Saturday, 18 October 2014

KAMIL - UJIAN HIV REACTIVE, SAYA HARAP KEPUTUSAN KEDUA NANTI NEGATIVE, DOAKAN SAYA...

Assalamualaikum abang Najmi,

Saya Kamil (bukan nama sebenar), saya nak cerita sikit. Lepas saya kene gonorhea. Lepas dua hari saya pergi ke klinik kesihatan di Melaka dan minta bantuan doktor untuk buat saringan HIV dan STD. Appoiment saya untuk dapatkan result adalan 3-10-2014 yang lepas. Tapi disebabkan saya sedang cuti mid semester maka saya datang ambil result pada 13-10-2014. Alhamdulillah result STD saya semuanya negative. Tapi result HIV saya belum keluar lagi.....saya tidak tahu kenapa.

Tiba-tiba pada hari ini  klinik kesihatan tu call saya, pegawai tu cakap saya kena datang keklinik esok untuk ambil darah sekali lagi. Saya terus tanya nurse tu, kenapa.Dia kata darah saya ada masaalah. Ya Allah beratnya ujian yang Dia bagi. Saya ni cume hambanya yang kecil sahaja. 

So apa yang saya kena buat? Boleh abang terangkan prosedur saringan HIV kat klinik kesihatan tak. Saya merancang untuk pergi esok ambil darah macam biasa. Lepas tusaya  nak jumpa dengan doktor sebab nak tanya result saya. 

Tapi sekarang saya dah tenang siket dibandingkan lepas saya kene gonorhea dulu. Saya nak tawakal dan berdoa banyak-banyak, saya tahu Allah sahaja yang boleh kabulkan doa saya. Kalau ini jalan terbaik yang dia bagi, saye terima dah berharap dia gantikan ujian yang dia bagi dengan sesuatu yang memberi manfaat pada saya. - Rabu 15-10-2014 at 11:24 AM 

KAMIL

photo hanya hiasan


Assalamualaikum abang.

Hari ini saya datang ke Klinik Kesihatan di Melaka tu untuk jumpa dengan doktor dulu lepas tu ambil darah sekali lagi. Ujian darah saya yang lepas untuk HIV keputusannya reactive. And doctor suggest agar saya buat confirmation test. Baru tadi ambil darah. 

Ya Allah terasa beratnya ujian yang Dia bagi. Saya rasa tidak mampu nak tanggung. Doktor suggest dapatkan sokongan family tapi saya tak sanggup. Saya kesian dengan ibu.

Alhamdulillah saya  semakin tenang, saya nak anggap ujian ni sebagai peringatan kat saya. Saya harap sangat confirm test ni negative. Sedihnya hati saya, saya tidak mintak ada nafsu ni. Saya tidak minta dilahir kat dunia ni, so abang apa tindakan saya seterusnya. -  Khamis 16-10-2014 at 10:21 AM

KAMIL



Assalammualaikum,

Sekarang ni saya banyak berdoa. Supaya Allah bagi peluang kedua untuk saya, sudah banyak dah saya lalui dan orang lain tak akan faham. Terrasa beban sangat sekarang. Saya takut kalau Tuhan takdirkan saya  positif HIV (bila dapat result ujian kedua tu nanti). Saya takut saya hilang sangka baik saya pada Allah. 

Sejak duduk di Melaka ni...saya selalu tengok video Dr Maza pasal taubat. Sedikit sebanyak bagi kekuatan pada saya. Allah tu yang mampu jadikan ujian tu senang kepada susah dan susah kepada senang tapi saya bukan nabi, saye baru je nak merancang masa depan saye. Entah la bang, saya rasa hidup saya kosong balik.

Sekarang saya harap sangat result saya Negatif, kalau Negatif nanti insyaallah saya nak cerita masalah saya kat parent saya and saya janji saya nak jadi anak yang baik. Tapi kalau Positif....hmmm...

Saya tak nakkannya fikir lagi buat masa ini. Saya takut kalau fikir sangat nanti saya boleh stress pulak, nanti jatuh sakit lak. Kalau tak silap stress boleh menyebabkan CD4 berkurang.....kalau tak silap la. Wallahualam.

Saya doakan agar kita dapat keredhaan Allah. Saya doa mudah-mudahan result saya negative and saya doakan abang agar sembuh dari HIV suatu hari nanti. Kalau tak silap sekarang ni, kat Thailand dia orang sedang hasilkan vaccine HIV, base on trial stage vaccine tu dapat bunuh 53% virus HIV dalam badan patient, insyaallah pasti akan ada penawarnya nanti. Doakan saya ya bang. - Sabtu 18 -10-2014 at14.46 PM

KAMIL 



11 comments:

  1. Kamil, saya doakan keputusan ujian hiv awak yg kedua negatif.

    Tetapi kalau positif, saya harap awak tabah. Peringkat awal mmg sukar untuk terima ujian yg maha berat ini. Tetapi awak jgn lupa yg ubatan yg ada sekarang sangat berkesan untuk memastikan virus hiv tidak memusnahkan sistem immunisasi.

    Jgn risau yer kamil.

    ReplyDelete
  2. As salam.. Kisah ni sama dgn kisah awl sy d diagnos awl thun ni, tp utk repeat 2nd test tu sy xkcewa mna sbb da tau resultnya akn kekal +ve, smtara tggu result tu ada la kerap ke masjid solat bjemaah... Sy masih ada niat utk brubah tp nafsu syaitan slalu mnangguhkan taubat yg sbnar... Tp hingga hri ni sy blum pnh lg tlanjur slpas diduga dgn hiv +ve ni... Doa sy moga kita terus kuat& ada d tempat yg baik d alam sana... Aamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Saya doakan semoga iman awak terus berada pada tahap yg tertinggi. Bersabarlah dengan ujian yg allah berikan ini yer.

      Delete
  3. Assalamulaikum abg jangkitan...sahabat ni , n perkja airline tu sebab apa?Moga mereka di diberi kekuatan amin

    ReplyDelete
  4. Harap abg najmi dtp tgk movie The Normal Heart movie 2014 pasal plhiv yg mng byk award,sy nanges sepanjang tgk movie ni adaptasi dr kisah benar. ni link utk tgk tp make sure tenet kene lajulah sbb streaming n tekan play sampai movie kuar sbb byk popup iklan :)

    >> http://watch32.com/movies-online/the-normal-heart-360547/episode-Full.html

    ReplyDelete
  5. saya tau perasaan saudara sebab saya pun salah seorang false positive... tapi false positive melalui hiv rapid home test. Saya doakan saudara false positive dan menjalani kehidupan normal macam biasa.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum saya kamil yg di ciretak oleh abang najmi..... insyaallah result kluar minggu depan hari khamis.......
    Dalam minggu ni macam2 jugak la saye fikir....
    Saye slalu doa tuhan bagi saye perluang kedue tapi saye taknak berharap sangat takut nanti kecewe.....
    Saye yakin mesti ade hikmah di sebalik ujian ni.....saye ngaku saye tak kuat......
    Dan sekarang saya tawakal sahaje.....
    kadang2 kite takut kalau kite dapat hiv tapi kite tak sedar kite kene takut pada Allah.... bende ni yg buatkan saya lagi tenang....
    saye dah nazar kalau negative saye nak mintak amoun n maaf ngan mak ayah saye....
    insyaallah tuhan izinkan....
    doa kan saye sume.... :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamil semuga segalanya baik2 belaka, sentiasa fikir positif dan bersangka baik kepadaNya...:)

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST