Sunday, 28 September 2014

MISS Q - HUBUNGAN SAYA DENGAN LELAKI LEMBUT

photo hnya hiasan - www.islamsunni.cl


Salam Abg Najmi. 

Saya Q dan baru-baru ni saya berkawan rapat dengan Hasnan (bukan nama sebenar). Saya seorang yang suka menyanyi & berkarok. Saya juga seorang yang very open minded. I can be friend with anyone but i'll still be me. Suatu hari, seorang kenalan saya bernama Naz (bukan nama sebenar) mengajak saya ke studio milik Hasnan. Disitu lah kali pertama saya melihat Hasnan dan saya agak keliru sama ada Hasnan adalah seperti Naz seorang gay atau tidak, kerana, Hasnan tidak kelihatan seperti yang lain-lain, dia seorang musician dan bersuara rock. Begitulah pada pertemuan ke tiga, ke empat, dan seterusnya. 

Jadi saya cuma membuat kesimpulan bahawa Hasnan juga adalah gay yang kurang aktif. Tapi atu hari tu, saya pernah bertanya soalan yang selalu saya tanya pada member-member PLU saya, "ko orarg ni tak terfikir nak kahwin ke?" Jadi Hasnan menyuarakan bahaw memang tak ada orang yang boleh terima orang seperti dia. Bermula dari itu kami berkongsi cerita berkenaan diri kami. 

Selepas itu, Hasnan mula menunjukkan rasa minat kepada saya, lalu mengajak saya keluar. Kami makan-makan, dan bersembang panjang. Hasnan menyuarakan minatnya pada diri saya dengan harapan jika saya boleh mnerima dia dan membantu dia untuk memperbetulkan kehidupannya. 

Hasnan memberitahu yang Hasnan pernah bercinta dengan perempuan tapi telah dikecewakan. Hasnan  juga mengaku pernah "drag" walaupun tidak aktif dan tidak kritikal. Pada masa itu, saya tidak menolak dan tidak juga menerima. Saya hanya selesa berkawan dengan Hasnan kerana minat kami yang sama, muzik, kucing, dll. Tapi untuk lebih daripada itu adalah diluar jangkauan pemikiran saya. Tapi lama kelamaan saya timbul perasaan sayang pada nya sebab Hasnan selalu mengambil berat tentang diri saya, berjanji untuk buat yang terbaik untuk saya, mengubah cara berpakaian, cara bercakap. Saya ada nampak effort Hasnan di situ. Jadi saya ada bertanya future plan Hasnan dan Hasnan lebih berminat nak tahu status kami. 

Setelah sesi meluah kerisauan dan isi hati, saya meneruskan hubungan ke peringkat seterusnya. Hasnan memanggil saya sayang dan semalam Hasnan membawa saya dinner dan movie. Selepas itu, Hasnan telah meluahkan kerisauannya tentang hubungan kami jika dia tidak mampu berubah (saya minta dia be a bit masculine, simpan kumis or janggut but he refused kumis dan janggut tu :( ). 

So dia bertanya kalau-kalau saya akan tinggal kan dia? Pada saya, saya tidak terfikir soal berpisah. Sebab saya nak yang terbaik untuk kami. Jadi, Hasnan mengaku yang saya sekarang sebahagian dari hidup dia dan saya adalah objektif hidup dia sekarang. Jadi pada Hasnan, apa jua yang saya minta, dia akan cuba buat tapi itu akan mengambil masa. Hasnan juga minta support daripada saya sebab dia dah tak layan kawan-kawan dia yang sama-sama lembut (pondan) dan dia lebih fokus kepada saya. Saya menerangkan yang saya tidak kisah walau pun kelakuan dia sedikit lembut. Tapi untuk mengambil hati family saya, saya mengharapkan beberapa perubahan pada diri dia. Melalui talk from heart to heart malam tadi, saya faham kesusahan dia untuk berrubah dan dugaan yang kuat untuk dia lupakan keinginan songsang tu. Syukur dia berusaha ke arah yang terbaik. 

Hasnan juga faham niat saya, bukan untuk mendapatkan Mr Fantasy tapi itu yang terbaik untuk dia ambil hati family saya. Untuk pengetahuan abag Najmi, saya seorang yang berkerjaya dan Hasnan juga mempunyai kerja tetap di samping rajin membuat kerja-kerja sampingan muziknya. 

Sejak malam tadi, Hasnan ingin saya membahasakan dirinya 'abang' dan dia dengan selamba dah start bahasakan diri dia abang dengan saya. Hasnan muda 4 tahun dari saya. Tapi saya tak nak down kan dia. Jadi saya terima je.

Persoalannya sekarang, walau bagaimana pun, saya masih risau tentang Hasnan, jujurkah dia, sayang kah dia pada saya. Mampu kah dia melawan keinginan songsang tu. 


Jadi, saya nak minta pandangan ikhlas daripada abang Najmi, mohon beri pendapat dan nasihat kepada saya. Macam mana nak tangani kerisauan (opkos saya sentiasa berdoa di setiap sujud) tentang Hasnan dan masa depan kami. Saya juga risau kalau-kalau dia "bisek" tapi dia dah mengaku dia tidak akan pandang perempuan lain. Cuma dia sedang usaha lawan keinginan yang satu itu. 

Mohon beri pandangan cara-cara yang sesuai untuk saya mengenal pasti tahap keikhlasan, kejujuran dan  kebolehan untuk mengubati melupakan keinginan dia yang lagi satu tu. Untuk pengetahuan abang Najmi, Hasnan sekarang ni semakin romantik seperti lelaki biasa yang mahukan belaian manja daripada seorang perempuan. Tolong bantu saya yang buntu ni. Terima kasih. 


MISS Q
sumber dari ruang komen didalam entri disini
http://hivadadidalamdarahaku.blogspot.com/2014/06/rita-marriage-with-biseksual-is-not-easy.html?m=1




Salam Q.

Dalam perhubungan sesuatu persahabatan, kita kena ada niat berkawan kerana Allah, jika bukan kerana Allah maka hubungan tersebut boleh terpesong kearah lain. Mengikut cerita Q mengenai Hasnan, abang dapat rasa kemungkinan Hasnan sudah ada hati terhadap Q. Mungkin dia berperwatakkan sedikit lembut dan mungkin juga seorang bisekual, atas usaha dan doa dia selama ini untuk berubah tidak mustahil hati dan nalurinya hari ini lebih menjurus sayang kepada seorang wanita.

Pandangan abang naluri songsang memang tidak boleh dihapuskan TETAPI naluri itu boleh dikawal, dikawal dengan iman dan takwa.

Mungkin juga kehadiran Q dalam hidup dia berlaku dalam waktu dan masa yang tepat. Sikap Q mungkin telah menyebabkan dia semakin yakin mampu untuk melangkah lebih jauh dalam hubungan dengan seorang wanita. Percayalah jika hati dan nalurinya masih ada kuat kepada kaum sejenis, dia tidak akan menjadi begitu rapat dengan Q seperti hari ini dan pastinya agak mustahil untuk dia bertemu serta cuba mengambil hati keluarga Q.

Abang percaya jika Q melihat tingkah lakunya lebih banyak (ada kesungguhan) kearah kebaikan, contohnya lah solat 5 waktu tidak diabaikannya maka itu petanda baik yang dia bersungguh mahu berubah, dan mungkin perubahan telah berlaku dalam diri dia dengan bantuan Allah SWT.

Kehadiran Q mungkin diutus Allah untuk bersama dia. Abang yakin dengan bantuan Q hidup disisinya selalu akan dapat membantu dia. Q perlu lebih berfikir positif mengenai dirinya jangan fikir sangat mengenai pekara yang bukan-bukan mengenai dirinya. Abang yakin Q telah nampak sedikit demi sedikit "true colour" Hasnan pada hari ini. Kita bukan malaikat yang boleh mengenal pasti 100%  keikhlasan kejujuran hati seseorang, mungkin hari ini dia baik, tapi esok lusa berubah laku tidak baik atau berubah laku menjadi lebih baik lagi. Sebab itu jangan lupa kita minta bantuan Allah, Allah mengetahui apa yang terbaik buat diri Q dan Hasnan.

Sekarang terpulang kepada Q, sama ada Q ada hati kepada dia atau tidak, sama ada Q mampu menerima Hasnan lebih daripada seorang kawan. Ikutlah gerak hati dalam menentukan hala tuju kehidupan Q - NAJMI

6 comments:

  1. Salam Abg Najmi, saya silent reader, saya seorang perempuan normal yang masih dalam dilemma mencintai seorang lelaki gay. Cerita saya boleh disamakan dengan cerita Miss Q dengan apa yang saya hadapi sekarang. Lelaki tersebut, kami berkawan lebih dari 2 tahun dan sekarang nak masuk 3 tahun. Cuma sebetulnya, kami berkawan sangat rapat, dan saya telah jatuh cinta dengan dia. Baru-baru ini, saya dapat tahu yang dia sebenarnya seorang lelaki yang mempunyai naluri gay, tetapi dia tidak buat aktiviti gay tersebut. Cuma dia sekarang ni putus asa dengan naluri songsangnya dan sudah tidak mahu mengambil usaha untuk mengubah naluri tersebut. Pada pendapat abang, apa yang perlu saya lakukan ? Sebab bg saya, saya tidak akan boleh tinggalkan dia sebab saya terlalu sayangkan dia..

    Miss N

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Miss N,

      Naluri songsang memang tidak boleh dihilangkan tetapi boleh dikawal, untuk dikawal perlu ada keazaman yang kuat dalam diri seseorang lelaki songsang tu. Dalam hal ini saudari agak susah nak buat apa2, semuanya bergantung pada diri kawan lelaki itu untuk mnegawal diri.

      Kawan lelaki tu kena bertanya pada diri sendiri, adakah didalam dirinya masih terdapat rasa keinginan pada wanita? jika masih ada dan rasa mampu untuk bersama dengan seorang isteri, maka itu sudah cukup baik, dg usaha sendiri serta bantuan dr isteri insyaallah dia boleh berubah (kawal diri)

      Tetapi kalau dalam dirinya langsung tidak ada rasa keinginan pada seorang wanita, mungkin agak sukar dia nak kawal diri. Banyak kes para isteri menderita sebab suami mereka masih tidak dapat berubah, (walaupun mungkin mereka tidak main luar atau tidak pernah terlinat dalam aktiviti tidak baik tetapi mereka akan menghadapi masaalah nak beri nafkah batin pada isteri (jika mereka berkahwin), pasti akan ada dolak dalik yang diberi) Yang deritanya nanti adalah siisteri.

      Bukan abg tidak galakkan saudari bersama dia tetapi kena pastikan niat dia benar2 mahu berubah ingin berubah serta ada kesungguhan, tapi jika dia telah berputus asa, pada abg saudari sukar nak buat apa-apa, selain berterusan menasihati dan galakkannya dari masa kesemasa untuk berubah.

      Delete
    2. Terima Kasih Abg Najmi sudi balas komen saya, apa yang saya rasa sekarang saya nak sangat tolong dia buang naluri sonsang itu, kalau diIzinkan Allah. saya sedar, semua tu bukan seorang gay pun yang minta dia jadi gay kan, abg ? doakan semoga saya kuat untuk bersama dia. InsyaAllah. Sebab sekarang ni, apa yang saya nampak, dia berusaha untuk hilangkan naluri itu, dan dia juga (kawan saya) join group FB 'Straight Struggle'. InsyaAllah.. kalau abg ada apa2 nasihat yang lain sudikanlah kongsi. Terima Kasih..

      Miss N.

      Delete
    3. Miss N

      Insyaallah jika dia ada keinginan kuat berubah (nak hilangkan tak boleh ya) insyaallah Allah akan bantu permudahkan. Kalau benar dia nak berubah, abg yakin dengan bantuan saudari nanti dia boleh kawal naluri tersebut. Doa abg yang terbaik buat dia dan Miss N..

      Delete
  2. Assalamualaikum..setuju dengan najmi. Saya wife yang berkahwin dgn golongan sebegitu. Kalau nak teruskan kena kuat mental dan fizikal dan banyak banyak bersabar. Komunikasi sgt penting. Dia kena telus dan jujur dengan awk. No secrets sbb awk akan sentiasa ada rasa buruk sangka kat dia. Kena cekalkan hati sbb diorg ni hati cepat berbolak balik..mula² rasa boleh berubah then bila xboleh..rasa down..tak nak buat apa². Give up. Kena saling kerja sama utk support diri masing².. Saya pandai nasihat je walhal..saya sendiri x kuat. Banyak sakit jiwa dan raga dan dah nak putus asa. Tapi terpulang pada diri sendiri..pada saya, mereka as bestfren mmg tiptop..tapi bila dah jadi suami...hmmmm...sedih! Just my opinion from my own experience -peace-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Masih ada golongan songsang yang benar2 tidak pernah terjebak dalam aktiviti ini sepanjang hayat, kalau dapat suami songsang jenis ini, okey lah sebab dia takut nak buat maksiat dibelakang isteri dlm masa sama berusaha beubah. Tapi kalau dapat suami songsang yang sebelum ini dah terdedah dengan aktiviti2 tersebut maka susah sikit siisteri nak kawal kan.

      Dalam hal ni sama juga dg suami strgh8, kalau yang sebelum nikah dah selalu terlanjur maka lepas kahwin susah nak percaya kejujurannya, sebab itu ramai isteri2 walaupun berkahwin dg lelaki strg8 masih boleh dapat jangkitan HIV. Saya sendiri menerima banyak lah jugak luahan ketakutan para suami yang terlanjur buat aktiviti dg pekerja seks, bila dah buat baru rasa takut dijangkiti HIV.

      Dalam perkahwinan perlu ada sikap mempercayai pasangan masing2 dan paling penting kesetiaan, saya harap kehidupan suami isteri Puan diberi kebahagian berterusan...

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST