Friday, 1 August 2014

ADRIANA BERTINI - REKA BAJU GUNA KONDOM SEBAGAI KEMPEN KESEDARAN AIDS

MELBOURNE 28 JULAI 2014 - Seorang pereka fesyen, Adriana Bertini telah mereka beberapa pakaian yang diperbuat daripada kondom sebagai kempen kesedaran AIDS. 

Pakaian tersebut yang menggunakan beratus-ratus kondom dipamerkan dalam satu acara pertunjukan fesyen di Persidangan Antarabangsa AIDS di sini baru-baru ini dan dijual pada harga £170,000 (RM919,000). 

Rekaan itu dihasilkan sempena dengan kempen kesedaran mengenai seks selamat dalam kalangan golongan muda yang ditampilkan dalam bentuk kreatif. 

Rekaan itu bagaimanapun telah mendapat beberapa kritikan masyarakat yang menganggap ciptaan pakaian menggunakan kondom merupakan suatu yang menjijikkan. - Agensi








11 comments:

  1. Salam abang najmi, dua bulan yang lepas sy bersama dengan pasangan sy untuk pertama kali. Setelah itu. Saya mengalami keadaan yang sgt stress kerana memikirkan keadaan sy disamping itu sy juga tengah final exam. Pada masa sama sy mengalami mual sahaja selama 3 minggu. Selepas 3 minggu dari tarikh sy mengalami demam pada suhu 37-38 selama 5 hari serta sakit sendi dan gusi berdarah. Selepas itu keadaan sy beransur baik. Namun selepas beberapa hari sy bersama semula dengan pasangan saya. Sehingga ke hari ni sy stress memikirkan perkara tersebut kerana pada hari ini sy mengalami rasa semut di tangan sy juga sendi sy sakit. Lidah sy terasa seperti melecur tapi sy tidak sakit tekak dan warna lidah sy adalah normal. Sy juga mengalami cirit birit dua hari lepas selama sehari. Adakah sy dijangkiti hiv :'((( sy menyesal abg najmi. Tolong sy. Dan gusi sy berdarah semula dua minggu lepas tetapi jarang dimana hanya seminggu sekali. :(

    ReplyDelete
  2. Dan untuk pengetahuan abang najmi pasangan sy pernah bersama dengan temnnya sebelum ini dan temannya akan berkahwin pada bulan oktober ini. Sambungan dari post sy yg tadi:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Perlu diingat apa jua aktiviti seks tanpa pelindungan adalah berisiko dijangkiti HIV apatah lagi pasangan kita tu ada melakukan hubungan dg orang lain. Semua simptom yang saudari cerita tu mungkin juga sebab masaalah penyakit lain, maybe sebab akibat stress melampau yang akan buat sistem kekebalan saudari menjadi lemah dan mudah diserang penyakit2 seperti gatal2 badan sakit sendi dan sebagainya.

      Abg tak pasti nak kata sama ada saudari telah dijangkiti HIV atau tak, tiada cara lain melainkan dg membuat ujian darah bagi memastikan status diri saudari.

      Delete
  3. Terima kasih kepada blog ni, saban waktu bila aku ingin melakukan dosa, aku akan melawat kesini dulu dan membaca beberapa kisah suka duka penderita HIV. Aku bi, tapi aku kurang berminat jika mahu melakukan benda2 ni. Selepas membaca blog ini, niat untuk melakukan dosa terus terkubur begitu sahaja. aku adalah pembaca senyap blog ni dan dah lama aku ikuti perkembangan blog ini. Aku suka membaca pengalaman hidup mereka yang telah dijangkiti dan sentiasa menjadi iktibar kepada diri aku dan rakan2 pembaca yang lain. Nak mulakan cerita....

    Pada malam ni, aku terselamat daripada melakukan perbuatan songsang dengan seorang lelaki yang aku baru kenali beberapa hari dari laman FB. Beberapa hari lepas lelaki ni sebuk memberi pesanan ringkas pada facebook aku. Disebabkan atas dasar rakan. Aku membalas sahaja segala gurau senda dia disitu. Mesra bukan bermaksud aku mahu, tapi aku memang begini, aku memang suka berkenalan dengan rakan2 baru, kot2 satu hari nanti ada masalah, kita mungkin memerlukan bantuan mereka, siapa tahu?

    Permulaannya, dia mengajak aku pergi makan dan minum yang pada masa itu aku memang sedang merasa dahaga dan lapar setelah tiba di KL, sekurang kurangnya ada lah teman untuk menghilangkan rasa dahaga dan lapar ini memandangkan jam menunjukkan pukul 4 pagi, tetapi apa yang menghairankan aku, sesudah sampai dia memberi sms dan mengatakan dia berada di hotel ini dan memberikan aku no. bilik dia menginap dan menyuruh aku naik keatas. Terus aku rasa tidak sedap hati dan sedaya upaya aku cuba mengaturkan untuk bertemu di kawasan luar hotel penginapan dia sahaja.

    Yes! badan dia memang sasa dan str8 act dan berumur lingkungan 45 ke 50an. Melalui pengamatan aku, lelaki ini mungkin akan mengiurkan g*y2 diluar sana yang mungkin akan terus dibuai dengan keenakkan susuk badannya. Tapi bagi aku, Alhamdulillah, aku masih boleh mengawal diri dan nafsu kerana aku sudah berkata kepada diri aku sebelum berjumpa, "TIDAK! sama sekali jika dia mahu mengomol tubuh aku". Muktamad! Walaupun dihati tersimpan sikit hajat untuk meneruskan sahaja niat berdua-duaan di dalam biliknya. Syaitan kuat membisik, nafsu semakin naik, semua aku tahan!

    Apa yang membuatkan aku tersipu sipu semasa kami duduk minum di kedai bawah adalah, dia tidak mahu langsung memesan sebarang minuman atau makanan, dan sedaya upaya mengajak aku pergi ke biliknya. Aku pada masa itu hanya membuat aksi bersahaja. Air diatas meja itu pun dia menyuruh aku habiskan dengan pantas, aku tahu mind set dia pada masa itu hanya ingin melakukan benda tu. Sehinggakan perjumpaan kali pertama itu tidak dihormatinya. Tapi dalam masa itu, hati aku berdoa supaya dijauhkan dari benda-benda begini.

    Alhamdulillah, akhirnya aku bertemu jalan keluar untuk mengelakkan diri aku dari berbuat dosa. Terima kasih abg najmi atas segala kesedaran ini. Semoga semua pembaca dapat menjadikan blog sini sebagai iktibar.

    -md. HIV-

    ReplyDelete
    Replies
    1. -md HIV-

      Adakala kita tak mencari tetapi maksiat itu yang mencari kita, terus kuatkan iman terus berdoa kepada Allah agar kita dapat mengawal diri dan tidak mudah terpedaya dengan godaan syaitan. Ingat hari ini kita kalahkan godaan syaitan tapi esok lusa dia akan datang dengan dugaan lain yanglebih kuat. Semoga kita semua dilindungi Allah. Amin3...:)

      Delete
  4. Saya telah melakukan ujian hiv I dan ii dan result negative pada hari ke 21,kemudian bulan petama ujian hiv lagi result negative,bulan ke 2 rapid test dan ke 3 dan ke 4 juga negative adakh itu sudah kokkrit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahu abg ujian selepas 3 bulan dah dikira konkrit. Wallahuallam

      Delete
  5. Abg ada ke tak kes yang abg ketahui yang bulan ke 3 result negative tetapi ujian bulan ke 4,ke5 @ ke 6 result menjadi +ve

    ReplyDelete
  6. Salam abg najmi, kalau rapid test yg pertama pada minggu 5 selepas aktiviti berisiko negative adakah ujian pada 3 bulan akan dtang akan sama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau negetif pada minggu ke 5 anggap keputusan itu suatu petanda yang baik, kebiasaannya ujian pada 3 bulan tu juga akan negetif jugak..wallahuallam

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST