Thursday, 23 October 2014

RAZLAN - SAYA TINGGAL SENDIRIAN, TIADA SIAPA TAHU SAYA HIV +ve. TOLONG BIMBING SAYA

Assalam abang Najmi, saya Razlan (bukan nama sebenar), baru 24 tahun dan telah disahkan +ve HIV selepas buat bloodtest di klinik pada 13 Oktober 2014.  
 
photo hanya hiasan


Saya telah demam on-off  dan kulit gatal-gatal selama hampir 1 bulan. Saya pergi ke 3 klinik. Namun masih belum sihat. Kemudian ketika keklinik yang ke 4 tergerak hati saya untuk buat blood test bagi STD sifilis. Saya ada bekas bintik-bintil seperti lecur kasar di tapak tangan dan kaki. Saya risau. Saya adalah seorang lelaki songsang dan pernah melakukan seks. Kadang kala guna kondom kadang kala tidak mengunakannya. 

Saya kini insaf dan bertaubat menyesali kesilapan dan kejahilan saya. Saya ingin sembuh.

Tanggal 20 oct 2014, sememangnya takkan saya lupakan apabila dimaklumkan oleh dokter di klinik itu sy +ve sifilis dan HIV detected. Saya terkejut, bingung, masih tak percaya perkara yang sangat saya takut telah menimpa saya. Doktar kata ada kemungkinan test sifilis mempengaruhi test HIV itu. Sifilis boleh dipulihkan namun kena ambil satu tahun dua untuk deactivate dan menunjukan kesan negative pada test. 

Doktor beritahu HIV tiada penawar. Saya hampa kecewa dan mula fikir bukan-bukan. Malu dan tidak tahu nak berkongsi masaalah ini pada siapa. Saya menangis dalam doa saya malam itu. Menyesali setiap kesalahan saya. Saya sorang-seorang menghadapi berita ini. 

Doktor swasta itu mencadangkan saya agar rujuk dan pergi ke hospital Sungai Buloh untuk tahu tentang status penyakit saya dan menjalani sesi rawatan selanjutnya. Saya masih buntu . Saya sukar tidur malam apabila memikirkan ini. Saya sedih dan murung. Apabila seharian bekerja, saya termenung fikir macam-macam. 

Saya sudah merancang masa depan saya untuk dapat kerja kerajaan yang baik, berkahwin, ada zuriat, berbakti kepada ibu bapa. Kini saya rasa saya sudah tak ada masa depan. Gelap dan fikiran saya samar. Adakah saya akan mati dahulu daripada mereka. Adakah sewaktu mati nanti mereka akan tahu dan saya telah kecewakan ibubapa. Macam-macam saya fikir.

Diharap abang Najmi dapat bantu dan berikan bimbingan saya menghadapi hari-hari saya sebaaig PLHIV. Saya tinggal seorang dan tidak ada sesiapa yang tahu lagi berkenaan sakit saya. Saya buntu dan nekad untuk sembuh. 

Saya telah baca blog abang dan juga telah beli Transfer factor semalam dan ambil 6 biji untuk setiap 3 kali sehari. Saya nekad untuk ikhtiar sembuh. Tolong bimbing saya. Apa saya perlu lakukan untuk tenangkan diri hari-hari mendatang. Saya ingin sembuh.

RAZLAN



Salam RAZLAN,

Kita sama-sama positif HIV, insyaallah sama-sama kita sokong menyokong antara satu sama lain. Add abang kat FB insyaallah kita boleh berbual disitu dan insyaallah abang boleh kenalkan Razlan dengan rakan PLHIV lain. Atau Razlan boleh cuba hubungi saudara LukaRafieqa..

Luka Rafieqa Officially Page
http://www.facebook.com/lukarafieqa

Beliau pernah berkhidmat di Majlis AIDS Malaysia (MAM) dan PT Foundation.
Sukarelawan Yayasan Salam Malaysia, Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Amal Firdausi (PAFI) Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM), Fasilitator, dan HIV/AIDS Educator.

Phone 017-311 0306
Email lukarafieqa@gmail.com
Facebook Luka Rafieqa
Website http://lukarafieqa.blogspot.com

sebab Luka mempunyai ramai kawan PLHIV selain lebih bijak dan berpengetahuan mendalam tentang HIV AIDS ni.
Harap Razlan sentiasa fikir positif ya - NAJMI





5 comments:

  1. Razlan, awak tak payah bimbang. Rawatan yg ada membolehkan awak hidup sihat seperti orang lain. Kalau awak rasa risau dan sebagainya kongsi dengan abg najmi yer.

    Kalau awak di kl boleh hubungi luka rafieqa spt dicadangkan oleh abg najmi. Luka sangatlah baik orangnya.

    ReplyDelete
  2. Najmi, bukannya Luka Rafieqa officially page tetapi Luka Rafieqa official page. Ops.

    ReplyDelete
  3. Macam mana nak berhubung dengan saudara Najmi?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melalui messenger fb, atau email abg..di
      hidupmestiditeruskan@gmail.com

      Delete
  4. Assalamualaikum saudara dan saudari sekelian,Saya mohon laluan menyampaikan sesuatu.Saya orang kampung yang tak punya apa apa.Namun pada yang berhajat saya maklumkan yang saya ada membuat madu ramuan yang menunjukan kesan positif pada pengidap penyakit hepatitis C.kalau ada yang berhajat boleh hubungi saya di.rosliharon1965@gmail.com atau Tel: 019-251 9440

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST