Friday, 18 July 2014

PENYELIDIK TERTINGGI AIDS ANTARA YANG TERBUNUH DALAM NAHAS PESAWAT MH17

MELBOURNE, 18 Julai 2014  - Penyelidik-penyelidik AIDS peringkat tertinggi yang sedang dalam perjalanan bagi menghadiri persidangan antarabangsa di sini dilaporkan antara mangsa yang terbunuh dalam kemalangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Ukraine, pada Khamis.

AIDS expert Joep Lange was on the Malaysia Airlines flight. Source: Supplied

Penyelidik klinikal Belanda dan Pengarah Bersama Penyelidikan Kerjasama HIV Belanda-Australia Dr Joep Lange dilaporkan antara mereka yang terbunuh dengan sahabat dan rakan sekerja meluahkan kesedihan menerusi Twitter, lapor portal ninemsn.

Persatuan AIDS Antarabangsa (IAS) tidak menamakan mana-mana penumpang tetapi mengeluarkan kenyataan menyatakan 'kesedihan ikhlas' berikutan kehilangan "rakan-rakan dan rakan sekerja" yang dalam perjalanan ke Persidangan AIDS Antarabangsa ke-20.
 

"Pada waktu yang sangat sedih dan sensitif ini, IAS berdiri bersama keluarga di peringkat antarabangsa dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang kehilangan orang tersayang". 

Sejumlah penumpang dipercayai mewakili organisasi seperti 'Stop AIDS Now' dan 'AIDS Fonds Netherlands'. Mereka dalam perjalanan ke persidangan AIDS. 

Sementara itu, Menteri Luar Australia Julie Bishop mengesahkan 27 warga Australia terbunuh dalam kemalangan udara itu, menurut Australian Associated Press. 

Bercakap dalam sidang media di Canberra, Bishop berkata angka itu telah disahkan menerusi penyata penerbangan dan pasport, tetapi memberi amaran angka berkenaan mungkin meningkat kerana lebih ramai penumpang telah dikenal pasti. 

Seorang pegawai dari Kod perkongsian KLM Royal Dutch Airlines mengumumkan angka sebelum ini dalam sidang akhbar di Amsterdam. 


MAS mengumumkan di Kuala Lumpur bahawa daripada 283 penumpang, Belanda 154; Malaysia 43 (termasuk 15 anak kapal); Australia, 27; Indonesia, 12; United Kingdom, sembilan; Jerman, empat; Belgium, empat; Filipina, tiga; Kanada, satu; dan yang tidak disahkan 41. 

Pesawat MH17 terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur sebelum ia terhempas di Ukraine. Ia membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal.  

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pada awal Jumaat bahawa pihak berkuasa Ukraine percaya bahawa Boeing 777 telah ditembak jatuh.  

-- BERNAMA 


AL FATIHAH dan salam takziah buat mangsa-mangsa nahas MH17. Buat masa ini penting bagi kita semua mendoakan agar semua waris mangsa diberi kesabaran dan ketabahan ketika menghadapi ujian kehilangan orang yang tersayang - NAJMI


 

9 comments:

  1. Bro ! Find this 5676977 on google you will see the results. Saya harap info ini berguna. Dah 12 tahun dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous..

      Terima kasih dg info tersebut...insyaallah saya akan tengok nanti...

      Delete
  2. Kaedah tersebut mmg tak berkesan Najmi. Tak payah layan. Buang masa jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tengok..dah skodeng2 kat facebook 5676977 tapi tulah.....

      Delete
  3. Salam, korang semua ni x rasa pelik ke rawatan HAART boleh buat virus sampai undetectable tapi still masih korg hidup sbg plwhiv? Sbnrnye ni konspirasi WHO.. Mereka mmg xmau org pulih sepenuhnya, cuma org2 tertentu sahaja iaitu vip2 besar dunia yg diberi rawatan sehingga sembuh.. Sbnrnya cure utk hiv dah pun mereka jumpa, caranya menggunakan radioaktif... Please, we need u guys to stand up and push them to reveal that! Or else, dorg akan biar kalo boleh half population dunia ni kene hiv baru dorg reveal utk keuntungan mereka.

    Saya tak harapkan korg semua utk percaya but pls think about it cuz its the truth.

    Salam ramadhan n syawal,
    NJJ

    ReplyDelete
  4. Abg njmi skrang ni mcm mne dh ok kew

    ReplyDelete
  5. Salam....abg njmi mcm mne skrang dh ok kew

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Apa yang ok? Kesihatan abg alhamdulillah baik2 aje...:)

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST