Thursday, 30 October 2014

PUAN NORA - SUAMI SAYA DAPAT HIV DARIPADA AKTIVITI GAY NYA ITU

As Salam, saya NORA, bersuamikan seorang gay. Saya seorang janda anak lima sebelum bernikah dengan suami. Saya bertemu suami sewaktu reunion sekolah. Dalam tempoh two weeks dia ajak saya kahwin. Setelah saya tanya pandangan mak ayah, dia orang setuju dengan pernikahan ni.

Dia anak yang baik dan menurut keluarganya, bukan kaki perempuan dan jarang sekali tengok dia dengan girlfriend, dia selalu dengan kawan laki-laki sahaja. Family dia syok sangat dia nak kahwin tetiba memandangkan dia sudah pun 30 tahun. Kami sama umur. Apabila saya bagi tahu kawan-kawan sekolah yang kami nak kawin semua tak suka. Kata mereka saya cari masalah nak kahwin dengan pondan. 

Pada saya tak nampak pun dia macam pondan dengan kerjaya sebagai polis dan badan sama boleh tahan, ala otot-otot gitu. Saya fikir memang pun semua orang cakap dia gay, tapi dia menafikannya. Dia cakap dia ramai kawan dengan penari-penari, so orang ingat dia gay kot...saya think positif.

Kegembiraan punah semasa dia buat HIV test sebab nak kahwin. Dia positif HIV, dia dengan muka pucat bagi tahu saya yang dia positive HIV, tapi saya tidak tahu kenapa saya masih boleh terima dia, mungkin sebab kesiankan kat keluarga dia yang asyik menangis if kenduri tidak jadi, malu lah semua sebab semua dah siap.

Tanpa bagi tahu mak, saya rahsia pekara ini. Kami akhirnya bernikah and kenduri dengan meriah. Tapi kami dinasihatkan agar sentiasa pakai kindom untuk mengelakkan dari jangkitan. Tetapi saya ni tak tahu kenapa kesian pada dia yang inginkan anak, dan tak nak dia diejek kawan-kawannya yang lain, yang dia tak jantan,  sebab tidak ada anak.

Mengandung

Saya benarkan dia melepaskan benihnya didalam rahim saya, subahannallah dengan sekali sahaja hubungan free kondom itu berlaku, saya terus mengandung. Saya percaya pada qada dan qadar Allah. Allah maha pengasih sesungguh Allah telah makbul doa saya agar tidak dijangkiti HIV. 

Setelah mengandung 6 bulan baru saya dapat tahu suami saya dapat HIV sebab aktiviti gay nya tu. Sebelum ini memang dua bulan baru ada hubungan sex antara kami, alasan dia sebab dia takut saya kena jangkitan.

Rupa-rupanya kedinginan itu disebablan dia tidak ada nafsu dengan perempuan. Ya Allah saya rasa bagai nak mati, saya time itu jumpa berpuluh disk lucah gay boy. Saya kemudian hack facebook suami dan baca perbualan lucah dia dengan gay boy dia. Saya juga dapat buka memori kad handphone dia yang penuh gambar lucah gay boy and gambar lucah dia berbogel.

Ya Allah rasa tercabar betul, segala pengorbanan saya selama ini sia-sia sahaja. Sebelum ini saya ada tanya bagaimana dia dapat HIV, dia cakap mungkin sebab berbekam. Malas saya nak ungkit-ungkit lagi. Tidak pernah terfikir sebab gay ni.

Setelah saya dapat tahu semakin ligat dia dengan aktiviti-aktiviti songsang dia, kalau berbual ditelefon ber "I love u". Bagai luluh hati saya dengar, dengan saya dia tidak penah cakap macam tu. Sampailah saya bersalin dia lagi menjadi-jadi sampi kami gaduh besar sampai kebalai polis. 

Dia cakap pada saya, "ko nak blah ko blah aku nak anak aku je". 

Mengandung lagi

Kami tinggl jauh-jauh diantara satu sama lain selama dua bulan untuk meredakan keadaan Tiba-tiba dia balik ke rumah kami dan tinggal bersama...aku mengandung lagi, baru plan nak cerai, terpaksa tangguh sebab preggy.

Lama-lama saya dah masak dan dah malas nak fikirkan pasal seks and suami gay ni. Sudah letih nak bergaduh-gaduh, air mata dah tak nak keluar dah. Dia tetap dengan dunia dia.

Aku akhirnya selamat bersalin, anak ke dua yang juga seorang anak lelaki. Dua-dua anak aku sangat comel and bijak. Aku dah siap untuk bercerai, setelah tinggal berasingan beberapa bulan. Apabila dia dapat tahu aku nak cerai dia balik pujuk rayu dan kata nak taubat. 

Mengandung lagi kali ke tiga 

Sekali lagi aku mengandung anak ke tiga, sekarang (ketika ini) aku kena tunggu lagi kelahiran ni. Dalam tengah mengandung ni pun dia sakitkan aku dengan hal-hal dunia gay dia ni. Aku nekad kali ni nak ikat (rahim) supaya tidak mengandung lagi memandangkan aku dah ada 8 orang anak nanti. (lima anak bersama suami terdahulu, tiga anak bersama dia)

Selama 3 tahun aku berkahwin dengan gay yang ada HIV, sangat membuat aku terfikir, kenapa setelah dia menghidap HIV pun dia tidak takut lagi (dengan balasan Allah kelak). Sudah lah kena siflis tu nak berubat dia sakit tapi dia macam tidak kisah asal sedap kat situ. Sakit kat tempat lain walaupun dah berulang kali kena siflis.

Alhamdulillah, Allah juga lindung aku dan tiga orang zuriat dia itu dari terkena HIV. Sesungguh Allah hanya menghukum orang yang bersalah dan melindungi hambanya yang teraniaya.... 


PUAN NORA
sumber dari ruang komen DISINI




TENGKU SHAHIR - CINTA DALAM DIAM SEORANG PLU

photo hanya hiasan - grownandflown.com

Salam semua,

Dah lama jadi silence reader. Rase nak share cerita jugak. Cerita saya lebih kurang saudara AKIM. Sukakan sahabat baik. Cuma beza sikit kawan baik saya tu muda 3 tahun dari saya. Saya kenal dia dari kelab motosikal Kami sama-sama minat motosikal. Beli motor then masuk kelab. Niat saya untuk tambah kawan. Secara tidak langsung kenal beliau dan jadi rapat. Time tu umur dia 17 tahun dan saya 20 tahun.

Tahun pertama perkenalan saya dengan beliau, begitu indah bagi saya. Kami selalu keluar berjalan bersama. Chat facebook penuh dengan dia jerr. Saya pun tidak sedar secara tidak langsung wujud perasaan cinta saya kat beliau. Namun saya tahu, dia seorang lelaki str8. Dia mungkin anggap saya sebagai seorang abang. Tambah-tambah dia anak bongsu and tidak ada abang pulak. Kalau dia nak makan dia akan message saya, mintak untuk temankan dia,  'Makei dah??' Message ini  yang selalu saya dapat dari dia, saya rela pergi makan lagi walaupun dah kenyang bagai nak muntah.

Tiap-tiap malam dia PM chat facebook saya. Walaupun baru sahaja lepas jumpa, macam duduk sebelah-sebelah dah. Bertambah rapatlah hubungan kami. Kalau buat perjumpaan group dia mesti duduk sebelah saya. Dan saya akan jelous kalau dia borak dengan member lain or gurau dengan dia. Sedangkan ada yang lagi handsome dari dia. Tapi saya tak tahu kenapa perasaan cinta dan sayang saya kat dia semakin mendalam. Bodoh jugak saya kan.

Sayalah orang yang pertama wish bufday dia setiap tahun, and saya jugak lah orang pertama yang lempar telur atas kepala kat dia... Haahahaha... Dia kata first time kena cam tu. Rasa di hargai katanya. Persahabatan kami semakin rapat. Sehingga lah.........

Dia PM chat facebook saya, beritahu yang dia ada sukakan seorang gadis kat tempat tution dia. Saya seolah-olah terdudukk. Kuatkan hati untuk menerima. Saya akur. Yang saya tidak dapat miliki beliau. Jadi abang angkat pun dah cukup. Secara tidak langsung saya jadi penasihat couple dia. Dan selalu teman dia pergi dating.. Balik teman dia dating saya menangis seorang-seorang dalam bilik.

Hurmmm pelbagai peristiwa berlaku, tak larat nak citer. Ada manis. Ada pahit. Antara yang manis. Dia pernah hadiahkan jam tangan kat saya. Hantar maknan kat rumah. Pergi beraya bersama. Hurmm tak larat nak flashback. Hati saya akan cepat jadi sebak

Dipendekan cerita: Sekarang saya berumur 22 tahun, dan dia 19 tahun. Saya rasakan seolah persahabatan kami tidak seakrab dulu... Yelah.. Dah dia dah belajar kat universiti. Beliau semakin ramai kawan. Kami pun dah kurang hang out. Tapi saya selalu fikirkan dia. Stalk facebook dia. Stalk instagram dia. Stalk facebook kawan-kawan dia. Penuh dengan perasaan cemburu.

'Makei dah'??

Sudah lama saya tak dapat message maca ni. Sangat rindukan beliau. Saya tidak tahu, kenapa beliau seolah-olah lari dari saya. Kalau message pun jarang yang dibalas, kalau balas pun mungkin atas faktor beliau kesiankan saya sebab banyak message yang dia tidak balaskan. Itu pun tanya sepatah dijawab sepatah and diam kembali. Hurmm..mungkin beliau dah berfikiran matang.. Ye la.. Dulu budak-budak, tak ada awek, sekarang dia dah ada awek.

Chat facebook saya pun dah sunyi dari message beliau. Sangat sedih abang Najmi. Setiap hari saya fikirkan dia. Bangun aje check hendset untuk tunggu message dari dia or stalk instagram dia and facebook. Tolong saya abang Najmi, apa yang nak saya lakukan seterusnya. Adakah ni kelemahan saya atau ujian darinya?? Tolong saya sahabat-sahabat semua.


TENGKU SHAHIR
sumber dari ruang komen didalam entri DISINI




Salam Shahir,

HIDUP MESTI DITERUSKAN. Apa yang abang boleh nasihatkan cuba jangan stalk lagi facebook, instgram atau apa jua berkaitan dengan dirinya. Abang faham bagaimana seorang itu bercinta, cinta songsang sama juga kisahnya dengan cinta mereka yang strg8 diluar sana. Cuma cinta songsang ni sesuatu yang salah disisi agama terutama yang lebih menjurus kepada aktiviti maksiat. Boleh berkawan dengan rakan lelaki tetapi berkawan lah kerana ALLAH.

Mungkin sukar buat permulaan ini, nasihat abang lupuskan apa jua yang berkaitan denagn diri sahabat shahir tu. No fon, fb dan sebagainya delete. Sebenarnya pengalaman yang Shahir alami pernah juga abang alami dulu, abang juga mengambil masa hampir setahun untuk melupakan seorang sahabat baik yang abang suka dalam diam.

Tapi percaya lah perasaan suka itu semakin lama semakin pudar dan hilang, dan akan tiba suatu masa nanti shah sudah boleh menerima dia sebagai kawan tanpa ada perasaan suka lagi. Yang penting Shahir perbaiki diri teruskan hidup, kuat kan iman dan takwa dan berusaha elak diri dari jatuh cinta sesama jenis lagi, walaupun sukar tetapi jika kita ada keinginan insyaallah Shahir boleh mengubah diri atau sekurang-kurangnya dapat mengawal diri dari terjebak dalam cintan songsang lagi dan lebih penting tidak terlibat dalam hubungan seks sejenis. Ingat terdapat berbagai penyakit bahaya ada diluar sana - NAJMI




MUKJIZAT - RISAU DAPAT HIV SELEPAS KALI PERTAMA BUAT SEKS DAN DILIWAT

Salam abang Najmi, semoga abang berada dalam keadaan sihat walafiat selalu. Saya Mukjizat (bukan nama sebenar) ingin bertanya kepada abang berkenaan beberapa perkara. Saya ada terbaca blog abang mengenai simptom HIV. 
 
photo hanya hiasan - flickrhivemind.net

Baiklah begini; Saya ada melakukan aktiviti seks sama jantina dengan seorang lelaki kira-kira sebulan yang lalu, lelaki tersebut memakai kondom dan merupakan seorang Medical Assistant diklinik kerajaan. Selepas beberapa minggu melakukan aktiviti terkutuk itu, saya mengalami hampir kesemua simptom yang abang nyatakan didalam blog abang berkenaan HIV.

Baiklah dipendekkan cerita, dua minggu lepas saya telah menderma darah dan beberapa hari selepas itu, pihak hospital menghubungi saya dan minta saya datang kesana. Apabila berada  disana, sampel darah saya telah diambil untuk diuji lagi dan keputusan ujian tersebut akan diketahui dalam masa 2 bulan lagi.

Ya Allah bang, setelah melakukan ujian sampel darah itu, kini hidup saya tidak tenang kerana asyik memikirkan perkara ini. Hampir semua simptom saya alami. Saya ada bertanya dengan pasangan yang saya lakukan seks itu, dia cakap dia tidak ada HIV. Dia negatif dan bebas. Pasangan saya tu bang, dia kata dia dah buat ujian HIV setahun yang lalu dan memang dia bebas dari HIV. Saya tidak pernah buat lagi seks sebelum ni. Ini lah kali pertama. Yup sy bottom.

Dan kini saya stress dan jadi tidak keruan. Saya kurang selera makan. Badan saya jadi lemah dan lesu.dan demam. Sekarang bintik-bintik mula muncul ditangan saya, tetapi tidak banyak hanya dalam 3-5 bintik.saya sangat risau sekarang ni bang. Asyik memikirkan perkara ini.

Tolong bang, saya sangat takut sekarang tapi saya alami kesemua simptom HIV bang, risau sangat-sangat sekarang ni. Tapi nak tunggu keputusan tu lama sangat la bang. Ada ke klinik atau ap-apa saja la pusat yang boleh buat ujian dan terus dapat keputusan? Yang abang cakap BP Health tu kat mana? Saya di Terengganu. 

Dan saya nak tanya, kalau saya melakukan ujian rapid test di klinik swasta, berapa lama masa diambil bagi tahu keputusan ujian tu? Tolong bang, saya risau sangat, saya student, masih muda lagi. Andai kata saya disahkan positif, bagaimana masa depan saya bang. Hope bagi pendapat, bagi sedikit pandangan dan nasihat.

Terima kasih bang, sekiranya ada apa-apa, just call saya di no.017xxxxxxx atau email xxxxxxxxxxxx93@yahoo.com. Terima kasih bang.


MUKJIZAT 



Salam,

Sebenarnya ramai diluar sana yang ada HIV tetapi mereka tidak tahu mereka pembawa. Seks mengunakan kondom yang abang dengar lah 80% selamat manakala 20% tidak selamat. Yang tidak selamat tu maybe sebab kondom pecah atau terlucut dan sebagainya. Tapi pasangan saudara pakai kondom..rasa ok kut..usah risau. Macam abang kata kalau guna kondom risiko dijangkiti HIV rendah.

Simptom yang saudara alami tu maybe sebab lain, maybe juga sebab stress. Ujian HIV biasa (yang mengunakan HIV Kit) tu window periodnya selama 3 bulan. Selepas 3 bulan baru dikatakan keputusannya tepat. Simptom yang saudara share tu tidak semestinya HIV mungkin sebab masaalah lain. Biasanya apabila saudara duk risau fikir pekara yang bukan-bukan macam-macam simptom yang ada muncul kat badan seperti gatal-gatal dan juga jerawat, jangan sampai semua itu nanti akan disangka simptom HIV.

Saudara dipanggil semula untuk buat ujian darah sekali lagi di hospital selepas menjalani ujian darah juga mungkin sebab masaalah lain, bukan semata-mata sebab ada HIV. 

Boleh cuba ke BP Health tanya nak buat ujian CMIA (generasi ke 4) yang ada ujian antigen dan antibody ( ag/ab) sebab ujian yang ada ab/ag dikatakan boleh kesan kehadiran kuman dengan tepat selepas 28 hari dari tarikh berisiko. Ujian di BP Health, kos ujian RM35 rasanya. Google tengok ada tak BP Health kat Terengganu. Wallahuallam.

Atau boleh try buat ujian di Klinik 1 MALAYSIA, ada kawan abang kata bayar seringgit aje, keputusan tidak sampai 20 minit. Ujian itu mengunakan test kit, test kit ni window period 3 bulan. Sekurang-sekurangnya saudara boleh pastikan status saudara hari ni dengan buat ujian di Klinik 1 MALAYSIA tu. Kalau negetif itu petanda baik. - NAJMI

DIBAWAH INI PERKONGSIAN PENGALAMAN SEORANG RAKAN YANG TELAH BUAT UJIAN HIV DI KLINIK 1 MALAYSIA

Salam abang Najmi, 

Saya baru je lepas buat HIV. Saya buat dekat KLINIK 1 MALAYSIA kat Terminal Bersatu Selatan murah RM 1 aje. Layanan sungguh baik mereka suruh saya ambil angka giliran dan tunggu prosedur macam biasa. Apa bila tiba giliran saya nurse tersebut memberi nasihat dan memberi ilmu berkaitan dengan HIV sebelum test dimulakan.  Sangat baik dan volume suara yang rendah. 

Bagi golongan gay yang tidak mampu, pergilah ke Klinik 1 MALAYSIA yang ada buat HIV TEST TANPA NAMA..murah sahaja cuma RM 1, sekadar perkongsian saya pun takut nak buat, tetapi cekal  kan hati buat saja lagipun kilinik kat Terminal Bersatu Selatan ni tidak ramai orang boleh pergi pagi-pagi dalam pukul 10 macam tu. Alhamdulillah result saya negetve. - ANONYMOUS


8 - TEMUJANJI SAYA DENGAN DOKTOR PADA 29 OKTOBER 2014 - REDHA AJE LAH....

Sepatutnya temujanji saya dengan doktor pakar bertarikh 2 November 2014, tetapi kebetulan semalam 29 Oktober pukul 10.30 pagi saya mempunyai appoitment dengan doktor psikiatris berkaitan masaalah anxiety disorder (AD). 

Alhamdulillah pertemuan saya dengan doktor di klinik psikiatris berlangsung dengan cepat. Masaalah anxiety saya juga semakin berkurangan alhamdulillah cuma masih terpaksa teruskan rawatan ubat (zoloft)

Disebabkan saya mempunyai masaalah sakit didada yang saya alami seminggu lalu, saya cuba untuk berjumpa dengan doktor RVD pada hari itu juga. Agak lewat, hampir tengah hari baru saya masukkan kad appoitment dalam bakul temujanji di klinik ID berkenaan.

Dipendekkan cerita...sebab malas nak fikir...CD4 saya sekali lagi turun dari 186 kepada 141, malah peratus CD4 juga turun dari 20% kepada 15% sahaja. Ketika melihat bacaan CD4 turun saya hanya fkir apa aktiviti hidup yang saya buat sebelum ini sehingga menyebabkan CD4 susah nak naik. Tidak ada rasa takut, saya redha aje, kerana apa yang saya fikir jika benar ubatan peringkat pertama itu semakin tidak berkesan pada tubuh saya, saya tidak akan tukar kepada ubatan peringkat kedua disebabkan tidak mampu nak bayar kos ubatan sekitar RM300 sebulan tu.

Semalam juga saya menjalani ujian ECG (selepas ujian dijalankan saya tanya kakitangan yang melakukan ujian tersebut hasil ujian itu dan katanya graf ujian menunjukan keadaan saya baik. Kemudian saya buat x-ray didada, tetapi tidak sempat bertemu dengan doctor bertanyakan result x ray itu, nampak macam ok aje. (doctor sebelum itu kata kalau ada sebarang masaalah dia akan call saya)

Sebenarnya saya juga ada menerima beberapa rakan PLHIV lain yang mengadu CD4 mereka turun, biasalah bila turun semua akan rasa bimbang sedikit. Sekarang yang saya harap agar Virol Load terkini saya akan tetap Not Detective. Mudah-mudahan. (saya akan call klinik beberapa minggu akan datang nanti)





THINK POSITIVE; Terus terang sejak setahun lalu selepas saya sangat kurang melakukan sebarang aktiviti yang sihat, maybe disebabkan masaalah AD yang saya alami tu. Berbasikal juga sangat kurang apa tah lagi jogging, hanya kerap duduk dirumah sahaja. Seminggu sebelum darah diambil saya sememangnya ada mengalami demam serta batuk-batuk yang berpanjangan serta sangat kurang tidur, malah berkali-kali sangat sukar tidur sehingga ke pagi. Sebagaimana yang kita tahu keadaan kesihatan kita ketika darah diambil akan mempengaruhi bacaan CD4 kita. Mungkin juga saya alami stress yang saya sendiri tidak perasan. Mungkin juga sekiranya jika keputusan yang saya terima baik, mungkin saya akan memudaratkan tubuh badan serta merosakkan iman saya kembali.

Walaubagaimana pun HIDUP MESTI DITERUSKAN, yang penting insyaallah saya akan cuba mengubah aktiviti hidup saya kepada yang lebih baik. Doakan yang terbaik buat saya ya...:))

Untuk rekod bacaan CD4 saya yang lalu pada : 

Sebelum makan ubatan HAART 

02-11-2005 - CD4 351  di GH Johor Baharu 
08-12-2006 - CD4 248  di GH Kuala Lumpur 
08-03-2007 - CD4 329  di GH Kuala Lumpur meningkat 81 
12-07-2007 - CD4 280  di GH Kuala Lumpur menurun    49 
27-11-2007 - CD4 183  di GH Kuala Lumpur menurun    97 

Darah diambil lagi pada 19-12-2007 untuk pastikan bacaan CD4 tersebut sebelum memulakan HAART tetapi saya tidak ambil keputusan tersebut dan berhenti terus dari menerima rawatan di GH Kuala Lumpur lagi. STOP kerana takut dan tidak mahu menelan ubatan HAART, sehingga jatuh sakit dan terlantar di GH Ipoh pada November 2009. 

Dibawah ini bacaan CD4 dan kolesterol saya yang diambil di GH Ipoh. 

Mula makan ubat SLN30 dan Bectrim: 

16-12-2009 - CD4 12 
26-05-2010 - CD4 80    meningkat 68 - (CD4 - 05%) - kolesterol 5.6 mmol/L
13-10-2010 - CD4 106  meningkat 26 - (CD4 - 07%) - kolesterol 5.4 mmol/L
13-04-2011 - CD4 126  meningkat 20 - (CD4 - 08%) - kolesterol 6.1 mmol/L
28-09-2011 - CD4 174  meningkat 48 - (CD4 - 12%) - kolesterol 5.8 mmol/L
08-01-2012 - CD4 202  meningkat 28 - (CD4 - 14%) - kolesterol 5.1 mmol/L 
25-07-2012 - CD4 229  meningkat 27 - (CD4 - 17%) - kolesterol 6.3 mmol/L

Tukar ubat kepada Tenvir EM dan Stocrin: 

11-11-2012 - CD4 - ( tidak diuji )  -  kolesterol 5.8 mmol/L (Viral Load Not Detected) 

03-04-2013 - CD4 166 - menurun   63 - (CD4 - 15%) - kolesterol 6.0 mmol/L (Viral Load Not Detected) 

18-07-2013 - CD4  218 - meningkat 52 - (CD4 - 12%) kolesterol 5.9 mmol/L

05-12-2013 - CD4 - ( tiada result sebab mesin dikatakan mengalami kerosakan ) 

21-05-2014 - CD4 186 - menurun 32 - (CD4 - 20%) - kolesterol 5.1 mmol/L 

(TERKINI) 29-10-2014 - CD4  -  141 menurun 45 - (CD4 - ) - kolesterol 6.6 mmol/L (Virol Load belum diterima - akan updated bila dah terima result tu nanti)


Sunday, 26 October 2014

MAJIDI - LELAKI GAY JADI PAPA KEDANA AKIBAT PERJANJIAN YANG DIBUAT SEBELUM KAHWIN

Saya ada kenal seorang perempuan. Dulu kawan rapat, tidak rapat lagi dah. Masa dia kahwin umur dia 41 tahun dan kahwin dengan seorang lelaki muda umur 27 tahun. 

Lelaki ini amat hensem, dan berperawakan lembut seperti (maaf cakap, chef Wan, Aznil, Azwan ataupun Jaafar Onn). Setelah merapati perkahwinan tersebut saya baru sedar beberapa perkara:


1. Si suami mahu menutup pressure dari pihak keluarga dengan berkahwin.

2. Suami sanggup membayar lebih kurang RM8,500 sebulan kepada kawan ppuan saya itu kerana bersetuju kahwin dengan dia.

3. Suami lembut itu juga berjanji memberi pakej perlancongan kepada isteri tipu ini setiap tahun seperti ke Itali, Jepun dan Kanada.

4. Perempuan ini (isterinya) atau kawan saya tidak bekerja. Dulu dia bekerja tetapi setelah "berkahwin" dia cuma melakukan business online.

5. Lelaki/suami ini cuma duduk di flat di pinggir Kuala Lumpur kerana dia tidak punya wang lagi kerana semuanya sudah diserahkan kepada kawan wanita saya ni.

6. Rakan wanita saya ini sekarang tinggal di kondominium di Kota Damansara bersama-sama dengan rakannya yang lain. Kondo ini adalah pembelian "suaminya" dan termaktub di dalam perjanjian.

7. Apabila keluarga lelaki ini ingin melawat atau kebetulan berada di Kuala Lumpur, mereka akan "memulakan lakonan mereka" seperti masak sama-sama, tidur dalam bilik yang sama, berkucupan di ruang tamu... kawan saya pernah beritahu yang mereka pernah berpura-pura berbuat bunyi-bunyian seperti mereka tengah "bersama" semasa keluarga mereka tidur di ruang tamu.

Jadi, tepuk dada tanya selera. Jangan desperate untuk kahwin sehingga jadi papa kedana. Saya sudah nasihatkan kawan perempuan saya dan jawapan dia kepada saya adalah "ADA AKU KESAH???"

MAJIDI 

sumber dari ruang komen didalam entri disini 
http://hivadadidalamdarahaku.blogspot.com/2014/10/shahwaty-suami-saya-buat-hal-dia
minat.html?showComment=1414305919546#c3565672836666630945


AMIR - TIDAK PERNAH SUKA TENGOK PAYUDARA WANITA, MACAMMANA NAK KAHWIN?

Salam abang najmi.

Saya AMIR, now im 26, sudah bekerja and silent reader for blog ini for long time already. Saya pun mempunyai masalah yang sama. Memang sedih apabila dikurniakan nafsu songsang. 

photo hanya hiasan

Sejak saya berumur 5 tahun dream of boy, tidak mintak pun untuk mimpikan lelaki and gersang dengan lelaki. Dengan perempuan langsung tak ada perasaan, in fact. Tidak pernah suka tengok payudara perempuan. So how can i will get marry? even though i try i to watch str8 porn, but still tidak terangsang tengok perempuan. 

Sometime berpikir seolah-olah aku tiada masa depan. Parents and adik beradik dah mula tanya pasal awek, mereka mahu aku kahwin awal sebab nanti tak ada lah bila dah tua tapi anak masih kecil. Aku rasa mahu saja menjerit bagitahu yang aku ni gay, tapi aku sabar.

Kadang-kadang selalu aku menangis sendirian memikirkan pasal ini. Kawan-kawan aku sudah ramai yang kahwin, betapa bahagianya tengok dia orang upload gambar kahwin kat facebook, tapi untuk aku adalah sangat mustahil untuk merasai nikmat itu.

Sejujurnya, aku tidak pernah ber"kapel" baik dengan lelaki ataupun perempuan sebelum ini. Sejujurnya bila aku membaca luahan hati gay, ada yang terjerumus dengan gay sejak dibangku sekolah and digoda semasa sekolah, tapi aku bernasib baik tidak pernah lagi mengalami pengalaman digoda. Hurmm aku tidak ada seorang kawan gay pun yang boleh memahami perasaan aku, semuanya aku pendam.

Kawan-kawan pun dah mula pelik kenapa aku masih single, sedangkan aku sudah mempunyai pekerjaan sendiri and sejujurnya sudah layak untuk berrumahtangga. Even semasa university and tempat kerja, ada juga gadis-gadis yang memberi "hint" suka dekat aku, aku boleh merasakan itu semua, and kawan-kawan aku pun perasan and dia orang semua baik and sangat cantik yang jadi rebutan lelaki-lelaki lain, Tapi perempuan itu sukakan aku, dia kata aku baik (dalam hati aku ingin saja menjerit aku bukan lelaki baik, aku lelaki hina yang penuh dengan perasaan gay). 

Disebabkan hal itu, aku menjauhkan diri dari wanita-wanita disebabkan aku takut dia orang crush dengan aku (sorry aku tak hot, tapi entah lah mengapa perempuan boleh sukakan aku)

Pada masa yang sama, aku nervous dengan lelaki, tambah-tambah kalau berhadapan dengan lelaki hensem, dan disebabkan itu aku juga menjauhkan diri dari lelaki. Therefore, aku end up kekurangan kawan, melainkan hanya ditempat kerja aku saja lah kawan-kawan yang aku ada. Kawan-kawan sosial tidak ada. 

Aku banyak menghabiskan masa dengan hanya duduk dirumah sahaja terutama time cuti, tengok movie, kalau keluar pun keluar seorang-seorang. Walaupun sunyi, aku redha. Mungkin semua ini ada hikmah nya. Tuhan tidak akan uji manusia kalau manusia itu tidak dapat tahan dengan ujian tersebut. 

Setiap hari aku berdoa agar Tuhan boleh change naluri aku, tapi aku sedar perasaan songsang sejak dari kecil ini bukan boleh diubah dengan cepat and aku hanya berdoa agar Tuhan permudahkan segala urusan aku di dunia and di akhirat. Kadang-kadang aku kejam, sampai pernah terlintas kat hati kecil ini, minta Tuhan ambil saja nyawa aku awal-awal supaya rahsia aku boleh ditutup rapat-rapat sebelum aku disuruh kahwin. 

Aku sukakan budak-budak, aku ingin sekali mempunyai anak-anak sendiri, tapi aku sedar aku sememangnya tidak mampu. Tapi aku tak akan sesekali berputus asa dengan Tuhan, sebab tidak ada sesuatuu pun yang mustahil bagiNya. 

Sorry kerana komen panjang-panjang, sekadar meluahkan perasaan, aku tak tahu nak luahkan perasaan dekat sesiapa. Sekian sorry.


AMIR



Saturday, 25 October 2014

HARRIS - DOKTOR SEPATUTNYA BUKAN HEBOHKAN APABILA MENERIMA PESAKIT HIV

Bro Najmi saya baru sahaja sahkan HIV POSITIF. Apa yang perlu saya buat? - HARRIS (Thu, Oct 23, 2014 at 9:21 PM)


Bro Najmi saya telah buat petang semalam tapi hampa. Layanan diberikan amat teruk. Tengah hari semalam saya telah mendapat result daripada BP Health dan saya bergegas mencari klinik sekitar kediaman saya.

Seperti pesakit luar prosedur kena kena patuhi. Apabila tiba giliran saya masuk kebilik dan kebetulan ada pesakit lain iaitu seorang ibu dan anak bersama dengan doktor lain. Apa yang saya inginkan adalah suasana privercy untuk menceritakan masalah yang saya hadapi, tetapi dengan layanan kurang mesra dan nada suara yang kuat saya rasa hebohnya satu klinik menerima pesakit HIV.

Semasa itu lah doktor itu nak tanya sesuatu pada nurse apa perlu buat, kemudian tanya medical asssitance apa borang perlu keluarkan. Bagi saya amat melampau doktor kerajaan ni ini. Sepatutnya bukan menghebokan kepada pesakit atau staff yang lain tentang status HIV seseorang itu.

Tujuan saya ke klinik tersebut kerana ingin buat rawatan lanjut dan bertanyakan adakah ada western bolt test. Saya rasa kelam dunia ni kerana huru hara di buatkan oleh doctor tersebut, yang saya rasai telah melanggar etika kerja.

Pada mulanya saya ingin balik sahaja tetapi di tahan oleh seorang docktor yang lain kerana mereka anggap saya sakit. Tetapi saya sabarkan juga dan terus menunggu dan terus melihat drama oleh doktor lelaki berpangkat u48. Saya rasa dengan pangkat yang tinggi sepatutnya dia lebih tahu apa perlu buat dan bukannya menambah ketegangan dan kekusutan fikiran dikepala kita.

Apabila semua dah keluar dari bilik tu tinggallah saya dan doktor baru itu baru lah aman.

Tetapi saya terus terang tegur sikap doktor berkenaan dan tanyakan kepadanya, "sepatutnya awak rahsiakan perkara ini dan bukannya hebohkan satu bilik rawatan berkenaan pesakit kena HIV positif". Sepatutanya ada akta merahsiakan dan menjaga latar belakang pesakit HIV".

Setelah saya tegur, terus dia minta maaf. Bagi saya maaf itu tidak perlu diminta, bagi saya nyawa serta maruah saya sudah tidak berharga di mata seorang doktor.

Perjumpaan dengan doktor itu semalam adalah satu yang sia-sia, apa yang saya buat..saya ambil semua laporan kad rawatan saya dan saya katanya padanya yang saya akan buat ke klinik di luar kawasan saya. Bagi saya tidak ada selamatnya buat di situ lagi. Saya pasti semua orang disitu akan tahu saya penghidap HIV. Saya ucap terima kasih dan tinggalkan doktor itu dengan begitu sahaja.


Apa yang perlu saya buat, saya bekerja sebagai XXXXXX dan kini sedang cuti belajar untuk XXXXX di XXXXXX. Tertekan saya menghadapi perkara ini, saya positifkan diri kerana saya perlu kuat.

Kali terakhir buat blood testada bulan Januari 2014 tapi resultnya negatif, dan semalam result baru keluar, saya HIV  positif. Saya redha..bagi saya dugaan ini bukan penghujung hidup bagi saya.

Saya memang seorang gay...saya tidak tahu dengan siapa perlu saya luahkan masaalah ini, sehingga saya terjumpa blog daripada bro Najmi. Tolonglah saya, beri kata semangat kepada saya...saya  tidak tahu apa yang akan terjadi dalam hidup saya di masa akan datang.

Apa yang saya buat sekarang, saya cuba aktifkan diri dengan sukan badminton saya, anggap seolah-olah tidak ada apa yang berlaku supaya minda saya boleh terus fokus untuk lanjutkan pelajaran dan masalah HIV ini.

Soal pergi ke klinik, saya tidak pasti klinik mana yang tidak prejudis kepada pesakit HIV. Bukan layanan taraf 10 bintang yang saya perlukan tetapi layanlah seperti biasa dan merahsiakan butiran peribadi pesakit HIV terbabit yang datang menerima rawatan. Hajat dihati ingin pergi klinik kesihatan di SA, tapi saya rasa fobia nak berjumpa dgengan doktor lain lagi.

Tolong lah abang Najmi, tel saya 019XXXXXXX, saya perlukan sokongan moral daripada kawan-kawan senasib...wasslam

HARRIS 




Salam Harris, 

Abang selalu dengar kes macam ni, ada nurse yang jerit-jerit panggil seseorang itu pesakit HIV dan sebagainya..memang sesiapa sahaja yang berada dikedudukan seperti itu pasti akan berasa malu dan tak tahu nak letak muka dimana, walaupun kita berada dikalangan PLHIV lain yang sedang menunggu di ruang menunggu. Mereka sama ada doctor mahupun nurse tak boleh memanggil kita dengan perkataan HIV.

Tapi pandang abang, tidak semua doktor atau kakitangan bersikap demikian, masih ada dikalangan mereka yang perihatin dan tahu melindungi aib seseorang pesakit. Cuma mungkin saidara Harris berada ditempat dan waktu yang salah. Bertemu pulak dengan doktor yang seperti itu. 


Abang harap Harris jangan risau, dan tidak terlalu tertekan atau fobia nak jumpa dengan doktor atau keklinik kesihatan yang lain. Kalau jumpa jugak dengan kakitangan macam tu beritahu abang, abang pi sound mereka nanti heeeeee....

Abang berada di IPOH, mungkin Harris boleh hubungi saudara Luka Rafieqa dia ada di KL insyaallah Luka selalunya ada masa berhubung malah berjumpa dengan mereka yang ada masaalah HIV AIDS ini.

Luka Rafieqa Officially Page http://www.facebook.com/lukarafieqa
Beliau pernah berkhidmat di Majlis AIDS Malaysia (MAM) dan PT Foundation.
Sukarelawan Yayasan Salam Malaysia, Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Amal
Firdausi (PAFI) Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM),
Fasilitator, dan HIV/AIDS Educator.

Phone 017-311 0306
Email  lukarafieqa@gmail.com
Facebook Luka Rafieqa
Website http://lukarafieqa.blogspot.com

- NAJMI



LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (58) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST