KANGAR 10 Ogos 2014 - Seorang pondan berusia 30 tahun ditahan reman selama seminggu mulai semalam bagi membantu siasatan atas dakwaan meliwat seorang lelaki awal pagi semalam. Menurut Ketua Polis Daerah Arau Superintendan Ku Yaacob Ku Hamad pondan tersebut dipercayai meliwat mangsa yang berumur 23 tahun di butik pengantin miliknya di Arau. Katanya mangsa mendakwa dia telah diliwat suspek sebanyak dua kali di premis perniagaan suspek. 

“Mangsa yang mengenali suspek melalui media sosial pergi berjumpa suspek di premisnya selepas pukul 12 malam, apabila sampai ke butik pondan tersebut, mangsa mendakwa telah diserang suspek selain dicederakan di bahagian kepala sebelum diliwat sebanyak dua kali. Mangsa yang mengalami kecederaan ringan di kepala kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau kira-kira pada pukul 4 pagi semalam,” katanya ketika dihubungi. 

Ku Yaacob berkata suspek juga mengugut akan mencederakan keluarganya selain akan menyebarkan rakaman kelakuan luar tabii itu termasuk memuat turun gambar mereka ke dalam laman sosial Facebook. Jelasnya ugutan itu diterima mangsa melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) selepas beberapa jam kejadian. 

“Suspek akan disoal siasat sementara menunggu laporan perubatan untuk tindakan pihak polis seterusnya,” kata beliau. 

Ujar beliau kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana meliwat dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.


 
3) LELAKI BERNAFSU SONGSANG TERIMA PADAH

GEORGETOWN 24 April 2014 - Seorang pelajar tingkatan satu terpaksa menghadapi detik hitam yang mungkin sukar dilupakan dalam hidupnya apabila dicabul seorang lelaki bernafsu songsang di sebuah stesen minyak terbiar di Jalan Air Itam di sini kelmarin. 

Dalam kejadian kira-kira jam 7 petang itu, mangsa yang berusia 13 tahun dikatakan baru pulang dari sekolah sebelum didatangi suspek yang secara tiba-tiba keluar dari sebuah kereta. Menurut sumber, suspek pada mulanya mengajak mangsa berbual sambil bertanya bersekolah di mana sebelum berlaku perkara sumbang yang menjengkelkan. 

“Suspek mungkin tidak dapat mengawal nafsunya lagi dan terus memegang baju sebelum menarik mangsa ke lokasi yang agak gelap dan terlindung di kawasan berkenaan. Lelaki itu kemudian melondeh seluar mangsa dan cuba menghisap kemaluannya. Remaja berkenaan yang terkejut dengan perlakuan suspek meronta sebelum bertindak menendang muka suspek,” katanya ketika dihubungi semalam.

Akibat tendangan itu, suspek tersungkur dan mangsa terus berlari menyelamatkan diri. Menurutnya, mangsa terserempak dengan rakan abangnya tidak jauh di tempat kejadian dan memaklumkan kejadian itu. 

“Mangsa meminta pertolongan rakan abangnya dan suspek yang ketakutan kemudian melarikan diri namun berjaya ditahan sebelum diserahkan kepada polis,” katanya.  

Sumber berkata, ketika ditahan berlaku sedikit pergelutan apabila suspek cuba meloloskan diri namun tiada sebarang kecederaan serius berlaku. 

“Siasatan awal mendapati mangsa langsung tidak mengenali suspek dan polis kini menahan lelaki berusia 18 tahun itu bagi membantu siasatan. Pemeriksaan juga mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan ujian saringan awal air kencing mendapatinya tidak berada bawah pengaruh dadah,” katanya. 

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ismail Idris ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan. 

Ismail berkata, suspek kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.



Sumber Sinar Harian