Friday, 3 October 2014

AHMET PEMUDA INSAF - PENGALAMAN AKTIVITI BERISIKO

Salam abang Naj Mi

Saya nak share pengalaman saya, dulu saya seorang yang gempal and berisi. Memang susah nak dapat ada awek, sebagai manusia biasa, saya juga mempunyai nafsu. Selalu jeles dengan kawan yang mudah dapat awek and cerita-cerita panas dari dia orang. 

Bila dapat kerja kat KL saya dapati rumah pelacuran and khidmat seksual sangat mudah dapat. Saya pun mencuba..tapi dia orang memang jaga safety dengan  bagi bekalan kondom. Tapi saya tak puas sebab dia orang macam tak ada respond bila bersama..feeling tu tak ada. 

Selepas dari itu, saya nak cuba pulak dengan orang yang suka sama suka dengan saya..sangat susah nak cari sebab saya tak ada rupa. Tetapi ada seorang lelaki yang minat kat saya kat facebook. Dia mengaku dia gay, saya pun nak cuba untuk jumpa, dia terus luahkan nak buat sex dengan saya..tanpa fikir, kami check in hotel dan saya meliwat dia malam tu. Tapi hubungan kami tak lama, saya tak nak lakukan lagi dan saya nekad nak cari awek untuk pastikan nafsu saya normal. 

Then saya dapat awek..lama jugak hubungan kami..kami tak pernah terlanjur..tapi dia berubah hati..dia tinggalkan saya untuk orang baru. Saya frust sangat-sangat sebab saya jaga dia baik-baik. 

Saya kuatkan semangat untuk transform diri untuk jadi kurus and nak tackle perempuan just untuk nafsu, untuk balas dendam kat perempuan. Segalanya menjadi kenyataan apabila 4 orang perempuan sudah terkena jerat saya. Dua daripadanya isteri orang, dua lagi student. Kita orang terlanjur dan hubungan kami memang tidak selamat. Saya tidak pernah pakai kondom, tetapi tiba-tiba hati saya timbul keinsafan, saya nak mulakan hidup baru. Saya nak cari calon isteri..alhamdulillah, saya berkenan dengan seseorang dan dia pun terima saya seadanya. Kemudian saya berterus terang kepada skandal saya and mereka terima sebab mereka pun just nak isi kesunyian je daripada saya. 

Tetapi apa yang paling saya takuti apabila entah kenapa bulan 5 yang lepas, saya penat and nak pergi berurut..saya pergi rumah urut. Saya just ambil pakej untuk berurut badan sahaja..tapi minah Thailand yang urut saya tu tak tahan nafsu agaknya dengan saya, dia pulak yang nak lakukan sex dengan saya, dengan rela tanpa bayaran. Saya tewas dengan nafsu..kami bersama tanpa kondom. 

Dua hari lepas tu saya demam, kemudian kesokannya saya terkena chiken pox, punya la takut saya fikir ni adalah simpton HIV, terus saya google and research.. dan didapati chiken pox bukan la salah satu simpton and kesan HIV tidak akan timbul dengan cepat (tak sampai seminggu). Tapi saya tetap berwaspada.. takut dan insaf saya masa tu hanya Allah saja yang tahu. Saya benar-benar takut.

Selepas baik dari chiken pox, saya diserang selsema, bertambah la takut. Otot kat kaki saya pun tetiba sakit, tapi saya sihat semula sebab saya aktif bersenam di gym. Selapas tu Ramdhan tiba, setiap malam saya berdoa supaya saya dijauhkan HIV sebab saya plan nak masuk meminang awek saya tuada bulan September 2014. 
 
photo hanya hiasan

Tapi hari  ni (1-10-2014) saya buat ujian HIV and thalesemia untuk berkahwin. Menggigil saya ketakutan, macam-macam saya fikir, tunang saya tidak tahu detail sejarah saya. Cuma saya mengaku saya bersosial sikit-sikit sebelum ni. Akhirnya keputusan ujian darah saya normal. Sujud syukur saya tadi kat surau. Saya juga  bernazar untuk derma sikit kepada mahad tahfiz kat masjid yang saya selalu singgah time balik kerje.

Alhamdulilah.. banyak yang saya belajar dari blog abang..seperti satu petunjuk, setiap kali saya berdebar saya akan bukak facebook, facebook abang akan muncul dengan link cerita kat blog.. Allah maha besar. Dia memberi peringatan dan amaran kepada hambanya yang betul-betul ingin berubah ke jalan-Nya. 

Akhir kata, terima kasih sekali lagi kepada abang yang banyak memberikan kesedaran kepada golongan yang berisiko. Saya doakan semoga perjuangan abang ini akan terus istiqamah dan abang akan selalu sihat, murah rezeki dan diberkati Allah. Amin…Amin..Amin ya rabbanal a’lamin..


AHMET PEMUDA INSAF

3 comments:

  1. Nak hampir sama yg cerita ni...apa 2 pun saya sudah sedar dan insaf....dah kembali kejalan yg benar...tapi saya hanya terlanjur satu org saje...tu pun janda murahan...nak kan duit dia pujuk saya sampai saya kalah dgn nafsu ni...nasib baik jumpa abg najmi yg baik hati dan memberi kekuatan diri ini..tq abg najmi....akn saya ingat sampai bila2 jasa baik abg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah abg harap pembaca yang baca post2 abg mengenai kisah2 orang lain ni boleh menjadikannya sebagai pengajaran, panduan buat diri kita semua..

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST