Thursday, 30 October 2014

8 - TEMUJANJI SAYA DENGAN DOKTOR PADA 29 OKTOBER 2014 - REDHA AJE LAH....

Sepatutnya temujanji saya dengan doktor pakar bertarikh 2 November 2014, tetapi kebetulan semalam 29 Oktober pukul 10.30 pagi saya mempunyai appoitment dengan doktor psikiatris berkaitan masaalah anxiety disorder (AD). 

Alhamdulillah pertemuan saya dengan doktor di klinik psikiatris berlangsung dengan cepat. Masaalah anxiety saya juga semakin berkurangan alhamdulillah cuma masih terpaksa teruskan rawatan ubat (zoloft)

Disebabkan saya mempunyai masaalah sakit didada yang saya alami seminggu lalu, saya cuba untuk berjumpa dengan doktor RVD pada hari itu juga. Agak lewat, hampir tengah hari baru saya masukkan kad appoitment dalam bakul temujanji di klinik ID berkenaan.

Dipendekkan cerita...sebab malas nak fikir...CD4 saya sekali lagi turun dari 186 kepada 141, malah peratus CD4 juga turun dari 20% kepada 15% sahaja. Ketika melihat bacaan CD4 turun saya hanya fkir apa aktiviti hidup yang saya buat sebelum ini sehingga menyebabkan CD4 susah nak naik. Tidak ada rasa takut, saya redha aje, kerana apa yang saya fikir jika benar ubatan peringkat pertama itu semakin tidak berkesan pada tubuh saya, saya tidak akan tukar kepada ubatan peringkat kedua disebabkan tidak mampu nak bayar kos ubatan sekitar RM300 sebulan tu.

Semalam juga saya menjalani ujian ECG (selepas ujian dijalankan saya tanya kakitangan yang melakukan ujian tersebut hasil ujian itu dan katanya graf ujian menunjukan keadaan saya baik. Kemudian saya buat x-ray didada, tetapi tidak sempat bertemu dengan doctor bertanyakan result x ray itu, nampak macam ok aje. (doctor sebelum itu kata kalau ada sebarang masaalah dia akan call saya)

Sebenarnya saya juga ada menerima beberapa rakan PLHIV lain yang mengadu CD4 mereka turun, biasalah bila turun semua akan rasa bimbang sedikit. Sekarang yang saya harap agar Virol Load terkini saya akan tetap Not Detective. Mudah-mudahan. (saya akan call klinik beberapa minggu akan datang nanti)





THINK POSITIVE; Terus terang sejak setahun lalu selepas saya sangat kurang melakukan sebarang aktiviti yang sihat, maybe disebabkan masaalah AD yang saya alami tu. Berbasikal juga sangat kurang apa tah lagi jogging, hanya kerap duduk dirumah sahaja. Seminggu sebelum darah diambil saya sememangnya ada mengalami demam serta batuk-batuk yang berpanjangan serta sangat kurang tidur, malah berkali-kali sangat sukar tidur sehingga ke pagi. Sebagaimana yang kita tahu keadaan kesihatan kita ketika darah diambil akan mempengaruhi bacaan CD4 kita. Mungkin juga saya alami stress yang saya sendiri tidak perasan. Mungkin juga sekiranya jika keputusan yang saya terima baik, mungkin saya akan memudaratkan tubuh badan serta merosakkan iman saya kembali.

Walaubagaimana pun HIDUP MESTI DITERUSKAN, yang penting insyaallah saya akan cuba mengubah aktiviti hidup saya kepada yang lebih baik. Doakan yang terbaik buat saya ya...:))

Untuk rekod bacaan CD4 saya yang lalu pada : 

Sebelum makan ubatan HAART 

02-11-2005 - CD4 351  di GH Johor Baharu 
08-12-2006 - CD4 248  di GH Kuala Lumpur 
08-03-2007 - CD4 329  di GH Kuala Lumpur meningkat 81 
12-07-2007 - CD4 280  di GH Kuala Lumpur menurun    49 
27-11-2007 - CD4 183  di GH Kuala Lumpur menurun    97 

Darah diambil lagi pada 19-12-2007 untuk pastikan bacaan CD4 tersebut sebelum memulakan HAART tetapi saya tidak ambil keputusan tersebut dan berhenti terus dari menerima rawatan di GH Kuala Lumpur lagi. STOP kerana takut dan tidak mahu menelan ubatan HAART, sehingga jatuh sakit dan terlantar di GH Ipoh pada November 2009. 

Dibawah ini bacaan CD4 dan kolesterol saya yang diambil di GH Ipoh. 

Mula makan ubat SLN30 dan Bectrim: 

16-12-2009 - CD4 12 
26-05-2010 - CD4 80    meningkat 68 - (CD4 - 05%) - kolesterol 5.6 mmol/L
13-10-2010 - CD4 106  meningkat 26 - (CD4 - 07%) - kolesterol 5.4 mmol/L
13-04-2011 - CD4 126  meningkat 20 - (CD4 - 08%) - kolesterol 6.1 mmol/L
28-09-2011 - CD4 174  meningkat 48 - (CD4 - 12%) - kolesterol 5.8 mmol/L
08-01-2012 - CD4 202  meningkat 28 - (CD4 - 14%) - kolesterol 5.1 mmol/L 
25-07-2012 - CD4 229  meningkat 27 - (CD4 - 17%) - kolesterol 6.3 mmol/L

Tukar ubat kepada Tenvir EM dan Stocrin: 

11-11-2012 - CD4 - ( tidak diuji )  -  kolesterol 5.8 mmol/L (Viral Load Not Detected) 

03-04-2013 - CD4 166 - menurun   63 - (CD4 - 15%) - kolesterol 6.0 mmol/L (Viral Load Not Detected) 

18-07-2013 - CD4  218 - meningkat 52 - (CD4 - 12%) kolesterol 5.9 mmol/L

05-12-2013 - CD4 - ( tiada result sebab mesin dikatakan mengalami kerosakan ) 

21-05-2014 - CD4 186 - menurun 32 - (CD4 - 20%) - kolesterol 5.1 mmol/L 

(TERKINI) 29-10-2014 - CD4  -  141 menurun 45 - (CD4 - ) - kolesterol 6.6 mmol/L (Virol Load belum diterima - akan updated bila dah terima result tu nanti)


12 comments:

  1. Najmi, saya rasa yg penting adalah viral load. Kalau viral load undetectable maknanya ubat yg najmi mkn berkesan dan virus hiv tidak memudaratkan immune system najmi. Apa yg saya tahu, ada cd4 seorang plhiv ni dalam 80 jer tetapi dia viral load dia undetectable. Alhamdulillah dia sihat. Yg penting viral load dlm badan. Kalau sblm ni viral load undetectable ttp tiba2 muncul kembali itu merupakan tanda2 yg ubat dimakan sudah tidak berkesan. Mcm najmi cakap la cd4 kita ni ada turun naiknya dan byk faktor yg mempengaruhinya.

    Saya harap najmi dapat bertahan dan jgn putus asa kerana percayalah saintis akn menemui cure kpd hiv dalam tempoh masa 5 tahun lagi.

    Saya doakan najmi diberikan kesihatan yg baik oleh Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ANONYMOUS,

      Selain CD4, peratu an CD4 juga dikatakan lebih penting. Ya benar mengenai Virol Load itu, so buat masa ini Virol Load abg masih tidak ada, mudah2an keputusannya terkini VL abang tetap TIDAK DIKESAN. Amin3

      Terima kasih Anonymous...:)

      Delete
  2. Najmi, kalau cd4 terus turun rasanya najmi perlu berbincang dgn doctor yg merawat najmi tentang ubatan yg najmi mkn. Saya rasa since najmi ckp viral load undetectable maknanya drpd segi virological ubatan yg najmi mkn mmg memberi kesan tetapi drpd segi immunological ia tidak berapa memberi kesan. Ini ditunjukkan oleh kadar cd4 yg semakin menurun. Mungkin najmi perlu menukar ubat? Bukan apa sbb kalau cd4 makin rendah mudah utk dapat jangkitan kuman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Keputusan Virol Load saya pun belum dapat lagi, kata kakitangan klinik tak sampai lagi dari Penang. Insyaallah saya harap result VL tetap tidak dikesan, kemudian baru saya fikirkan apa yang sepatutnya tindakan yang diambil. Jika tukar ubat pun harap ubatan dalam peringkat pertama juga lah kan.

      Terima kasih dengan pandangan dan nasihat darai saudara...:)

      Delete
    2. Saya lupa nak ckp dlm komen sblm ini. Kajian yg dibuat oleh penyelidik di Montpellier, France dan dibentangkan pada tahun 2012 mendapati plhiv yg memulakan rawatan tetapi cd4 menunjukkan trend menurun wpun viral load undetectable, mrk menyimpulkan bahawa wpun viral load sudah tidak dpt dikesan tetapi infection drpd virus hiv ke atas immune system masih berlaku.

      Saya harap najmi perlu ambil perhatian yg serius ttg perkara ini dan bincangkan dgn doctor yg rawat najmi yer.

      Delete
    3. Terima kasih anonymous, lagi satu bukan senan nak jumpa bercakap dengan doktor pakar HIV disini, biasanya diganti dg doktor2 lain, semalam doktor langsung tak sempat tgk result ujian darah saya sebab result tu belum di print out dari komputer. So tidak ada pandangan nasihat mengenai status result saya yang terkini tu. Insyaallah bila dapat result VL, harap Allah permudahkan saya untuk jumpa doktor pakar HIV ini nanti...

      Delete
    4. Tapi kalau tengok percentage cd4 yg diambil pada 21.5.2014 ianya dlm keadaan baik. Saya rasa mungkin najmi perlu lihat bacaan cd4 yg seterusnya nanti. Kalau ia terus menunjukkan trend yg menurun mungkin masa tu najmi perlu berbincang dan nyatakan kerisauan najmi.

      Saya juga agak bimbang dgn paras kolestrol dlm darah najmi. 6.6 tu tak brp ok rasanya.

      Delete
    5. Betul masaalah kolestrol tu..agak tinggi..mungkin sebab amalan saya yang minum susu tinggi lemak kut...saya henti dah sekarang. Benar kalau saya tidak berpeluang jumpa doktor selepas menerima keputusan VL, insyaallah saya akan bincangankan di temujanji dimasa hadapan....:)

      Delete
  3. Salam Nazmi,
    kadang2 CD4 turun sebab terlalu risau.
    Sayaada terbaca hiv magazine dri US, jika nak makan susu ke atau apa2 supplement, kena jarakkan 2-3jam supaya supplemen yg kita makan x efek ubat haart.
    Lagi satu sya ada terbaca, PLHIV kluboleh jgn makan bawang putih(garlic)terutama dlm bentuk supplement sebb ia akan kurangkan keberkesanan ubat,..Ada juga supp lain seperti vitamin c.Vit c juga akan kurangkan kesan ubaat(Protese Inhibitor)..klu nk tgkartikel tue..nie linknya
    thebody.com
    ini majalah khasutk PLHIV dri US.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ANONYMOUS,

      TERIMA KASIH banyak2 dengan maklumat yang saudara beri ini..alhamdulillah insyaallah saya akan ambil perhatian..alhamdulillah...:)

      Delete
  4. Salam,tidur tu kena cukup baru badan normal.senaman pun jgn tinggalkan.terbaca abg najmi tulis,bukan senang nak jumpa doktor pakar,disini terbalik.doktor yg susah nak jumpa plhiv.mungkin sini plhiv pemalu kot :-) .
    Moga semua normal semula inshaAllah.... hr21

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam hr21

      Ya betul..cuma sejak kebelakangan itu saya memang selalu lewat tidur ada kala sampai ke suboh..excersice juga kurang sebab masaalah anxitey yang saya alami...insyaallah saya cuba perbaiki diri.

      Doktor memang ada tapi bukan yang pakar, selalu sangat doktor silih berganti, adakala jika doktor tu tak pasti pada sesuatu pekara dia boleh pulak rujuk pada nurse...

      Terima kasih...:)

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST