Sunday, 28 September 2014

AKU PLHIV REDHA - PERJALANAN HIDUP SAYA

photo hanya hiasan

1) (FIRST POSTING) - AKU PLHIV REDHA - 16 September 2014

Assalamualaikum. Saya juga ingin berkongsi pengalaman hidup sebagai PLHIV.
Pertama kali di diagnose with HIV para March 2014. Pada mulanya, memang saya tidak percaya dengan result test saya, tetapi saya buat sendiri Rapid Test sebanyak 10 kali, akhir nya saya dapat menerima keadaan saya.

Pada April 2014, saya membuat pemeriksaan CD4 dan result adalah 339. Memang agak sedih. Jadi saya buat keputusan untuk pergi ke hospital swasta bagi mendapatkan rawatan secepat mungkin. Alhamdullillah, saya berkemampuan untuk pergi ke hospital swasta dan mendapat nasihat dari doctor terbaik di Malaysia. Tetapi atas nasihat doctor, beliau menggalakkan saya untuk membuat pemeriksaan dan meneruskan rawatan di Hospital Kerajaan yang amat menjimatkan.

Di hospital swasta, saya memulakan rawatan HAART dan membuat VIROL LOAD test sebagai base line. Result VIROL LOAD test pada bulan 5 yang lalu adalah 105,000 copies. Sangat banyak dan saya sangat takut. Setelah 3 bulan makan ubat (HAART), saya membuat VIROL LOAD test and CD4 count again pada bulan July (end). Dan alhamdullillah, result yang sangat mengejutkan dan syukur kepada Illahii kerana membantu.

CD4 saya meningkat kepada 996 dan Viral Load test suppressed to 73 copies. My target is to keep this momentum and ensure my CD4 is at highest level as possible and also to suppressed the viral load to undetectable. InsyaAllah, doakan saya. Dan saya juga mendoakan semua tidak kira siapa.


-AKU PLHIV REDHA –
sumber dari ruang komen didalam entri disini
http://hivadadidalamdarahaku.blogspot.com/2014/09/8-saya-positif-cd4-aku-meningkat-dari.html




2) AKU PLHIV REDHA (2ND POST) : Meminang Gadis Hati - 8 Oktober 2014

Assalamualaikum.

Sejak seminggu yang lepas, hati tetap rasa gusar. Hujung minggu ini, saya akan bertemu dengan keluarga gadis hati saya. Apa yang membuatkan saya rasa gusar kerana sehingga kini saya masih tidak memberitahu kepada dia tentang status saya sebagai PLHIV.

Bermacam perkara yang bermain di dalam fikiran saya
- what is her response?
- what will happen next?
- are we going to get married?
- is she going to accept me?

Sungguh, hanya solat dan al-quran yang mampu menenangkan segala keresahan ini. Saya sedang cuba untuk memberitahu perkara ini kepada dia. Doakan saya kawan2.
 


-AKU PLHIV REDHA – 




3) AKU PLHIV REDHA - VIROL LOAD, CD4 AND MARRIAGE STATUS - 24 November 2014

Assalamualaikum Abg Najmi. Diharapkan abg najmi sentiasa sihat sejahtera. Banyak perkara yang ingin saya kongsikan di sini. Berita sedih, dan berita gembira. 
Kita mulakan dengan berita sedih.

Jikalau pembaca masih ingat, saya pernah menulis mengenai kisah saya untuk meminang seorang gadis idaman saya. Malangnya, pinangan saya ditolak oleh pihak keluarga setelah mengetahui status diri saya sebagai seorang PLHIV. Ya, memang sukar untuk saya menerima kisah ini. Bukan senang. Namun hati tetap redha. Saya mengambil peluang menceritakan kisah ini bersama Doctor saya, dan dia terkejut dan sedih tetapi sentiasa memberi harapan dan galakan agar tidak berputus asa. InsyaAllah, saya akan tetap berusaha. 

Untuk cerita gembira pula.

Alhamdullillah, viral load saya sudah mencapai tahap Undetected level. Syukur sangat. Perkara paling penting adalah untuk patuh kepada ubat. Sentiasa makan ubat on-time. Untuk CD4 level saya pula, result saya jatuh dari 996 kepada 768. Doctor menyatakan, CD4 level akan turun dan naik mengikut keadaan. Yang paling penting kena make sure CD4 level above 500. Umum mengetahui bahawa if CD4 level above 500, we can live just the same like normal people and potential to get potential diseases is low.

InsyaAllah, saya mendoakan untuk semua orang agar sentiasa sihat, dan dipermudahkan segala urusan. Doakan saya juga ya. Semoga satu hari ni, kita akan sihat walafiat. Ameen. 


-AKU PLHIV REDHA-
sumber dari ruang komen disini


Salam,

HIDUP MESTI DITERUSKAN...pasti ada hikmah disebalik apa yang telah berlaku, abg harap saudara teguh dan terus kuat menghadapi dugaan ini...Insyaallah akan ada sinar bahagian yang menanti saudara, insyaallah akan ada jodoh yang lebih baik yang sedang menunggu saudara....Alhamdulillah terus jaga kesihatan harapan abg saudara terus sihat ceria sentiasa...- NAJMI






14 comments:

  1. Assalamualaikum.
    terima kasih sebab re-post tentang diri saya.

    -AKU PLHIV REDHA-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam,

      Semoga saudara tabah menghadapi ujian hidup ini. Sentiasa fikir positif ya...:)

      Delete
  2. Alhamdulillah, maha suci Allah :)

    ReplyDelete
  3. sy pon detect hiv pd mac thn ni...1st time cd4 test sy kt HSB..mse tu cd4 cout dlm 380...but sy xamik HAART lg coz mse tu,sy mntk lps pose br amik pape ubat...dlm mse yg same,sy amik Transfer Factor..sy dpt info pon dr blog abg najmi..mgkin elok,mgkin xelok..sy xtau...then,lps pose sy wat lg test..alhamdulillah cd4 count sy dlm 480...so,sy mntk tanggug lg HAART...next apoinment; bln 12..dan sy continue amik Transfer Factor with half of its recommended dose..btw,sy xtau viral load sy coz HSB xpnah infom pon...cmne nk tau yer?kne wat separate test ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Warkah,

      Alhamdulillah, yang penting appoitment kita dengan doktor perlu diteruskan, ujian CD4 kena buat dari masa kesemasa, dan sekiranya doktor menyarankan agar warkah mulakan HAART, mulakan lah ya. Setahu abg apabila CD4 sekitar 300 kita dah disuruh makan HAART, alhamdulillah CD4 Warkah masih tinggi....:)

      Delete
  4. Salam abng najmi..saya sudah tinggal di UK..selama 2 thaun..dah thun ini masuk tahun ketiga..sepanjang 2 tahun di sini saya sudah having sex dengan ramai lelaki british..dan hanya 3 orang british sahaja apabila melakukan hubungan sex..saya tidak memakai kondom..dua minngu lepas saya tergerak hati untuk melakukan semua penyakit STD..dan tadi saya dapat result nya..Alhamdulillah semua negative and not detected..saya bersyukur sangat..ALLAH bagi peluang lagi kepada saya..hampir 2 minggu saya tidak tidur lena..mungkin ini balasan dari ALLAH..dan saya berjanji dengan ALLAH, saya akan cuba melawan nafsu saya untuk tidak melakukanya lagi..saya seperti dilahirkan semula..doa kan kesejahteraan saya di UK ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Semoga terus kuatkan iman dan takwa, dugaan ada dimana-mana jika saudara selalu ingat pada Allah, ingat pada mak ayah, insyaallah saudara mampu mengawal naluri dari melakukan aktiviti tersebut lagi. Semoga Allah melindungi saudara disana

      Delete
    2. Assalamualaikum abg Naj Mi.
      saya dari Indonesia, kebetulan saya sedang cari tahu mengenai hiv, karna jg pernah melakukan perbuatan beresiko. yang ingin saya ketahui, gejala awal abg Naj Mi mulai terinfeksi : demam yg bagaimanakah, flu yang seperti apa, kelenjar getah bening seperti apa, ruam yang bagaimana, diare (cirit birit) seperti apa, nyeri tenggorokan yg bagaimana dan apakah semua gejala tersebut dalam satu waktu yg berdamaan dan berapa lama? mohon infonya karna gejala gejala tersebut pernah saya alami.
      Terimakasih atas infonya
      'Arman'

      Delete
    3. Salam Arman

      Kebanyakkan simptom yang abg alami dulu seingat abg tidak berlaku serentak, ianya berlaku berasingan tetapi dalam jangka masa yang dekat. Bermula dengan demam, loya muntah2, kemudian sembuh naik pula ruam yang memenuhi hampir satu badan (gatal2 sangat), kemudian naik bisul didalam dubur. Seingat abg abg tidak alami kelenjar getah bening..

      Lain orang berbeda kesan diantara satu sama lain, ada yang langsung tidak mengalami sebarang simptom walaupun telah dijangkiti HIV. Jika kita ada melakukan aktiviti berisiko kita hendaklah jalani ujian HIV bagi mengesan status diri kita.

      Wallahuallam

      Delete
  5. AKU PLHIV REDHA (2ND POST) : Meminang Gadis Hati

    Assalamualaikum.

    Sejak seminggu yang lepas, hati tetap rasa gusar. Hujung minggu ini, saya akan bertemu dengan keluarga gadis hati saya. Apa yang membuatkan saya rasa gusar kerana sehingga kini saya masih tidak memberitahu kepada dia tentang status saya sebagai PLHIV.

    Bermacam perkara yang bermain di dalam fikiran saya
    - what is her response?
    - what will happen next?
    - are we going to get married?
    - is she going to accept me?

    Sungguh, hanya solat dan alquran yang mampu menenangkan segala keresahan ini. Saya sedang cuba untuk memberitahu perkara ini kepada dia.

    Doakan saya kawan2.

    - AKU PLHIIV REDHA -

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Semoga segala nya dipermudahkan, mudah2an..

      Delete
  6. saya pun doakan anda Berjaya ~AKU PLHIV REDHA~
    juga anda semua :-)

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah..hidup mesti di teruskan..saya punya niat yang sama untuk meminang pilihan hati dan mmg saya berniat utk meminang selepas tamat belajar dan bekerja..namun..Perancangan Allah buat diri saya lebih hebat..teruskan hidup seperti biasa dan Alhamdulillah..selepas saya tamat belajar saya di murahkan rezeki oleh Allah dgn mendapat kerja dgn sgt mudah...ada ketika saya sukar untuk membuat keputusan..mereka di sekeliling saya sering memberi dorongan dan galakan nasihat untuk terus hidup dan berkerjaya..kini saya ditawarkan bekerja di Singapura..harap Allah sentiasa menutup aib saya dan senantiasa merahmati diri ini..ape pon buat penulis teruskan hidupmu kerana Allah sentiasa bersama kita..mgkin bkn jodoh kita untuk berkahwin di dunia...mgkin di akhirat nti lbh bertuah..

    ReplyDelete
  8. Terima kasih semua kerana sudi memberi sokongan.

    - AKU PLHIV REDHA-

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST