Friday, 22 August 2014

YAYASAN AIDS MALAYSIA - SKIM PAL BANTU PESAKIT AIDS

TERAPI ANTI-RETROVIRAL BAGI RAWATAN PESAKIT HIV DAN AIDS, BERKEAKTIFAN TINGGI PERINGKAT KEDUA, MENCECAH SEHINGGA SERIBU RINGGIT SEBULAN. MENURUT NORLELA MOKHTAR, YANG DIJANGKITI HIV SEJAK TAHUN 2006;

Video disiarkan pada tarikh 20-8- 2014

Pengumuman: Bantuan Skim PAL dari Yayasan AIDS Malaysia kini dibuka

Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Sime Darby telah bersetuju untuk menaja sepenuhnya skim PAL, skim  yang menyediakan bantuan ubatan bagi ARV peringkat kedua kepada mereka yang hidup dengan HIV. Penajaan Yayasan Sime Darby adalah bernilai RM 1.5 juta untuk tempoh tiga tahun (Jun 2014 – Mei 2017). 

Di bawah Pal Scheme, setiap penerima bantuan akan menerima penajaan satu jenis ARV sebanyak sekali setiap dua bulan.

MAF kini membuka penamaan calon dari semua ahli gabungan Majlis AIDS Malaysia untuk menjadi penerima skim ini untuk kemasukan Disember 2014.

Kesemua calon perlu menepati kriteria seperti dibawah:

1.     Kriteria Perubatan

a)   Telah dianalisa menghidapi HIV dan ‘CD4 (sel darah putih) count’ di bawah 350 cells/mm di Klinik Penyakit Berjangkit di Hospital Kerajaan.
b)    Menunjukkan sikap positif terhadap rawatan yang diterima;

2.     Kriteria Bukan Perubatan:

a.   Mestilah rakyat atau penduduk kekal Malaysia
b.   Berumur 18 tahun dan ke atas.
c.   Memiliki pendapatan dan isi rumah bernilai RM2,000 dan ke bawah

Pemohon hendaklah memuat turun borang yang disediakan dan mengisi boring tersebut beserta dengan lampiran

1.     Salinan Kad Pengenalan
2.     Bukti Pendapatan Bulanan (Borang EA /Penyata KWSP/ Slip Gaji/ Penyata Bank)

Jika pemohon mengalami masalah untuk mengemukakan Bukti Pendapatan Bulanan, pemohon boleh mengisi borang ‘Penyata Pendapatan Skim PAL’ untuk mengesahkan pendapatan bulanan pemohon.

Hantarkan borang yang lengkap menerusi:

Email:


Pos:
En Afiq Mustaffa
Malaysia AIDS Foundation
No 12, Jalan 13/48 A, The Boulevard Shop Office
Off Jalan Sentul
51000 Kuala Lumpur

Untuk pertanyaan selanjutnya, anda boleh menghubungi En Afiq di 03 4047 4222 atau En Arif di 03 4047 4257

Sumber - DISINI




Skim Pal bantu Pesakit AIDS 

KEPONG - Yayasan Aids Malaysia (MAF) memperkenalkan Skim Pal bagi mengumpul dana bagi membiayai kos ubat Terapi Anti-Retroviral Berkereaktifan Tinggi (HAART) peringkat kedua penghidap HIV di negara ini. Pengerusinya, Profesor Dr Adeeba Kamarulzaman berkata, buat permulaan pembentukan skim itu memberi bantuan kepada pesakit yang mempunyai pendapatan minima RM2,000. 

Menerutnya, skim itu juga adalah antara usaha penjenamaan semula skim perubatan sedia ada yang diperkenalkan MAF pada 1998. "Tujuan utama kita adalah untuk memastikan golongan pesakit ini boleh menjalani kehidupan seperti biasa tanpa perlu bimbang dengan kos perubatan yang sememangnya tinggi ketika ini," katanya. 

Beliau berkata, keperihatinan rakyat Malaysia khususnya diharap dapat menyumbang kepada skim terbabit yang sebenarnya banyak membantu pesakit AIDS sejak dahulu lagi. "setakat ini lebih 50 penghidap HIV di negara ini menerima bantuan ini dan berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan pada 2010 pula seramai 9,962 daripada anggaran 26,722 atau 37.3% penghidap HIV di negara ini mendapat rawatan melalui HAART," katanya.

Dr Adeeba berkata, kerjasama dengan organisasi dan syarikat korporat ketika ini juga dilihat antara usaha bersepadu pihaknya di dalam merealisasikan impian berkenaan. Pihanknya percaya sasaran kutipan dana boleh melebihi RM1 juta berdsarakan kutipan menerusi program reben merah yang diadakan setiap tahun. - (artikel ini bertarikh - 14 July 2011)

Sumber DISINI


14 comments:

  1. Salam
    nk tnya..adakah jika kita ambil haart peringkat pertama..lama-kelamaan ia x lgi berfungsi dan kita kena bertukar kepada peringkat kedua yang perlu dibayar dengan harga yg memang x mampu oleh golongan sederhana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Setahu abang lah, kalau nurse kat klinik yang merawat abang kata, kalau kita jaga waktu makan ubat, tepat waktu, berdisiplin dan tidak tinggal2kan, tidak lengah2 kan tidak memandai tukar waktu makan ubatan, insyaallah ubatan HAART peringkat pertama (yang free ni) akan terus bertahan berkesan disepanjang hayat.

      Yang kes tak berkesan tu apabila PLHIV tidak ambil berat makan ubatan, sambil lewa, tidak kisah makan atau tak, lewat atau cepat, malah lebih teruk apabila PLHIV itu tidak mahu makan ubatan suka2 stop makan.

      Saya ada beberapa kawan PLHIV yang dah mula hAART tapi ambil keputusan stop tanpa merujuk kepada doktor, ada yang kembali sakit dan terlantar dihospital.

      Senang kata kalau kita jaga pemakanan ubatan HAART peringkat pertama insyaallah ianya akan berkesan sehingga akhir hayat kita. Insyaallah...:)

      Wallahuallam

      Delete
    2. baik itu jika situasi plhiv tak jaga masa makan ubat dan jadikan virus resistant terhadap ubat peringkat pertama.
      ada patient yg saya berbual2..dia terpaksa beli ubat peringkat kedua ( kaletra) kerana semua kombinasi ubat peringkat pertama tak serasi dgn badan dia..cthnya..dpt ruam teruk dan juga melepuh2..dlm kes tu..dia kena beli kaletra di farmasi luar..sya simpati dgn dia..jadi sya juga terfikir..jika lama2 ubat yg peringkat pertama kita makan..sebabkan fungsi hati merosot atau fungsi buah pinggang merosot..nanti kena makan ubat 2nd line..dah tentu plhiv tersebut akan berputus asa dan tidak mahu meneruskan haart kerana kos yg tinggi..jika ada skim bantuan pun..itu adalah golongan yg tertentu ..misalnya gaji bawah rm2k..bukan kepada semua golongan..

      Delete
    3. Salam,

      Betul tu sebab keadaan tubuh badan kita berlainan diantara satu sama lain, mungkin ada kes seumpama seperti itu, saya juga ada dengar kes pesakit yang tak serasi dengan ubatan yang doktor syorkan tapi mereka masih ada pilihan diberi ubatan jenis lain dalam lingkungan ubatan peringkat pertama. Jika tidak ada pilihan baru lah terpaksa diberi ubatan peringkat ke dua.

      Kaletra kalau tak silap abg harganya hampir mencecah RM1000 kan

      Sebenarnya bukan sahaja saudara/i yang rasa risau, saya juga pun risau jugak apatah lagi saya langsung tidak mempunyai pendapatan sebab tidak bekerja. Kadang2 saya fikir jika saya terpaksa tukar ubatan kepada peringkat ke dua, mungkin saya akan "mengalah"....sebab itu saya sentiasa berdoa agar ubatan peringkat pertama yang saya makan ini sentiasa berkesan sehingga akhir hayat saya.

      Walau bagaimana pun sebagaimana yang kita tahu kesan ubatann akan memberi kesan pada hati dan buah pinggang, sebaiknya kita perlu pertingkatkan penjagaan kesihatan kita, contohnya lah kena rajin minum air kosong dengan banyak setiap hari, sentiasa bijak memilih makanan yang berkhasiat yang baik utk tubuh badan kita, elak juga dari terpengaruh dengan iklan2 minuman makanan tambahan (tradisional) atau mengambil makanan tambahan yang tak tentu hala bahan kandungan yang banyak dijual diluar sana kerana dibimbangi terdapat bahan2 yang boleh mempengaruhi HAART yang kita makan dan sebagainya.

      Saya sendiri tidak memahami sangat dengan skim bantuan ini, jika dibaca hanya ahli gabungan Majlis AIDS Msia yang diterima, kalau bukan ahli tentu tak diterima, kalau yang tidak bekerja adakah masih diterima. Entahlah...harap ada pembaca lain yang lebih memahami boleh tinggalkan maklumat lanjut didalam ruang komen disini agar kita semua faham.

      Delete
    4. saya pun begitu..sya harap ubat first line yang sya makan sekarang bertahan seumur hidup saya..tidak meninggalkan kesan sampingan terhadap buah pinggang dan hati saya..kerana ubat sekarang yg saya makan adalah ubat first line yg terakhir bg bg saya..dlu ada makan beberapa ubat first line yg lain..x serasi dgn badan..sebbkan ruam teruk dan ada juga sebbkan kurang darah merah.(anemia),..jika dalam situasi sya terpaksa menukar kepd ubatan 2nd line..sya redha dan terpaksa berhenti mengambil rawatan dan bersedia untuk kematian..

      Delete
    5. Salam,

      Yang penting, jagalah pemakanan ubatan peringkat pertama itu, jika ditakdirkan saudara/i atau diri saya terpaksa menukar kepada ubatan peringkat ke dua suatu hari nanti, pada ketika itu lah baru kita fikirkan apa yang perlu kita buat, jangan malu untuk cuba dapatkan bantuan SKIM PAL diatas, cuba apply dan kita kena yakin insyaallah kita antara yang boleh mendapatkan bantuan Skim PAL itu ... nanti....:) insyaallah. Buat masa ini terus jalani kehidupan yang positif insyaallah saya berdoa agar saudara/i terus bertahan, berkesan dengan ubatan peringkat pertama sepanjang hayat. Dipanjang umur diberi keberkatan dalam hidup, sihat, ceria, murah rezeki selama-lamanya. AMIN3

      Delete
  2. Salam bang, saya baru ja mula makan ubat peringkat pertama ni.. Bleh tak share kesan-kesan ubat tu pada diri kita? Selain gatal-gatal pada kulit sy mengalami bibir yg sangat kering..abg alami perkara yg sama juga ker? Adakah itu salah satu kesan ubat ker atau ajal sy mmg dh nak dekat? Innalillahh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ANONYMOUS,

      Kesan2 yang akan dialami biasanya berlainan diantara seseorang dengan seorang yang lain, bergantung juga jenis ubatan yang kita makan. Contohnya abang mula2 dulu makan ubatan SLN30, memang tak ada mengalami apa2 kesan awal pun, cuma dalam jangka masa panjang semua ubatan HAART memang akan beri kesan pada buah pinggang dan hati. Selepas 2 tahu abg ditukar kepada ubatan Tenvier dan Stocrin (Efavirenz) haaa ubatan ini memang beri kesan awal sepeti terhoyong hayang, macam mabuk. Pada setengah PLHIV pun akan mengalami cirit birit, naik ruam, mempi ngeri dan sebagainya tapi abg tak pulak alami masaalah seperti itu melainkan rasa terhoyong hayang sahaja.

      Saudara boleh klik di entry "buku kehidupan yang positif" dalam blog ini, disitu ada diterangkan sedikit sebanyak mengenai kesan2 selepas makan HAART...:)

      Delete
  3. Salam kemerdekaan buat semua. Untuk pengetahuan semua. Saya dalam keadaan sangat risau, bimbang. Sejujur saya menjalankan hubungan seks berisiko tinggi. Tanpa menggunakan kondom. Baru-baru ini saya dijangkiti STD Gorrhonea. Kencing pedih Dan keluar nanah. Berlaku beberapa hari selepas menjalinkan hubungan seks. Selepas pergi klinik kesihatan saya diberi injection & ubat antibodik. Esoknya elok. Sy jujur dengan doc saya ada buat hubungan seks. Dia ambil darah untuk buat saringan HIV. Keputusan akan diberitahu pada next temujanji. Hujung bulan depan. Saya bimbang, gelisah, takut sekiranya dapat HIV+. Sebenarnya dah lama nak buat saringan HIV. Tapi takut akan keputusannya. Dah berapa tahun saya rasa badan mudah lesu. Sakit kepala. Saya takut saat ni. Pelbagai persoalan timbul. Samada saya sudah dijangkiti HIV atau tidak. Saya bimbang. Takut kehilangan pekerjaan, keluarga. Sekiranya disisih keluarga. Kemana harus pergi. Saya berdoa setiap solat 5 waktu, solat dhua, solat taubat. Supaya di beri peluang agar terhindar daripada HIV. Saya tak pasti adakah saya sudah ada HIV sebelum ini. Hanya hujung bulan depan baru saya akan mengetahui. Saat sekarang saya betul2 gelisah, xtenang, bombing.. Apa pendapat kamu semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Buat pengetahuan saudara mereka yang ada penyakit kelamin sangat berisiko (mudah) dijangkiti HIV jika dibandingkan dengan mereka yang bebas penyakit kelamin. Tetapi apa yang penting disini ialah jalani ujian HIV terutama dikalangan mereka yang gemar melakukan aktiviti berisiko.

      Tindakkan saudara berjumpa doktor merawat penyakit kelamin dan menjalani ujian HIV itu adalah tepat, abang rasa masih tidak terlambat dan insyaallah penyakit kelamin itu boleh dirawat.

      Nasihat abang cuba kawal diri, elak dari fikir yang bukan2 selagi keputusan ujian HIV itu tidak diketahui. Fikir positif, sebab ada juga mereka yang kerap melakukan aktiviti berisiko tetapi masih bebas HIV, semuanya bergantung pada nasib jugak.

      Buat masa ini terus berdoa kepada Allah supaya hati saudara lebih tenang dan berdoa agar saudara bebas dari HIV, berjanji padaNya untuk memper baiki hidup dimasa depan..Jangan risau okey abg doakan agar saudara bebas HIV..AMIN3

      Delete
  4. Insya allah awak bebas hiv. Tak payah risau2 lah. Dah..lepas ni jgn buat perkara2 yg dimurkai allah yer. Kalau tak mampu tahan juga amalkan sex selamat yer.

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Penawar HIV/AIDS sepenuhnya...Sila ke:
    1) www.baariz.com
    2) www.hootone.org
    3) www.nixonbiotech.com

    Bantu lah semua PLHIV termasuk para wanita dan anak anak kecil tanpa prejudis....bantu lah dengan ikhlas...

    Wassalam

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST