Sunday, 5 October 2014

MISS NUR MH - EMAK SAYA HIV POSITIF

Untuk pengetahuan encik Najmi emak saya mendapat tahu yang dia kena HIV pada bulan januari lalu (2014), kesian dia.

photo hanya hiasan - www.larabelova.com

Saya Miss Nur MH (bukan nama sebenar) berusia 31 tahun dan tinggal diselatan tanah air. Saya adalah anak sulong dari 7 adik beradik. Saya teringin nak bercerita bagaimana emak saya boleh dapat HIV tu, tapi saya tak tahu nak mula kan macamana, apa-apa pun emak saya seorang yang sangat tabah. Mungkin tidak pernah terlintas dalam hati dia yang dia akan menerima penyakit ini, tapi inilah kenyataannya sekarang. 

Apabila mak saya ada penyakit HIV tu secara tidak langsung ia menginsaf kan saya juga. Rasa bimbang, nak bergaul bebas dengan lelaki pun saya takut. Takut kalau saya kalah pada nafsu dan terjebak pada benda-benda tidak sihat.

Saya pun pernah buat test HIV allhamdulilah tidak ada apa-apa, cuma adik saya yang bongsu dan kakak nya aje yang belum buat test lagi. Bukan apa, dia orang amat rapat dengan ibu saya, berak, mandi, even datang kotor pun kadang-kadang dia orang yang tolong cucikan, takut lah kalau terjadinya penularankuman tu, harap-harap tidak ada apa-apa lah yang berlaku. 

Adik saya yang perempuan tu selalu deman saya kadang-kadang jadi risau nak bawa dia test HIV sebab takut dia malu. Dah laa dia nak SPM tahun ni takut kalau dapat berita yang buruk akan melemahkan semangat dia untuk SPM ni. Adik saya ni seorang yang sangat kuat belajar, malah dia sanggup kadang-kadang tidak tidur semata-mata untuk mengulangkaji pelajaran. Saya tahu dia buat yang terbaik untuk SPM dia, tu sebab kenapa saya berbelah bagi samada nak bawa dia test atau tidak ujian HIV tu...harap sumua ok je la kalau tidak tak tahu lah saya kuat ke atau tidak untuk menghadapi dugaan lagi sekali.

Untuk pengetahuan abang Najmi, emak saya adalah ibu tunggal, ayah saya masih hidup dan dia tiada HIV, mungkin emak saya dapat HIV ni hasil pergaulan dia dengan seorang lelaki yang pernah ia kawan dulu. Saya tahu lelaki tu jahat, dia hisap dadah, suka mabuk dan suka pukul emak saya, kesian emak saya.

Dulu semasa dengan ayah pun dia selalu kena pukul, ayah saya tersangat-sangat panas baran. Kalau dia mengamuk habis semua barang di pecah kan. Emak saya sampai lembik-lembik kena pukul. Ingat kan apabila jumpa dengan orang baru keadaan hubungan emak dengan lelaki itu oklah kan, tak sangka pulak lagi bertambah teruk, malah dapat bala (HIV) pulak tu. Sudah lama saya tidak dengar khabar berita lelaki tidak guna tu, agak nya dah mati kut, sebab emak saya cakap sebelum dia berpisah dengan lelaki tu, lelaki itu ada menunjuk yang dia tu ada simptom-simptom orang yang dah kena HIV, tetapi masa itu emak saya tidak pernah  terfikir pulak yang dia akan kena sekali denghan penyakit itu, baru bulan januari lalu hari tu. Agak lama tu pada hal dia sudah pun  berpisah dengan lelaki itu dalam tahun 2008 tu. Mungkin apa yang terjadi ni ada hikmahnya kut di sebaliknya. Saya pun sekarang taubat tak nak jadi macam emak saya, takut sangat akan dosa tak terampun sebelum ajal.

Sebenarnya ibu saya ni penakut untuk makan apa jua jenis ubat, taetpi disebabkan dia dah dapat HIV barulah dia berani makan ubat. Apabila saya tengok dia makan ubat saya yang rasa ngeri. Mula-mula dulu susah dia nak telan ubat tu, siap kena makan ais krim lagi, ia cakap ubat tu pahit sangat tetapi sekarang baru lah ok sikit.

Apa-apa pun saya suka sangat dengan blog encik Najmi. Thank abang Najmi sebab sudi balas message saya. Apabila membaca blog abang Najmi buat saya rasa lagi bertambah dekat dengan penyakit HIV ni, tetapi kesian dan saya risau sebab nanti apabila meninggal kena cuci dengan clorox, macam manalah nanti dengan keadaan emak saya nanti ya, rasanya tidak sanggup nak bagitahu dia apabila seseorang PLHIV yang kembali bertemu Allah kena dimandikan dengan clorox.

Insyallah saya akan menjaga emak saya sampai bila-bila, saya sayang emak saya tidak kira macam mana pun keadaan dia. Emak saya sekarang dah lumpuh akibat jatuh dari bilik air. Tak mengapalah kat dunia dia diuji dengan macam-macam, saya harap dan berdoa kat syurga lah tempatnya nanti itu doa saya untuk emak saya.

MISS NUR MH


Salam,

Abang sempati dengan keadaan emak saudari, selain ada HIV diduga pula apabila tidak mampu berjalan. Dugaan berganda buat diri dia, abang harap kehidupan ibu saudari sentiasa akan dipermudahkan olehNya serta terus diberi kekuatan, kesihatan yang terbaik. Jangan fikir sangat apa yang akan berlaku di masa depan, yang penting saudari kena sentiasa berdoa agar ibu terus ceria sihat dan dipermudahkan segala urusan didunia dan diakhirat kelak dan jangan lupa minta Allah agar aib penyakit emak saudari terlindung sampai bila-bila terutama dari pengetahuan mereka yang fobia (tidak faham) dengan HIV ni. Kirim salam abang ada emak saudari......:) - NAJMI
 





2 comments:

  1. Kenapa mak dia x tahu yg dia ada hiv...kenapa lama sgt baru tahu yg dia ada hiv...berapa lama yg sesuai utk check penyakit hiv ni .....harap balas

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST