Monday, 1 September 2014

CERITA DUA PEMUDA YANG TELAH DIJANGKITI PENYAKIT KELAMIN

photo hanya hiasan

Salam kemerdekaan buat semua. 

Untuk pengetahuan semua. Saya dalam keadaan sangat risau, bimbang. Sejujur saya menjalankan hubungan seks berisiko tinggi. Tanpa menggunakan kondom. Baru-baru ini saya dijangkiti STD Gorrhonea. Kencing pedih dan keluar nanah. Berlaku beberapa hari selepas menjalinkan hubungan seks. 

Selepas pergi klinik kesihatan saya diberi injection & ubat antibodik. Esoknya elok. Saya jujur dengan doktor, saya ada buat hubungan seks. Dia ambil darah untuk buat saringan HIV. Keputusan akan diberitahu pada next temujanji. Hujung bulan depan. 

Saya bimbang, gelisah, takut sekiranya dapat HIV+. 

Sebenarnya dah lama nak buat saringan HIV. Tapi takut akan keputusannya. Dah berapa tahun saya rasa badan mudah lesu. Sakit kepala. Saya takut saat ni. Pelbagai persoalan timbul. Sama ada saya sudah dijangkiti HIV atau tidak. Saya bimbang. Takut kehilangan pekerjaan, keluarga. Sekiranya disisih keluarga. Kemana harus pergi. 

Saya berdoa setiap solat 5 waktu, solat dhua, solat taubat. Supaya di beri peluang agar terhindar daripada HIV. Saya tidak pasti adakah saya sudah ada HIV sebelum ini. Hanya hujung bulan depan baru saya akan mengetahui. Saat sekarang saya betul-betul gelisah, tidak tenang dan bimbing. Apa pendapat kamu semua?


JOHARI
(bukan nama sebenar)

Sumber dari ruang komen pembaca didalam entri disini;
http://hivadadidalamdarahaku.blogspot.com/2014/08/yayasan-aids-malaysia-skim-pal-bantu.html 


Salam,

Buat pengetahuan saudara mereka yang ada penyakit kelamin sangat berisiko (mudah) dijangkiti HIV jika dibandingkan dengan mereka yang bebas penyakit kelamin. Tetapi apa yang penting disini ialah jalani ujian HIV terutama dikalangan mereka yang gemar melakukan aktiviti berisiko. Tindakkan saudara berjumpa doktor merawat penyakit kelamin dan menjalani ujian HIV itu adalah tepat, abang rasa masih tidak terlambat dan insyaallah penyakit kelamin itu boleh dirawat.

Nasihat abang cuba kawal diri, elak dari fikir yang bukan-bukan selagi keputusan ujian HIV itu tidak diketahui. Fikir positif, sebab ada juga dikalangan mereka yang kerap melakukan aktiviti berisiko tetapi masih bebas HIV, semuanya bergantung pada nasib jugak.

Buat masa ini terus berdoa kepada Allah supaya hati saudara lebih tenang dan berdoa agar saudara bebas dari HIV, berjanji padaNya untuk memper baiki hidup dimasa depan..Jangan risau okey abg doakan agar saudara bebas HIV..AMIN3  - NAJMI


photo hanya hiasan

Assalamualaikum abang Najmi, 

Saya baru ternampak and baca blog abang ni, sangat informative. Sebenarnya kisah hidup saya juga sama dengan banyak cerita-cerita dalam blog tersebut. 😦.. Saya ada baca serba sedikit profil abang, tapi abang hanya bagitahu kisah atau komen yang diberikan hanya berdasarkan pengalaman, bukan doktor, bukan kaunselor. Saya teringin untuk tahu siapakah abang Najmi yang sebenarnya. 

Fikiran saya bercelaru sekarang atas apa yang berlaku pada saya. Saya perlukan someone untuk saya kongsi masalah. Saya tidak tahu pada siapa perlu berkongsi and boleh saya percaya.

Terima kasih abang kerana reply message saya, rasa terharu and gembira sangat ingat message saya tidak dilayan atau dibaca pun, thanks. Sedikit profil diri, sebenarnya saya seorang bisexsual, saya berumur 30 tahun, dan tinggal di SA. Tiada siapa pun yang tahu saya begini kerana perwatakan saya sama seperti lelaki biasa. Saya tidak terlalu aktif melakukan sex tetapi pernah mempunyai boyfriend and girlfriend yang pernah saya bersama. 

Tetapi beberapa minggu lepas berlaku simptom yang tidak disenangi dan saya terus pergi melakukan ujian darah dan keputusannya saya positif tpha and vdrl reactive 1:16. Maksudnya saya ada sifilis. Saya terus terkejut and takut. Alhamdulillah HIV 1 & 2 non reactive and negetive. Dan lain-lain keputusan kesihatan saya tiada masalah. Saya percaya saya hanya baru dapat penyakit ni sebab tahun lepas keputusan ujian darah saya tiada masalah.

Atas nasihat doktor,  dua hari lepas saya telah diberi suntikkan penisilin iaitu antibiotik yang paling kuat and boleh membunuh kuman siflis tersebut. 

Sekarang saya menyendiri dan tidak jumpa sesiapa pun. Saya perlukan masa untuk berfikir and kuatkan hati saya dan terus berfikiran positif supaya penyakit tersebut boleh cure. Sehingga sekarang saya tidak tahu dari mana saya perolehi siflis tu. Tapi saya perlu bagitahu pasangan saya supaya mereka buat ujian darah bagi memastikan mereka tiada atau jika ada boleh dapatkan rawatan segera supaya tidak menyebarkan bakteria tersebut pada orang lain pula.

Bila baca artikel yang ada dalam blog abang, saya rasa terharu and sedar kerana saya hanya mendapat sedikit ujian dari Dia iaitu siflis yang sebenarnya boleh disembuhkan dengan antibiotik tapi tidak seperti HIV atau hepatitis yang sukar dirawat, namun apa yang saya lihat mereka yang mempunyai HIV tetap kuat and tabah menghadapi kehidupan ini. 

Saya masih keliru, samada saya perlu teruskan hubungan dengan pasangan dan terus melakukan sex atau perlu putuskan hubungan and tinggalkan dia. Saya saya sayang and rindu sangat pada dia walaupun sebenarnya bermacam-macam masalah berlaku antara kami and selalu bergaduh. Kadang-kadang saya terfikir kenapa Tuhan jadikan saya begini and ada perasaan sebegini. 

Saya memang tidak pernah menyalahkan takdir sebab saya tahu ini adalah jalan yang saya pilih dan tidak berusaha untuk mengelak tapi apa yang berlaku pada saya bukanlah sesuatu yang saya inginkan. Apa yang saya nak (angankan) dengan umur sebegini, ialah mempunyai kerjaya stabil, ada isteri yang solehah dan anak-anak yang comel dan membesar. Apa yang kita harapkan tidak semestinya kita dapat. Itulah dugaan hidup and liku-liku kehidupan yang sementara ini.

Sekarang saya mengharapkan saya akan sembuh dari siflis ni, dan cuba muhasabah diri dan cuba perbaiki kesilapan lalu. Namun saya takut adakah saya kuat untuk saya melawan nafsu ini. Semoga Tuhan memberi kita jalan yang lurus iaitu jalan-jalan yang diredhai olehNya dan bukan pula jalan-jalan orang yang sesat dan menyesatkan, amin. 

Terima kasih abang kerana sudi baca email saya. Saya betul-betul rasa kesunyian and perasaan yang tidak tahu saya nak gambarkan bagaimana ketika ini.

H. RIZAL
(bukan nama sebenar)



Salam,

Bila last saudara buat aktiviti berisiko, maksud abang melakukannya tanpa kondom? Jika telah lebih 3 bulan okey lah sebab kebiasaanya ujian HIV selepas 3 bulan dikatakan konkrit. Kebiasaanya ujian HIV perlu dilakukan selepas 3-4 minggu selepas aktiviti tersebut sebab jika melakukannya sebelum 3 minggu dari tarikh aktiviti berisiko, kemungkinan kuman HIV masih tidak dapat dikesan dan ujian akan menunjukkan negetif walaupun sebenarnya kita telahpun dijangkiti kuman tersebut.

Walau bagaimanapun terdapat ujian CMIA Principle Test (ujian generasi ke 4) yang dikatakan lebih cepat untuk mengesan  kehadiran kuman hiv. 

Alhamdulillah sebab saudara kata saudara bisekual, bermakna saudara berkemampuan untuk bersama lelaki dan wanita, dalam hal ini saudara beruntung sebab saudara hanya perlu berusaha kawal diri naluri yang satu itu (dari terus menyukai kaum sejenis), tetapi hanya mengasah diri terus untuk menyukai hanya kepada wanita sahaja, agar satu hari nanti saudara mampu berkahwin dan mempunyai anak. Abang ada beberapa kawan bisekual sudah berkahwin dan punya anak, dan mampu membahagiakan isteri.

Ya muhasabah diri itu yang terbaik, nasihat abang elak dari berjumpa dengan rakan lelaki yang boleh mempengaruhi diri saudara untuk melakukan aktiviti seks lagi. Elak diri dari layari porn gay, jangan berkawan dengan rakan-rakan gay yang boleh menghasut kita, sama ada dialam maya mahupun di alam realiti. Saudara kena jaga solat 5 waktu, berdoa pada Allah  dan sekiranya masih terlajak minta ampun segera pada Allah..insyaallah Allah akan membantu saudara nanti. - NAJMI







1 comment:

  1. Nak tnye...lepas da amek peninsilin awk pnye vdrl jd berape ek?? Sblom amek penincilin 1:16 kn?? Lepas amek jd brape?? And mcm mane keadaan sekarang??

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST