Monday, 15 September 2014

SELANGOR CATAT HIV TERTINGGI, KELANTAN YANG KEDUA.

KOTA BHARU 10 Sept. 2014 - Kelantan menjadi negeri kedua selepas Selangor yang mencatatkan kadar kes jangkitan HIV tertinggi di negara ini. 
 
photo hanya hiasan sumber dari www.abc.net.au

Setiausaha Kehormat Yayasan AIDS Malaysia, Hisham Hussein berkata, sebanyak 207 kes jangkitan baharu dicatatkan di negeri ini berbanding 3,393 kes di seluruh negara pada tahun lalu.

"Kes jangkitan baharu HIV di Kelantan mula meruncing pada tahun 2010 apabila kira-kira 28.8 orang bagi setiap 100,000 penduduk disahkan menghidap penyakit itu. 

"Jumlah tersebut hampir dua kali ganda lebih tinggi berbanding kadar purata bagi keseluruhan negara ketika itu.

"Malah, Kementerian Kesihatan menyasarkan hanya 11 kes baharu HIV dicatat bagi setiap 100,000 penduduk sehingga 2015," katanya kepada pemberita selepas majlis Resepsi Amal Aaron Aziz dan Selebriti Sokongan Riben Merah, di sini malam tadi. 

Yang hadir sama Tengku Laksamana Kelantan, Tengku Abdul Halim Sultan Ibrahim; Datuk Seri Diraja Sharifah Azwan Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Presiden Persatuan Perantara Pesakit-pesakit Kelantan (Sahabat), Tan Sri Mohd. Zaman Khan Rahim Khan.

Majlis amal tajaan Hotel Renaissance Kota Bharu itu turut disertai selebriti sokongan riben merah Yayasan AIDS Malaysia seperti Aaron Aziz, Fahrin Ahmad, Hafiz Hamidun dan Bob Yusof. 

SHARIFAH Azwan Tuanku Syed Putra Jamalullail (dua dari kiri) dan Aaron Aziz menunjukkan baju dalam lelongan barang milik selebriti yang dilelong sambil diperhatikan Fahrin Ahmad (kanan) dan Bob Yusof (tengah) pada majlis Resepsi Amal Aaron Aziz dan Selebriti Sokongan Riben Merah di Kota Bharu, Kelantan, malam semalam. - UTUSAN/Lim Chu Lijue

Mengulas lanjut, Hisham berkata, memandangkan peningkatan kes tersebut, yayasan itu memerlukan sumbangan orang ramai terutama syarikat korporat bagi membina rumah perlindungan HIV pertama di negeri ini.

Katanya, rumah perlindungan yang lengkap dengan keperluan rawatan paliatif dan rehabilitasi itu diperlukan bagi membantu mereka disisih keluarga dan masyarakat. 

"Pembinaan rumah perlindungan tersebut bukan sahaja dapat memulihkan kesihatan orang hidup dengan HIV ke tahap normal, malah meningkatkan keupayaan serta kemahiran agar mereka boleh berdikari seperti orang lain.

"Pada majlis amal ini, kami berjaya mengutip dana RM84,000, namun jumlah ini masih tidak mencukupi untuk membina rumah pelindungan berkenaan yang menelan kos hampir RM200,000. 

"Oleh itu, kami berharap orang ramai dapat menyalurkan sumbangan kepada Yayasan AIDS Malaysia bagi merealisasikan usaha membantu orang yang hidup dengan HIV di Kelantan," katanya.

Dalam majlis tersebut, jaket Lord's Tailor kepunyaan Aaron Aziz telah dilelong pada harga RM1,800 kepada Sharifah Azwan manakala Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Kelantan, Dr. Seri Buana Zainudin membeli kemeja T milik Fahrin Ahmad.



Oleh SITI NURAZLINA JAMALUDIN
utusankelantan@utusan.com.my
Sumber DISINI




No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST