Friday, 22 August 2014

HIV AIDS

Semenjak mula dilaporkan pada tahun 1981, penyakit AIDS terus membimbangkan seluruh dunia terutamanya di negara-negara barat dan Afrika. Kebimbangan ini timbul kerana penyakit AIDS telah merebak dengan luasnya dan sehingga sekarang belum ada lagi rawatan khusus untuk penyakit ini. Kebanyakan pesakit AIDS berkesudahan dengan kematian.  


Walaubagaimanapun, penyakit AIDS boleh dicegah dengan berkesan. Ini memerlukan kerjasama dan penglibatan setiap individu dan lapisan masyarakat. Selain daripada itu, apa yang yang mendukacitakan ialah seorang pesakit AIDS itu bukan sahaja terpaksa menghadapi akibat serangan kuman AIDS tetapi terpaksa pula berhadapan dengan tekanan-tekanan sosial yang disebabkab kurang fahaman tentang penyakit AIDS. 

Adalah diharapkan segala informasi yang terdapat di dalam laman web ini dapat mengurangkan kebimbangan keterlaluan orang ramai, memperbaiki perspektif terhadap pesakit AIDS, dan memberi panduan kepada mereka yang berisiko tinggi khususnya dan amnya kepada orang ramai dalam mencegah dan mengawal penyakit AIDS.

Apa itu AIDS? 
AIDS ialah penyakit yang disebabkan oleh sejenis kuman virus (Human immunodeficiency virus-HIV atau virus AIDS) yang melumpuhkan keupayaan semulajadi badan di dalam melawan penyakit. Dengan lumpuhnya keupayaan ini, mereka yang dijangkiti virus AIDS akan terdedah kepada:-
  • Semua jenis kuman termasuk yang biasanya tidak membahayakan
  • Beberapa jenis barah yang biasanya jarang berlaku
Bagaimana AIDS Merebak? 
AIDS merebak melalui darah, air mani dan cecair faraj daripada orang-orang yang telah dijangkiti virus AIDS. AIDS juga boleh merebak daripada seseorang ibu yang telah dijangkiti kepada bayi yang dikandungnya. 

Berdasarkan kepada cara-cara virus AIDS berjangkit, anda mungkin terdedah kepada virus AIDS sekiranya anda melakukan perkara-perkara berikut:-
  • Hubungan seks sejenis (Homoseks)
  • Hubungan seks dengan berbilang pasangan
  • Hubungan seks dengan pekerja seks
  • Berkongsi menggunakan jarum suntikan untuk penagihan dadah.
Bolehkah AIDS Dijangkiti Melalui Pendermaan Darah? 
Tidak. Ini adalah kerana semua alat yang digunakan untuk pengambilan darah adalah bersih daripada kuman dan ianya hanya digunakan sekali sahaja. Mereka yang tidak terdedah kepada AIDS adalah digalakkan untuk terus menderma darah. 

Bolehkah Anda Dijangkiti AIDS Melalui Pemindahan Darah? 
Ini tidak mungkin akan berlaku kerana setiap unit darah yang diderma di negara ini diuji untuk antibodi AIDS. Antibodi AIDS adalah bahan-bahan yang dihasilkan oleh tubuh badan seseorang yang dijangkiti oleh virus AIDS. Sekiranya terdapat Antibodi AIDS, darah itu akan dimusnah dan tidak digunakan. 

Bolehkah AIDS Berjangkit Dengan Menyentuh Pesakit AIDS? 

Tidak. AIDS tidak boleh merebak melalui sentuhan dan juga cara-cara lain seperti:-
  • Sentuhan
  • Bersalaman
  • Bersukan
  • Berhimpit-himpit di tempat yang sesak
  • Bekerja dengan seorang pembawa AIDS
  • Berciuman
Bolehkah AIDS Berjangkit Melalui Pinggan, Mangkuk, Sudu dan Gelas yang Digunakan oleh Pesakit AIDS? 
Tidak. Virus AIDS tidak dapat hidup di luar tubuh manusia. Membasuh pinggan, mangkuk, sudu dan gelas seperti biasa dapat membunuh kuman tersebut.

Bolehkah anda mendapat AIDS dengan memakan makanan yang disediakan oleh pesakit AIDS? 
Tidak. Kerana AIDS tidak merebak melalui makanan 

Bolehkah AIDS berjangkit dengan menggunakan tandas awam, telefon, dan kenderaan awam?
AIDS tidak boleh dijangkiti dengan menggunakan kemudahan awam di atas oleh kerana ia tidak merebak melalui:-
  • air
  • udara
  • makanan
  • menyentuh dan memegang barang-barang kepunyaan pesakit AIDS.
Bolehkah AIDS merebak melalui kolam renang?
Tidak. Virus AIDS akan dimatikan oleh klorin yang dicampurkan ke dalam air di kolam renang. 

Bolehkah AIDS berjangkit melalui mencuba pakaian di kedai pakaian?
Tidak. Oleh kerana AIDS tidak boleh merebak melalui udara atau dengan menyentuh barang-barang yang telah disentuh oleh pesakit AIDS. 

Bolehkah AIDS berjangkit melalui gigitan nyamuk?
Tidak. Sehingga sekarang tidak ada bukti saintifik menunjukkan bahawa gigitan nyamuk boleh merebak AIDS. 

Bagaimanakah anda boleh mengetahui yang anda telah terdedah kepada virus AIDS?
Anda boleh mengetahui yang anda telah terdedah kepada virus AIDS dengan mendapatkan ujian darah di hospital-hospital kerajaan yang berhampiran. Semua keputusan adalah rahsia. 

Apakah maknanya jika ujian darah itu negatif?
Ini bermakna antibodi AIDS tidak dikesan. Biasanya ini menunjukkan yang virus AIDS tidak ada dalam badan anda. Walaubagaimanapun, antibodi tersebut hanya dapat dikesan selepas enam minggu hingga tiga bulan anda terdedah kepada virus AIDS. Dalam keadaan begini, ujian darah ulangan adalah diperlukan. 

Apakah maknanya jika ujian darah itu positif?
Ini menunjukkan antibodi terhadap virus AIDS itu telah dapat dikesan. Ini bermakna anda telah terdedah kepada jangkitan virus AIDS. Walaubagaimanapun, satu lagi ujian darah perlu dijalankan untuk mengesahkan anda benar-benar dijangkiti virus AIDS. 

Bilakah anda akan disahkan sebagai pesakit AIDS?
Anda akan disahkan sebagai seorang pesakit AIDS sekiranya anda mempunyai ciri-ciri berikut:-
1. Ujian pengesahan darah anda adalah positif.
2. Mempunyai sebahagian daripada tanda-tanda dan gejala penyakit AIDS seperti berikut:-
  • Susut berat badan melebihi 10% tanpa sebab-sebab tertentu.
  • Cirit-birit yang berlarutan.
  • Demam yang berpanjangan (sekali-sekala ataupun berterusan)
  • Batuk-batuk yang berterusan.
  • Bengkak-bengkak kelenjar di leher, ketiak, atau pangkal peha.
  • Penyakit herpes zoster yang berulangan. Herpes zoster adalah sejenis jangkitan urat saraf yang kelihatan sebagai lepuh-lepuh di kulit.
  • Penyakit kandidiasis di bahagian mulut dan farinks. (tekak) Kandidiasis adalah penyakit kulit yang disebabkan oleh sejenis kulat.
  • Penyakit herpes simplex yang merebak dan berulangan. Herpes simplex adalah sejenis jangkitan kulit yang biasanya kelihatan sebagai lepuh-lepuh di sekitar mulut atau kemaluan.
3. Mempunyai penyakit-penyakit bersabit lumpuhnya keupayaan badan melawan penyakit yang disebabkan oleh kuman AIDS seperti:-
  • Jangkitan paru-paru (Pneumocytis carinii pneumonia).
  • Barah di kulit atau mulut (Kaposi's sarcoma)
  • Jangkitan-jangkitan lain yang jarang berlaku di kalangan orang yang sihat.

SUMBER DISINI

6 comments:

  1. Salam, saya baru disahkan HIV positif dua minggu lepas. Tapi, apabila mengetahui saya merupakan PLHIV, saya hampir kecewa tetapi tak lama, saya yakin ini mungkin kaffarah atas dosa2 saya yang lalu.

    Tempat yang saya buat ujian itu cadangkan saya pergi ke hospital sungai buloh, which saya masih lagi belum pergi kerana saya masih rasa segan berjunpa doktor. Selain dari hospital sungai buloh, adakah hospital/klinik yang lebih berdekatan di kawasan kl misalnya untuk rawatan ini?

    satu lagi saya takut bila membaca cerita di mana pengambilan ubat haart akan menimbulkan kesan2 sampingan yang tidak menyelesakan, sedangkan buat masa skarang saya masih rasa sihat, tanpa sebarang tanda2 simptom hiv yang ketara.

    I know soalan ini mungkin banyak kali ditanya, cuma saya just nak tanya lagi sekali, as a first timer disahkan positif hiv, apa yang perlu saya lakukan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam First Timer,

      Boleh aje bertanya, mana yang mampu abang jawab insyaallah akan abang jawab sebaik mungkin.
      Setahu abang lah rawatan bagi HIV disekitar Kuala Lumpur dan yang berdekatan ialah di hospital Sg Buloh, tiada tempat lain kalau ada pun di hospital di Klang.

      Kesan ubatan ada lah normal, bukan aje ubatan HAART tetapi semua ubatan ada kesan sampingannya, samalah seperti panadol, ubat tahan sakit dll. Yang penting saudara pergi jumpa doktor, nanti doktor akan buat ujian darah periksa CD4 dan sebagainya, jika kiraan CD4 masih tinggi saudara tidak perlu makan ubata lagi. Yang penting kena jumpa doktor, buat ujian darah dari masa kesemasa, appoitment dengan doktor. Kena ingat jika tidak buat rawatan atau jumpa doktor dalam masa beberapa tahun saudara boleh mendapat AIDS.

      Jika saudara perlukan bantuan boleh berhubung dengan saudara Luka Rafiieqa difacebook beliau, (https://www.facebook.com/rafieqa?fref=ts), insyaallah saudara Luka yang berada diKuala Lumpur boleh beri nasihat apa yang patut....:)

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. rafieqakl@hotmail.com

      (Luka Rafieqa - KL @ Malaysia)

      0173110306

      Delete
  2. Salam. Saya harap awak tabah lalui ujian ini. Sebenarnya di kl awak boleh dapatkan rawatan di PPUM. Tetapi kos ubat tidak percuma. Awak kena bayar. Rasanya beribu juga. Itu tidak termasuk kos utk ujian2 lain. Begitu juga awak boleh dapat rawatan di Subang Jaya Medical Centre. Disebabkan ia swasta maka kos rawatan lebih mahal. Tetapi awak akn dijaga oleh doktor pakar dlm hiv.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ANONYMOUS...dengan maklumat yang ditinggalkan.

      Senang kata kalau nak yang percuma (bagi semua rawatan serta ubatan peringkat pertama) hanyalah di Hospital Sungai Buloh aje lah.....:)

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST