Thursday, 11 September 2014

DANISH - NAFSU SAYA KEPADA LELAKI TIBA-TIBA TERPADAM

Assalamualaikum buat abang najmi dan semua pembaca blog, secara peribadi saya sangat kagum dengan semangat yang ada dalam diri abang Najmi semoga semuanya bersemangat menempuh liku liku kehidupan.

Tujuan saya menulis tentang kisah hidup saya adalah untuk berkongsi pengalaman dan perjalanan hidup saya juga bagaimana saya boleh terjerumus dalam dunia LGBT.

photo hanya hiasan

Saya Danish (bukan nama sebenar),umur 20an, berasal dari Kelantan. Saya mempunyai 9 orang adik beradik 8 lelaki dan seorang perempuan,saya anak kedua.Saya berbadan kurus, tinggi, berkulit putih, chinese look dan agak handsome la.

Bermula zaman saya kanak-kanak dulu saya gemar memakai pakaian perempuan..baju kurung..suka make-up serta gincu yang saya ambil secara sembunyi kepunyaan emak dan mak saudara saya.Pada ketika itu juga saya lupa adakah saya sendiri yang minat berpakaian begitu atau emak saya yang pakaikan..Dari kecil lagi saya mengalami kecelaruan jantina walaupun pada hakikatnya saya seorang lelaki ,yang lebih mendorong saya lebih kearah begitu bila saya ada sepupu dan kawan perempuan..pada masa lapang saya selalu habiskan masa bermain kawin-kawin, masak-masak dan sebagainya dan tidak gemar berkawan dengan kawan lelaki kerana pada pendapat saya mereka agak kasar semasa bermain.

Punca saya berpewatakkan begitu kemungkinan besar saya adalah anak kedua..yang sulung adalah abang saya sekarang sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Pada sangkaan saya mungkin pada saat kelahiran saya emak saya terlalu inginkan zuriat perempuan sehingga terlalu berharap saya adalah anak perempuan..itulah kemungkinan emak saya pakaikan saya baju perempuan dan didik saya seperti seorang perempuan. Namun begitu saya tidak boleh menyalahkan kedua ibubapa saya dan saya pasti ini adalah ketentuan dari Allah buat diri saya dan saya terima seadanya.

Beralih pula ketika memasuki sekolah rendah saya ketika itu belum ada keinginan meminati lelaki dan ketika itu saya pernah bercinta dan mempunyai seorang teman wanita (cinta monyet) tetapi malangnya percintaan saya terputus ditengah jalan apabila girlfriend saya terpaksa berpindah ke tempat lain. 

Selepas itu bermulalah cerita saya semasa di sekolah menengah pertama kali jiwa dan perasaan saya seperti jatuh cinta pandang pertama apabila melihat kawan sebaya saya yang mempunyai rupa paras yang kacak, kurus dan berkulit putih tetapi pada masa yang sama saya meminati seorang kawan perempuan bagi saya dia sangat cantik dan jelita tetapi malangnya naluri dan nafsu saya lebih terarah kepada lelaki. Apa yang membingungkan saya ketika itu saya tidaklah bernafsu untuk melakukan hubungan intim tetapi lebih kepada mengagumi seseoarang kerana paras rupa tambahan pula masa tu saya tidak ada pengetahuan tentang hubungan seks sehinggalah saya rapat dengan kawan lelaki yang bernama Azlan tetapi sebagai seorang kawan dan hubungan kami terpisah selepas SPM.

Cabaran selepas SPM tidak berhenti setakat itu saja sehingga saya berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah kolej swasta jurusan diploma kejururawatan.ketika itu saya berumur 18 tahun. Di kolej juga saya seorang yang pendiam dan tidak gemar bergaul dan hanya rapat dengan beberapa kawan lelaki yang sesuai dengan saya iatu juga seorang gay. Pada mulanya saya menganggap mereka ini normal tapi sangkaan saya meleset bila mendengar perbualan mereka melalui telefon dan bercerita mengenai GAY. Ketika itu saya langsung tidak mengenali apa itu maksud GAY atau PLU tetapi merekalah yang mengajar saja tentang dunia GAY sehinggalah saya turut terjebak sama. 

MASYALLAH begitulah besarnya pengaruh rakan dalam mengajak berbuat keburukan dan pada masa itu saya tidaklah aktif mencari kenalan kerana saya masih kuat pegangan agama,menjaga solat dan saya juga ada sedikit ilmu agama semasa belajar di sekolah menengah ugama dulu. Bermula di kolej lah saya mula mengenali apa itu GAY ia sangatlah berpadanan dengan naluri saya selama ini.ALHAMDULILLAH saya tidaklah begitu aktif dan amat jarang sekali bertemu kenalan.

Walaupun saya pernah terlanjur melakukan hubungan saya tetap rasa menyesal dan terasa kutukan ALLAH keatas saya apakan daya saya sebagai seorang hamba yang lemah sering kali tertewas pada nafsu. Setiap kali saya berjumpa dengan kenalan melalui media social seperti facebook, yahoo messenger, PR dan sebagainya ALLAH selalu menolong saya..saya sering menolak ajakan mereka melakukan hubungan terlarang didalam kereta, hotel sebagainya. Saya sering memberi alasan bahawa saya ingin berkenalan sahaja. Dan yang paling terkesan dalam diri saya apabila nafsu saya dengan tiba-tiba terpadam dan tidak bernafsu langsung pada lelaki walaupun dia cuba merangsang saya. Saya bersyukur kerana ALLAH selalu menolong saya dari melakukan perbuatan terkutuk yang pastinya menyebabkan mendapat kemurkaanNYA didunia dan diakhirat.

Jauh didasar hati saya ingin berubah menjadi normal, berkahwin dan mempunyai anak seperti lelaki lain walau hakikatnya sangat susah untuk berubah dan sukar menerima kehadiran bernama wanita dalam hidup ini..saya tetap mencuba untuk berubah kerana saya yakin ALLAH Maha Berkuasa keatas segalanya asalkan kita ikhlas dan berusaha untuk berubah kerana bagi saya mempunyai naluri songsang bukanlah sesuatu perkara yang sengaja dibuat-buat tetapi pemberian dari ALLAH sebagai ujian dalam diri adakah kita terus lalai atau berada didalam keredhaanNYA.

Kepada semua yang senasib dengan saya, Danish harap marilah kita terus berdoa kepadaNYA, teruskan berbuat kebaikan dan kebajikan, membaca AL QURAN, menjaga solat dan selalu ke masjid INSYALLAH hati kita sentiasa tenang dan jauhilah rakan-rakan yang boleh mendorong kita melakukan perbuatan keji. DOAKAN saya terus kuat menghadapi ujian yang besar ini didunia sementara..AMIN


DANISH


 

5 comments:

  1. Danish..please be strong. Lawan nafsu tu walaupun susah. Allah ada bersama mu.

    ReplyDelete
  2. Saya doakan awk tabah...Allah sentiasa bersama kita.Semoga awk akn terus berada di jalan yang lurus.

    ReplyDelete
  3. "...bagi saya mempunyai naluri songsang bukanlah sesuatu perkara yang sengaja dibuat-buat tetapi pemberian dari ALLAH sebagai ujian dalam diri adakah kita terus lalai atau berada didalam keredhaanNYA."

    dan ak adlh golongan yg gagal utk berada dlm keredhaanNya..:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. warkah kembara

      Benar naluri ini adalah dugaan pada hambanya, jika kita berjaya mengawalnya..insyaallah syurga lah tempat kita nanti....:)

      Jangan putus asa terus cuba mengawal diri....minta bantuan dariNya..insyaallah Dia akan membantu...terus perkuatkan iman dan takwa

      Delete
  4. Tahniah. Saya pula sedang melawan tapi saya tetap jatuh. Jujur saya cakap saya sangat merana sekarang. Hmm

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST