Thursday, 28 August 2014

KHAIRUL, ROSLAN DAN LOKMAN - PENGHIDAP HIV RELA BERDUKA DEMI KELUARGA DI AIDILFITRI

INSAN terpilih ini sangat mengerti dan faham tentang persepsi masyarakat terhadap diri mereka. 

Sebahagian daripada penghuni Rumah Perlindungan HIV Darul Ukhuwah sedang mengikuti sesi soal jawab agama dan kelas kerohanian yang disampaikan oleh kakitangan Mais.

Namun apakan daya, mereka tidak dapat lari daripada persepsi itu walaupun naluri untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga tersayang meronta-ronta di sanubari. Bukan pakaian baharu atau mahal yang mereka pinta, cukuplah sekadar dapat mencium tangan dan dahi insan tersayang di pagi 1 Syawal. Itulah sebenarnya rasa yang terpendam di dalam hati penghuni-penghuni Rumah Perlindungan HIV Darul Ukhuwah, menurut pengurusnya, Khairul Azmy. 

"Masing-masing punya keinginan untuk bersama keluarga, tetapi apakan daya jika kehadiran mereka pada pagi mulia dipandang 'sepi' oleh keluarga sendiri. Mungkin ada keluarga yang reda dan dapat menerima takdir bahawa ahli keluarga mereka menghidap HIV, namun sejauh mana penerimaan itu, hanya empunya diri yang lebih tahu," katanya kepada mStar Online, ketika rumah perlindungan yang terletak di Puchong itu dikunjungi baru-baru ini.

 Menurut Khairul, rumah perlindungan HIV ini adalah di bawah kelolaan Yayasan al-Ijabah dan mendapat sokongan Majlis Agama Islam Selangor (Mais). Sebelum ini, ia beroperasi di Petaling Jaya sebelum berpindah ke Puchong pada Mac 2011.

Khairul berkata, sempena Aidilfitri, kesemua 34 orang penghuni di sini diberi cuti seminggu, namun tidak semua yang gembira dengan peluang yang diberikan.

"Stigma masyarakat terhadap golongan ini masih perlu diperbaiki. Saya berharap ahli keluarga dan masyarakat lebih terbuka dan dapat menerima mereka sebagai manusia normal. Manusia mana yang tidak pernah melakukan kesilapan," katanya

Tidak Ambil Hati 


Khairul (bukan nama sebenar), 39, gembira untuk bertemu ayahnya yang sudah tua di kampung halamannya di Kelantan, Aidilfitri tahun ini. Dia yang disahkan dijangkiti HIV pada 2008 berkata, setiap kali menjelang Aidilfitri, hatinya meronta-ronta untuk berkumpul bersama ahli keluarga dan sanak-saudara di kampung.

Walaupun sedar kehadirannya 'kurang disenangi', namun dia menganggap perkara itu sebagai ujian untuk dirinya yang selama ini telah banyak melakukan dosa dan perkara terkutuk.

"Sebelum saya sakit, hubungan kami sesama keluarga amat mesra tapi sekarang saya dapat rasakan perbezaannya. Tapi tak apa, saya tak ambil hati dengan mereka. Saya boleh terima apa yang berlaku. Apa-apa pun mereka tetap keluarga saya," katanya yang ditemui lima hari sebelum pulang ke kampung.

Dia berkata, walaupun merancang untuk berhari raya di kampung, namun dia belum pasti sama ada mahu pulang bersama abangnya yang tinggal di Kuala Lumpur atau menaiki bas. 

"Tengoklah, kalau abang saya OK, saya balik dengan dia, kalau sebaliknya, saya pulang naik bas saja," katanya penuh makna.

Khairul yang gemar makan nasi himpit dan kuah kacang pada pagi raya berkata, walaupun menerima layanan dingin, dia amat bersyukur kerana sekurang-kurangnya ahli keluarganya masih menganggapnya sebagai sebahagian daripada keluarga. 

"Saya selalu berdoa semakin hari mereka dapat menerima keadaan saya. Apa yang paling penting, saya dapat bersalam-salaman dengan mereka di Aidilfitri," katanya. 


Tidak Mahu Susahkan Keluarga


Cerita Roslan (bukan nama sebenar), 49, pula berbeza sama sekali dengan cerita Khairul.

Roslan yang sudah tujuh tahun di rumah perlindungan ini mengambil keputusan untuk tidak balik beraya demi kepentingan dirinya sendiri dan untuk kebaikan anak perempuannya. 

"Balik pun banyak 'benda' yang tak elok. Kawan-kawan banyak yang hisap dadah, saya bimbang tak mampu kawal diri. Lagipun anak perempuan saya baru saja berkahwin, saya tak mahu ganggu kegembiraan mereka sekeluarga," katanya yang disahkan menghidap HIV pada 1998. 

Menurut Roslan, anaknya yang menetap di Kuala Lumpur itu telah berjanji untuk datang melawatnya selepas mereka pulang dari beraya di kampung di Melaka. 

"Sedih jugaklah sebab tak beraya bersama keluarga, tapi saya yang pilih untuk beraya di sini. Rasa lebih tenang dan tidak menyusahkan sesiapa," katanya yang telah bercerai dengan isterinya pada 1996. 

Roslan berkata, sebelum ini dia telah berpengalaman menyambut Aidilfitri di merata-rata tempat termasuklah di penjara dan di pusat pemulihan dadah. Katanya, rumah perlindungan yang didiaminya sekarang adalah tempat terbaik untuk dirinya menyambut Aidilfitri kerana di situ dia diberi pendekatan kerohanian dan memperoleh ketenangan. 


Bapa Saudara Tempat Mengadu


Lokman (bukan nama sebenar), 45, hanya mempunyai seorang bapa saudara untuk dia meluahkan isi hati tentang takdir hidupnya. Justeru, rumah bapa saudaranya itulah satu-satunya tempat yang akan dituju setiap kali Aidilfitri tiba.

"Saya akan bersama pakcik saya dan keluarganya setiap kali hari raya. Pernah juga kami bercuti sama-sama. Tapi isteri dan anak-anaknya tak tahu tentang penyakit saya. Pakcik kata buat masa ini biarlah dirahsiakan dulu, takut mereka terkejut dan tak dapat terima saya pula," katanya yang pernah berkerja di sebuah butik pakaian terkenal dan sebagai sebagai perancang perkahwinan tidak lama dulu.

Lokman berkata, dia adalah anak yatim piatu sejak kecil dan mempunyai latar belakang keluarga yang tidak baik. Detik hitam dalam hidupnya bermula selepas dia bercerai dengan isterinya dan berhijrah dari Kuching ke Kuala Lumpur.

Katanya, dia sudah 16 tahun memeluk Islam dan menyambut Aidilfitri, tetapi tidak pernah berpuasa.

"Saya tak pernah solat dan puasa tetapi saya menyambut hari raya macam umat Islam yang lain. Sejak peluk Islam, tahun inilah kali pertama saya berpuasa sejak memeluk dan saya mula tahu nikmat dan hikmah semua ini berlaku ke atas diri saya," katanya.


Oleh: IZRA ABDUL RAHMAN 
izra@thestar.com.my 

 
 

IBU HIDAP HIV - RYAN LEWIS DAN MACKLEMORE BERSATU

PENDEDAHAN oleh Ryan Lewis mengenai ibunya, Julie Lewis yang disahkan positif menghidap HIV menimbulkan pelbagai reaksi dan simpati daripada pelbagai pihak. 

Ryan Lewis - sumber photo disini

Tindakan itu dibuat oleh Ryan selepas sekian lama dia dan ibunya menyembunyikan hal tersebut daripada pengetahuan ramai lantaran bimbang dengan persepsi negatif terhadap mereka. 

Sedangkan mengikut cerita daripada mulut penerbit, penyanyi rap dan DJ popular tersebut, perkara itu berlaku bukan berpunca daripada kesilapan lampau ibunya. 

Menurut bintang berusia 26 tahun ini, ibunya dijangkiti HIV semasa dia melakukan pemindahan darah ketika mengandungkan kakaknya, Teresa Lewis pada tahun 1984. 

Setelah hampir 30 tahun menanggung derita memegang status pembawa HIV, Ryan terpanggil untuk berbuat sesuatu dengan menubuhkan sebuah yayasan untuk mengumpul dana. 

Di bawah yayasan yang dinamakan Projek 30/30, Ryan dengan rakan seperjuangan, penyanyi rap terkenal Macklemore bersatu bagi merealisasikan hasrat membantu menyediakan peralatan penjagaan kesihatan pada harga yang berpatutan kepada mereka yang memerlukan. 

Hal itu dinyatakan oleh Ryan dalam laman web rasmi yayasan tersebut. 

 Ryan Lewis bersama ibunya Julie Lewis - sumber photo disini

"Ibu saya disahkan menghidap HIV positif semasa mengandungkan kakak sulung saya, Teresa. Memandangkan dia mengalami komplikasi ketika hamil, ibu saya terpaksa menjalani pemindahan darah yang kemudiannya tanpa dia sedar, dia telah dijangkiti HIV melalui darah yang dibekalkan. 

"Hari ini saya mahu merai dan menghargai ketabahannya mengharungi derita sepanjang 30 tahun ini. Bagi saya dia adalah seorang pejuang dan wira sejati. 

"Mengambil semangatnya, saya dan Macklemore menerusi yayasan ini mahu membantu mereka yang memerlukan menerusi khidmat penjagaan kesihatan di seluruh dunia," katanya. 

Bercerita mengenai ibunya kata Ryan, Julia bernasib baik kerana bayi yang dilahirkannya ketika itu berada dalam keadaan yang sihat walaupun mempunyai risiko yang agak tinggi untuk kehilangan anaknya itu. 

"Semasa menerima diagnos daripada doktor yang merawat, ibu saya diberitahu dia cuma berpeluang untuk hidup dalam masa beberapa tahun sahaja. 

"Namun dalam tempoh yang dikatakan dia tidak akan hidup lama, ibu saya kemudiannya melahirkan saya dan kakak saya, Laura. Ketika itu peluangnya untuk melahirkan kami juga amat tipis dengan kami yang mungkin turut menghidap HIV. 

"Bagi memastikan anak-anaknya dilahirkan normal ibu saya berusaha mendapatkan rawatan dan ubat-ubatan terbaik daripada pakar. Bagi saya dia adalah seorang yang amat bernasib baik kerana difahamkan tak ramai ibu-ibu yang terselamat," katanya. 

Mahu kisah ibunya menjadi penguat semangat buat kaum wanita dan ibu lain yang senasib, melalui yayasan itu Ryan dan Macklemore menyasarkan kutipan dana sekurang-kurangnya AS$100,000 (RM327,000) untuk membantu mereka yang memerlukan. 

Ryan Lewis bersama  Macklemore - photo sumber disini

Menurut Ryan, usaha itu turut mendapat sambutan dan kerjasama daripada beberapa pihak badan bukan kerajaan lain termasuk Construction for Change dan Partners in Health. 

Ryan dilahirkan dalam sebuah keluarga berpendapatan rendah dan berpindah dari Puyallup ke Spokane, Washington, Amerika Syarikat semasa dia berusia dua tahun. 

Ryan telah didedahkan dengan AIDS oleh ibunya semasa dia berusia enam tahun. 

"Sekitar tahun 1994 masih belum ramai yang boleh menerima seseorang individu itu yang disahkan HIV positif. Jadi semasa kami berpindah ke Spokane, kami tidak mendedahkan hal itu kepada sesiapa pun. Sehinggalah, ibu saya bergerak aktif menyertai Biro Jurucakap HIV?AIDS di Spokane beberapa tahun kemudian. 

"Benar, ketika itu saya masih kecil namun itu adalah satu pengalaman yang amat berharga buat saya yang tidak dirasai oleh orang lain. 

"Di samping kehidupan yang agak payah ketika itu kami gembira dan bersyukur kerana ibu saya sehingga kini masih sihat. Kalau dia tidak kuat maka tiadalah kami berada pada tahap ini," katanya. - (April 27, 2014)


Sumber DISINI


Friday, 22 August 2014

YAYASAN AIDS MALAYSIA - SKIM PAL BANTU PESAKIT AIDS

TERAPI ANTI-RETROVIRAL BAGI RAWATAN PESAKIT HIV DAN AIDS, BERKEAKTIFAN TINGGI PERINGKAT KEDUA, MENCECAH SEHINGGA SERIBU RINGGIT SEBULAN. MENURUT NORLELA MOKHTAR, YANG DIJANGKITI HIV SEJAK TAHUN 2006;

Video disiarkan pada tarikh 20-8- 2014

Pengumuman: Bantuan Skim PAL dari Yayasan AIDS Malaysia kini dibuka

Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Sime Darby telah bersetuju untuk menaja sepenuhnya skim PAL, skim  yang menyediakan bantuan ubatan bagi ARV peringkat kedua kepada mereka yang hidup dengan HIV. Penajaan Yayasan Sime Darby adalah bernilai RM 1.5 juta untuk tempoh tiga tahun (Jun 2014 – Mei 2017). 

Di bawah Pal Scheme, setiap penerima bantuan akan menerima penajaan satu jenis ARV sebanyak sekali setiap dua bulan.

MAF kini membuka penamaan calon dari semua ahli gabungan Majlis AIDS Malaysia untuk menjadi penerima skim ini untuk kemasukan Disember 2014.

Kesemua calon perlu menepati kriteria seperti dibawah:

1.     Kriteria Perubatan

a)   Telah dianalisa menghidapi HIV dan ‘CD4 (sel darah putih) count’ di bawah 350 cells/mm di Klinik Penyakit Berjangkit di Hospital Kerajaan.
b)    Menunjukkan sikap positif terhadap rawatan yang diterima;

2.     Kriteria Bukan Perubatan:

a.   Mestilah rakyat atau penduduk kekal Malaysia
b.   Berumur 18 tahun dan ke atas.
c.   Memiliki pendapatan dan isi rumah bernilai RM2,000 dan ke bawah

Pemohon hendaklah memuat turun borang yang disediakan dan mengisi boring tersebut beserta dengan lampiran

1.     Salinan Kad Pengenalan
2.     Bukti Pendapatan Bulanan (Borang EA /Penyata KWSP/ Slip Gaji/ Penyata Bank)

Jika pemohon mengalami masalah untuk mengemukakan Bukti Pendapatan Bulanan, pemohon boleh mengisi borang ‘Penyata Pendapatan Skim PAL’ untuk mengesahkan pendapatan bulanan pemohon.

Hantarkan borang yang lengkap menerusi:

Email:


Pos:
En Afiq Mustaffa
Malaysia AIDS Foundation
No 12, Jalan 13/48 A, The Boulevard Shop Office
Off Jalan Sentul
51000 Kuala Lumpur

Untuk pertanyaan selanjutnya, anda boleh menghubungi En Afiq di 03 4047 4222 atau En Arif di 03 4047 4257

Sumber - DISINI




Skim Pal bantu Pesakit AIDS 

KEPONG - Yayasan Aids Malaysia (MAF) memperkenalkan Skim Pal bagi mengumpul dana bagi membiayai kos ubat Terapi Anti-Retroviral Berkereaktifan Tinggi (HAART) peringkat kedua penghidap HIV di negara ini. Pengerusinya, Profesor Dr Adeeba Kamarulzaman berkata, buat permulaan pembentukan skim itu memberi bantuan kepada pesakit yang mempunyai pendapatan minima RM2,000. 

Menerutnya, skim itu juga adalah antara usaha penjenamaan semula skim perubatan sedia ada yang diperkenalkan MAF pada 1998. "Tujuan utama kita adalah untuk memastikan golongan pesakit ini boleh menjalani kehidupan seperti biasa tanpa perlu bimbang dengan kos perubatan yang sememangnya tinggi ketika ini," katanya. 

Beliau berkata, keperihatinan rakyat Malaysia khususnya diharap dapat menyumbang kepada skim terbabit yang sebenarnya banyak membantu pesakit AIDS sejak dahulu lagi. "setakat ini lebih 50 penghidap HIV di negara ini menerima bantuan ini dan berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan pada 2010 pula seramai 9,962 daripada anggaran 26,722 atau 37.3% penghidap HIV di negara ini mendapat rawatan melalui HAART," katanya.

Dr Adeeba berkata, kerjasama dengan organisasi dan syarikat korporat ketika ini juga dilihat antara usaha bersepadu pihaknya di dalam merealisasikan impian berkenaan. Pihanknya percaya sasaran kutipan dana boleh melebihi RM1 juta berdsarakan kutipan menerusi program reben merah yang diadakan setiap tahun. - (artikel ini bertarikh - 14 July 2011)

Sumber DISINI


HIV AIDS

Semenjak mula dilaporkan pada tahun 1981, penyakit AIDS terus membimbangkan seluruh dunia terutamanya di negara-negara barat dan Afrika. Kebimbangan ini timbul kerana penyakit AIDS telah merebak dengan luasnya dan sehingga sekarang belum ada lagi rawatan khusus untuk penyakit ini. Kebanyakan pesakit AIDS berkesudahan dengan kematian.  


Walaubagaimanapun, penyakit AIDS boleh dicegah dengan berkesan. Ini memerlukan kerjasama dan penglibatan setiap individu dan lapisan masyarakat. Selain daripada itu, apa yang yang mendukacitakan ialah seorang pesakit AIDS itu bukan sahaja terpaksa menghadapi akibat serangan kuman AIDS tetapi terpaksa pula berhadapan dengan tekanan-tekanan sosial yang disebabkab kurang fahaman tentang penyakit AIDS. 

Adalah diharapkan segala informasi yang terdapat di dalam laman web ini dapat mengurangkan kebimbangan keterlaluan orang ramai, memperbaiki perspektif terhadap pesakit AIDS, dan memberi panduan kepada mereka yang berisiko tinggi khususnya dan amnya kepada orang ramai dalam mencegah dan mengawal penyakit AIDS.

Apa itu AIDS? 
AIDS ialah penyakit yang disebabkan oleh sejenis kuman virus (Human immunodeficiency virus-HIV atau virus AIDS) yang melumpuhkan keupayaan semulajadi badan di dalam melawan penyakit. Dengan lumpuhnya keupayaan ini, mereka yang dijangkiti virus AIDS akan terdedah kepada:-
  • Semua jenis kuman termasuk yang biasanya tidak membahayakan
  • Beberapa jenis barah yang biasanya jarang berlaku
Bagaimana AIDS Merebak? 
AIDS merebak melalui darah, air mani dan cecair faraj daripada orang-orang yang telah dijangkiti virus AIDS. AIDS juga boleh merebak daripada seseorang ibu yang telah dijangkiti kepada bayi yang dikandungnya. 

Berdasarkan kepada cara-cara virus AIDS berjangkit, anda mungkin terdedah kepada virus AIDS sekiranya anda melakukan perkara-perkara berikut:-
  • Hubungan seks sejenis (Homoseks)
  • Hubungan seks dengan berbilang pasangan
  • Hubungan seks dengan pekerja seks
  • Berkongsi menggunakan jarum suntikan untuk penagihan dadah.
Bolehkah AIDS Dijangkiti Melalui Pendermaan Darah? 
Tidak. Ini adalah kerana semua alat yang digunakan untuk pengambilan darah adalah bersih daripada kuman dan ianya hanya digunakan sekali sahaja. Mereka yang tidak terdedah kepada AIDS adalah digalakkan untuk terus menderma darah. 

Bolehkah Anda Dijangkiti AIDS Melalui Pemindahan Darah? 
Ini tidak mungkin akan berlaku kerana setiap unit darah yang diderma di negara ini diuji untuk antibodi AIDS. Antibodi AIDS adalah bahan-bahan yang dihasilkan oleh tubuh badan seseorang yang dijangkiti oleh virus AIDS. Sekiranya terdapat Antibodi AIDS, darah itu akan dimusnah dan tidak digunakan. 

Bolehkah AIDS Berjangkit Dengan Menyentuh Pesakit AIDS? 

Tidak. AIDS tidak boleh merebak melalui sentuhan dan juga cara-cara lain seperti:-
  • Sentuhan
  • Bersalaman
  • Bersukan
  • Berhimpit-himpit di tempat yang sesak
  • Bekerja dengan seorang pembawa AIDS
  • Berciuman
Bolehkah AIDS Berjangkit Melalui Pinggan, Mangkuk, Sudu dan Gelas yang Digunakan oleh Pesakit AIDS? 
Tidak. Virus AIDS tidak dapat hidup di luar tubuh manusia. Membasuh pinggan, mangkuk, sudu dan gelas seperti biasa dapat membunuh kuman tersebut.

Bolehkah anda mendapat AIDS dengan memakan makanan yang disediakan oleh pesakit AIDS? 
Tidak. Kerana AIDS tidak merebak melalui makanan 

Bolehkah AIDS berjangkit dengan menggunakan tandas awam, telefon, dan kenderaan awam?
AIDS tidak boleh dijangkiti dengan menggunakan kemudahan awam di atas oleh kerana ia tidak merebak melalui:-
  • air
  • udara
  • makanan
  • menyentuh dan memegang barang-barang kepunyaan pesakit AIDS.
Bolehkah AIDS merebak melalui kolam renang?
Tidak. Virus AIDS akan dimatikan oleh klorin yang dicampurkan ke dalam air di kolam renang. 

Bolehkah AIDS berjangkit melalui mencuba pakaian di kedai pakaian?
Tidak. Oleh kerana AIDS tidak boleh merebak melalui udara atau dengan menyentuh barang-barang yang telah disentuh oleh pesakit AIDS. 

Bolehkah AIDS berjangkit melalui gigitan nyamuk?
Tidak. Sehingga sekarang tidak ada bukti saintifik menunjukkan bahawa gigitan nyamuk boleh merebak AIDS. 

Bagaimanakah anda boleh mengetahui yang anda telah terdedah kepada virus AIDS?
Anda boleh mengetahui yang anda telah terdedah kepada virus AIDS dengan mendapatkan ujian darah di hospital-hospital kerajaan yang berhampiran. Semua keputusan adalah rahsia. 

Apakah maknanya jika ujian darah itu negatif?
Ini bermakna antibodi AIDS tidak dikesan. Biasanya ini menunjukkan yang virus AIDS tidak ada dalam badan anda. Walaubagaimanapun, antibodi tersebut hanya dapat dikesan selepas enam minggu hingga tiga bulan anda terdedah kepada virus AIDS. Dalam keadaan begini, ujian darah ulangan adalah diperlukan. 

Apakah maknanya jika ujian darah itu positif?
Ini menunjukkan antibodi terhadap virus AIDS itu telah dapat dikesan. Ini bermakna anda telah terdedah kepada jangkitan virus AIDS. Walaubagaimanapun, satu lagi ujian darah perlu dijalankan untuk mengesahkan anda benar-benar dijangkiti virus AIDS. 

Bilakah anda akan disahkan sebagai pesakit AIDS?
Anda akan disahkan sebagai seorang pesakit AIDS sekiranya anda mempunyai ciri-ciri berikut:-
1. Ujian pengesahan darah anda adalah positif.
2. Mempunyai sebahagian daripada tanda-tanda dan gejala penyakit AIDS seperti berikut:-
  • Susut berat badan melebihi 10% tanpa sebab-sebab tertentu.
  • Cirit-birit yang berlarutan.
  • Demam yang berpanjangan (sekali-sekala ataupun berterusan)
  • Batuk-batuk yang berterusan.
  • Bengkak-bengkak kelenjar di leher, ketiak, atau pangkal peha.
  • Penyakit herpes zoster yang berulangan. Herpes zoster adalah sejenis jangkitan urat saraf yang kelihatan sebagai lepuh-lepuh di kulit.
  • Penyakit kandidiasis di bahagian mulut dan farinks. (tekak) Kandidiasis adalah penyakit kulit yang disebabkan oleh sejenis kulat.
  • Penyakit herpes simplex yang merebak dan berulangan. Herpes simplex adalah sejenis jangkitan kulit yang biasanya kelihatan sebagai lepuh-lepuh di sekitar mulut atau kemaluan.
3. Mempunyai penyakit-penyakit bersabit lumpuhnya keupayaan badan melawan penyakit yang disebabkan oleh kuman AIDS seperti:-
  • Jangkitan paru-paru (Pneumocytis carinii pneumonia).
  • Barah di kulit atau mulut (Kaposi's sarcoma)
  • Jangkitan-jangkitan lain yang jarang berlaku di kalangan orang yang sihat.

SUMBER DISINI

Sunday, 17 August 2014

ALWI OTHMAN - SAYA DAPAT TAHU ADA HIV, SEMINGGU SEBELUM BERNIKAH

As salam, sebenarnya tidaklah saya mampu membongkar blog Encik Najmi dengan begitu segera cuma saya mencari intipati yang segera sekarang ni. Beginilah jika saya ingin memudahkan cerita....

photo hanya hiasan

Saya telah dijangkiti virus HIV sebelum saya berkahwin kerana ujian HIV saya gagal ketika membuat ujian di klinik. Saya telah dinasihatkan oleh doktor dan juga kaunselor serta pegawai Jabatan Agama untuk tidak meneruskan perkahwinan kami. 

Pada masa itu saya tidak nafikan bahawa saya mengalami kecelaruan hidup. Saya memberi kata putus kepada isteri untuk memutuskan pertunangan. Ketika itu tempoh yang kami ada cuma seminggu sebelum akad nikah. Dengan segala persiapan telah dilakukan, mana munasabah dengan mudah untuk saya membatalkan perkahwinan kami.
Saya menangis dan berasa sangat kesal. 

Dipendekkan cerita, alhamdulillah saya sudah pun menikah dan raya kedua kami telah bersama. Dukacita saya maklumkan saya bersama dengan isteri saya hanya 3 kali sahaja sepanjang perkahwinan. Kali terakhir hubungan saya bersama isteri, kondom yang saya guna telah pecah, bayangkan perasaan saya masa tu kerana saya tidak mahu isteri saya terjangkit kerana kalau mati biarlah saya seorang sahaja yang mati.

Dalam diam saya buat sekali lagi ujian darah di klinik swasta. Sememangnya nyata saya ada HIV +. Saya akur akan balasan Allah. Hidup diteruskan juga. Kami tidur berasing, rumahtangga kami juga seringkali panas. Acapkali bertengkar dan cukup stress untuk diteruskan.

Hanya keluarga dan isteri saya sahaja yang tahu akan keadaan saya begini. Selalu saya menolak and memberi alasan untuk pulang kerumah mertua. Malu saya pada mereka berbalam-balam. Saya cukup tidak betah jika ada dirumah mertua saya. Makcik pakcik serta kawan-kawan juga seringkali memperli saya bila nak ada anak?

Persoalannya, saya tidak memakan apa-apa ubat setelah mengetahui saya sakit (ada HIV). Sehinggakan saya menolak untuk menjalani saringan ujian darah. Saya juga menolak pertemuan dengan pegawai kesihatan dan saya pernah maki hamun pegawai tersebut, kerana saya cukup tertekan ketika itu.

Saya cuba mengadu masalah pada kawan-kawan tetapi amat dukacita saya dipinggirkan. Oleh demikian saya sendiri menjalani kehidupan tanpa sahabat yang rela mendengar permasalahan saya. Sehingga nak tahu kaedah-kaedah rawatan pun terbatas.

Andai Encik Najmi dapat membantu saya:
1. Dapatkan rawatan yang sesuai untuk pesakit seperti saya
2. Dapatkan ikhtiar untuk peroleh anak tanpa memindahkan jangkitan kepada isteri and bakal anak saya. Tidak  mengapalah, saya menganggap saya menghantar email ni kelangit biru.

Salam uzlah dari
ALWI OTHMAN
(bukan nama sebenar)




Salam Alwi, ya hidup mesti diteruskan walau apa pun yang telah berlaku.

Saudara pergi lah ke hospital besar berdekatan ditempat saudara, pergi ke kaunter dan tanya dimana klinik yang merawat pesakit HIV, jumpa doktor, nanti doktor akan beri nasihat apa yang perlu saudara buat dan ikut. Dengar nasihat dan patuh arahan mereka. Jika disuruh datang untuk ambil darah dan appoitment dengan doktor, kenalah patuh. Jika disuruh mula makan ubatan (sebab CD4 dah rendah) perlu makan.

Saudara masih boleh mendapatkan anak bebas HIV dalam masa sama isteri tidak dijangkiti HIV. Malah ada ke dua-dua pasangan suami isteri yang positif HIV juga boleh dapatkan zuriat yang bebas HIV, TETAPI proses untuk mendapatkan anak bebas HIV perlu mendapat nasihat dan dipantau oleh doktor, dengan lain kata isteri yang tidak ada HIV juga perlu makan ubatan tertentu, malah keadaan diri saudara (CD4 dan Virol Load) perlu dipantau rapi sebelum hubungan dibenarkan. 

Abang ada rakan suami isteri yang dapat anak bebas HIV, .jika saudara hendakkan nasihat dari mereka add abang di facebook insyaallah nanti abang cuba hubungkan saudara dengan mereka insyaallah. - NAJMI




LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (58) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST