Monday, 1 September 2014

TIGA "RESAH" - JIKA ANDA ADA TERLIBAT DALAM AKTIVITI BERISIKO, BUATLAH UJIAN HIV.

photo hanya hiasan
1..
Asalamualaikum. Salam kenal dari Indonesia,

Berawal dari ketakutan saya terhadap prilaku berisiko saya pada 10-8-2014 yang lalu, telah membukakan mata hati saya tentang apa itu arti hidup. Saya pria yang hanya melakukan oral sex dengan pria paruh baya yang tidak saya ketahui kesehatannya dan dengan sangat menyesali saya tidak mnggunakan kondom.

Esoknya beribu-ribu artikel HIV-AIDS yang saya baca membawa saya sangat takut, depresi, stress bahkan sampai mengalami Psikosomatis Dirsorder (KLIK DISINI). Saya menangis kesana kemari kerana ketakutan, namun menangis didepan doktor-doktor tidak membawa saya damai. Dan menangis kepada Allah SWT lah baru saya mendapatkan kedamaian.

Sebelumnya saya jarang shallat, tapi semenjak ketakutan ini, Insya Allah lima waktu dalam sehari atau juga kadang-kadang selepas shallat pasti selalu baca Yaasin. 

Sampai saat ini saya tidak tahu apakah saya HIV atau tidak. Namun saya akan terima hasilnya nanti pada 10.11.14, tepat dihari ulang tahun saya. Yang pasti kerna kejadian ini, saya mulai hidup ke jalan Allah SWT. Ini teguran besar.

Saat menulis ini saya masuk hari yang ke-15 dari prilaku berisiko saya. Kalau boleh bercerita kondisi fisik saya saat ini, 3 hari dari kejadian kena radang tenggorokan dri bakteri, dan sudah sembuh kerna antibiotik, cuma saat ini ada pembengkakan getah bening di leher lebih dari satu. Semoga akan lekas mengecil.

Terima kaseh atas artikel ini, menguatkan saya akan menerima hasilnya nanti. Mohon do'anya... 

SALAM KENAL 
DARI INDONESIA
Sumber dari ruang komen 



photo hanya hiasan

2..
Assalamualaikum,

Saya harap saudara Najmi sihat. Macam mana nak mulakan ya? Agak kelu kata sekarang, tak tahu apa yang ditulis. Rasanya dua hari memikirkan ayat untuk emel ini. Saya sendiri Mengikuti blog saudara lebih dua bulan. Should i introduce myself? Awkward moment.. okay to simplify nama saya Rubiah (bukan nama sebenar), umur dalam 20an, anak tunggal. 

Banyak perkara yang telah berlaku dalam hidup saya selama ini. Sebelum ni bila terbaca artikel mengenai isu HIV, rasa sangat takut. Tapi bila terbaca blog saudara terasa kekuatan dan juga keredhaan dengan status HIV+.

Saya masih belum membuat ujian untuk HIV. Tetapi sudah mempunyai tanda-tanda saya +. Ditambah lagi dengan sejarah hidup saya dulu yang selalu bertukar pasangan. Sudah saya jangka saya +. Sekarang saya sudah bersedia untuk membuat ujian tetapi saya perlukan seorang teman menemani saya semasa membuat ujian. Insyaallah rasanya saya perlukan seseorang untuk menemani saya melakukan ujian supaya saat saya lemah ada seorang disisi. 

Saya berjaya dalam karier, alhamdulillah mampu berdikari. Saya sudah lama bersedia untuk berkahwin tetapi saya mencari seorang yang HIV+. Mungkin selepas saya membuat ujian saya mungkin tak positif. Tetapi saya sedia menerima seseorang dengan status +. Saya ada terbaca di blog saudara tentang saudara EFF mencari jodoh. Mungkin saya boleh berkenalan dengan beliau. Insyaallah

Sebab saya tahu mak ayah saya sangat berharap saya berkahwin. dengan kemungkinan besar saya positif. I hope it's not impossible.


RUBIAH
bukan nama sebenar


 
photo hanya hiasan

3..
Sekarang, saya sedih bang lihat rakan-rakan saya yang terjebak dengan seks bebas ni. Bila saya nasihat dia orang cakap tak payah risau pakai kondom. Blog abang banyak mengubahkan diri saya untuk lebih dekat kepada-Nya. Mengajar saya jauh dari maksiat. Terima kasih abang.

Sekarang saya cuma dapat berdoa pada tuhan supaya saya dan kawan-kawan jauh dari maksiat. Saya pun pernah terjebak sekali dan mula menyedari yang perbuatan saya ni salah disisi Islam. Saya sungguh menyesal dengan perbuatan saya. Saya nak merasai berumah tangga juga. Sekali Allah nak tunjuk,dia akan tunjuk juga. MasyaAllah.

Terima kasih sebab blog abang banyak membantu saya untuk menyelesaikan masalah yang saya hadapi selama ini. Sekarang saya sungguh risau dengan status kesihatan saya. Saya cuma dapat berdoa supaya dijauhkan penyakit ini. Saya anggap ini cuma ujian buat saya supaya lebih dekat dengan Nya.

Dan sekarang disebab kan stress saya ingin jauh daripada orang lain. Terutama nya kawan perempuan saya. Saya doakan ini semua ujian Nya. Dan saya tidak menghadapi penyakit ini.amin. Sungguh insaf dan menyesal.


ANONYMOUS 
 Sumber melalui email

5 comments:

  1. Assalamualaikum semua....
    Harap anda semua jgn risau. Pengalaman aku nk dikatakn kaki sex bukan. Mungkin sebab saje2 nak skandal sana sini. Pada ini skandalku yg ke 3. Nak dijadikan crita scandal punya scandal tup2 dapat tahu dia penah juga bertukar2 pasangan sebelum aku. Cuak beb. Sblm pose 2014 ada buat sex xpkai kondom. Lps tu raya ke 4 skali. Seminggu pas tu dlm raya ke 12 aku cuak pi la buat ujian saringan dgn minah tu kata aku nk kawin dgn dia. Tuhan saje yg thu debo gile babi. Alhamdulillah xde pape. -ve aku dgn dia. Nasib sblm2 tu aku jaga minah ni... aku thu dia xmain jgn jantan lain. Allah baguli ketakutan dlm diri aku( buat lagi maksiat). 2 mggu pastu aku plak dgn ntah apa2 debo punya pasal pi buat elisa test (padahal minah tu mmg -ve). Result sama negatif.
    At last aku xpuas hati....sekali lagi aku p buat ujian saringan dgn minah tu (ckp borang nikah lama dh hlg) mggu ke empat (klu ikut last buat sex la n 2 bulan utk mula2 sblm pose). Negatif juga.... Aku terpingga2. Sbb Allah bagi ketakutan dlm diri pelaku zina maksiat ni kjp je. Nikmat sementara.
    Skrg dah mggu ke lima. Aku xde apa2 tnda pun. Minah tu pun pelik tgk aku. Hahaha...
    Moral of the story...
    Kalau org Islam tu hindarilah perkara2 maksiat. Nikmat sekejap je (pancut air puas la).
    Aku dh tobat scandal2 ni. Pk ank bini.
    Syukur minah tu "clean".
    Klu ada apa2 xke naya aku ank bini family.
    Allahuakbar...kepadamu aku memohon ampun.
    Abg najmi any komen??
    Hihi..
    Wassalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      NO KOMEN LAH...sebab saudara kata dah taubatkan...:)

      Alhamdulillah sebaiknya tunggu kalau nak main, "main" dengan yang halal aje, bila dah ada yang halal nanti jangan pula cari yang haram, sebab abg banyak terima message2 dari suami2 yang bila dah terlajak main dg yang haram (pekerja seks contohnya) mula lah takut bukan2..ada yang berbulan2 walaupun dan test HIV (negetif) masih was2.

      So jika benar saudara negetif alhamdulillah, resah gelisah yang saudara alami tu pun merupakan satu peringatan dari Nya. Nasib baik buat ujian HIV berkali2 resultnya negetif, kalau lah ditakdirkan positif..entahlah kan...hihihi..

      Apa pun alhamdulillah, nasihat abg elak dari melaukannya lagi walaupun dengan tunang sendiri sebelum berkahwin, simpan lah gelora itu sehingga malam pertama nanti baru bestkan ....:)

      Delete
  2. As salamu alaikum.
    Tak tahu nak mula macam mana. Pendek cerita, saya suka main pelacur. Menipu tu berdosa, so saya tak tipu. Kalau nak hentam saya,ikutlah. Saya tak bangga pun dengan benda ni. Malu. Alhamdulillah, akhir ni saya dah tak buat dah dan sudah bertaubat. Hasil dari perbuatan itu, saya kena screening HIV kerap. Asal pergi klinik aje, check HIV, klinik je check HIV. Kira prosedur tu dah lali la. Masuk bilik Dr/Pembantu Pegawai Perubatan...."saya nak sreening HIV".....dia suruh pegi makmal check darah. Selama ni ye, non-reactive la copnya yg saya nampak....tapi sooner or later, tupai akan terjatuh jugak. Saya tak bangga pembaca oii.... dan lagi satu, ingat HIV aje ke yang jadi masalah pelanggan sex worker? Belambak nak oii....herpes, hepatitis B, gonorrhea, siflis, bla-bla....bla.... tak pepasal kena chech STD lain jugak. Aduhai. Seks ni pengikat kasih sayang. Bila kita mengeseks dengan seseorang, kita akan tambah sayang pada orang tu. Kalau dah berzina dengan sex worker....macam saya.....defeat the purpose la. Pasal tu jiwa saya pun tak tenang. Alamak...ye ye ye, saya pandai cakap. Tapi sekadar invitation pada mereka yg suka sex bebas macam saya....marilah kita hentikan. Dah la tak berasa dekat dengan tuhan, sakit jiwa lagi ada.

    ReplyDelete
  3. salam abg najmi...sy ad trmain pelacur pada 31/10/2014.....pada 12/01/2015 saya ad buat ujian darah hiv dan mendapati negatif....adakah keputusan tepat walaupon belum ckup 6 bulan?? ....sy harap abg najmi replies message sy,... terima kasih

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST