Wednesday, 13 August 2014

DEKWAN - ABANG ANGKAT BISEKSUAL YANG LANGSUNG TIDAK MAHU BERUBAH.

Salam abang Najmi, abang Najmi boleh panggil saya Dekwan je, umur saya 20 tahun, sejujurnya saya ni berperwatakkan agak manja dan keanak-anakan dan mungkin sebab tu saya mudah menjadi perhatian abang-abang PLU.

photo hanya hiasan - sumber dari http://weerga.com

Saya ada pengalaman dapat abang angkat yang bersifat bisexual. Mula-mula saya tak tahu pun yang dia tu dah kahwin. Sejujurnya masa tu hubungan kami mungkin lebih dari hubungan "berangkat-angkat" ni tapi tu sebelum saya tahu dia dah marriage. Tidak lama lepas tu perangai dia mula berubah. Dia mula cari masalah nak gaduh dengan saya. Tak lama lepas tu baru dia bagi tahu yang dia sudah pun kahwin.

Sumpah abang Najmi saya rasa seribu penyesalan sebab ada hubungan dengan dia. Saya rasa bersalah sangat dengan isteri dan anak-anak dia yang baru lahir tu. Sebab saya takut benda yang sama boleh berlaku kepada kakak-kakak saya seandainya mereka bersuamikan lelaki songsang, tidak sanggup seadainya anak-anak saudara saya ada ayah yang bernaluri songsang, cukup la cuma saya seorang sahaja yang mengotorkan keluarga ni.

Serta merta saya minta putus dengan harapan dia akan kembali normal kepada isteri dan anak-anak dia. Tapi semua tu macam sia-sia sebab berapa bulan selepas tu saya tengok dia keluar date dengan lelaki lain, siap duduk meja makan didepan muka saya dengan teman lelaki baru dia itu dan orang tu saya tahu seorang PLU. Tak tahu la samaada dia sengaja nak bagi saya cemburu atau apa kan, tapi tidak ada sekelumit pun perasaan cemburu bahkan semakin bencikan apabila saya melihat dia. Bukan sebab dia tipu yang dia sudah berkahwin tapi sebab sikap dia yang langsung tak nak berubah tu. 

Tapi dalam kebencian tu saya ada jugak berdoa bila buat solat malam untuk dia kembali ke pangkal jalan. Ameen.

Tapi tu mungkin jugak hikmah dan pengajaran buat diri saya. Selepas saya putus dengan dia saya sememangnya sudah kurang bersosial dalam dunia PLU, in fact saya benci dengan lelaki-lelaki PLU yang hanya nak kenal, lepas tu nak ajak buat benda tak elok. Dia orang ingat saya ni "simbol sex" ke ??.

Tapi bila ada orang nak ambil saya jadi adik angkat pun saya selalu tanya dia orang sampai bila dia orang nak membujang. Saya teringin nak tengok semua abang-abang angkat saya bernikah dan ada anak seterusnya meninggalkan dunia songsang.

Saya jugak ada join group "straight struggle" dekat facebook untuk PLU-PLU yang nak berubah. Dalam tu saya ada meluahkan apa-apa masalah saya dan ada seorang ustaz yang selalu bagi nasihat pada saya dan alhamdulillah sedikit sebanyak ianya telah memberi saya kekuatan untuk menempuh dunia yang penuh pancaroba ni.

Tapi sejujurnya saya kesian bila tengok wanita-wanita dan perempuan termasuk kak RITA (entri kisah Rita klik DISINI) yang bersuami, tunang atau boyfriend yang bernaluri bisexual. Bagi saya "maaf cakap ye" tiada istilah lain yang sesuai untuk dia orang melainkan (punya) nafsu bintang sebab dua-dua (isteri dan boyfriend) dia orang nak suruh puaskan nafsu dia orang aje. TQ abang Najmi.


DEKWAN 
Sumber dari 



4 comments:

  1. salam en nadzmi dan smua,
    hya satu yg pasti susah jugak jadi manusia cam kami, silap langkah pasti ada pihak terdekat akan sensara, saya pun dah buang semua tuh, demi kerukunan rumah tangga, tapi bab berkawan, saya masih lagi berkawan macam biasa. dah jenuh sya cuba, susah jugak nak buang kengkawan yg dah lama bersama. buat paraisteri semua banyaklah berdoa, kalau x nampak jalan, fasahk lah jawabnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. JAZZLEE,

      Salam..alhamdulillah sudah selamat pergi dan balik menunaikan umrahkan...alhamdulillah...Sudah berrumah tangga ker??? Jika betul sekali lagi abg nak ucapkan tahniah dan alhamdulillah...Berkawan memang boleh tapi penting bagi kita untuk mengawal diri dari tak terjebak lagi...:) Selamat Hari Raya semoga JAZLEE sihat2 selalu...

      Delete
  2. Rita bukan nama sebenarFriday, August 15, 2014 1:42:00 pm

    Klu adik angkat suami saya baik macam awk ni dekwan..saya pun nk jadikan dia adik angkat saya gak..teruskan usaha! -Rita-

    ReplyDelete
  3. Assalam.. lama dah saya follow blog abg Najmi ni, kebetulan kisah ini saya sedang alami dah bertahun..
    Kisah saudara ni seakan dengan kes saya hadapi sekarang. sekurang - kurangnya saudra tidak terikat dengan abang angkat saudara, manakala saya amat terikat. saya pun agak terkejut apabila mengetahui status abg angkat saya dan rasa amat bersalah, tetapi saya tidak melenting. tetapi hakikatnya hubungan ini tidak berkekalan lama menanti masa untuk berpisah. apa yang boleh ialah mengharapkan masing2 dapat berubah. masa yang ada adalah untuk mengubah situasi dari couple kepada kwn membimbing.. ringkas dari saya. ada sinar harapan disebalik awan yang gelap...

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST