Monday, 15 September 2014

8 - SAYA POSITIF - CD4 AKU MENINGKAT DARI 400 LEBIH KEPADA 500 LEBIH


Pada 3hb September 2014 yang lalu…aku menjalani ujian darah bagi mendapatkan bacaan CD4 (kali ke-3) dan Viral Load aku (kali ke-2).

Macam biasa datang awal pagi, sarapan pagi dulu dan kemudian terus ke "Bilik Khas" :-) Tak sangka ramai juga yang senasib dengan aku dari yang tua, muda, lelaki, perempuan, normal/bisex atau gay/nyah mahupun Melayu/Cina..hehehehehe.. Buat muka tebal ajer lah..

Doktor yang merawat aku cakap, keputusan CD4 akan diketahui dalam minggu depan dan ujian Viral Load MASIH TIDAK DAPAT dilakukan kerana Kerajaan hadapi masalah kewangan untuk beli "Antigen" (tak silap pendengaran aku). Sekali test untuk Viral Load, lebih kurang RM200 kos nya.. Wowww...mahal jugak ya.. Kerajaan yang menanggung kos ubatan dan rawatan HAART (1st line)... TERIMA KASIH tak terhingga 

Hari ini aku ketahui hasil ujian CD4 aku..SYUKUR ALHAMDULLILAH..Walaupun aku berpuasa penuh (nak ikutkan tak boleh puasa pada tahun ini dan tahun depan sebab akan menganggu masa pemakanan Ubatan HAART aku)..CD4 aku meningkat naik juga.

 Ujian pertama (sebelum rawatan HAART: JANUARI 2013) di bawah 200, Ujian ke-2 (setelah 3 bulan rawatan HAART: MEI 2014) - 400 lebih dan Ujian ke-3 (setelah 6 bulan rawatan HAART: SEPTEMBER 2014) - 500 lebih! (CD4 Normal: 500 ke 1000 atas bagi orang tanpa HIV/AIDS) tapi aku tetap sebagai Pembawa HIV (PLHIV) :’( Berbaloi juga walau aku berpuasa penuh, CD4 aku masih boleh naik 100, kalau tak berpuasa sebulan, mungkin naik lebih dari itu..Wallahualam... :-) 

Aku jalani kehidupan aku seperti biasa (seperti orang normal) dan sebaik mungkin aku tutup rahsia dan penyakit yang sedang aku alami ini. Walaupun kesan desingan pada telinga aku (TINNITUS) masih lagi berterusan 24 jam dari minggu ke-2 bulan Ramadan, aku tetap kuatkan semangat dan cekal. Adakala rasa “GIVE-UP” juga kena makan ubat pagi dan malam (jemu) dan kerap sakit kepala. Namun dengan ubatan sampingan dan ‘suplement’ yang aku ambil, aku gagahi jua.

Inilah pilihan hidup aku.. Dah tak boleh berpatah balik. Kena lalui dan teruskannya hingga ke akhir hayat...SEMOGA MENJAI IKHTIBAR KEPADA ORANG LAIN…



AKU POSITIF
Sumber dari ruang komen diSINI


7 comments:

  1. First Posting

    Assalamualaikum. Saya juga ingin berkongsi pengalaman hidup sebagai PLHIV.
    Pertama kali di diagnose with HIV para March 2014. Pada mulanya, memang saya tidak percaya dengan result test saya, tetapi saya buat sendiri Rapid Test sebanyak 10 kali, akhir nya saya dapat menerima keadaan saya.

    Pada April 2014, saya membuat pemeriksaan CD4 dan result adalah 339. Memang agak sedih. Jadi saya buat keputusan untuk pergi ke hospital swasta bagi mendapatkan rawatan secepat mungkin. Alhamdullillah, saya berkemampuan untuk pergi ke hospital swasta dan mendapat nasihat dari Doctor terbaik di Malaysia. Tetapi atas nasihat Doctor, beliau menggalakkan saya untuk membuat pemeriksaan dan meneruskan rawatan di Hospital Kerajaan yang amat menjimatkan.

    Di hospital swasta, saya memulakan rawatan HAART dan membuat Viral Load test sebagai base line.
    Result Viral Load test pada bulan 5 adalah 105,000 copies. Sangat banyak dan saya sangat takut.

    Setelah 3 bulan makan ubat (HAART), saya membuat viral load test and cd4 count again pada bulan July (end). Dan alhamdullillah, result yang sangat mengejutkan dan syukur kepada Illahii kerana membantu.
    CD4 saya meningkat kepada 996 dan Viral Load test suppressed to 73 copies.

    My target is to keep this momentum and ensure my CD4 is at highest level as possible and also to suppressed the viral load to undetectable.

    InsyaAllah, doakan saya. Dan saya juga mendoakan semua tidak kira siapa.

    -Aku PLHIV Redha -

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku PLHIV Redha,

      Abg harap saudara terus positif...dan dikurniakan kesihatan yang baik selama2nya..AMIN3

      Delete
  2. dah makan ubat tu, continue makan.... jangan jemu.... macam makan cokelat jer sebenarnya....

    ReplyDelete
  3. 9 - SAYA POSITIF - LIFE MUST GO ON :-)

    Lama aku tidak melayari blog ini kerana kesibukan kerja dan kehidupan harian aku...Diam tak diam, pada 21 Feb 2015 yang lalu...genap setahun aku menjalani rawatan (makan ubat HAART) dan pelbagai ujian, dugaan dan cabaran aku lalui sendirian... LIFE MUST GO ON! :-) aku kuatkan semangat walau hakikatnya aku rasa lemah dan kecewa dengan apa yang telah terjadi pada diri dan hidupku yang tidak seindah yang kusangkakan.

    CD4 aku menunjukkan peningkatan demi peningkatan walaupun macam-macam kesan sampingan aku lalui.. Telinga masih berdesing (Tinnitus) setiap hari (walau tidak 24 jam), kejap-kejap terasa sakit di bahagian dada, bisul-bisul kecil (seperti jerawat timbul di sana sini (terutama di bahagian kaki dan punggung)) dan rasa "imbalance" (ting tong) masih ku alami di malam hari (sekurang-kurangnya 2 jam) selepas makan ubat HAART (yang malam) dan bila bangun pagi rasa sedikit pening dan ‘lak lok’ pun ada…

    Ada waktu bila aku sendirian…rasa menyesal dan menangis juga kerana kesilapan aku dalam percaturan kehidupan yang aku sendiri pilih tapi…mana boleh patah balik! Bujang sehingga ke akhir hayatlah nampaknya.. Hasrat nak berkahwin pun sudah musnah. Siapalah yang sudi dan redha untuk terima aku sebagai pasangan kehidupan?! Entahlah…

    Kini, aku tumpukan kehidupan aku dengan terus menjalani rawatan sebagai pengidap HIV di samping kerjayaku dan keluarga yang sediada agar aku boleh teruskan hidup ini dengan lebih ceria dan kelihatan sihat sejahtera tanpa diketahui oleh sesiapa pun :_( Insyallah…AMINNN….Mudahan mereka yang senasib dengan aku dapat teruskan kehidupan ini dan berubah kea rah yang lebih baik! 

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Boleh jadi rakan sdra? Sy pun PLHIV yg Baru di diagnosed awal Tahun ni. Text me @0136141980

      Delete
    2. Sy PLHIV jugak. I need more friends yg senasib sy. Boleh dpt your contact? Or you can contact me @0136141980

      Delete
    3. Salam sesal tiada guna,

      saudara boleh cuba hubungi dengan saudara Luka Rafieqa, beliau kenal dengan ramai PLHIV dan boleh joinkan saudara didalam secret group dalam fb yang mempunyai ramai komuniti PLHIV, di situ saudara boleh kenal dengan ramai rakan senasib lain...dan berkongsi pengalaman dan masaalah

      Luka Rafieqa Officially Page
      http://www.facebook.com/lukarafieqa

      Beliau pernah berkhidmat di Majlis AIDS Malaysia (MAM) dan PT Foundation.
      Sukarelawan Yayasan Salam Malaysia, Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Amal Firdausi (PAFI) Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM), Fasilitator, dan HIV/AIDS Educator.

      Phone 017-311 0306
      Email lukarafieqa@gmail.com
      Facebook Luka Rafieqa
      Website http://lukarafieqa.blogspot.com

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST