Thursday, 14 August 2014

ZED DD - PENGALAMAN JALANI UJIAN HIV DI PT FOUNDATION KUALA LUMPUR

Salam bang,

Macam mana puasa hari ini, harap abang ok dan sihat hendaknya. Abang nak tanya, gatal-gatal atau ruam ni kekal di kulit untuk berapa lama ya? Saya nya kulit gatal-gatal 4 ke 5 biji di badan, 2 ke 3 biji di leher, tapi akan berlaku atau timbul apabila selepas mandi pagi nak pergi kerja. Gatal la juga, lepas dua jam hilang gatal dan bintik ruam hilang. Tapi keesokkannya jadi lagi, mungkin tempat lain pula. Saya sapu losyen anti gatal dan losyen pelembab sekarang ni. Pagi ketika pergi kerja ada gatal-gatal dan petang dah balik memang tak ada di badan.

Kalau pengalaman abang, ruam HIV ni kekal ke di badan dan memang akan nampak di badan. Biasanya untuk berapa lama? Saya harap abang dapat reply untuk tenangkan sikit hati saya yang nak balik kampung beraya ni. Terima kasih abang.

NEGATIF - Ujian Rapid Test - EZ Trust Kit yang saya buat 30 hari selepas aktiviti risiko hari tu memberi sedikit nafas lega.


Assalamualaikum Abang Najmi.

Saya harap mesej facebook ini tidak menganggu abang Najmi. Saya masa ini rasa sangat tertekan dihimpit "Kemungkinan" "Kalau" dan kekusutan yang melampau. Saya harap dengan menulis mesej kepada abang Najmi sekurangnya dapat meluahkan sedikit apa yang terpendam hampir dua bulan berlalu selepas kejadian malam tersebut. Ujian Rapid Test - EZ Trust Kit yang saya buat 30 hari selepas aktiviti risiko hari tu memberi sedikit nafas lega.

Namun pada hari ke 33, badan saya mula naik gatal-gatal seperti gigitan semut dan hilang dalam 2-3 jam pada hari yang sama. Namun keesokkan nya akan muncul semula gatal-gatal tersebut di tempat berlainan. Dalam satu-satu masa akan muncul dalam anggaran 4-5 biji di dada dan badan, 1-2 biji di belakang badan (pinggang), 2-3 biji di bahu belakang, 2-3 biji di leher dan kadangkala muncul merah gatal di muka (gatal merah di dahi & pipi berlaku selama 3 hari). * Gambar saya ada sertakan di atas sebelum ini.) Perkara ini tidak pernah berlaku

Gatal-gatal seperti gigitan semut/nyamuk ini berlaku sehingga sekarang (hari ke 55). Ini bermaksud sudah 22 hari berlaku. Pada minggu ke 7 pulak saya baru perasan keadaan lidah saya berwarna putih, seolah white coated. Bila saya google, ia seperti Oral Thrush.

Semua petunjuk ini membuatkan saya berasa sungguh kuat yang saya adalah seorang HIV positif. Saya berancang hendak ke Majlis Aids Malaysia esok (Rabu : 9/5/2014) untuk khidmat nasihat, dan sekiranya ada perkhidmatan ujian saringan, saya akan buat sekali. Namun saya berasa takut sekali kerana memikirkan nasib isteri dan dua anak yang masih kecil.

Tetapi perkara telah pun terjadi, saya bukan lah jenis yang melakukan zina. Ia terjadi kerana saya menemani kawan saya yang akan mengakhiri zaman bujang (perkahwinan ke 2 selepas gagal dalam perkahwinan pertama) ke satu pusat karaoke VIP. Event ini disponsor oleh seorang rakan yang mempunyai kedudukan. Dengan kuasa yang ada dapat meminta apa saja. So malam tersebut, saya tidak berniat untuk perkara tersebut kerana takut namun apabila diajak dan saya turuti juga. Apabila berada didalam sana, kami diberi perempuan (GRO) setiap seorang. Saya diberi seorang GRO Vietnam dan boleh dikatakan cantik. Sebagai seorang lelaki saya tewas dengan nafsu dan terlanjur melakukan hubungan seks di bilk karaoke VIP tersebut.

Apa yang terjadi, kondom yang 1st time saya beli membawa kepada mimpi ngeri apabila selepas saya kemuncak (keluar mani) saya masih lagi meneruskan tusukan hampir 2 minit (mungkin). Dan apabila saya tarik keluarkan zakar, TERKEJUT nya saya apabila didapati kondom tiada pada zakar dan ia tertinggal di dalam faraj GRO tersebut. GRO tersebut terkejut dan terus bergegas lari ke tandas. Saya pun terus fobia dan juga minta dia jelaskan kedudukan kesihatannya. Dimaklumkanm dia seorang ibu dan mempunyai suami di vietnam dan menegaskan dia tak ada sebarang masalah kesihatan (STD/HIV). Kali terakhir membuat ujian adalah di Vietnam 3 bulan lepas kerana balik melawat keluarga. Namun, itu adalah katanya, saya tidak mengambil 100% apa yang dicakapnya malahan sukar untuk mempercayainya.

Selepas kejadian tersebut, saya sangat tertekan dan emosi sangat terganggu. Lebih banyak menyendiri dan sentiasa membuat carian di internet. Tidur amat susah sekali, makan tiada selera kadang-kadang buka puasa pun 3 biji kurma sahaja, solat dan terus masuk bilik. Isteri sedar akan perubahan saya. Makan langsung hilang selera dan dulunya saya lah yg paling senang makan. Dari sudut psikologi saya memang terganggu. Sehinggalah hari ke 30, saya sangat takut dan tertekan sangat dan tak mampu lagi tanggung, saya berazam untuk menghubungi abang Najmi untuk mendapat kekuatan membuat ujian darah Rapid Test seperti yang dicadangkan dalam blog abang Najmi.

Alhamdulillah (30 hari - Non Reactive) saya dapat tarik nafas lega sangat pada ketika itu, kerana seperti yang abang Najmi cadangkan 3 ke 4 minggu dari tarikh risiko. Namun ia hanya bertahan selama 3 hari kerana pada hari ke 33 badan saya muncul lagi gatal-gatal. Saya perasan, saya hilang berat badan kerana hilang selera makan, dan semalam selepas 8 minggu, saya hilang berat badan sebanyak 3kg dari 62kg ke 59kg. Perkara ini lagi membuat saya bertambah tertekan kerana secara tidak langsung, hilang berat badan, hilang selera makan juga adalah antara simptom HIV.

Dan pada ketika ini, apabila saya senaraikan simptom yang saya ada, amatlah saya risau yang saya adalah 100% Positif HIV.

Sebelum 30 hari : - Tak ada simptom (Cuma tertekan, hilang selera makan)

Selepas 33 hari : - gatal-gatal di badan (hari ke 33 hingga sekarang) - Lidah keputihhan (Oral Thrush - hari perkara ini perasan terus cuci dengan berus gigi dan kumur dengan listerine) - Hilang berat badan

Abang Najmi, Saya minta pandangan dan pengalaman Abang yang telah lama bersama dengan orang-orang berisiko yang mengadu dan bertanya pendapat kepada abang melalui FB dan Blog milik abang Najmi.

Ada 2 kes dalam blog abang, satu hamba Allah ni ada tanya pendapat abang akan perkara yang sama berlaku pada saya (kondom tertinggal di dalam faraj), dia ada update abang akan status nya tak?

Saya berharap saya dapat kuatkan diri untuk ke Majlis Aids Malaysia esok (Rabu) kerana esok cukup 8 minggu dari tarikh risiko. Dari pembacaan dari Internet, minggu ke 6 adalah 95% dan minggu ke 8 adalah hampir 99% ketepatan. Tapi saya takut akan keputusan akan memberi kesan pada saya kerana pada hari Jumaat ni juga sekolah mejemput majlis Harijadi anak saya yang ke 5 tahun. haaaahhh...tertekannn...
 

Tambahan dari pembacaan di Internet (MedHelp, The Body), minggu ke 4 - ke 6 adalah berlakunya proses seroco dari negatif ke positif. Gatal-gatal yang berlaku adalah minggu ke 4 nak masuk minggu ke 5. Sekiranya saya buat ujian hari itu dengan Rapid Test Ab/Ag atau CMIA pada minggu ke 4 saya akan berasa lega.
 

Harap reply dari abang Najmi dapat memberi kekuatan kpd saya. Terima kasih 




Salam abang Najmi, 

Terima kasih kerana reply.. Saya rasa macam dah berada dalam dunia saya sendiri sekarang. Hanya internet dunia saya sekarang. Saya hargai dengan internet juga saya dapat kenal dan berkomunikasi dengan abang Najmi..

Hati dan  jiwa sentiasa mengeluh sahaja sekarang ni..saya perlu kuat dan tabahkan diri juga walaupun sangat sukar..InshaAllah saya akan terus cuba melawan perasaan ini.

Saya sangat hargai dengan perhatian dan reply mesej dari Abang. Untuk makluman Abang, saya masih belum pergi ke Majlis AIDS Msia semalam kerana bimbang akan sekiranya dibuat HIV Test. Saya bercadang untuk pergi esok Jumaat selepas menghadiri majlis harijadi anak saya disekolahnya. Saya bertekad juga untuk membuat uijan rapid test esok untuk status terkini, Non-Reaktif atau Reaktif ( Berharap agar akan terus kekal Non-Reaktif seperti keputusan di hari ke 30 sebelum ini)

Saya ada melayari PT Foundation, pada hari Jumaat ada khidmat kaunseling, ujian saringan. Apa pendapat abang mengenai PT Foundation ni, saya lihat dari laman webnya, kat sini macam diuruskan oleh golongan TG (transgender). Ok ke kalau pergi sini bang..ataupun saya beli test kit dan buat uijan sendiri ja..tapi kalau resultnya positif, saya berseorangan, risau pulak apa akan terjadi. Kalau di PT Foundation atau Majlis Aids Malaysia, kalau resultnya positif sekurang-kurangnya ada kaunselor yang boleh menenangkan sedikit perasaan yang hancur.


Haahhh..semalam di office, ada kakak dan rakan sekerja tegur "Awak ni tak sihat ke?" dan ini terus membuat saya jadi tak tentu arah..depress to the max..Ya Allah kuatkan lah diriku ini..

PT Foundation 7C-1, Jalan Ipoh Kecil, Off Jalan Raja Laut, P.O.Box 11859, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia Tel : +603-40444611. Fax: +603-40444622.


Salam Jumaat...Abang.

Alhamdulillah Syukur kepada Allah yang tidak terhingga abang. Saya beranikan diri ikut nasihat abang untuk terus ke PT Foundation pada hari Jumaat lepas. Saya betul-betul dipermudahkan segala urusan hari ini oleh Allah. Saya walk in without call atau appointment, terus redah jaa. Terletak di Jalan Ipoh Kecil, memang susah untuk temui, saya sampai guna GPS tapi kawasan nya macam tersorok hujung sekali dan memang tak jumpa. Saya berpusing-pusing disekitar kawasan tersebut dengan berjalan kaki selepas 15 minit parking kereta tapi tak jumpa-jumpa juga. 

Hari ini mungkin tuah saya, ada seorang lelaki Cina (late 40) berpakaian pejabat berjalan dikawasan tersebut telah tegur saya, mungkin dia perasan saya seperti mencari office. Then saya cakap "im looking for PT Foundation" then dia cakap "ok..ikut saya", kebetulan dia pun nak pergi sana. Apabila ditanya dia sememang bekerja disana. 

Apabila dibawa saya kesana, dia memperkenalkan dirinya (lupa nama) dan sangat bagus layanan. Dia tanya ada buat appointment atau call sesiapa tak kat sini, then saya cakap just walkin untuk dapat kan some advice and kaunseling. Then dia explain, mereka biasanya akan buat temujanji dulu atau call dan dapatkan nasihat atau panduan sebelum datang ke sini. So dia offer apa yang boleh dia bantu. 

So saya bertanyakan pada beliau boleh ke saya mengambil masa lebih kuarang 10minit dan terus mulakan lah cerita. Dia memang seorang pendengar dan memahami situasi yang berlaku. Selepas itu dia memberi pendapat kemungkinan-kemungkinan dan simpati dengan apa yang berlaku. Dia cuba membantu untuk mendapatkan ujian darah TANPA NAMA dan tanpa appointmet (sebab saya walkin/redah ja). 

Alhamdulillah saya dapat di slot in kan sebagai orang yang kedua dengan mengunakan kaedah Ujian Darah Fingger Prick Test Kit Antibody dan Antigen (Ab/Ag). Saya perlu membayar RM50 kerana test kit tersebut adalah kaedah yang terkini dan conclusive untuk tempoh 1 bulan dari tarikh risiko. Hati berdebar juga... kerana pada hari Jumaat hari itu adalah cukup 8 minggu.

Bila saya naik ke tingkat 3, dimana ujian dibuat, dan menunngu giliran. Saya adalah orang kedua. Hati memang gelisah sangat untuk sebarang kemungkinan keputusan ujian nanti. memang seperti yang abang maklumkan, kat sini lebih kepada Gay (Men Sex Men), ramai yang datang bersama pasangan masing-masing. 

Apabila selesai saya membuat pendaftaran, tunggu untuk nama dipanggil. Lebih kurang 20 minit, saya dipanggil masuk ke bilik nombor 3, pelbagai perasaan datang..Allahhuakbar, semoga dikuatkan semngat untuk menerima sebarang keputusan yang keluar dan sebolehnya terpelihara dari dijangkiti. Apabila diberi penerangan dan sedikit kauseling, saya bersedia untuk dibuat uijan, dinyatakan oleh yang membuat uijan darah ini, dua bulan adalah conclusive untuk sebarang keputusan yang keluar. Dua ujian dibuat kerana set ini adalah untuk HIV dan Siflis

Saya ready dan darah diambil. Selepas diambil dan dituang satu cecair ke strip kit penguji, masa diambil untuk 20 minit bagi mendapat keputusan ujian. Saya disuruh untuk menunggu diluar dana akan dipanggil selepas 20 minit.

Masa berlalu dan hanya doa saya kepada Allah sepanjang 20 minit tersebut. Apabila dipanggil, Alhamdulillah abang Najmi, mungkin saya diberi peluang terakhir oleh Allah s.w.t, saya bebas dari dijangkiti HIV. Syukur ya Allah..Keluar air mata saya abang Najmi, rasa syukur dan perasaan bersalah pada keluarga terutama isteri. Alhamdulillah.

Saya dinasihatkan untuk hadir Sesi Kaunseling hari ini. Saya menunggu telefon dari pihak PT Foundation.

Abang Najmi, saya sangat terhutang budi dengan abang selama perkenalan melalui FB ni abang. Semoga Allah permudahkan dan limpahkan rahmat pada abang Najmi. Saya sangat berterima kasih pada abang Najmi kerana memberi perhatian, melayan dan membalas email saya. Jika diberi peluang, in shaa Allah kita berjumpa abang Najmi. Abang Najmi memang baik. Terima kasih abang Najmi.


ZED DD
bukan nama sebenar



21 comments:

  1. Assalamualaikum abg nk bertanya saya tak pernah melakukan hunbungan sex,hisap dadah,bertindik,tetapi kenapa saya ada jangkitan
    Bacaan ujian saya Harpes simplex type 1 lgG =1.20 (negatif <=0.90,,,,Equavocal 0.91--0.99,,,,,Positif >=1.00
    Bacaan ujian saya Harpes simplex type 11 lgG-0.91 (negatif <=0.90,,,,Equavocal 0.91--0.99,,,,,Positif >=1.00
    Chlamydia lgG (Negatif,=0.9,,,0.9-1.1=Borderline,,,.1.1=Positif
    *Adakah ada jangkitan selain dari hunbungan sexs?
    *Saya melakukan ujian di BPLab Sebagai rutin setiap tahun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Persoalan ini perlu ditanya kepada mereka yang pakar, pergi lah tanya pendapat doktor. Membaca baca itu pun abang tak faham huhu, Wallahuallam.

      Delete
  2. Alhamdulillah akhirnya dia tahu status dia. Sy rasa semakin serik baca kisah2 mcm ni. Memang sangat menakutkan. Emosi sy sejujurnya juga terganggu bila baca kisah ni. Seolah olah sy berada pada tempat dia... Md hiv-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya ramai yang mengalami masaalah seperti saudara ZED DD, harap kisah beliau boleh dijadikan pengajaran kepada kita semua..:)

      Delete
    2. salam abg najmi
      pada sekitar tahun 2012 sy telah dijangkiti penyakit kelamin dan telah menerima rawat..dan sepanjang tahun 2013 saya telah membuat ujian darah hiv namun semua keputusan negativ(alhamdulillah).tapi pada hari ni hmpir seluruh badan sy mengalami kegatalan dan ada kesan seperti gigitan nyamuk di bahagian yg gatal..

      Delete
    3. Salam mungkin ada kaitan dengan penyakit kelamin jugak tu, abang tak pasti nak jawab macam mana. Gatal2 dibadan ada banyak sebab, ada sesetengah orang gatal2 disebabkan stress, bila hilang stress gatal2 tu akan hilang, so jika gatal2 itu teruk jumpa lah doktor ya...

      Delete
  3. As salam abg najmi,

    Sy nak tanya selalunye klu kite buat pre employment medical checkup, ada termasuk hiv test x? Saya bekerja sbg chef.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Setahu abang hanya melakukan medical check up biasa aje tidak ada ujian HIV..itu yang abg tahu lah..Wallauallam

      Delete
  4. Abg ZED DD buta test ke berapa bulan tu Ab/Ag tu?

    ReplyDelete
  5. Dah kena bayar ke test kat PT tu? Dulu akak buat, by donation so akak bayar rm20. Itu je yang ada nork, Kalau kena bayar, terpaksala akak keja lebih masa minggu ni...lalallaa

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum abg,Zed DD ujian yang dia buat di PT tu,pada bulan keberapa ye?

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum maksud pertayaan saya abg.dia buat bulan ke 2,3,4,5 atau ke 6?yang test tu dan konkrit tu huhuh sory saya tak paham,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ,

      Zed dd ada mengirim message yang terdahulu, dia menulis,

      "Ini 1st test slps cukup 30hari atau 4 minggu slps aktiviti berisiko. Sy tertekan jg utk tgu 3 bulan, tekanan dan runsing tak dpt nk dielakkan. Sy positifkan diri. Saya byk berdoa dan bertaubat dgn perkara yg dh berlaku.Sy harap keputusannya jg negatif utk 3bulan nnt, tp yg merisaukan ada gatal2 di badan..risau.."

      KAlau baca apa yang ditulis dalam entri diatas, dia buat ujian terakhir lebih kurang selepas 8 minggu selepas dari aktiviti berisiko (lebih kurang hampir 2 bulan).

      Kalau ikut ujian biasa (cara ujian yang lalu) result dikatakan konkrit selepas 3 bulan dari tarikh berisiko, TETAPI Zed dd dikatakan melakukan ujian generasi ke 4 yang dikatakan boleh mengesan kehadiran kuman lebih cepat dikatakan seawal seminggu (itu yang saya tahu, check entri mengenai CMIA principle-test yang terdahulu) tetapi apa yang dikatakan oleh Zed dd diatas conclusive untuk tempoh satu bulan dari tarikh aktiviti berisiko) okey lah tu..kira awal jugak tu.

      Wallauallam

      Delete
  8. salam..

    cmne saya nak email saudara ye??
    saya ade antar email ke hidupmestiditeruskan@gmail.com tapi pending..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam

      Setahu saya tidak ada masaalah..cuba email ini pulak
      najmi620@gmail.com
      atau add saja kat facebook abang...:)

      Delete
  9. Saya juga baru ke pt foundation. .mmg dimaklumkan mereka gunakan 4th generations test yg dapat dikesan seawal 1 bulan atau 26 hari post exposures. .

    ReplyDelete
  10. Bro I'm a Chinese. Recently had a exposure with a Chinese girl (my secondary school friend) in a hotel after a drink in nightclub. She offered me sex as I was drunk n nvr think of the consequences. I had unprotected sex with her last two days . I heard from friends that she was sexually active n had hiv . I'm very down now . What should I do abang?

    ReplyDelete
  11. I had unprotected sex last two days . I'm so scared . The sex partner was hiv positive which I don't know at all . What should I do ? So far no symptoms yet

    ReplyDelete
    Replies
    1. John Lu

      Dapatkan rawatan dihospital kerajaan dengan segera, jumpa doctor nanti mereka akan guide awak...dun worry...

      Delete
  12. saya ingin berkongsi kn disini.hari ni saya pergi ke pt foundation untuk membuat ujian darah hiv.saya mendapat maklumat pt foundation ni pada blog abg najmi ni.alhamdulillah keputusan saya negatif.sya amat bersyukur hingga mengeluarkan air mata seperti abg zed diatas.pt foundation ni tempat yg terbaik pernah sya pergi untuk sesiapa yg ada keraguaan dan masalah seperti hiv dan aids bole pegi ke sini.saya berpuas hati dengan layanan.pt foundation telah ditukar tempat di sentul.sesiapa yg rasa nak pegi bole pegi ke sentul ok.saya sering baca blog abg najmi ni telah bg kesedaran pada sya.sya sentiasa doa yg terbaik buat abg najmi dan kawan2.semoga di pelihara oleh Allah.amin.salam

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST