Monday, 4 August 2014

-MD HIV- ~ NIAT MELAKUKAN DOSA TERKUBUR SETELAH MEMBACA KISAH PENDERITA HIV

Terima kasih kepada blog ni, saban waktu bila aku ingin melakukan dosa, aku akan melawat kesini dulu dan membaca beberapa kisah suka duka penderita HIV.

Aku bisekual, tapi aku kurang berminat jika mahu melakukan benda-benda ni. Selepas membaca blog ini, niat untuk melakukan dosa terus terkubur begitu sahaja. Aku adalah pembaca senyap blog ni dan dah lama aku ikuti perkembangan blog ini. Aku suka membaca pengalaman hidup mereka yang telah dijangkiti dan sentiasa menjadi iktibar kepada diri aku dan rakan-rakan pembaca yang lain.  

Nak mulakan cerita.... 

photo hanya hiasan

Pada malam ni (Ahad 3-8- 2014 at 4:19 AM), aku terselamat daripada melakukan perbuatan songsang dengan seorang lelaki yang aku baru kenali beberapa hari dari laman FB. Beberapa hari lepas lelaki ni sibuk memberi pesanan ringkas pada facebook aku. Disebabkan atas dasar rakan. Aku membalas sahaja segala gurau senda dia disitu. Mesra bukan bermaksud aku mahu, tapi aku memang begini, aku memang suka berkenalan dengan rakan-rakan baru, kot-kot satu hari nanti ada masalah, kita mungkin memerlukan bantuan mereka, siapa tahu?

Permulaannya, dia mengajak aku pergi makan dan minum yang pada masa itu aku memang sedang merasa dahaga dan lapar setelah tiba di KL, sekurang-kurangnya ada lah teman untuk menghilangkan rasa dahaga dan lapar ini memandangkan jam menunjukkan pukul 4 pagi, tetapi apa yang menghairankan aku, sesudah sampai dia memberi sms dan mengatakan dia berada di hotel ini dan memberikan aku no. bilik dia menginap dan menyuruh aku naik keatas. Terus aku rasa tidak sedap hati dan sedaya upaya aku cuba mengaturkan untuk bertemu di kawasan luar hotel penginapan dia sahaja. 

Yes! badan dia memang sasa dan str8 act dan berumur lingkungan 45 ke 50an. Melalui pengamatan aku, lelaki ini mungkin akan mengiurkan gay-gay diluar sana yang mungkin akan terus dibuai dengan keenakkan susuk badannya. Tapi bagi aku, Alhamdulillah, aku masih boleh mengawal diri dan nafsu kerana aku sudah berkata kepada diri aku sebelum berjumpa, "TIDAK! sama sekali jika dia mahu mengomol tubuh aku". 

Muktamad! 

Walaupun dihati tersimpan sikit hajat untuk meneruskan sahaja niat berdua-duaan di dalam biliknya. Syaitan kuat membisik, nafsu semakin naik, semua aku tahan! 

Apa yang membuatkan aku tersipu sipu semasa kami duduk minum di kedai bawah adalah, dia tidak mahu langsung memesan sebarang minuman atau makanan, dan sedaya upaya mengajak aku pergi ke biliknya. Aku pada masa itu hanya membuat aksi bersahaja. Air diatas meja itu pun dia menyuruh aku habiskan dengan pantas, aku tahu mind set dia pada masa itu hanya ingin melakukan benda tu. Sehinggakan perjumpaan kali pertama itu tidak dihormatinya. Tapi dalam masa itu, hati aku berdoa supaya dijauhkan dari benda-benda begini.

Alhamdulillah, akhirnya aku bertemu jalan keluar untuk mengelakkan diri aku dari berbuat dosa. Terima kasih abang najmi atas segala kesedaran ini. Semoga semua pembaca dapat menjadikan blog sini sebagai iktibar. 


-MD. HIV-




4 comments:

  1. Aku pon mengalami pengalaman yang hampir sama... kesempatan cuti raya memberi kami peluang untuk bertemu dan melepas kerinduan setelah setahun tidak bertemu. Beberapa hari sblom bertemu kami saling berkongsi gambar yang mengghairahkan. Tetapi jauh di sudut hatiku memohon perlindungan daripada Allah agar menjauhkan diriku dari melakukan maksiat. Kami menghabiskan waktu siang dengan meronda mencari port yang sesuai tetapi kawasan terbuka membuatkan aku tidak selesa. Beberapa kali dia mencadangkan agar kami ke hotel budget agar melempiaskan nafsu secepat mungkin dan selesa tetapi ada sahaja alasan yang aku timbulkan. Akhirnya kami memutuskan untuk ke sebuah bangunan terbiar di tengah bandar. Apabila kami sampai di situ, kami segera merayau di dalam bangunan tersebut mencari tempat yang sesuai. Setelah berpusing-pusing di dalam bangunan tersebut, walaupun kurang sesuai tetapi akhirnya kami memutuskan untuk meneruskan hasrat yang terpendam sekian lama di suatu sudut. Dengan hati-hati dan waspada kami memulakan aksi. Walau bagaimana pun, mungkin kerana doa ku dimakbul agar dilindungi daripada melakukan maksiat Allah telah menghantar seseorang ke lokasi tersebut dan sekaligus membantutkan aktiviti kami. Aku bersyukur dalam hati kerana lelaki tersebut tidak menyedari kewujudan kami di situ kerana leka melihat telefon di tangan dan tanpa berlengah kami berlalu dari situ dan berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku. Akhirnya hari tersebut berlalu begitu sahaja dan aku terus pulang ke rumah. Alhamdulillah Allah masih menyayangi dan melidungi aku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam

      Yang penting kita terus selalu berdoa kepadaNya, walaupun adakala kita sendiri tak yakin mampu mengawal diri dr terjebak tetapi berkat doa kita yang berterusan insyaallahah, Allah tahu niat sebenar hati kita dan Dia akan selamatkan kita walaupun maksiat itu dah berada didepan mata. Seperti dalam kes saudara, mungkin jika saudara tidak pernah ingat pada Allah tidak takut Allah dan tak pernah berdoa kepadaNya, mungkin lelaki yang kacau daun tu tak akan datang menganggu anda berdua, mungkin saudara berdua telah pun terlajak jauh....Terus kita berusaha perkuatkan iman dan takwa...

      Delete
  2. Salam.. dalam diri aku, terperangkap naluri gay.. telah lama aku berusaha menentang naluri ini, ternyata gagal.. Biarpun aku berusaha menjaga solat 5 waktu, aku terus diuji dengan naluri ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Gagal bukan bermakna terus gagal..terus berusaha kawal diri. Dan solat itu wajib perlu dilaksanakan, dalam masa sama terus berdoa kepadaNya...Jika terlanjur segera mohon keampunan dr Dia...Allah tahu niat hati kita yang benar2 nak berubah..insyaallah Allah akan bantu saudara nanti...

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST