Friday, 1 August 2014

TINGKAH LAKU VIRUS HIV

AIDS atau Acquired Immunodeficiency Syndrome adalah satu bentuk tanda gejala yang wujud kerana adanya jangkitan dari virus HIV atau Human Immunodeficiency Virus ke atas seseorang. 

Jangkitan yang berlaku menjadikan seseorang yang dijangkiti mengalami kegagalan fungsi sistem daya tahan badan melawan sebarang agen biologikal yang memasuki badan. Virus HIV bukanlah satu virus yang bersifat fatal. Ia bukanlah virus yang boleh membawa maut. 

Kebanyakan mangsa AIDS pula bukan mati kerana virus ini, tetapi mereka mati kerana sindrom AIDS, iaitu satu komplikasi tidak langsung daripada tingkahlaku virus HIV tersebut. Oleh itu, tidak hairanlah apabila kita sering mendengar ungkapan seperti ‘infecting HIV is not the end of the world’ atau dijangkiti HIV bukanlah bermakna hidup kita telah sampai ke penghujungnya. 


Tingkahlaku virus HIV

Virus HIV adalah sejenis organism yang mengandungi protein RNA. Di dalam sistem soma yang normal, RNA atau ribonucleic acid diperlukan bagi membawa maklumat yang berkaitan dengan perkembangan sesuatau organism. Pada kebiasaannya, RNA disintesis daripada DNA atau deoxyribonucleic acid. 

Tetapi keadaan ini berbeza dengan virus HIV. Virus ini sebaliknya memerlukan DNA yang diperolehi daripada proses sintesis daripada RNA bagi memperolehi maklumat genetik sesuatu organism dan ia memerlukan sejenis enzime dikenali sebagai reverse transcriptase enzyme, sejenis enzime yang diperlukan dalam proses sistesis tersebut. Bersadarkan kepada orientasi genetik virus ini, ia telah digolongkan ke dalam kumpulan retrovirus.

Ia kemudiannya menggunakan maklumat genetik DNA ini untuk mengawal dan menguasai mobiliti dan tingkahlaku organism lain yang telah dijangkitinya. Seterusnya, ia akan menyamar dan menyerupai organism yang telah dijangkitinya itu berdasarkan kepada maklumat genetik yang telah dicerobohnya untuk memasuki sistem darah dengan tujuan untuk melemah, menyerang dan menguasai sistem pertahanan badan seseorang itu.

Tujuan utama penyamaran oleh virus ini adalah untuk menghampiri dan menyerang sel T4 LYMPHOCYTES, sejenis sel darah putih yang juga dikenali sebagai DC4, iaitu sel yang berfungsi memusnahkan benda asing daripada memasuki dan menguasai sistem badan manusia. Virus ini seterusnya akan memusnahkan sel-sel T berkenaan dan melumpuhkan sistem daya tahan badan seseorang.

Mereka yang telah diserang oleh virus ini mempunyai bilangan atau jumlah DC4 yang berkurangan daripada normal (WHO menetapkan bilangan sel T4 berkurangan sebanyak 20% daripada paras normal untuk diagnosis AIDS). 

Keadaan ini menjadikan sistem badan tidak mempunyai bilangan sel-sel penentang yang mencukupi untuk mempertahankan sistem badan daripada diserang oleh benda asing kerana sistem daya tahan badan telah lemah dan semakin lumpuh. 

Oleh yang demikian, sebarang benda asing seperti virus, bakteria, protozoa dan kulat yang memasuki badan atau yang telah sedia ada mendiami organ-organ tertentu di dalam badan yang pada asalnya tidak merbahaya, kini boleh membawa maut. Sebagai contohnya, Pneumocystis carinii pneumonia yang disebabkan oleh aktiviti mikro organism yang telah sedia ada mendiami paru-paru. 

Jangkitan lain seperti Candidiasis dan Cryptococcosis, kedua-duanya berpunca daripada jangkitan kulat. Terdapat juga jangkitan daripada protozoa yang dikenali sebagai Toxoplasmosis, yang menyerang paru-paru, organ seks dan otak, juga boleh menyebabkan kecacatan kongenital seperti kerencatan otak dan buta bagi janin dan biasanya boleh membawa maut untuk pesakit AIDS.

Rawatan untuk AIDS

Rawatan sedia ada bagi HIV dan AIDS buat masa ini tertumpu kepada pengawalan tanda gejala atau simptom dengan penggunaan dadah sementara menanti kemunculan vaksin yang boleh menghapuskan terus virus HIV ini. 

Sehingga kini, tiada satu ubat pun yang dapat membunuh virus ini. Buat masa ini, para saintis menggunakan kaedah untuk menghalang pembiakan berterusan virus HIV berdasarkan kepada orientasi genetik virus berkenaan. 

Oleh kerana virus ini menggunakan DNA yang diperolehi daripada proses sintesis ke atas RNA dengan menggunakan sejenis enzime (enzyme reverse transcriptase), saintis telah mencipta beberapa jenis dadah seperti nucleoside reverse transcriptase inhibitor dan protease inhibitor yang berfungsi sebagai antagonis yang menghalang pembentukan enzime atau memusnahkan terus enzime tersebut agar tidak dapat digunakan oleh virus berkenaan dalam proses sintesis protein mereka.

Dadah daripada kumpulan ini didapati sangat efektif dengan mengurangkan jumlah virus ini sebanyak 99% dan seterusnya dapat meningkatkan kembali jumlah atau bilangan sel-sel T4 ke paras hampir normal. 

Buat masa ini, ubat yang biasa digunakan daripada dadah kumpulan ini ialah AZT atau azidothymidine yang didapati amat efektif dalam rawatan AIDS. Selain dari itu, terdapat juga sejenis dadah terbaru dikenali efavirenz, berfungsi untuk terus melekat kepada enzime reverse transcriptase dan seterusnya menghalang atau memusnahkannya agar tidak dapat digunakan lagi oleh virus HIV.


Sumber DISINI


2 comments:

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)
There was an error in this gadget