Saturday, 18 October 2014

AZLANIE - PRAMUGARA HILANG PEKERJAAN DISEBABKAN POSITIF HIV



photo hanya hiasan



Salam, saya AZLANIE (bukan nama sebenar) dan berusia 34 tahun, berkerja sebagai pramugara dengan sebuah Syarikat Penerbangan di Malaysia. Saya baru sahaja tahu yang saya HIV positif last month September 2014. Ini adalah kerana saya terpaksa membuat medical checkup untuk contract renew. Apabila saya di diagnos HIV+ terasa dunia nie ibarat gelap sudah. Saya kehilangan pekerjaan di sebab dosa-dosa dan salah saya sendiri. Sekarang saya menganggur dah, dan di kelilingi dengan hutang-hutang yang amat banyak kerana tidak berkerja lagi, bukan senang nak cari kerja di zaman sekarang nie. - Sat, Oct 18, 2014 at 1:43 AM

AZLANIE


Salam Azlanie,

Hidup Mesti diteruskan. Mungkin sudah tiba masanya saudara digerakkan hati agar mengubah haluan hidup menjadi lebih baik, sentiasalah berfikiran positif pastinya ada hikmah disebalik apa yang telah berlaku. Mungkin kehidupan saudara akan menjadi lebih baik dimasa hadapan.

Buat permulaan mungkin kehidupan sedikit sukar, apabila nak fikirkan masaalah hutang keliling pinggang, masaalah bagaimana nak berhadapan dengan keluarga dan sebagainya. Tetapi abang yakin secara beransur-ansur, pelahan-lahan saudara boleh "adjust" kembali kehidupan saudara.

Macam abang ni juga, hampir 10 tahun lalu kehidupan abang agak mewah, tetapi apabila mendapat HIV segalanya berubah. Jika dulu RM50 macam kecil sahaja nilainya, tetapi sekarang ni 20 sen pada abang sangat besar nilainya.

Jika dulu abang selalu berbelanja di Orchard Road, setiap minggu pasti ada aje barang (yang tak perlu) yang abang beli, setiap kali cuti (cuti umun) yang panjang sikit, abang akan ambil kesempatan keluar negara jalan-jalan walaupun hanya sehari dua, tetapi pada hari ini nak jejak kaki ke Kuala Lumpur pun sudah tak mampu rasanya. Walau bagaimanapun kehidupan mesti diteruskan, alhamdulillah akhirnya abang mampu "adjust" kehidupan abang mengikut kemampuan pada hari ini.

Saudara masih kuat, masih muda, cubalah cari kerja lain yang sesuai, elak dari terus meratapi nasib yang telah menimpa, insyaallah pasti ada rezeki lain yang sedang menunggu. Yang penting fikir positif dengan apa yang telah berlaku, contohnya mungkin dulu saudara sukar nak laksanakan solat 5 waktu tepat dalam waktu, tetapi hari ini setelah berhenti kerja ni pasti saudara ada masa melakukannya kan. Anggaplah yang Allah hendak menyelamatkan saudara dari ditimpa musibah yang lebih besar sekiranya saudara masih bekerja bersama syarikat penerbangan berkenaan.

 * Jika tidak silap abang, abang ada seorang rakan PLHIV yang abang kenal melalui email yang bekarja sebagai peramugara dengan sebuah syarikat penerbangan tetapi abang tidak pasti dengan syarikat apa dia bekerja, atau sama ada dia telah berhenti kerja atau tidak sebab apabila abang lihat photo-photo beliau ada photo yang dirakam semasa diluar negara dan ada satu photo semasa beliau sedang bertugas didalam pesawat,, uniformnya warna kelabu. Terfikir jugak abang bolehkan seorang PLHIV masih diterima benerja sebagai pramugara. Abang tidak tanya pula lebih lanjut pada dia mengenai pekara tersebut.

Apapun abang harap kehidupan saudara seterusnya akan dipermudahkan olehNya, apa yang telah berlaku sudahpun berlalu, yang penting sekarang Azlanie kena jaga kesihatan diri, cuba kawal stress elak dari fikir banyak sehingga membebankan otak kan.- NAJMI

 

3 comments:

  1. cuba ambil supplement Transfactor 4life... insya'allah HIV dia bleh hilang...

    ReplyDelete
  2. Memang teruk laa syarikat penerbangan yg berhentikan awak bekerja. Memang tidak berhati perut. Tapi kan percayalah yang rezeki bukannya manusia yg bagi tetapi rezeki datangnya daripada Allah.

    Awak jangan risau sangat tentang hiv sebabnya jika awak mulakan rawatan awal dan patuh kpd ubat yg diambil awak boleh kekal sihat. Insya allah dalam tempoh 2 hingga 5 tahun cure kpd hiv akn ditemui.

    Kajian yg dibuat oleh syarikat farmaseutikal di beberapa buah negara di dunia menunjukkan keputusan yg memberangsangkan dlm menghapuskan virus hiv yg bersembunyi dlm sel dna. Yakinlah yg setiap penyakit yg Allah turunkan datang dgn penawarnya sekali. Begitu juga dgn hiv, wpun setakat hari ini hanya timoty brown yg sembuh dr hiv ttp majoriti saintis dlm hiv menjangkakan yg penawar kpd hiv akn ditemui dlm sedikit masa lagi dan ia boleh menyembuhkan berjuta org.

    Mungkin awak boleh mulakan perniagaan secara kecil2an mungkin? Saya juga doakan semoga awak diberi kekuatan dan kesihatan yg baik oleh Allah swt.

    ReplyDelete
  3. Diagnosed with hiv+ its not about dying...its about start your new life...

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST