Thursday, 4 September 2014

PUAN SHIDATUL - ADAKAH INI SURATAN HIDUP SAYA? BERSUAMI SEORANG BISEKSUAL

Assalamualaikum saudara Najmi,

Saya baru sahaja mengikut blog saudara dalam seminggu dua ini Ini disebabkan saya buntu, resah, kecewa dan sangat sedih dengan apa yang berlaku. Saya merupakan seorang surirumah sepenuh masa yang kini sedang sarat mengandung anak ke lima. 
 
photo hanya hiasan

Kami mempunyai kehidupan yang sederhana walaupun suami saya diibaratkan orang berjawatan dalam syarikat ternama di Malaysia. Alhamdulillah keluarga kami sebenarnya sangat rapat dan saling sayang menyayangi antara satu sama lain sehinggalah suami saya di pindahkan jauh ke luar negara. Episod bermula apabila dia mula berpisah dengan kami. Saya berhenti kerja untuk memberi sepenuh perhatian kepada anak-anak yang sedang membesar. 

Pada mulanya saya tidak mensyaki apa-apa masalah terhadap suami saya. Saya percaya 100% atas apa jua tindakan dan keadaan dia ketika berada jauh di sana, sedangkan saya sangat sibuk menguruskan 4 anak-anak sendiri. Namun dengan izin Allah kami dibenarkan untuk mengikut suami ke negara tersebut pada tahun lepas. Namun semuanya terbantut akibat ada masaalah diantara pihak pemerintah dinegara tersebut dan suami saya telah di arahkan untuk balik ke Malaysia sebelum puasa. 

Segalanya berubah. 

Dia kelihatan lebih memberi perhatian terhadap handphone berbanding dari berbual atau bermesra dengan anak-anaknya. Kemana sahaja handphone sentiasa berbunyi dan sentiasa dalam genggaman. Kadang-kadang dia macam orang kurang siuman ketawa dan tersenyum sendiri. Sejak dulu saya memang tidak pernah campur dalam pergaulan office dan kawan-kawannya. 

Namun bermula dengan satu malam, saya tidak dapat tidur dengan lena. Tiba - tiba dikejutkan dengan deringan phone. Dengan pantas suami saya menjawab panggilan itu dengan menjawab dengan nada berbisik “ok2..thanks honey”, jantung saya rasa macam nak jatuh masa tu. Saya terus berpura-pura tidur walaupun tak boleh tidur.

Besok pagi saya buat macam tiada apa yang berlaku dan seperti biasa dari pagi dia sibuk dengan phonenya. Hati saya gundah gulana namun masih berfikiran waras dan positif. Agaknya dengan pertunjuk Allah, dia tertinggal handphone sewaktu sembahyang jumaat. Saya takut tapi masih nak tahu siapa yang call suami saya semalam. Saya check phone, ada password. Saya cuba sekali, dua kali cuba dapat buka. Saya lihat, dugaan saya wanita yang call tetapi lelaki, staff office yang bekerja di sana. Hati masih berdebar-debar, saya buka message...

MashaAllah... banyak ayat-ayat yang tidak sepatutnya ada, wujud dalam conversation mereka. (sayang, honey, miss you, care n etc).  Memang sebelum ni dia ada bercerita mengenai kawan dia ni. Tapi setahu saya dia sudah berkerluarga. Sedang saya melihat-melihat handphone, saya terbuka email suami saya, rupanya dia juga seorang ahli dari kumpulan social gay. Walaupun tidak berapa aktif namun ada email-email, dia pernah juga menjemput ahli dari golongan tu datang ke rumah. Saya try masuk dalam website tu, ada profile pic yang agak mengerikan dan juga personal video suami . Masa tu saya memang sedih sangat, dah fikir bukan-bukan, rasa macam nak marah, nak nangis. Tapi akhirnya saya pendamkan sahaja bila saya melihat anak-anak saya, kesian sekiranya ada apa-apa berlaku di antara kami.

Sejak itu saya mula sembahyang hajat, berdoa kepada Allah supaya itu semua tidak berlaku, dan semoga suami mendapat hidayah dan hubungan dia dan pekerjanya juga tidak sampai tahap yang saya fikirkan. Conversation antara mereka setiap hari semakin menyakitkan hati. Suami saya dah tidak teragak-agak untuk menyatakan sayang kepadanya walaupun secara berbisik dan didepan saya. Saya masih bersabar dan terus-terus berdoa. 

Alhamdulillah, tiba-tiba sesuatu berlaku dan mereka bergaduh atas hal kerja. Hubungan semakin renggang, dan suami kembali kepada kami. Beberapa bulan selepas itu, kami bersama-sama berangkat ke luar negara. Hubungan keluarga, suami isteri semakin rapat sepanjang kami berada di negara berkenaan. 

Namun... langit tidak selalu cerah. 

Saya dapat rasakan dia mula berubah sewaktu saya balik ke Malaysia semasa cuti raya tahun ini (2014). Ini bermula selepas saya terbaca message phonenya di waktu anak saya bermain dengan handphonenya. Namun kali ini bukan orang kita, tetapi orang negara berkenaan atau negara lain. Saya pura-pura tidak tahu mengenainya, namun dalam message tersebut menyatakan dia akan balik (luar negara tempat dia bekerja) dua hari lebih awal untuk transit di sebuah negara lain, dan menginap di hotel. Dia menjemput “kawan” nya tu datang menemuinya. Allah masih menyayanginya kerana “kawan”nya tidak dapat datang. Dan suami terpaksa kembali ke negara (tempat dia bekerja) sendirian. 

Hati makin tidak senang, saya masih berdoa agar hatinya masih ingat kepada Allah dan tidak melakukan perkara2 yang bukan2. Sewaktu raya, semuanya berkeadaan baik, kami berada di Malaysia tak lama dan kembali ke rumah di sini. 

Semasa diluar negara, anak-anak masih belum bersekolah, mereka bermain dengan computer menonton  video dalam youtube. Saya hampir pengsan, bila melihat salah satu favourite yang ada kat screen merupakan video porno. Cepat-cepat saya delete, saya takut anak-anak akan membuka video yang penuh dengan aksi-aksi hebat itu. Saya buka history google, dan mendapati suami membuka banyak website-website porno lain sewaktu ketiadaan kami. Saya mula rasa curiga, saya mula buka website social gay yang sebelum ni. Dia sudah mula aktif balik. Sudah mula ramai kawan luar yang profile pic semuanya menjijikan dan bermuka handsome.

Selang seminggu kami di sana dia kena kembali ke Malaysia, atas urusan kerja dan mesyuarat. Di sepanjang masa sebelum dia berangkat, handphone, watsapp, message, email tidak pernah berhenti. Kini dia mula menjauhkan diri apabila bercakap dengan “seseorang” dalam phone. Saya perasan watsapp juga didelete selepas reply atau baca. Hati semakin kuat menyatakan dia cuba menghubungi seseorang disepanjang kami tiada. Di Malaysia juga dia cuba hubungi “kawan” media sosialnya untuk datang ke hotel penginapannya. Saya semakin runsing, saya memang sedang sarat mengandung ketika ini dan tak terdaya nak buat apa-apa selain berdoa.

Setelah seminggu di Malaysia, dia balik ke rumah. Saya seperti biasa langsung tidak tunjukkan rasa curiga atau was-was. Setiap hari berdoa and ada kesempatan buat sembahyang hajat agar suami tidak terpesong. Allah beri petunjuk, saya jumpa 2 keping kondom yang belum digunakan dan sekeping pil Viagra yang telah dimakan 2 biji dalam beg kerjanya. Sepanjang malam saya tak dapat lelapkan mata. Sehingga kini, saya masih terus berdoa selepas sembahyang dan suami masih tidak mengetahui yang saya tahu aktivitinya. Saya masih seperti biasa melayannya walaupun kami sekarang jarang sekali bersama. Saya juga mempunyai perasan ingin dibelai, bermesra namun hubungan kami kini seperti sahabat baik yang halal untuk di cuit. 

Saya buntu

Memang saya ingin sekali berbincang dengan suami, namun saya takut, suami saya seorang yang sangat ego, boleh tahan panas baran. Saya takut sekiranya apa-apa berlaku keatas hubungan kami, dia akan mengambil kesemua anak kami dan saya tinggal keseorangan. Saya sangat sayangkan suami dan keluarga saya. Saya sanggup tutup mata dan telinga dan pendamkan segalanya sendirian sehingga hampir setahun lebih untuk dia kembali ke pangkal jalan. 

Tolong saya, tolong bagitahu apa yang harus saya lakukan. Saya buntu, untuk pengetahuan, saya dan suami telah berkahwin selama hampir 10 tahun dan sebelum berkahwin, kami tidak bercinta kerana dia bekerja di luar KL. Anak kami yang paling kecil buat masa ini berumur 2 tahun. 

p/s: maaf panjang sangat, ini laa perasan yang saya pendamkan sejak setahun lalu. Saya tidak pernah membicarakannya atau meluahkan kepada sesiapa pun. 

Terima kasih kerana sudi baca.


PUAN SHIDATUL
(bukan nama sebenar)

 

 

10 comments:

  1. Bersabarlah puan jika puan baru mengetahui suami adalah seorang biseksual . Perkara yang perlu puan hadapi adalah berterus terang dengan suami dan menasihatinya supaya tinggalkan perkara maksiat dan dosa besar. Jika puan biarkan tanpa puan menasihatinya di khuatiri puan akan bersubhat dengan pelaku maksiat. Setakat melihat hand phone beum pasti 100% lagi melainkan puan berbincang hati ke hati dan jika dia mengaku maka puan minta dia bertaubat kepada Allah SWT. Jangan terus bertindak beri kata dua pada beliau tetapi beri masa dia berfikir dan bertaubat kepada Allah SWT. Disamping itu puan teruskan solat hajat dan minta pertolongan Allah SWT supaya Allah memberikan jalan terbaik untuk mengatasi masaalah yang besar ini.

    ReplyDelete
  2. Sabarlah kak,Allah pasti akan kabulkan doa akak...akak seorang yg kuat,Allah uji akak sebab dia tau akak mampu hadapi ujian ni...teruskan lh berdoa kak.sdih sy bce kisah akak..

    ReplyDelete
  3. Kuatnya akak..tlg la jangan seksa diri.minta fasakh.akak lebih berhak jaga anak-anak dari suami akak yg sonsang tu. Saya juga bersuamikan biseksual tapi belum ada anak..Ya Allah..kuatkan hati kami menghadapi ujianMu

    ReplyDelete
  4. Sakit nak terima perkara yg kita tahu setelah sekian lama bahagia dengan dia...tapi percayalah setiap aturan Allah itu ada keindahan di akhir cerita... puan seorang yg tabah, sebab tu Allah jadikan puan org yg terpilih utk berdamping dengan suami puan... terus tabah dan berdoa pada Allah supaya suami kembali ke jalan yang benar... besar pahalanya... contohi Asiah yang tetap beriman walaupun bersuamikan firaun

    ReplyDelete
  5. Bersabau la puan...setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnye...

    ReplyDelete
  6. Saya rasa puan perlu berterus terang dgn suami puan. Minta beliau bertaubat tetapi jika beliau masih berdegil saya fikir puan perlu minta drpd beliau. Tiada guna hidup bersuamikan biseksual. Nak buat apa hidup merana mkn hati. Lama2 boleh dpt kanser sbb stress.

    ReplyDelete
  7. apa pun tindakan yg diambil harapnye dilakukan selepas puan selamat melahirkan baby tu.takut bnde x baik jadi kat baby pulak.right now just doa n tawakal pada Allah sis. -Nita teraniaya-

    ReplyDelete
  8. Bertabah lah wahai hati...saya juga pernah melalui fasa yg sama dan demi kebaikan anak anak saya tabahkan hati untuk meneruskan perkahwinan hingga saat ini.
    Dunia ini sementara, jika ini lah bahagian duka dan ujian yg Allah beri, saya redha. Sekurang kurangya hanya saya yg kecewa bukan anak anak. Alhamdulillah, suami seorang yg bertanggung jawab pd keluarga & penyayang pd anak anak. Bg saya itu sudah memadai.
    Jgn putus doa. Itu kekuatan yg kita ada.
    Sibukkan diri dgn aktiviti & banyakkan membaca kisah motivasi. After a while, u'll be ok. Allah sentiasa bersama puan.

    ReplyDelete
  9. Mudah je sebenarnya solusi jika kita kembali ke tujuan mengapa kita hidup
    Pada pendapat sy, maaf jika agak kasar, baik bercerai dari menjadi bahan ujikaji lelaki tak berguna. Lelaki yang betul2 tahu tanggungjawab sama sekali tidak akan curang. Lelaki biseksual tak akan berubah.

    Semoga puan membuat pilihan yg betul. Anak2 tak perlu tahu tp 20 tahun akan datang mungkin anak2 akan tahu sendiri.

    Saya nasihatkan puan supaya merakam setiap bahan yang puan dapat kerana ada kawan perempuan saya yg merana selepas berkahwin dengan lelaki gay yg berkawin bukan untuk menjadi ketua keluarga, tp untuk mengcover.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amam K

      Benar lelaki bisekual tidak dapat mengubah naluri mereka, keingian kepada kaum sejenis tetap ada selama2nya, TETAPI mereka masih mampu mengawal diri, kawal dengan iman dan takwa. Saya rasa masih ada lelaki sama ada gay dan bisekual yang mampu kawal diri tapi bilangan mereka mungkin sangat sedikit. Wallahuallam...:)

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST