    2. Salam KAK MONMON,

      Saya dah berkali-kali kata kalau seorang lelaki itu rasa dirinya songsang dan rasa dirinya tidak mampu beri kebahagian pada isteri JANGAN sekali2 nak berkahwin. Banyak kes lelaki gay dan bisekual yang berkahwin sebab nak tutup aib diri, dan ramai yang kena kahwin paksa..pada saya lah mereka yang belum ada keyakinan diri utk mampu berubah jangan sesekali ikut telunjuk orang termasuk paksaan dari ibu bapa, beri lah apa sahaja alasan kepada mereka yang paksa, sebab kalau teruskan juga berkahwin nanti yang menanggung dosa adalah lelaki itu jugak sekiranya mereka masih main belakanglah. Kalau tak main belakang pun mereka ini besar kemungkinan akan abaikan kasih sayang dan mengelakkan diri dari memberi nafkah batin pada siisteri.

      Buat Anonymous diatas..kita bercerita mengenai masaalah lelaki songsang, kalau lelaki normal cari wanita lain tu mungkin ada sebab musabab lain, dan ada kemungkinan sebab nafsunya yang sangat kuat, iman yang lemah dan saya setuju mungkin ada kena mengena dengan sikap isteri...Wallahuallam

      Delete
    3. Saya seorang perempuan dan seorang wife. Sudah berkahwin selama 11 thn. Anak sudah 3. Nasib saya serupa dgn mangsa di atas.

      Pada usia perkahwinan saya menjangkau 3 thn suami buat hal. Dia punyai skandal bukan seorang tetapi 2 lelaki pd masa yg sama. Bkn sahaja mereka kacak, berkerjaya malah inilah lelaki yg diidamkan oleh wanita juga.

      Saya "curi" nombor telefon mrk dan saya bukan berniat utk menyerang mrk. Malah saya berjaya berkawan dgn mrk tanpa pengetahuan sang suami.

      Tidak sampai 4 bulan persahabatan gelap kami, saya kutip komentar mrk. Baru saya sedar - saya tidak menarik, tidak pandai berfesyen, gemuk, badan berbau dan "berkumis manja"... dll

      Saya berazam. Saya renovate badan, muka dan penampilan saya. Alhamdulillah dlm 3 bulan saya menjadi Sarimah yg baru. Saya menjadi perbualan jiran2 dan rakan sepejabat. Suami saya mula pandang saya dgn dua mata. Saya bertudung, tetapi saya tidak memakai pakaian murah dan XXL lagi. Akhirnya, bukan shj selamatkan perkahwinan saya malah saya mengandung lagi dan hubungan kelamin kami amat hebat!!! Suami saya meninggalkan lelaki2 kacak tersebut. Sehingga hari ini saya masih berkawan dengan skandal2 suami saya.

      Secara ringkas saya ingin nasihatkan kaum hawa atau isteri seperti di atas, tuding jari2 kepada kita dahulu. Kita banyak kekurangan. Berkahwin dgn lelaki songsang bukan masalah. Itu sudah nasib kita. Tapi kita boleh lakukan sesuatu...

      Delete
    4. Mdm SARIMAH

      Terima kasih kerana berkongsi pengalaman kisah...Semoga rumah tangga Sarimah dan suami berkekalan bahagia sehingga kehujung nyawa...Alhamdulillah...

      Delete
    5. Hebatnya madam sarimah. Terbukti ini semua adalah bergantung kepada isteri. Kalau isteri mahu berubah insya allah suami yang bengkok boleh diluruskan. Semoga isteri2 yg bersuamikan lelaki bengkok mencontohi wanita hebat seperti madan sarimah.

      Delete
    6. salam abg najmi saya pun mempunyai masaalah yg sama iaitu suami saya seorang ya suka pada lelaki betapa hancurnya hati sya apabila mengetahui di laman sosiol dia pernah mengadakan seks dgn lelaki india dan dia puas melakukan dengan india tersebut dan memmita ingin melakukan lagi tapi saya masih sayangkan rumah tannga saya sbb kami mempunyai 4 orng anak lelaki yg masih kecil tapi sekarang apa perlu saya buat dan saya tidak ada tempat untuk mengadu huhuhuhuhuhuhuhuhu sedih hati saya saya cuba nak ubah tabiat suami saya

      Delete
    7. Siti, lelaki yg suka lelaki mmg susah nak diubati. Siti berterus terang dgn dia. Cakap kat suami siti yg siti ada bukti dia ada buat hubungan seks dgn lelaki lain. Minta dia berubah tetapi kalau dia tak nak berubah lebih baik siti tuntut fasakh. Tidak ada gunanya bersuamikan lelaki yg mcm tu.

      Delete
  2. oh single plu susah pulak bila mencuba menjadi lebih baik...mana tidaknya Najmi, setakat ni alhamdulillah Allah dah berkati separuh jalanku..nk diharapkan bakal isteri menjaga kita manakan mungkin pasti dari awal dia tidak akan berkahwin dengan plu jika diketahuinya..tetapi jika tidak dimaklumkan andai satu ahri terjatuh..hanya mampu berdoa andai diizinkan Allah agar dapat berkahwin dengan wanita yg cekal andai daku kalah di tengah perjuangan si wanita isteri solehah dapat menghulurkan tangan menarik si suaminya kembali selain merasakan begitu lemah lalu kalah pada perjuangan si suami...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,

      Setahu abang, masih ada wanita yang boleh menerima seorang lelaki gay, malah ada wanita yang sanggup berkahwin dengan lelaki gay dan yang ada HIV. Wanita2 ini berniat ikhlas sebab ada kasih sayang, dan mungkin sebab sudah jatuh hati pada lelaki gay tersebut, apa tah lagi kalau lelaki gay itu sanggup mengakui akan kekurangan diri kepada wanita ini. Cuma bilangan mereka mungkin tidak ramai.

      Delete
    2. Saya ada kenal seorang perempuan. Dulu kawan rapat, tidak rapat lagi dah. Masa dia kawin umur dia 41 thn dan kahwin dgn seorang lelaki umur 27 thn. Lelaki ini amat hensem, dan berperawakan lembut seperti (maaf cakap, chef Wan, Aznil, Azwan ataupun Jaafar Onn). Setelah merapati perkahwinan tersebut saya baru sedar beberapa perkara:

      1. Si suami mahu menutup pressure dari pihak keluarga dgn berkahwin.

      2. Suami sanggup membayar lebih kurang RM8,500 sebulan kepada kawan ppuan saya itu krn bersetuju kahwin dengan dia.

      3. Suami lembut itu juga berjanji memberi pakej perlancongan kepada isteri tipu ini setiap tahun spt ke Itali, Jepun dan Kanada

      4. Perempuan ini atau kawan saya tidak bekerja. Dulu dia bekerja tetapi setelah "berkahwin" dia cuma melakukan business online

      5. Lelaki/suami ini cuma duduk di flat di pinggir Kuala Lumpor kerana dia tidak punya wang lagi kerana semuanya sudah diserahkan kepada kawan wanita saya ni.

      6. Rakwan wanita saya ini skrg tinggal di kondominium di Kota Damansara bersama sama dengan rakannya yang lain. Kondo ini adalah pembelian "suaminya" dan termaktub di dalam perjanjian.

      7. Apabila keluarga lelaki ini ingin melawat atau kebetulan berada di KL, mereka akan "memulakan lakonan mereka" spt masak sama2, tidur dalam bilik yg sama, berkucupan di ruang tamu... kawan saya pernah beritahu yg mereka pernah berpura2 berbuat bunyi2an spt mereka tengah "bersama" semasa keluarga mereka tidur di ruang tamu.

      Jadi, tepuk dada tanya selera. Jangan desperate untuk kahwin sehingga jadi papa kedana. Saya sudah nasihatkan kawan perempuan saya dan jawapan dia kepada saya adalah "ADA AKU KESAH???"

      Delete
    3. Anonymous..

      Ya ker...kisah ini tidak mustahil boleh berlaku dan saya tahu ianya boleh berlaku....

      Delete
  3. siti.. blh kita smbang2 .email akak lukmnulhakim1969@gmail.com

    ReplyDelete
  4. siti akak faham apa yg siti rasa.nasib kita sama..email akak motivasikeluargabahagia@gmail.com

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST