Thursday, 30 October 2014

MUKJIZAT - RISAU DAPAT HIV SELEPAS KALI PERTAMA BUAT SEKS DAN DILIWAT

Salam abang Najmi, semoga abang berada dalam keadaan sihat walafiat selalu. Saya Mukjizat (bukan nama sebenar) ingin bertanya kepada abang berkenaan beberapa perkara. Saya ada terbaca blog abang mengenai simptom HIV. 
 
photo hanya hiasan - flickrhivemind.net

Baiklah begini; Saya ada melakukan aktiviti seks sama jantina dengan seorang lelaki kira-kira sebulan yang lalu, lelaki tersebut memakai kondom dan merupakan seorang Medical Assistant diklinik kerajaan. Selepas beberapa minggu melakukan aktiviti terkutuk itu, saya mengalami hampir kesemua simptom yang abang nyatakan didalam blog abang berkenaan HIV.

Baiklah dipendekkan cerita, dua minggu lepas saya telah menderma darah dan beberapa hari selepas itu, pihak hospital menghubungi saya dan minta saya datang kesana. Apabila berada  disana, sampel darah saya telah diambil untuk diuji lagi dan keputusan ujian tersebut akan diketahui dalam masa 2 bulan lagi.

Ya Allah bang, setelah melakukan ujian sampel darah itu, kini hidup saya tidak tenang kerana asyik memikirkan perkara ini. Hampir semua simptom saya alami. Saya ada bertanya dengan pasangan yang saya lakukan seks itu, dia cakap dia tidak ada HIV. Dia negatif dan bebas. Pasangan saya tu bang, dia kata dia dah buat ujian HIV setahun yang lalu dan memang dia bebas dari HIV. Saya tidak pernah buat lagi seks sebelum ni. Ini lah kali pertama. Yup sy bottom.

Dan kini saya stress dan jadi tidak keruan. Saya kurang selera makan. Badan saya jadi lemah dan lesu.dan demam. Sekarang bintik-bintik mula muncul ditangan saya, tetapi tidak banyak hanya dalam 3-5 bintik.saya sangat risau sekarang ni bang. Asyik memikirkan perkara ini.

Tolong bang, saya sangat takut sekarang tapi saya alami kesemua simptom HIV bang, risau sangat-sangat sekarang ni. Tapi nak tunggu keputusan tu lama sangat la bang. Ada ke klinik atau ap-apa saja la pusat yang boleh buat ujian dan terus dapat keputusan? Yang abang cakap BP Health tu kat mana? Saya di Terengganu. 

Dan saya nak tanya, kalau saya melakukan ujian rapid test di klinik swasta, berapa lama masa diambil bagi tahu keputusan ujian tu? Tolong bang, saya risau sangat, saya student, masih muda lagi. Andai kata saya disahkan positif, bagaimana masa depan saya bang. Hope bagi pendapat, bagi sedikit pandangan dan nasihat.

Terima kasih bang, sekiranya ada apa-apa, just call saya di no.017xxxxxxx atau email xxxxxxxxxxxx93@yahoo.com. Terima kasih bang.


MUKJIZAT 



Salam,

Sebenarnya ramai diluar sana yang ada HIV tetapi mereka tidak tahu mereka pembawa. Seks mengunakan kondom yang abang dengar lah 80% selamat manakala 20% tidak selamat. Yang tidak selamat tu maybe sebab kondom pecah atau terlucut dan sebagainya. Tapi pasangan saudara pakai kondom..rasa ok kut..usah risau. Macam abang kata kalau guna kondom risiko dijangkiti HIV rendah.

Simptom yang saudara alami tu maybe sebab lain, maybe juga sebab stress. Ujian HIV biasa (yang mengunakan HIV Kit) tu window periodnya selama 3 bulan. Selepas 3 bulan baru dikatakan keputusannya tepat. Simptom yang saudara share tu tidak semestinya HIV mungkin sebab masaalah lain. Biasanya apabila saudara duk risau fikir pekara yang bukan-bukan macam-macam simptom yang ada muncul kat badan seperti gatal-gatal dan juga jerawat, jangan sampai semua itu nanti akan disangka simptom HIV.

Saudara dipanggil semula untuk buat ujian darah sekali lagi di hospital selepas menjalani ujian darah juga mungkin sebab masaalah lain, bukan semata-mata sebab ada HIV. 

Boleh cuba ke BP Health tanya nak buat ujian CMIA (generasi ke 4) yang ada ujian antigen dan antibody ( ag/ab) sebab ujian yang ada ab/ag dikatakan boleh kesan kehadiran kuman dengan tepat selepas 28 hari dari tarikh berisiko. Ujian di BP Health, kos ujian RM35 rasanya. Google tengok ada tak BP Health kat Terengganu. Wallahuallam.

Atau boleh try buat ujian di Klinik 1 MALAYSIA, ada kawan abang kata bayar seringgit aje, keputusan tidak sampai 20 minit. Ujian itu mengunakan test kit, test kit ni window period 3 bulan. Sekurang-sekurangnya saudara boleh pastikan status saudara hari ni dengan buat ujian di Klinik 1 MALAYSIA tu. Kalau negetif itu petanda baik. - NAJMI

DIBAWAH INI PERKONGSIAN PENGALAMAN SEORANG RAKAN YANG TELAH BUAT UJIAN HIV DI KLINIK 1 MALAYSIA

Salam abang Najmi, 

Saya baru je lepas buat HIV. Saya buat dekat KLINIK 1 MALAYSIA kat Terminal Bersatu Selatan murah RM 1 aje. Layanan sungguh baik mereka suruh saya ambil angka giliran dan tunggu prosedur macam biasa. Apa bila tiba giliran saya nurse tersebut memberi nasihat dan memberi ilmu berkaitan dengan HIV sebelum test dimulakan.  Sangat baik dan volume suara yang rendah. 

Bagi golongan gay yang tidak mampu, pergilah ke Klinik 1 MALAYSIA yang ada buat HIV TEST TANPA NAMA..murah sahaja cuma RM 1, sekadar perkongsian saya pun takut nak buat, tetapi cekal  kan hati buat saja lagipun kilinik kat Terminal Bersatu Selatan ni tidak ramai orang boleh pergi pagi-pagi dalam pukul 10 macam tu. Alhamdulillah result saya negetve. - ANONYMOUS


5 comments:

  1. Kalau dah pasangan awak tidak ada hiv mcm mana hiv nak berjangkit kat awak? Yg saya tak faham knp pusat darah ambil masa sampai 2 bulan untuk ujian darah awak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkinkah Mukjizat silap tulis tu...2 bulan ker atau 2 minggu?...:) Saya copy dan paste aje...:)

      Delete
  2. salam. mungkit sdr mukjizat dijangkiti herpes simplex type 1,2 sprti sy. simptom menyamai,ruam,lesu,nodus limfa bengkak,cirit2,panas dalam..wat ujian di klinik swasta ye..

    -specebisharapan-

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam saudara specebisharapan, bole share email, ada ptanyaan yg sy nak tanya ttg herpes..

      Delete
  3. As salam specebisharapan.... bole bg email, nak btanya ckit ttg herpes....

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST