Thursday, 30 October 2014

PUAN NORA - SUAMI SAYA DAPAT HIV DARIPADA AKTIVITI GAY NYA ITU

As Salam, saya NORA, bersuamikan seorang gay. Saya seorang janda anak lima sebelum bernikah dengan suami. Saya bertemu suami sewaktu reunion sekolah. Dalam tempoh two weeks dia ajak saya kahwin. Setelah saya tanya pandangan mak ayah, dia orang setuju dengan pernikahan ni.

Dia anak yang baik dan menurut keluarganya, bukan kaki perempuan dan jarang sekali tengok dia dengan girlfriend, dia selalu dengan kawan laki-laki sahaja. Family dia syok sangat dia nak kahwin tetiba memandangkan dia sudah pun 30 tahun. Kami sama umur. Apabila saya bagi tahu kawan-kawan sekolah yang kami nak kawin semua tak suka. Kata mereka saya cari masalah nak kahwin dengan pondan. 

Pada saya tak nampak pun dia macam pondan dengan kerjaya sebagai polis dan badan sama boleh tahan, ala otot-otot gitu. Saya fikir memang pun semua orang cakap dia gay, tapi dia menafikannya. Dia cakap dia ramai kawan dengan penari-penari, so orang ingat dia gay kot...saya think positif.

Kegembiraan punah semasa dia buat HIV test sebab nak kahwin. Dia positif HIV, dia dengan muka pucat bagi tahu saya yang dia positive HIV, tapi saya tidak tahu kenapa saya masih boleh terima dia, mungkin sebab kesiankan kat keluarga dia yang asyik menangis if kenduri tidak jadi, malu lah semua sebab semua dah siap.

Tanpa bagi tahu mak, saya rahsia pekara ini. Kami akhirnya bernikah and kenduri dengan meriah. Tapi kami dinasihatkan agar sentiasa pakai kindom untuk mengelakkan dari jangkitan. Tetapi saya ni tak tahu kenapa kesian pada dia yang inginkan anak, dan tak nak dia diejek kawan-kawannya yang lain, yang dia tak jantan,  sebab tidak ada anak.

Mengandung

Saya benarkan dia melepaskan benihnya didalam rahim saya, subahannallah dengan sekali sahaja hubungan free kondom itu berlaku, saya terus mengandung. Saya percaya pada qada dan qadar Allah. Allah maha pengasih sesungguh Allah telah makbul doa saya agar tidak dijangkiti HIV. 

Setelah mengandung 6 bulan baru saya dapat tahu suami saya dapat HIV sebab aktiviti gay nya tu. Sebelum ini memang dua bulan baru ada hubungan sex antara kami, alasan dia sebab dia takut saya kena jangkitan.

Rupa-rupanya kedinginan itu disebablan dia tidak ada nafsu dengan perempuan. Ya Allah saya rasa bagai nak mati, saya time itu jumpa berpuluh disk lucah gay boy. Saya kemudian hack facebook suami dan baca perbualan lucah dia dengan gay boy dia. Saya juga dapat buka memori kad handphone dia yang penuh gambar lucah gay boy and gambar lucah dia berbogel.

Ya Allah rasa tercabar betul, segala pengorbanan saya selama ini sia-sia sahaja. Sebelum ini saya ada tanya bagaimana dia dapat HIV, dia cakap mungkin sebab berbekam. Malas saya nak ungkit-ungkit lagi. Tidak pernah terfikir sebab gay ni.

Setelah saya dapat tahu semakin ligat dia dengan aktiviti-aktiviti songsang dia, kalau berbual ditelefon ber "I love u". Bagai luluh hati saya dengar, dengan saya dia tidak penah cakap macam tu. Sampailah saya bersalin dia lagi menjadi-jadi sampi kami gaduh besar sampai kebalai polis. 

Dia cakap pada saya, "ko nak blah ko blah aku nak anak aku je". 

Mengandung lagi

Kami tinggl jauh-jauh diantara satu sama lain selama dua bulan untuk meredakan keadaan Tiba-tiba dia balik ke rumah kami dan tinggal bersama...aku mengandung lagi, baru plan nak cerai, terpaksa tangguh sebab preggy.

Lama-lama saya dah masak dan dah malas nak fikirkan pasal seks and suami gay ni. Sudah letih nak bergaduh-gaduh, air mata dah tak nak keluar dah. Dia tetap dengan dunia dia.

Aku akhirnya selamat bersalin, anak ke dua yang juga seorang anak lelaki. Dua-dua anak aku sangat comel and bijak. Aku dah siap untuk bercerai, setelah tinggal berasingan beberapa bulan. Apabila dia dapat tahu aku nak cerai dia balik pujuk rayu dan kata nak taubat. 

Mengandung lagi kali ke tiga 

Sekali lagi aku mengandung anak ke tiga, sekarang (ketika ini) aku kena tunggu lagi kelahiran ni. Dalam tengah mengandung ni pun dia sakitkan aku dengan hal-hal dunia gay dia ni. Aku nekad kali ni nak ikat (rahim) supaya tidak mengandung lagi memandangkan aku dah ada 8 orang anak nanti. (lima anak bersama suami terdahulu, tiga anak bersama dia)

Selama 3 tahun aku berkahwin dengan gay yang ada HIV, sangat membuat aku terfikir, kenapa setelah dia menghidap HIV pun dia tidak takut lagi (dengan balasan Allah kelak). Sudah lah kena siflis tu nak berubat dia sakit tapi dia macam tidak kisah asal sedap kat situ. Sakit kat tempat lain walaupun dah berulang kali kena siflis.

Alhamdulillah, Allah juga lindung aku dan tiga orang zuriat dia itu dari terkena HIV. Sesungguh Allah hanya menghukum orang yang bersalah dan melindungi hambanya yang teraniaya.... 


PUAN NORA
sumber dari ruang komen DISINI




6 comments:

  1. Logik ke cerita puan ni? Buat sex dgn plhiv tp dia tak kena..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Ya ada logiknya - sekiranya keadaan kesihatan suaminya dalam keadaan baik, CD4 tinggi dan Virol Load tidak dikesan, dengan izin Allah puan ini boleh terhindar dari dijangkiti kuman HIV.

      Kebiasaannya jangkitan HIV akan berlaku apabila pembawa HIV itu mempunyai bacaan CD4nya rendah, apatah lagi sekiranya Virol Load sangat tinggi (jumlah kuman dalam darah)

      Wallahuallam

      Delete
  2. Maaflah, saya melihat kes Puan Nora agak meragukan. Tetapi jika benar, saya kira Puan Nora sedang dipermainkan. Puan Nora dijadikan mangsa untuk membuktikan 'kelakian' suaminya dan menutup seksualiti suaminya. Jika bercerai mungkin akan menjadi kata2 oleh rakan suaminya. Untuk selamat, maka Puan Nora dikekalkan status sebagai isterinya. Dan jika benar dia mempunyai HIV, semestinya dia merasa serba salah untuk membuat Puan Nora dan anak2 dari benihnya terdedah kepada bahaya HIV. Mgkn benar ada pesakit HIV yang boleh membuat anak yg sihat, tetapi ikut logik siapa berani mempertaruhkan nyawa anak2 yg bakal lahir? Mungkin juga suami bersubahat menipu ada HIV untuk mengelakkan trauma malam pertama. Hahaha... mungkin bersubahat dengan doc. Hahaha... :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa yg meragukan? tak paham. btw perempuan yg HIV+ pun boleh dapat anak -ve, dan boleh menyusukan anak pun kalau VL undetectable.

      Delete
  3. Susahlah adik2 baru nak naik ni...seks dengan PLHIV, mereka2 yang hiv+ bukan bermakna korang pun akan dapat. Probability utk dapat HIV kalau lelaki dengan perempuan lagilah kecik.

    Kembali kpd kakak nora.. Oklah tu. Stop ye. Hubby akak makan ubat HIV ke tak? Confirm ke status HIV? Tak tahu la dulu2 mcm mana tp skrg ni kalau test positive sebelum kawin mmg tok imam akan tanya pengantin perempuan tau ke tak..

    apa2 pun bersabar je lah. mmg ada lelaki yg mcm ni, tp ramai je lelaki yg baik2, walaupun gay dan berkawin.

    suami akak contohnya, huhu..

    ReplyDelete
  4. Kak donna winter..bole mintak alamat email..nak tanye pendapat dan sharing with u

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST