Thursday, 4 September 2014

SKIM PAL - RAWATAN PERINGKAT KEDUA BERI "NYAWA"


Kesukaran menanggung kos rawatan peringkat ke dua bagi orang yang hidup dengan HIV.

SALINA (bukan nama sebenar) 42, merupakan ibu tunggal dari Kota Tinggi, Johor. yang telah dijangkiti HIV daripada arwah suaminya pada tahun 2003. Sebagai seorang pekarja kilang, dengan gaji sekitar RM1,000 sebulan, dia seterusnya terpaksa membesarkan anak-anaknya sedirian.

Dia pernah menerima ubat antiretroviral peringkat pertama daripada hospital kerajaan secara percuma namun, tubuhnya tidak bertindak balas dengan baik terhadap rawatan berkenaan. Selama setahun dia terpaksa berhempas pulas menahan pel bagai alahan dan kesan yang dialami akibat tindak balas daripada ubat berkenaan, yang mengakibatkan kehidupan dan kerjayanya terjejas.

Doktor yang merawat akhirnya memperkenalkan ubat rawatan antiretroviral peringkat kedua yang mempunyai kurang kesan sampingan.

Ubat ini nampaknya bertindak balas dengan baik terhadap tubuh Salina, malangnya ubat ini tidak diberi subsidi oleh kerajaan mengakibatkan dia tidak termampu untuk membelinya setiap bulan kerana harganya yang mahal.

Namun kehidupan Salina berubah apabila dia diperkenalkan kepadfa Skim Pal oleh Yayasan AIDS Malaysia pada tahun 2009 yang membantu dirinya sebagai insan terpilih diberi dana untuk ubatan peringkat kedua. Tubuhnya didapati bertindak balas dengan cermerlang dengan rawatan peringkat ke dua ini sehinggakan kandungan virus dalam tubuhnya sukar untuk dikesan dan dia rasa lebih sihat daripada biasa dan kualiti hidupnya juga semakin meningkat.

"Seketika apabila menoleh kehidupan saya dahulu selepas kehilangan suami dan merana akibat kesan sampingan ubatan yang diambil diperingkat pertama, saya rasa tidak dapat hidup lebih lama lagi. Alhamdulillah sebenarnya tidak dapat bayangkan kehidupan saya agaknya sekiranya tiasa Skim Pal ini, yang bukan sahaja memberi saya kesihatan yang lebih baik dengan rawatan yang kedua ini malah kekuatan untuk menjadi pekerja dan ibu yang terbaik," katanya.

Apakah itu Skim Pal?

Skim Pal adalah bantuan perubatan inisiatif daripada Yayasan AIDS Malaysia bagi golongan yang kurang berkemampuan yang hidup dengan HIV bagi membolehkan mereka mendapat rawatan peringkat kedua. Skim ini telah dilancarkan pada tahun 1998 dan dibiayai sepenuhnya menggunakan dana Yayasan AIDS Malaysia.

Bagaimanapun skim ini hampir tidak dapat diteruskan lagi sejak awal tahun ini akibat kekurangan dana dan ekoran itu nasih kira-kira 58 orang yang hidup dengan HIV yang sebelum ini menerima bantuan Skim Pal bagi rawatan peringkat ke dua semakin sukar.

Mengetahui kesukaran nasib mereka ini, Yayasan AIDS Malaysia mendapatkan bantuan daripada Yayasan Sime Darby meminta penajaan dana bagi membantu mereka yang memerlukan bantuan kewangan bagi rawatan perinmgkat kedua.

Seterusnya Yayasan Sime Darby bersetuju untuk menyumbang RM1.5 juta bagi golongan ini.

Dana tiga tahun

Baru-baru ini majlis memberi dana berjumlah RM1.5 juta ringgit telah diadakan dalam satu majlis rumah terbuka Aidilfitri bersama komuniti di Sentul Perdana, Kuala Lumpur. Pada majlis itu sumbangan duit raya turut diberikan kepada kanak-kanak daripada beberapa buah rumah kebajikan.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi Yayasan Sime Darby, Datin Paduka Zaitoon Datuk Othman, yayasan bersetuju untuk memberi dana sebanyak RM1.5 juta untuk tempoh tiga tahun atas dasar rasa ingin membantu dan menyelamat kira-kira 58 orang yang bergantung sepenuhnya terhadap rawatan peringkat kedua.

Bukan itu sahaja dana ini juga boleh dimanafaatkan terhadap 28 orang lain yang sedang dalam senarai menunggu untuk mendapatkan bantuan berkenaan da boleh diperluaskan kepadakira-kira sejumlah 100 orang yang hidup dengan HIV pada penghujung tahun ke tiga bantuan.

"Dengan geran terbaru ini, Yayasan AIDS Malaysia juga akan memperluaskan skim ini kepada mereka yang kurang berkemampuan dibahagian timur dan utara semenanjung. Diharap menerusi perluasan rancangan Skim Pal ini dapat membantu mereka yang berdepan dengan pelbagai halangan disebabkan faktor sosio-ekonomi, geografi, stigma dan diskriminasi yang direkodkan sebagai kawasan yang tertinggi kes HIV," kata Zaitoon.

Pal atau Positive Audacious Living menawarkan bantuan bagi peringkat kedua ubat antiretroviral setiap bulan bagi pendapatan isi rumah yang kurang daripada RM3,000. Ubat-ubatan antiretroviral perlu diambil sepanjang hayat oleh mereka yang hidup dengan HIV untuk kekal hidup dengan sihat. 

Keperluan rawatan peringkat kedua

Mungkin ramai yang tidak mengetahui sebilangan orang yang hidup dengan HIV mendapat sabsidi rawatan percuma peringkat pertama yang diberi oleh kerajaan, namun bebanan mereka akan bertambah sekiranya rawatan peringkat pertama itu tidak memberi kesan terhadap tubuh mereka dan golongan ini terpaksa bertukar kerawatan peringkat kedua yang kosnya agak mahal.

Menurut Pengerusi Yayasan AIDS Malaysia, Profesor Adeeba Kamarulzaman, rawatan bagi peringkat kedua iniakan dicadangkan oleh pihak doktor kepada Yayasan AIDS Malaysia berdasarkan kepada kesan sampingan dan tindak balas tubuh keatas rawatan peringkat pertama, faktor sosio-ekonomi orang yang hidup dengan HIV berkenaan dan juga profil kesihatan mereka. Ubat rawatan bagi peringkat kedua adalah mahal iaitu antara RM558 hingga RM1,720 sebulan dan pastinya kos rawatan ini adalah tinggi bagi mereka yang kurang berkemampuan.

Sekiranya tiada usaha yang berterusan daripada pihak kerajaan dan Kementerian Kesihatan untuk memberikan pelbagai bantuan dan subsidi rawatan bagi membendung penularan HIV sejak 2002, pastinya menjelang 2015 lebih daripada 14,764 orang yang hidup dengan HIV akan meninggal dunia, namun sasaran yang berterusan kerajaan untuk membantu golongan ini masih ditahap rendah iaitu 45 peratus berbanding 80 peratus sasaran terhadap golongan ini.

Bercakap mengenai keperluan rawatan peringkat kedua, Dr Adeeba memberitahu selagi orang yang hidup dengan HIV itu boleh menerima rawatan peringkat pertama, maka mereka tidak akan menghadapi sebarang masaalah dan mereka boleh hidup dengan sihat.

Setakat ini hanya suku peratus daripada orang yang hidup dengan HIV emerlukan rawatan peringkat ke dua dan masih ramai lagi sebenarnya yang memerlukan bantuan tetapi tidak dapat diberikan pertolongan kerana kekurangan dana.

"Sebenarnya, isu-isu yang berkaitan dengan HIV dan AIDS ini halangan yang terhebat adalah diakibatkan oleh stigma daripada masyarakat itu sendiri. Mereka dihukum berdasarkan atas kesalahan lalu yang mereka lakukan. Itu sebab isu-isu menghulurkan dana dan bantuan seolah-olah tidak mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Tapi ingat ramai dalam kalangan wanita dan ibu-ibu, isteri dan anak-anak juga dijangkiti HIV menerusi pelbagai faktor termasuk jangkitan daripada suami sendiri.

"Sebenarnya sebilangan daripada masyarakat kita ini hipokrit. Mereka menunding tangan meletakkan kesalahan kepadaorang yang hidup dengan HIV atas kesalahan lalu, atas dasar pekerja seks, atas dasar perkongsian jarum suntikan dadah tetapi mereka juga sebenarnya yang mengunjungi pekerja seks dan pengguna dadah.

"Bagi saya, biarlah kesalahan lalu itu hanya Tuhan yang berhak memberikan hukuman. Bagi masyarakat pula sama-samalah kita membantu kalau tidak pun usahlah meletakkan golongan ini dalam stigma.

"Kita hanya berfikir mengenai diri kita. Tetapi sesekali cuba letakkan nasib kita di tempat mereka, kerana saya yakin mereka semua bukan lah mahu jadi begitu," katanya. - ROSMAH DAIN.


Sumber : MODE Utusan Malaysia (4 September, 2014)




No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST