Tuesday, 8 July 2014

NORASID MD. SAID - PUASA PESAKIT HIV

Menjalani ibadah puasa bagi semua insan beragama Islam adalah satu kewajiban pada bulan Ramadhan, semuanya tidak terkecuali khususnya bagi mereka yang teah melewati syarat-syarat sah berpuasa. 

Biarpun begitu, ada kelonggaran bagi mereka yang uzur syarie, sakit, kanak-kanak dan sebagainya. Bagi mereka yang sakit dan uzur, mereka diberi kelonggaran untuk tdak berpuasa dan akan mengantikannya semual sekiranya telah sihat kerana pada waktu itu mereka sedang menerima rawatan dan sedang memakan ubat-ubatan yang disyorkan doktor.

Tapi bagaiman pula dengan individu yang perlu makan ubat-ubat khas untuk kesinambungan hayat? Begitu yang dialami oleh orang-orang yang hidup dengan HIV. Mereka bergantung sepenuhnya kepada ubat khas. Ia perlu dimakan secara tetap dan berjadual mengikut masa, setiap hari pada sepanjang usia mereka, merupakan risiko yang perlu dihadapi golongan ini sekiranya mereka berpuasa pada bulan Ramadhan. 

Namun itu semua bukanlah penghalang bagi orang yang hidup dengan HIV untuk menjalani ibadah berkenaan mengikut kemampuan diri.

Apa yang penting kesungguhan dan semangat atas dasar keinsafan dan ingin beribadat menjadi pendorong golongan ini berpuasa dan melakukan aktiviti terawih dan amalan-amalan yang lain sepanjang Ramadhan. 
 
NORASID Md Said

Menurut sukarelawan Program Pertukaran Jarum dan Alat Suntikan (N.S.E.P) dari Kelab Sahabat META Tanpin, yang juga Exco Pertubuhan Positive Worrior Malaysia, Norasid Md. Said, 40 yang berasal dari Felda Palong Tiga Gemas di Negeri Sembilan, penghidap HIV sepertinya boleh berpuasa seperti biasa. Cuma mungkin sebahagiaannya tidak penuh sebulan.

“Secara peribadi, paling banyak pun saya mungkin mampu berpuasa dalam 15 hari sahaja kerana kami perlu memakan ubat-ubatan mengikut jadual. 

“Setiap hari saya akan memakan HAART (Highly Active Anti-Retroviral Theraphy) dan metadon (ubat khas untuk bekas penagih dadah)

“Umumnya HAART perlu dimakan setiap 12 jam atau 24 jam sekali. Ini bermakna sekiranya saya makan pada pukul 8 pagi saya perlu makan kembali pada pukul 8 malam. 

“Begitulah aturannya setiap hari. Manakala metadon pula saya perlu makan sekali sehari,” jelas Norasid yang menerima virus berkenaan akibat perkongsian jarum suntikan dan didiagnos menghidap HIV sejak tahun 2003.

Kata Norasid yang suka rela memperkenalkan diri sebagai orang yang hidup dengan HIV, hakikatnya dia perlu bijak menyeimbangkan jadual dan masa makan ubat yang telah ditetapkan. 

Jelasnya, biarpun masa makan ubat khas itu akan “lari” dalam tiga ke empat jam dalam sehari dan dikatakan ada risiko tetapi ianya bukanlah muktamad kerana turut bergantung kepada banyak faktor sampingan. Sebagai orang Islam, Norasid tetap tabah melalui perjalanan Ramadhan. 

“Saya akan pastikan mengambil ubat-ubat khas saya selepas bersahur dan apabila berbuka ubat-ubat itu perlu diambil dengan segera.

“Sebenarnya bagi orang yang hidup dengan HIV dan stabil dengan CD4 (penanda aras system kekebalan dalam tubuh) mereka yang meningkat dan kiraan virus yang rendah atau tiada dikesan langsung, golongan ini boleh berpuasa. 

“Sekiranya mereka masih baru memulakan rawatan HIV, dengan CD4 yang rendah dan jumlah virus masih tinggi, maka golongan ini tidak digalakkan berpuasa,” katanya yang telah lapan tahun berumahtangga dan mempunyai tiga orang anak berumur enam, lima dan tiga tahun yang kesemuanya bebas HIV.

Kekangan untuk Norasid berpuasa penuh sepanjang bulan Ramadhan adalah mungkin dia mengalami alahan dengan rawatan metadon, terutamanya jika perut kosong. 

Akibat perut yang kosong, Norasid akan mengalami gangguan dalam perut yang menyakitkan.
Gangguan berkenaan berasa pedih di hulu hati sampai kedada dan menyebabkan badan terasa kekeringan sehingga air liur terasa tiada, mulut menjadi pecah-pecah dan pada siang hari terasa amat lemah. 

“Berbeza sebelum saya mendapat HIV, saya rasa sihat ketika berpuasa berlainan rasanya sekarang. Akbat daripada itu saya terpaksa mengurangkan aktiviti dibulan ini,” katanya.

Apabila ditanya apakah makanan yang perlu dimakan ketika sahur dan berbuka, dia berkata dari segi pemakanan sama seperti individu lain, perlu makan dengan diet yang seimbang, seperti sayur-sayuran, protein dan nasi. Norasid juga akan pergi bertarawih sekiranya terlarat. 

Namun apa yang benar-benar ditekankannya adalah minum air dengan kuantiti yang banyak pada sebelah malam dan pada waktu bersahur agar mempercepatkan proses ubat-ubatan berkenaan berfungsi dan kekal tidak terhidrat pada siang hari.

Ketika ditanya apakah dia pernah bertanya kepada ustaz atau tokoh-tokoh agama mengenai permasaalahnya itu, dia menjelaskan persoalan itu pernah ditanyanya dan ustaz menyuruh untuk dia pertimbangkan sendiri sama ada mampu untuk menganti puasa atau membayar fidyah terhadap puasanya yang tertinggal. 

“Saya memilih untuk membayar fidyah sekiranya tidak mampu mengantikan puasa. Mungkin saya akan ganti puasa beberapa hari sekiranya termampu dan selebihnya saya bayar fidyah,” katanya – ROSMAH DAIN


Sumber MEGA
Utusan Malaysia
Selasa 8-7-2014


 

No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST