Sunday, 28 September 2014

KISAH PUAN AJA DAN PUAN KK BERSUAMI GAY

SAYA SAKIT DARI SEGI MENTAL DAN FIZIKAL, SEDIH DIPERBODOHKAN - PUAN AJA

photo hanya hiasan

Salam, 

Saya adalah silent reader blog abang Najmi dan senasib dengan cerita-cerita Puan diatas (dalam entri disini). Saya kenalkan diri saya Puan Aja (puan ke cik x taulah) FYI, kami baru bernikah pada akhir bulan May 2014 dan jatuh pada same date with my birthday. Tempoh bertunang almost 8 months and perkenalan kami singkat, dikenalkan oleh cousin bekas suami. 

Pada awal berkenalan, dia yang nampak beria-ia, sedangkan saya masih so-so dan dia yang beria-ia nak jumpa. Dengan izin Allah kami berjumpa and my first impression dia adalah lelaki yang "sopan" tapi bukan lembut. Sejak dari moment tue dia rajin bertanya khabar and message, dan dia nak jumpa sangat mak ayah untuk merisik. Tengok pada agama..backgroundnya, keluarga saya pun setuju terima dia padahal tiada rasa cinta pada dia (berazam love after married)

And dengan izin Allah kami bernikah, but unfortunately hanya bertahan hanya 2 month and half. 

SubhanaAllah hanya Allah yang tahu perasaan saya ketika nie, dia lepaskan saya disaat saya mula sayangkan dia, di saat saya sudah mula cintakan dia, sebab niat saya berkahwin kerana Allah Ta'ala. Memang malam pertama kami tidak berjaya dalam keadaan dia yang tergopoh-gopoh and sejak dari itu dia upset and selalu mengelak bila diajak bersama.

Kami pasangan PJJ (pasangan jarak jauh) dia di Borneo saya pula di Kuala Lumpur, and bila berjumpa, saya try untuk bermesra, dia dingin and bagi alasan penat nak tengok TV. Masa tu saya tak detect apa-apa lagi, sampai lah satu masa second week of Syawal lepas raya holiday, dia memang nampak ganjil. Saya memang perasan sejak mula kahwin sebab dia selalu "berzikir" dengan HP. HP tak lekang dari tangan. Apabila ditanya, "hal kerja sayang, nak buat macam mana" Masa tu boleh lagi bersangka baik, saya lah yang pegang tangan dulu and serba serbi saya yang akan mulakan dulu, alat dia memang tak boleh naik, saya sangka dia mati pucuk, bila diajak berubat ada sahaja alasan.

Diringkaskan cerita, 

He is Gay, selama ni hidup dalam penipuan, menipu semua orang and berkahwin atas sebab keluarga kononya, padahal nak hidekan identity. 

Sejak dia lafaz talak through HP sejak tu lah saya jadi detective conan, saya dapat access email dia, and MENGEJUTKAN!! subhanaAllah...keji!! ramai skandal yang sejiwa, yang suka bebird. Saya nak pengsan!!! dia tidak pernah sayangkan saya sebagai seorang isteri,  perwatakan dia yang nampak alim rupanya munafiq, kenapa nak mainkan agama. Saya sedih. 

Sepatutnya kami masih lagi tempoh bulan madu, saya tak minta berkahwin untuk jadi janda and bukan saya yang mintak kahwin dengan dia, dia yang beria-ia sangat. Setiap kali dia outstation dia akan call escort man. Rumah sewa bujang yang dia sewa seorang dekat Borneo pun selalu dikunjungi "orang". Saya sedih diperbodohkan, sakit dari segi mental, fizikal bila manusia bertuhankan nafsu lupa halal haram, sampai partner tidur beratus-ratus sampai dia pun lupa siapa..Ya..Allah

And sekarang kami dalam process settle down dekat mahkamah, and dia menyesal atas semua perbuatan dia, menipu family dua-dua belah pihak, and menyesal semua toknek maksiat yang dia buat.

Saya doakan dia istiqamah dalam bertaubat, maybe ni semua menjadi asbab kebaikkan for all. Saya rasa paranoid dengan lelaki.. :( 


PUAN AJA
sumber dari ruang komen disini
http://hivadadidalamdarahaku.blogspot.com/2014/03/5-luahan-hati-isteri-yang-bersuami.html




SAYA YAKIN ALLAH SENTIASA MEMIMPIN SUAMI SAYA DALAM JIHAD MELAWAN NAFSUNYA - PUAN KK

photo hanya hiasan

Saya juga senasib dengan kisah ini (kisah didalam entri disini). bersuamikan seorang lelaki yang bernafsu kepada lelaki. Alhamdulillah. Suami telah meninggalkan aktiviti luarnya. Tapi dalam hati sentiasa ada perasaan curiga terhadap suami. Bisikan syaitan selalu datang, menghasut saya supaya tidak percayakan suami,berprasangka buruk pada suami. 

Usia perkahwinan kami masih muda tidak sampai 3 tahun, saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya dalam membantu suami agar sentiasa berada di jalan yang betul. 

Dulu, saya selalu marah-marah and perli suami. Tapi bila saya fikir balik, bukan begitu cara yg baik untuk ajak suami berubah. Sekarang ni, saya cuba bertanya keadaannya, bagaimana dia melawan nafsunya. Saya sentiasa minta dia ingatkan Allah and ibubapanya. Pada masa yang sama agar dia mengasihani saya dan anak-anak. Saya percaya bila suami ingat Allah and ibunya, dia akan berfikir banyak kali sebelum hendak melakukan benda-benda yang tidak elok (eg. tengok website, skype @ chat degan gay lain ..etc). Suami anak mak...itu sahaja lah senjata saya.

Saya penah ke majlis agama and diberi kaunseling, tapi suami saya seorang yang berpendidikan dan ego. Padanya ustaz hanya pandai cakap saja. Tapi sekurang-kurangnya saya bersyukur kerana dia sudi juga pergi sesi kaunseling tu. Sekarang ni kami dah tak pergi lagi.

Saya selalu cuba mengajak suami solat jemaah bersama-sama, puasa bersama-sama and mengaji bersama. Alhamdulillah...suami mudah diajak.

Saya penah menasihatinya agar tidak lagi "kontek" dengan kawan-kawa gay nya, tapi ini sesuatu yang sukar bagi suami, kerana dia merasakan dia tidak boleh nak berkawan baik dengan lelaki straight. Mungkin pengalaman dulu dia selalu diejek and dikeji menyebabkan dia tak hingin berbaik-baik dengan lelaki straight. Apa yang saya buat, saya selalu ikut kalau dia ada gathering dengan kawan-kawannya, selain nak elak suami buat benda-benda tak elok, saya cuba selami gelagat and perasaan kaum gay ni, dengan harapan saya lebih memahami suami saya.

Bagi pihak saya pula..saya selalu ingtkan diri tentang kebaikan and kelebihan suami. Kerana dia sememangnya seorang suami yang baik, ringan tulang dan lembut hatinya. Saya sentiasa berdoa agar Allah berikan kekuatan dan kesabaran kepada saya. Saya yakin Allah sentiasa memimpin suami saya dalam jihad melawan nafsunya.


PUAN KK 
sumber dari ruang komen disini
http://hivadadidalamdarahaku.blogspot.com/2014/03/5-luahan-hati-isteri-yang-bersuami.html


 

7 comments:

  1. Salam..bleh pggl sye din..sye ade buat aktiviti berisiko dengan pondan..tidak pkak condom melalui anus dan hisap..stlb sehari melakukan aktviti tersebut saya dapati saya ada selsema tpi stgh hari jea..batuk xde..tpi kahak kuning berdarah tpi cme sekali..betis dn lutut tersa lemah..badan lemah..rasa itu pada hari yang kedua..apakah yg perlu saya lakukan..saya sgt bimbang dn stress memikirkn masalah ini..tolong saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Din

      Saudara perlu dapatkan rawatan, dan kalau boleh jalani ujian HIV sebab saudara berisiko mendapat HIV dan penyakit kelamin bila buat seks tanpa kondom dengan mereka yang tidak dikenali.

      Hanya dengan jalani ujian darah sahaja boleh menentukan sama ada saudara positif HIV atau STD. Usah bimbang pergi lah jumpa doktor, mungkin juga sebab masaalah lain tu...

      Delete
  2. Bang..tolong saya..sya telah melakukan aktiviti berisiko pada selasa..itu first time sye lggn nyah..sye ade hsp die pnye..die ade hsp sye pnye jgk..dn telah melakukan anal sex tanpa condom..itu first time sye dgn nyah..adakh saya brisiko?saya sgt takut dn stress..sehingga bibir sye kering..betis dn lutur terasa lemah..kaki kesejukkan..saya sgt bimbang..mohon pertolongan dan bantuan..pggl sya din.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Din,

      Semua aktiviti berisiko memang berisiko mendapat HIV atau penyakit kelamin, sebaiknya din pergi lah buat ujian HIV selepas 2 minggu dr tarikh berkenaan dan kemudian buat sekali lagi selepas 3bulan kemudian. Jika alami masaalah gatal dan sebagainya kena jumpa doc kerana kemungkinan juga boleh dijangkiti penyakit kelamin.

      Usah bimbang ok...jangan fikir bukan2 sangat....stress bioleh buat sistem kekebalan badan lemah, bila lemah senang dapat macam2 penyakit

      Delete
    2. Terima kasih bang najmi..skrg din byk pikir positif..din smkin ceria dan dapat hidup mcam biasa..stlh ckup 2 mggu din akn pegi buat test..doakn din negative hiv yea bang najmi..
      Din doakn bang najmi kuat..
      Smua penyakit ade ubtnye..
      Cme din nk tnye:
      1)Dkt mne nk buat test hiv?
      2)mahal kea?
      3)adkh sya prlu jujur atau bgi alasan lain?
      4)lama kea nk dpt result test hiv?

      Delete
    3. Salam Din,

      Test HIV boleh buat di klinik luar hosp kerajaan (free) atau ke klinik swasta seperti BP LAB (kena bayar sekitar kurang RM50)

      Tak perlu jujur, beri aje alasan lain...contoh kalau saudara gay, beritahu aje terlajak dg pekerja seks..kalau tak ditanya jangan beritahu..kata pernah buat aktiviti berisiko

      Kalau diklinik kerajaan, kalau guna hiv kit result kurang 20 minit, tapi kalau darah diambil dan diuji di makmal akan ambil masa beberapa hari...

      Insyaallah abg doakan din negetif..

      Delete
  3. saya rasa elok awak berterus terang dengan suami awak. kalau dia tak boleh berhenti, pada pendapat saya, elok la awak berpisah sahaja. kalau suami awak gay, memang dia takde nafsu pada perempuan. bukannya saya nak api-apikan tapi itulah realitinya. apa-apa pun, saya harap awak tak tertekan disebabkan perbuatan orang lain pada awak. kadang2 hidup ni pahit tapi kena la berani ambil keputusan.

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST