Friday, 10 October 2014

AJ AJ - AFTER THAT SAYA DAH MULA RISAU PASAL HIV

photo hanya hiasan

Assalamualaikum Abang Najmi, 

First of all, saya nak ucapkan tahniah dan terima kasih kerana membuat blog abang tentang HIV. Banyak teladan dan info baru yang saya dapat peroleh. 
 
Untuk makluman abang, nama saya AJ AJ (bukan nama sebenar) dan saya ni seorang remaja 18 tahun. Muda kan? haha. Bukan nak bangga dengan kisah silam saya tetapi macam mana eh nak cakap, saya ni kuat nafsu. Nafsu songsang. 
 
Sejak saya 17 tahun lagi saya dah mula terjebak dengan seks. Sepanjang tahun lepas, saya hanya memberi oral sex sahaja dengan seorang lelaki saya kenal melalui PR (planet romeo). Tahun ni, semakin menjadi-jadi nafsu saya dan saya mengaku, saya tewas dengan nafsu. Kami melakukan anal sex dan saya adalah bottom. Tetapi saya paksa lelaki tu memakai condom. Saya ni memang cerewet sikit when it comes to my own health. 
 
Hubungan anal saya pada tahun ini (2014) adalah pada bulan April, June dan August. After that, saya dah mula risau pasal HIV ni. Memang risau gila then mula lah over think bagai sampai tak boleh tidur. Saya google merata. Setiap hari saya mencari symptom symptom HIV di seluruh tubuh saya. Hati pun tak tenang. Ye ah dah buat dosa kan mana hati nak tenteram (padan muka ). 
 
Pada 5 August 2014, saya pergi ke PT Foundation untuk buat HIV test. Dia orang masa tu guna Alere Determine COMBO Ag/Ab rapid test (4th generation) and counselor tu cakap window period untuk test tu hanya 28 hari (4 minggu) dan masa saya buat test tu, 15 minggu selepas anal sex pertama bulan April, dan 7 minggu selepas anal sex kedua bulan June. Alhamdulillah resultnya NEGATIVE
 
Leganya abang saya waktu tu. Masa tu dah nekad nak bertaubat tetapi apakan daya saya gagal buat kali kedua dan pada 15 August saya melakukan lagi perbuatan terkutuk itu. Pakai condom juga. Hati masih tidak tenteram.
 
Dan pada hari ini (7 October 2014 ), saya pergi semula ke PT Foundation dan membuat sekali lagi ujian HIV menggunakan Alere Determine COMBO Ag/Ab Test itu dan sekali lagi keputusannya NEGATIVE. Saya tahu ujian saya kali ini sudah clearkan 3 episode anal sex saya yang bulan April, June dan juga August. Alhamdulillah. 
 
Kali ini, saya nak cuba bersungguh sungguh untuk bertaubat.

Saya bukan nak bangga dengan aktiviti-aktiviti terkutuk yang saya lakukan tapi untuk menjadikan pengajaran kepada mereka yang melawat blog abang. Saya faham perasaan diA orang yang nervous pasal HIV semua yang google merata pasal symptom symptom semua. 
 
Nasihat saya hanyalah satu, pergilah buat test HIV. Memang nervous gila macam nak mati tapi apabila dah dapat tahu keputusannya, percayalah sememang LEGA. Rasa macam satu beban dah diangkat daripada bahu ni. 
 
Walaupun saya ni horny 24 jam tapi soal kesihatan memang saya jadikan priority. Saya paksa lelaki top saya pakai condom semua dan selepas sex, saya pergi isi air kat dalam condom tu sebab nak check ada tak lubang etc. Ya sampai macam tu sekali. Biarlah orang nak panggil kita obsessive ke, gila ke apa ke tapi yang penting kesihatan kita terjamin. 

Wear protection, get tested and be safe. ALWAYS wear a condom when doing anal sex because really, a condom can save your life. Saya tak kata condom 100% effective tetapi sekurang-kurangnya it is BETTER THAN NOT WEARING IT AT ALL. Condom paling mahal pun RM12. Tetapi ubat rawatan HIV lagi mahal daripada tu. Takkan lah RM12 pun tak mampu kan? Kalau tak mampu jugak, pergi ke PT Foundation. Dia orang ada sediakan condom dan lube (pelincir) percuma. 

Kepada abang Najmi, tabahkan hati. Banyakkan berdoa ya abang. Untuk pengetahuan abang, saya memang respect abang sebab abang cekal dan tabah orangnya. Walaupun HIV positif, tapi abang masih determine untuk meneruskan kehidupan. KUDOS ABANG NAJMI saya harap satu hari dapat berjumpa dengan abang sebab FYI, abang ni idol saya haha semoga abang sentiasa mendapat lindungan Allah dan doakan saya juga ya abang supaya saya dapat menghadapi dugaan saya sebagai seorang GAY. Saya memang betul betul nak berubah dan doakan saya supaya saya berjaya bertaubat ya abang. Terima kasih

Take care, Assalammualaikum,
AJ AJ
 
 
 
Salam AJ AJ,

Terima kasih kerana berkongsi kisah, buat pengetahuan bukan Aj sahaja yang mengalami masaalah takut bagai nak mati bila tibab bab nak buat ujian HIV ni, abg kerap kali menerima message, email dari pembaca yang takut nak buat ujian HIV. Malah ada yang beritahu lebih baik tak tahu daripada tahu ada HIV, sampai gitu sekali...(abang pun sama dulu dan pernah berkata tak tahu lebih baik daripada tahu). Tapi itu pandangan yang sangat salah, jika kita tahu kita ada HIV kita boleh dapatkan rawatan segera dan insyaallah boleh panjang umur kan, kalau kita tahu kita tak ada HIV hati pasti lega.

Sepekara lagi, ya jika tak boleh tahan nak sangat buat hubungan seks pastikan mengunakan kondom dan melakukannya dengan cara selamat, TETAPI adalah lebih baik tidak melakukan sebarang aktiviti seks bebas sebelum berkahwin. Sudah pasti kita yang beragama islam ni tahu akan hukum hakam dan soal dosa pahala sesuatu perbuatan tukan. Cuba kawal diri, elak dari terus melakukan aktiviti itu lagi, mudah-mudahan AJ dan kita semua selamat didunia dan diakhirat kelak. AMIN - NAJMI

 
 

4 comments:

  1. Najmi, syarikat pharmaceutical dr Australia dah temui "cure" kpd hiv.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,

      Ya ker, alhamdulillah sekiranya berita itu benar..tapi kalau betul pun pasti harganya TIDAK murah kan...:(

      Delete
    2. Abang..kemaluan saya selalu dih#&ap oleh kawan gay..adakah sya boleh dijangkiti?

      Delete
    3. Setahu abg oral seks susah nak berjangkit hiv TETAPI risiko dpt macam2 penyakit kelimin sangat tinggi. Selagi tiada luka berdarah di dalam mulut dan dizakar agak sukar jangkit HIV. Sebaiknya elakkan lah ya..adakala luka dlm mulut kita kecil kita tak sedari, mungkin ada luka di zakar akibat digaru atau selepas cukur yang kita tak sedari, bila luka dg luka berdarah bergesel risiko dijangkiti HIV tetap ada...Wallahuallam

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST