Sunday, 28 September 2014

ZU HAIR - DUNIA SONGSANG MENYELUBUNGI HIDUP KU

photo hanya hiasan
Assalamualaikum abang najmi.

Blog abang memang terbaik untuk gay-gay yang nak berubah termasuklah saya, saya pun tak tau macam mana saya boleh terbaca blog abang. 1st time tengok blog abang, cerita semua amat related dengan saya, saya amat terharu, sebak dan menitiskan air mata ketika membaca kisah-kisah dalam blog abang. Saya amat memahami perasaan mereka semua tu, sebab saya memang dalam golongan dia orang. 

Abang, nak je saya jumpa abang, luahkan semua apa yang saya terpaksa pendamkan selama ni. Saya tidak ada tempat mengadu untuk naluri songsang saya ni. Saya amat sedih sekarang ni, naluri songsang saya semakin meningkat..saya nak luahkan kat dalam email ni boleh? Ya Allah ampunkanlah segala dosa-dosaku.

Dunia songsang saya bermula dari rumah

Eh abang..lupa lak nak kenalkan diri. Nama saya Zu hair @ Juai, usia saya 28 tahun, ada 10 orang adik beradik dan saya yang last sekali. Saya tak tahu bila saya stat jadi gay ni, tapi kalau abang nak tahu, dunia songsang saya ni segalanya bermula di rumah, sewaktu saya kecil, abang saya kerap sangat tanggalkan seluar saya dan main anu saya sewaktu saya tidur, saya diam saja sebab tak tau benda tu sebenarnya salah. 

Sampai lah saya belasan tahun, abang saya masih lagi buat perkara yang sama, mula-mula saya nak marah abang saya, tapi tak terdaya, saya amat takut dengan abang saya kerana dia amat garang, jadi saya tak berani nak buat ap-apa. Saya pun tak ada cerita apa yang dia buat kepada sesiapa. Saya tak nak dia malu. Tapi abang saya ni baik orang nya, tapi tulah, dia suka sangat main anu saya..lama-lama saya rasa seronok pulak bila dia main anu saya. 

Jadi apa yang berlaku saya alami semasa dirumah tu, saya buat pada orang lain pulak, saya kerap juga tidur rumah kawan-kawan apa lagi, saya pun buat lah benda yang sama apa yang abang saya pernah buat dekat saya. Rasa senorok sangat dapat pegang and tengok anu kawan-kawan saya..sampai jadi tabiat pulak buat benda tu. Naluri songsang saya semakin kuat, pendek kata, sesiapa saja yang tidur bersama saya, pasti saya akan mencabul mereka ketika tidur. Astaqfirullahalazim..saya sampai ketagih buat benda tu. 

Sampailah saya masuk IPT,

Saya pun buat benda yang sama terhadap kawan-kawan IPT saya. Ada sorang classmate, dia memang comel..muka jambu..saya teringin sangat nak tidur dengan dia..ditakdirkan, saya dapat tidur bersama nya sebilik..apa lagi, saya pun buat lah perkara yang biasa saya buat. Puas nya bila dapat..fuhhhh...saya semakin seronok..lam-lama saya macam dah jatuh cinta dengan dia, semasa cuti semester, saya amat merindui dia, tak keruan rasenya bila tak dapat bersua...Astaqfirullahalazim.

Apabila saya mengenal dunia gay di alam maya semasa di IPT..terdapat banyak website-website dan blog-blog gay..alangkah terkejutnya saya, rupa-rupanya ramai giler gay kat dunia ni..saya semakin seronok..bermula lah episod dunia gay di alam maya..tiap-tiap minggu saya akan ke cybercafe untuk layan web-web gay tu....Astaqfirullahalazim.

Tamat study kat IPT.

Saya ada folow kelab belia kat kampung..selalu lah saya buat partime jadi fasilitator..perghh bertapa ramai nya saya berjumpa dengan remaja-remaj lelaki. Saya semakin tidak keruan..hati saya membuak-buak ingin membuat tabiat saya terhadap remaja-remaja tersebut, tapi apa kan daya, saya tak dapat nak lunaskan nafsu saya terhadap remaja-remaja tersebut. Lama kelamaan, nafsu saya tidak dapat dibendung..saya semakin aktif dengan website-website gay untuk melunaskan nafsu saya kerana tak dapat nak buat tabiat saya tu.. 

Pada tahun 2011, kelab belia tersebut ada buat 1 camping, saya jadi salah seorang fasilitator..semua peserta pelajar sekolah..ada sepasang kembar lelaki, comel sangat. Saya sudah tertarik pada kembar tersebut..setiap gerak gerinya saya perhatikan..sehingga lah hari terakhir camping, ketika hendak berpisah..hati saya sangat sebak..sangat sedih..akan berpisah dengan kembar tersebut. Ketika dia melambai-lambai dalam bas, air mata saya mengalir dari situ detik permulaan saya ingin berubah..dalam hati, sampai bila aku harus begini..setiap perpisahan, air mata aku titiskan, bukan kerana persahabatan tetapi kerana tuttttt...subhanallah

Bermulanya detik perubahan dalam diri saya, saya bertaubat tak akan tengak website-website gay lagi. Tak nak ada naluri songsang lag. Tak nak tengok remaja-remaja lelaki lagi. Saya tak nak rosakkan hati saya. Saya mula solat 5 waktu..setiap hari berdoa agar Allah jadikan saya lelaki normal..doa dan terus berdoa..sehingga hampir setahun lamanya saya tidak tengok dan layari langsung website-website gay. Alhamdulillah...syukur pada Allah..akan tetapi nafsu terhadap lelaki masih ada..kadang-kadang saya menangis lagi..mengapa masih ada naluri songsang ni dalam diri saya?? Saya nak berubah..saya nak berubah..kenapa masih ada?? Saya menangis..Ya Allah bantu lah aku Ya Allah...jatuh bangun nya saya dalam perubahan, Allah sahaja yang tahu penderitaan saya melawan nafsu songsang ni. 

Berkahwin

Pada tahun 2012, saya mula ada awek..awek saya sangat sayangkan saya..tapi saya biasa-biasa je terhadap dia. Sampailah sewaktu ketika, dia ajak saya kawin, meremang saya dibuat nya..kawin?? "Ya Allah..adakah dah tiba masanya untuk aku berumah tangga? sedangkan naluri aku masih belum pulih lagi...aku tak sanggup..."


Hari demi hari berlalu, sampai juga hari pernikahan ku..sekarang aku dah jadi suami orang. Pada malam pertama..alangkah gementarnya saya, anu saya tidak naik..Ya Allah..malu nya saya terhadap isteri, macam mana nak naik, sebab tidak ada langsung nafsu pun kat perempuan..seksa nya ada naluri songsang ni..Allah uji lagi dengan tak dapat bersama isteri..saya tetap terus berdoa agar dapat bersama isteri..Alhamdulillah..selepas 2 minggu kemudian, anu sya naik..dan dapat lah bersama isteri.

Walaupun telah bergelar suami selama 10 bulan, naluri saya terhadap lelaki masih ada..masih lagi usha-usha lelaki. Cemburunya saya melihat kawan-kawan saya yang normal hidup bahagia bersama isteri..sedangkan saya, terseksa jiwa perpura-pura mencintai isteri..saya dah cuba untuk tulus mencintai isteri saya..tetapi gagal.. "Ya Allah..sampai bilakah naluri songsang akan ada dalam diri ku ini". 

Saya tak putus-putus berdoa..agar Allah tukar naluri saya..setiap hari berperang dengan nafsu songsang..alangkah peritnya untuk saya lalui semua ini...kadang-kadang saya menyalahkan abang saya yang memperlakukan perkara terkutuk tersebut terhadap saya dulu..kerana dialah yang memperkenalkannya kepada saya naluri ini. 

Sekarang saya semakin buntu bang...Dunia songsang menyelubungi dalam hidup saya..makin hari makin meningkat nafsu songsang saya ni..kerana dah lama saya tidak layari website gay. Saya takut saya terjebak semula dengan dunia gay..hati saya meronta-ronta mahu lunaskan naluri songsang ni...kadang-kadang saya duduk berseorangan..memikirkan masa depan..memikirkan dosa-dosa...mengapa aku masih ada naluri songsang?? Sampai bila? Sampai bila? 

Abang...harap abang dapat reply email saya saya sangat sedih sekarang ni bang..

ZU HAIR 



Salam Zuhair,

Pandangan abang naluri gay memang tidak boleh dihilangkan sama sekali, ianya akan dibawa sehingga ke mati, tetapi abang percaya naluri itu boleh dikawal, dikawal dengan iman dan takwa.

Ada keberanian dan keyakinan dalam diri saudara, jika tidak ada keyakinan tentu saudara tidak akan bersetuju untuk mendirikan rumah tangga. Ada kesungguhan dalam diri Zuhair untuk cuba mengawal diri dari terus terjebak lagi dalam aktiviti songsang ini.

Tidak ada sesiapa yang boleh membantu saudara, hanya saudara sendiri yang boleh mengubah mengawal diri. Jika saudara boleh "berpuasa" dari tidak melayari laman-laman gay selama lebih setahun, maka abang yakin saudara boleh melakukannya berterusan.

Cuba lipat gandakan amalan kepada Allah, jika sebelum ini tidak atau jarang bangun malam melakukan solat malam, cuba lakukannya semula. Antara masa doa yang paling mustajab ialah doa ketika solat malam. Cuba baca buku-buku agama, sejarah mengenai sejarah Islam dan sebagainya. Perbanyakkan amalan-amalan puasa-puasa sunat.

Cuba paksa sibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti bersama isteri, beriadah bercuti bersama. Cuba tanamkan didalam minda saudara akan kecantikan rupa paras isteri bukannya terus melayan berangan-angan akan susuk tubuh lelaki lagi.

Macam abang kata perlunya ada kesungguhan, serta niat untuk berubah mengawal diri. Tidak ada sesiapa yang boleh membantu kita melainkan kita sendiri dan melalui pertolongan dari Allah. Teruslah berdoa pada Allah, abang yakin Allah akan membantu saudara. Cuba rujuk jawapan abang berkaitan masaalah yang hampir sama ini didalam entri-entri yang lalu didalam blog ini ya. - NAJMI


JOIN SECRET GROUP " STRAIGHT STRUGGLE" (LGBT!!! atau apa sahaja istilah PLU? Anda yang berjuang mencari JALAN PULANG.) 
 








6 comments:

  1. salam... saya amir (bukan nama sebenar), berumur 28 tahun ... kisah zu hair, sama seperti sama... yang membezakan adalah, semasa kecil pak cik saya selalu bermain anu saya. selalu dia lancapkan sehingga saya ketagih... sehingga satu tahap, saya ketagih untuk membiarkan org lain main anu saya.. terasa seronok... ketagihan saya, membuatkan saya tercari2 dan melepaskan nafsu dengan melancap... sama seperti zu hail, aq sudah mencari berbagai jalan ikhtiar untuk hilangkan perasaan gay ini, tapi setiap kali aq cuba, setiap kali cabaran dtg. akhinya ak gagal. aq berkahwin untuk menghilangkan perasaan ini, tapi... perasaan ini, membuatkan aq mengkhianati institusi ini... sehingga kini, perasaan kepada isteri seperti org asing sahaja... aq sangat kecewa... terdetik untuk berpisah, tetapi malu kerna masih lagi dalam tempoh berbulan madu... aq x tertarik untuk melakukan nafkah batin dengan isteriku... aq x puas buat sex dengan isteri... lelaki sahaj dpt puaskan. aq dah pasrah.. aq seorang gay.... sedih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Amir,

      Abang rasa ramai plu diluar sana yang mengalami peristiwa seperti mana yang Amir dan Zu Hair alami, ramai ibu bapa yang tidak tahu kejadian seperti itu boleh berlaku keatas anak-anak mereka. Jadi abang harap kisah diatas boleh membuka mata ibu bapa diluar sana, kerana kisah diatas boleh berlaku kepada anak-anak kecil diluar sana. Jika tidak berlaku sesama adik beradik, boleh berlaku bersama pakcik atau dengan kawan2.

      Delete
  2. Assalamualaikum..kasihannya isteri..saya boleh bygkan kasih sayang isteri tapi awk tak mencintai ( sebab saya senasib kot mcm isteri awk tu) tolong lah..berusaha selamatkan perkahwinan..awk takkan jumpa isteri sebaik isteri awk tu..amat rugi kalau awk tewas dgn nafsu songsang awk tu. Berusahalah demi Allah..demi isteri dan demi anak yang bakal ada nnt..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum semua saya luana katrina saya pakar motivasi bagi pesakit songsang saya dapat tahu blog ini dari pesakit saya.saya ingin membagi tips atau cara mengatasinya
    1.pertama siapa kata penyakit songsang tidak boleh hilang fikir secara positif setiap penyakit ada ubat dia melain mati.cara dia adalah
    (a)solat (b)baca al-quran (c)zikir-zikir (d)keyakinan (e)kasih sayang kenapa ia perlu sebab kasih sayang mampu berubah seseorang insan menjadi baik terutamanya lelaki kerana seorang lelaki mampu berubah kerana wanita disebab itu lah kamu berjodoh dengan isteri seandainya kamu tahu allah s.w.t telah mudahkan masalah kamu sebab kenapa adakah kamu masih buat perkara itu faham maksud saya....sesungguh wanita dicipta untuk gembira kan kamu beri kamu kekuatan semangat begitu juga lelaki.Percaya kata ku isteri kamu adalah kunci segala untuk berjaya selesai masalah.
    2.penyakit songsang seperti saka siapa kata saka tidak boleh hilang selalu orang cakap saka sampai tujuh keturunan itu semua tipu kita percaya Allah s.w.t maha berkuasa dia beri kita sakit tapi dia beri kita penawar setiap Ada penyakit penawar.Senjata paling baik bagi semua agama adalah doa.Doa adalah terbaik ingat setiap terjadi dengan izin allah yang penting sabar dan amal kebaikan.Saya teramat bangga kepada kesemua hamba allah yang terpilih di beri ujian sebegini saya rasa kamu semua hebat demi allah kamu hamba istimewa...
    3.penyakit songsang terjadi sebab ajaran/suasana/pemakaian/perkitaran/layanan semasa kecil kamu ibarat sponge boleh serap apa saja termaksuk yang baik atau jahat .Tapi kamu tahu kah sponge boleh membuang juga dan menyerap benda baik kerana berakal. percaya kamu bukan gay atau lesbian setiapa penyakit ada punca .Adakah bayi baru lahir jadi gay atau lesbian tak ada rasanya.semua bayi naluri normal.Niat dalam diri. ini bukan aku diri aku.Diri aku adalah normal aku bukan songsang aku sayang suami/isteri.Elak menyangi kaum sejenis lebih sayangi isteri kamu atau suami percaya ia berhasil.

    Akhir kata ingat saja zaman nabi luth terjadi songsang padahal allah tidak turun penyakit itu?? Jadi manusia yang menciptanya sendiri dan telah terbiasa.Tiada yang mustahil percaya pada diri bersyukur kamu di beri ujian ini ramai lagi dekat sana tidak peduli solat sudah ditimpa tangga baru tahu ber syukur kamu ingat allah s.w.t. sayang hamba taat kepadanya.Yang paling penting ramai pesakit saya berjaya mesti kamu boleh.

    REMEMBER BE YOU SELF OPEN YOU OWN STORY MAKE HAPPY ENDING IN YOU LIFE.

    Kepada najmi semoga allah beri kebaikan kepada kamu..amim

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      LUANA KATRINA..terima kasih kerana menberi pandangan dalam masaalah ini....:)

      Delete
  4. Allhamdulilah..sya semakin kuat skg ni..berperang dgn musuh ketat, nafsu songsang..sya harap hati sya semakin kuat dan terus kuat dan teguh..amir..kita serupa..kita sebaya..amir jgn bersedih lagi..yang dah lepas tu jadikan teladan..utk skg ni, ayoh kita tumbangkan musuh kita ni, nafsu songsang..kuatkan semangat..ingat dosa..ingat Allah..ingat Rasul kita..doa dan terus berdoa..Allah maha Pengasih, maha Penyayang..Allah akan makbulkan jua doa kita..tiada yg mustahil di dunia ini..di samping doa, usaha utk brubah tu kene istiqamah..hati kene cekal..

    Juai

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST