Thursday, 10 July 2014

UZZI - JIKA HIV INI KAFARAH DIATAS DOSA-DOSA SAYA SELAMA INI, SAYA REDHA.

Saya pun berasakan HIV ni sebagai satu "anugerah" dan "hidayah" buat saya.
 
photo hanya hiasan - www.deviantart.com


Kalau tidak kerana HIV, mungkin saya akan terus lalai dan hanyut. Semenjak saya ada HIV ni, saya cuba sebaiknya untuk tidak tinggalkan solat. Kadang-kadang ada solat awal waktu, kadang-kadang akhir waktu, tapi sebolehnya saya taknak tinggalkan solat lagi seperti dulu. kalau ada kesempatan, memang saya akan pergi solat subuh dan magrib jemaah di masjid.

Sekarang ni, kembali baca al-quran. Kalau dulu, jarang-jarang sangat nak sentuh. Bukan tak tau baca cuma malas nak baca. Tapi bila ada HIV, dok ingat mati, sebab takut mati dalam keadaan amal kurang, buat termampu boleh segala amal kebaikkan.

Kehidupan yang dulu, memang dah buang jauh-jauh. Memang kadang-kadang tu, nafsu memang bergelora, darah muda katakan, tapi saya tahankan dan lawan sedaya mungkin. Saya mengelak untuk berjumpa "kawan-kawan yang boleh mendorong saya ke arah kehidupan lama", dan saya mengelak untuk "berjumpa dan berkawan dengan orang-orang baru yang hanya ingin berjumpa untuk casual sex". Setakat ni, alhamdulillah, saya berjaya mengelak dan mengawal godaan.

Dan kali ini, saya tergerak hati nak buat umrah, kalau dulu, pergi setakat buat syarat je sebab mak sponsor, sekarang ni, saya sendiri yang nak pergi, saya sendiri yang nak kuar belanja, saya sendiri yang nak mencari keredhaan Nya. Semoga Allah mudahkan urusan umrah saya.

Kadang-kadang, terdetik di hati saya, rasa kecewa dan biar nyawa saya diambil di Tanah suci saja semasa umrah nanti, tapi saya tahu, tidak elok minta sebegitu. Saya yakin Allah panjangkan umur saya, berikan saya kesihatan yang baik (walaupun CD4 saya bawah 200), murahkan rezeki saya, mesti ada sebabnya. Mungkin ada "tugasan" yang belum selesai untuk saya, saya yakin, Allah maha mengetahui. dan saya bersyukur dengan nikmatNya.

Entry ni (disini), buat saya insaf. Betul kata orang tua, sudah terhantuk baru nak terngadah, tapi jika kita tidak terhantuk, kita tidak akan sedar akan kesilapan dan kelalaian kita. Kita juga tidak akan terngadah atas kealpaan kita dulu dan berubah untuk menjadi hamba Nya yang lebih baik dan beriman.

ini semua adalah sebagai peringatan awal kepada diri saya sendiri. Seksaan di akhirat lebih mengazabkan daripada seksaan di dunia. Jika HIV ini dapat mengurangkan azab di akhirat kelak, saya rela menerimanya dengan hati yang redha. Jika HIV ini sebagai kafarah di atas dosa-dosa saya yang terdahulu, saya redha menerimanya.

Semoga kita semua sentiasa berada di dalam rahmat dan lindungan Nya

-UZZI-
Sumber dari ruang 
komen pembaca di SINI



16 comments:

  1. Saya doakan semoga Uzzi diberi kekuatan oleh Allah utk lalui ujian ini. Ingatlah dunia ini hanya sementara dan akhirat jua yg kekal abadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk najmi juga..najmi puasa penuh tak?

      Delete
    2. Alhamdulillah, saya hanya tidak dapat puasa pada tahun 2010 dan 2011 sahaja kerana terpaksa makan ubat (SLN30) 2 kali sehari pada ketika CD4 masih terlalu rendah (jika tinggi pun jika doktor kata jangan puasa saya tidak akan puasa ketika itu).

      Lepas tu sehingga tahun ni alhamdulillah dah boleh berpuasa penuh (sempurna), kerana ubatan yang saya makan selepas tahun itu hanya makan sekali sehari sahaja. Alhamdulillah....:)

      Delete
  2. doa saya agar segala amalan uzzi diterima Allah dan berharap uzzi istiqamah dalam segala ibadah..dulu saya pun bagai tidak dapat menerima ujian allah ini sebagai kifarah.tapi selepas mendekatkan diri kembali dengan agama.saya berasa syukur pulak diberi peluang oleh allah untuk kembali ke pangkal jalan..insyaallah..allah swt yang maha merancang, kita harus redha n terima sesuatu ketentuan..
    -HIV it is not an ending, but it is a beginning of a new journey-
    Eff..

    ReplyDelete
  3. Sedih.. sebab itulah yg dituturkan oleh tunang saya.. Apakan daya, nasi sudah menjadi bubur. Tetapi harus begini pgjarannya, jka tidak smpai bila pun takkan sedar dn terus hnyut buat selamanya. -Dhamya

    ReplyDelete
  4. Kenapa nak sedih,hiv bukan penamat kehidupan,dengan rawatan skrg plhiv inshaAllah mampu hidup normal seperti biasa.yg penting jadikan ini sebagai peringatan untuk menjadi hambaAllah yg beriman lagi bertaqwa.beruntunglah org yg diberi peringatan krn Allah benar2 menyayanginya :-)

    ReplyDelete
  5. Jangan laa sedih. Hidup kena positif. Orang yg diuji dengan sakit dan sebagainya merupakan tanda yg Allah kasihkan orang tersebut. Kalau orang tersebut redha dan sabar dengan ujian yg diberikan sudah tentu Allah akn membalas sesuatu yg lebih baik.

    Cuba lihat apa yg berlaku ke atas Firaun. Mengikut riwayat Firaun ketika hayatnya tidak pernah merasa sakit. Beliau sentiasa sihat sehinggakan beliau menjadi sombong dan angkuh dan mengaku dirinya Tuhan. Akhirnya beliau mati dalam kehinaan.

    Apabila manusia diuji dengan kesakitan biasanya manusia akn menjadi lebih dekat dgn Allah. Itu yg Allah nak. Dia nak kan kita sentiasa mengigatinya.

    ReplyDelete
  6. Aslmualaikum..
    Slm kenal dr Indonesia, berawal dri ketakutan sy terhadap prilaku beresiko sy 10.7.14 yg llu mmbukakan mata hati sy ttg apa itu arti hidup. Sy pria yg hnya melakukan oral sex dgn pria paruh baya yg tdk sy ketahui kesehatannya dn dgn sangat menyesali sy tdk mnggunakan kondom. Esokny beribu2 artikel HIV-AIDS yg sy baca mmbwt sy sangat takut, depresi, stress bhkn smpai mengalami Psikosomatis Dirsorder.. Sy menangis kesana kemari krn ketakutan, namun menangis didepan dokter2 tdk mmbwt sy damai.. Dan menangis kepada Allah SWT lah baru sy mndptkn kedamaian. Sblmny sy jarang shallat, tp smnjk ketakutan ini, Insya Allah 5 Waktu.. Dlm sehari atau jg kdng slepas shallat psti sllu baca Yaasin.. Sampai saat ini sy tdk tau apakah sy HIV atau tdk.. Namun sy akan terima hasilny nnti 10.11.14 tepat dihari ulang tahun sy.. Yg pasti krn kejadian ini, sy mulai hidup ke jalan Allah SWT.. Ini teguran besar, Trmksh atas artikel ini, menguatkan sy akan menerima hasilnya nnti.. Mohon do'anya... :)

    ReplyDelete
  7. Ralat euy.. 10.8.14.. :P
    saat menulis ini sy masuk hari yg ke-15 dri prilaku beresiko sy.. Klo blh bercerita kondisi fisik sy saat ini, 3 hri dr kejadian kena radang tenggorokan dri bakteri, dn sdh sembuh krn antibiotik, cm saat ini ad pembengkakan getah bening di leher lebih dari satu.. Smoga akan lekas mengecil.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. W Salam rakan dari Indonesia...

      Apa yang penting saudara perlu jalani ujian HIV, selagi tidak melakukannya selagi itu kita tidak pasti. Ketakutan itu adalah pekara biasa, ya alhamdulillah sebab saudara ditelah diturunkan rasa takut atas kesilapan lalu..semoga apa yang telah berlaku akan menjadi pengajaran buat diri saudara untuk teruskan kehidupan dengan lebih baik.

      Insyaallah abg doakan agar keputusan ujian HIV pada 10-11-2014 itu nanti menunjukan ianya negatif. Usah fikir banyak ya..cuba elak stress dan fikir positif sahaja...:)

      Delete
    2. RALAT (PEMBETULAN).......

      Mengenai tarikh yang ditulis oleh saudara dari Indonesia ini.
      Aktiviti berisiko bukan berlaku pada 10-7-2014 TETAPI berlaku pada 10-8-2014...:)

      Delete
  8. bang naj terima kasih,, harapan besar disaat tes nanti ialah NEGATIVE.. saya sangat berharap.. :(

    bang naj, makin hari makin takut saya, teringat orang yang mengajak saya oral sex seluruh kukunya berwarna putih.. setelah search di google ialah permasalahan Leukonichya Totalis.. saya takut bang naj.. saya coba message beliau via wechat tapi saya dah di block.

    bang naj, entah bagaimana mau mengungkapkan ketakutan ini, saya rasanya mau nangis saja.. saya tidak melihat masa depan saya, tapi yang saya lihat adalah bagaimana saya menyikapi kalau saya positive.. :'(

    bang naj, bolehkah abang kasih tau bagaimana gejala hiv sebelum bang naj tau abang positive.. bang saya gak kuat, rasanya mau runtuh jiwa ini.. saya selalu shallat,shallat dan shallat.. tapi tetap saja bawaan saya mau nangis terus bang naj... :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Gejala HIV yang abg alami dulu?? Abg hanya ingat selepas disahkan positif, abg cuba ingat2 balik gejala HIV yang abg alami dan bandingkan dengan maklumat dalam laman2 web HIV. Antaranya demam yang susah mahu sembuh, naik ruam bintik2 gelegata dihampir satu badan.

      Yang penting saudara kena buat ujian HIV bagi mengetahui status diri saudara, jangan tunggu lagi pergi lah buat ujian ya..

      Delete
  9. Assalamualaikum, Bang Naj, apa khabar? Saya dari indonesia.

    Bang naj. Hari ini kali ketiga saya tes hiv combo, dari hari ke 3, 26 dan 46 Alhamdullilah Non-Reactive. Rasa gak sabar menanti 90 day!

    Tapi bang naj, yang bikin keraguan saya mengalami foliculitis di belakang badan (ada beberapa), dan sedikit bengkak di leher (lymph node kah atau apa saya harap hanya spasme otot saja) atau mungkin ketegangan otot akibat depresi..

    Bang Naj, maaf sekiranya tumpang curhat, tapi saya juga memberikan doa agar bang naj diberi kesehatan selalu.. Saya diberi nasehat oleh doctor, selalu berdoa karena Allah itu maha pengampun.. :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ANONYMOUS,

      Ya mungkin sebab stress (depresi), bila stress yang terlampau boleh menyebabkan sistem imunisasi badan menjadi lemah, bila lemah macam2 sakit boleh kita alami seperti sakit2 badan lesu lemag gatal2 dan sebagainya. Abg harap saudara cuba kawal stress, jangan fikirkan sangat ya..

      Abg harap ujian seterusnya tetap negetif...:)

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST