Sunday, 5 October 2014

LUANA KATRINA (PAKAR MOTIVASI) - SIAPA KATA PENYAKIT SONGSANG TIDAK BOLEH HILANG.....

Assalamualaikum semua saya Luana Katrina saya pakar motivasi bagi pesakit songsang (sumber disini). Saya dapat tahu blog ini dari pesakit saya, saya ingin memberi tips atau cara mengatasinya...
 

1) Pertama siapa kata penyakit songsang tidak boleh hilang fikir secara positif setiap penyakit ada ubat dia melain mati. Caranya adalah:
(a) Solat 
(b) Membaca al-quran 
(c) Zikir-zikir 
(d) Keyakinan 
(e) Kasih sayang kenapa ia perlu sebab kasih sayang mampu berubah seseorang insan menjadi baik terutamanya lelaki kerana seorang lelaki mampu berubah kerana wanita disebab itu lah kamu berjodoh dengan isteri seandainya kamu tahu Allah s.w.t telah mudahkan masalah kamu sebab kenapa adakah kamu masih buat perkara itu faham maksud saya...."sesungguh wanita dicipta untuk gembirakan kamu beri kamu kekuatan semangat begitu juga lelaki. Percaya kata ku isteri kamu adalah kunci segala untuk berjaya selesai masalah."
 

2) Penyakit songsang seperti saka, siapa kata saka tidak boleh hilang selalu orang cakap saka sampai tujuh keturunan itu semua tipu kita percaya Allah s.w.t maha berkuasa dia beri kita sakit tapi dia beri kita penawar setiap ada penyakit penawar. Senjata paling baik bagi semua agama adalah doa. Doa adalah terbaik ingat setiap terjadi dengan izin Allah yang penting sabar dan amal kebaikan. 

Saya teramat bangga kepada kesemua hamba Allah yang terpilih di beri ujian sebegini saya rasa kamu semua hebat demi Allah kamu hamba istimewa...
 

3) Penyakit songsang terjadi sebab ajaran/suasana/pemakaian/perkitaran/layanan semasa kecil. Kamu ibarat sponge boleh serap apa saja termasuk yang baik atau jahat. Tapi kamu tahukah sponge boleh membuang juga dan menyerap benda baik kerana berakal. Percaya kamu bukan gay atau lesbian, setiap penyakit ada punca. 

Adakah bayi baru lahir jadi gay atau lesbian tak ada rasanya, semua bayi naluri normal. Niat dalam diri, ini bukan aku diri aku. Diri aku adalah normal aku bukan songsang aku sayang suami/isteri. Elak menyayangi kaum sejenis, lebih sayangi isteri kamu atau suami percaya ia berhasil.
Akhir kata ingat saja zaman nabi Luth terjadi songsang padahal Allah tidak turun penyakit itu?? Jadi manusia yang menciptanya sendiri dan telah terbiasa. Tiada yang mustahil percaya pada diri bersyukur kamu di beri ujian ini ramai lagi dekat sana tidak peduli solat sudah ditimpa tangga baru tahu ber syukur kamu ingat allah s.w.t. sayang hamba taat kepadanya.Yang paling penting ramai pesakit saya berjaya mesti kamu boleh.

REMEMBER BE YOU SELF OPEN YOU OWN STORY MAKE HAPPY ENDING IN YOU LIFE.

Kepada najmi semoga allah beri kebaikan kepada kamu..amim

LUANA KATRINA
sumber dari ruang komen pembaca didalam entri disini
http://hivadadidalamdarahaku.blogspot.com/2014/09/zu-hair-dunia-songsang-menyelubungi.html




Salam,

Terima kasih Luana Katrina kerana meninggalkan komen pandangan dan nasihat, entahlah bagi orang lain saya tidak pasti, tetapi pada pandangan saya secara peribadi, naluri songsang tidak dapat dihilangkan atau disembuhkan TETAPI boleh dikawal, dikawal dengan iman dan takwa. Jika tidak ada kekuatan, lemahnya iman dan takwa adalah sangat sukar naluri songsang itu hendak dikawal, terutama golongan songsang yang 100%nya tegar.

Bagi golongan lelaki bisekual mereka mungkin ada sedikit kelebihan, jika mereka mempunyai iman dan takwa yang teguh, pasti mereka boleh mengawal diri dari tidak terjebak dalam aktiviti hubungan sesama jenis, mereka boleh memberi tumpuan pada kaum wanita sahaja.

Benar seperti mana Luana Katrina, saya setuju kita perlu menjaga solat, doa, perbanyakkan membaca Al Quran, kena rajin berzikir bagi mengawal diri dari terus terjerumus dalam aktiviti songsang. Saya juga setuju perlu ada keyakinan dan perasaan kasih sayang pada seorang wanita (isteri) terutama dikalangan lelaki-lelaki gay atau bisekual yang sudah atau yang berkeinginan mahu menikah.

Terima kasih alhamdulillah kerana perihatin....:) - NAJMI




9 comments:

  1. Sy agak krg setuju dgn artikel ini abg najmi. Bukankah suda ada bukti saintifik bahawa memang ada insan2 yg terpilih sejak dari perut lagi telah mempunyai naluri songsang disebabkan kromosom yg berbeza dr yg normal.

    Saya setuju apa yg abg najmi katakan naluri memang tidak dapat diubah tetapi boleh dikawal. Seandainya wujud ubat anti-gay saya pasti majoriti insan2 gay yg mahu mencuba termasuklah saya sendiri. Tapi agaknya mustahil kan abg najmi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Tulah pandangan masing2...Ada seorang ustaz dalam TV rasanya beritahu dia telah berjaya sembuhkan gay menjadi normal. Dalam hati abg mati2 tak percaya sebab abg tetap berpegang yang naluri ni tak boleh hilang dalam hati seorang gay tetapi boleh dikawal, dikawal dengan iman dan takwa....Wallahuallam

      Delete
    2. sy setuju dgn abg najmi..sy pnah try utk buang sgl mcm nafsu since sy tau sy ni plu...tp,end up..sy seksa diri s'diri..huhu....

      sy pnah tuliskn satu entry psl ni:- http://warkah-kembara.blogspot.com/2014/10/its-not-easy.html

      huhu...tp insyaAllah blh dikawal...:)

      Delete
    3. warkah kembara,

      Tu lah kadang2 sukar nak terangkan pada mereka yang "normal" ni, tapi begitulah masing2 ada pandangan pendapat masing2, kita hormati pandangan luana katrina ini, masih ada nasihat yang boleh kita ikut. Kesimpulannya kita kena kuatkan iman dan takwa kita baru lah boleh kawal naluri songsang itu kan...

      Delete
  2. Saya rasa saya kenal luana katrina dia memang pakar motivasi si ingat saya tempat area penampang tu tak silap.Saya pernah pergi jumpa dia masalah macam ni juga.Dia memang sangat baik bila saya pertama jumpa dia ingat patung bergerak rupa-rupanye manusia dia memang cantik orang nya dia tu ramai datang sabar je lah.Ehh maaf terlebih cakap sudah.Dari pengalaman saya memang betul gay tidak boleh diubah tapi saya pernah dia motivasi cara dia sangat unik dia bukan cara paksaan.Dia mengguna kata kata semangat yang sangat ber erti contoh dia saya ada kata saya tiada nafsu dengan wanita dan rasa cinta terhadap isteri.Dia berkata kunci dia hanya satu kasih sayang cuba berkasih sayang sama isteri kamu insyallah boleh.Selepas 30min berbicara hati rasa tenang yang saya ingat dia cakap rugi besar kamu kalau tidak mencintai wanita kerana cinta wanita dunia lebih tulus daripada bidadari syurga kamu kena ingat nafsu sementara sahaja di syurga sebenarnya diri kamu.Setelah saya ikut kata dia wow saya terkejut pelan-pelan saya berubah walau hanya 50% tapi saya bersyukur saya berjaya dapat 2 anak .Yang penting apabila saya bernafsu dengan lelaki saya ingat saja saya adalah suami dan ayah semua ia berubah terpulang kepada individu sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anonymous..agak2nya macam patung BARBIE kut ya heee..alhamdulillah cantik sangat lah tu Dan terima kasih kerana berkongsi cerita diruang komen dalam entri ini...:)

      Delete
  3. Luana Katrina ni bekas Mak nyah yang dah bertaubat ker??? nama pun takleh blah... tapibagusla dgn nasihat2 dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia dah kahwin ada 1 Orang anak macam mana pula dia jadi mak nyah pula saya sendiri nampak gambar dia bersama Suami dia dan anak dia di gambar semasa saya jumpa dia tak baik menfitnah dosa besar.

      Delete
  4. Macam mana nak contact pakar motivasi ni?

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST