Monday, 1 September 2014

AIDS DAN KESIHATAN MENTAL

Sehingga kini, tiada data dan maklumat terkini berkaitan status kesihatan atau gangguan mental di kalangan penghidap HIV mahupun pesakit AIDS. Walaupun kajian-kajian berkaitan dengan isu ini telah lama dijalankan di Barat, namun tiada lagi isu-isu seperti ini diketengahkan khususnya di negara ini. 

Sebagaimana yang diketahui dan berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan di Barat, penghidap HIV dan AIDS yang menunjukkan tanda-tanda gangguan mental terdiri daripada mereka yang terkejut dengan jangkitan yang dihadapi dan tidak bersedia untuk menerima realiti tersebut. 


Isu kesihatan mental di kalangan penghidap HIV dan pesakit AIDS ini adalah satu isu yang perlu juga diberi perhatian wajar memandangkan ia timbul bersempena wujudnya pandemik ini. Tambahan pula, perhatian yang perlu diberi kepada orang yang sakit bukan hanya tertumpu kepada rawatan fizikal, tetapi juga rawatan terhadap aspek psikologi dan emosi mereka. 

Mereka juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan rawatan yang sempurna, di samping layanan yang adil dan sama rata tanpa rasa pilih kasih. Kebiasaannya, para pesakit yang telah dijangkiti secara tiba-tiba tanpa disedari bahawa mereka telah dijangkiti akan menunjukkan tanda gejala gangguan mental yang serius. 

Contohnya seperti pesakit yang telah menerima pemindahan darah, mangsa rogol dan mangsa penderaan seksual kanak-kanak yang telah meningkat dewasa. Mereka ini dikenali sebagai kumpulan kedua berisiko tinggi. 

Kumpulan utama berisiko tinggi pula merujuk kepada mereka yang menjadi pembawa dan penghidap virus ini dengan cara penyebaran utama (primary transmission) iaitu perkongsian jarum ketika mengambil dadah dan berkongsi atau bertukar pasangan seks secara rambang dengan lebih dari beberapa orang. Mereka adalah golongan yang mengamalkan gaya hidup berisiko tinggi untuk mudah dijangkiti. 

Sementara kumpulan kedua berisiko tinggi pula adalah pesakit yang dijangkiti secara sekunder (secondary transmission) seperti melalui pemindahan darah, dan jangkitan ibu kepada bayi dalam kandungan.

Gangguan mental amat ketara di kalangan para pesakit ini terutamanya bagi golongan kedua berisiko tinggi. Ini kerana mereka percaya bahawa mereka tidak akan dijangkiti dan bukan pula terdiri dari golongan yang berisiko tinggi untuk mudah dijangkiti. 

Walau bagaimanapun, gangguan ini juga turut dialami oleh kumpulan utama yang berisiko tinggi. Alasannya kerana mereka tidak mendapat maklumat yang tepat mengenai penyakit ini seperti tidak tahu cara penyakit ini berjangkit dan risiko yang akan dialami apabila telah dijangkiti. Sekalipun mereka memahami cara dan risiko jangkitan, gangguan mental masih tetap akan dialami. 

Antara jenis-jenis gangguan mental yang dialami ialah kemurungan, sedih, malu kecewa dan marah serta berputus asa. Rasa takut, bimbang, cemas dan panik sentiasa menghantui fikiran mereka. Ini menambahkan lagi tekanan yang mereka alami. 

Kesannya, kemungkinan pesakit untuk membunuh diri adalah tinggi. Tekanan adalah satu faktor yang menyumbang kepada gangguan mental. Tekanan yang paling ketara berlaku apabila pesakit mula menyedari mereka telah dijangkiti. Pada peringkat ini, mereka akan mengalami kejutan yang amat sangat di samping rasa takut, cemas, bimbang dan malu. 

Semua perasaan ini berkisar kepada kemungkinan berkaitan perubahan fizikal yang akan dihadapi, keupayaan kewangan dan kesediaan mental dan emosi serta penerimaan dan tanggapan keluarga dan masyarakat yang bakal diterima kelak. 

Adalah penting untuk mendidik pesakit agar menerima hakikat bahawa mereka telah dijangkiti. Seterusnya, pesakit hendaklah digalakkan untuk mendapatkan rawatan perubatan tanpa ada rasa takut atau malu. Pada peringkat ini, faktor kewangan merupakan satu lagi bebanan dan faktor yang boleh meningkatkan lagi tekanan mental pesakit yang sedia ada. 

Sekiranya gangguan mental di tahap serius, ubatan psikotropik dan rawatan psikologikal amatlah perlu dan ini sudah tentulah akan meningkatkan lagi keperluan kewangan mereka. Di samping itu, penerimaan dan bantuan dari keluarga dan masyarakat akan meringankan lagi beban kesakitan yang ditanggung pesakit. 

Adalah amat penting untuk memahami keadaan dan tanda gejala berkaitan gangguan mental yang dialami oleh pesakit AIDS ini agar bantuan dan sokongan yang sewajarnya dapat diberikan. Ini penting agar mereka dapat menikmati kehidupan dengan tenang dan gembira. 

Ketenangan fikiran akan diperolehi sekiranya mereka dapat menerima keadaan mereka dan juga diterima oleh orang lain, di samping rawatan perubatan dan sokongan psikologi dan emosi serta bantuan moral dan sosial daripada orang tersayang. Apa yang mereka harapkan adalah sokongan dan bantuan yang menunjukkan bahawa mereka masih disayangi, diperlukan dan diterima dalam keluarga dan masyarakat tanpa ada rasa diskriminasi.



Sumber DISINI


No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST