Wednesday, 2 July 2014

KECELARUAN GENDER ADA BERKAITAN DENGAN PSIKOLOGI DAN MEMERLUKAN RAWATAN



Gejala kecelaruan gender ada hubung kaitnya dengan persoalan psikologi dan memerlukan rawatan. Tips kaunselor akan membantu pembaca agar dapat memahami apakah yang sebenarnya yang terjadi dan bagaimana mereka yang terlibat harus kembali kepangkal jalan. 

1
Didalam bidang psikologi, gejala kecelaruan jantina dikategorikan sebagai tingkah laku abnormal atau penyimpangan yang memerlukan rawatan yang sepatutnya. Penyimpangan ini bukanlah disebabkan oleh faktor kelahiran atau genetik, sebaliknya banyak dipengaruhi oleh faktor persekitaran individu. Ia melibatkan hubungan kekeluargaan atau rakan sebaya serta bagaimana seseorang itu berkembang secara psikologinya. 


2
Perlakuan menukar jantina hakikatnya adalah tindakan perlanggaran etika kemanusiaan yang menyalahi peraturan kehidupan yang telah ditentukan oleh agama, budaya dan norma sesebuah masyarakat setempat. Ia bukan hak asasi seseorang manusia yang boleh melakukan apa sahaja kerana tindakan yang diambil boleh mengancam nyawa, apatah lagi boleh menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat. Islam meletakkan hak menjaga nyawa sebagai satu keutamaan. Jesteru apabila seseorang melakukan sesuatu yang membahayakan nyawa, maka mereka juga telah melanggar hak asasi yang ditetapkan oleh Islam. 


3
Lelaki yang menyerupai perempuan mahupun sebaliknya hingga ketahap sanggup melakukan perubahan pada alat jantina, secara asasnya tidak dilahirkan sedemikian. Sebaliknya keadaan itu berlaku pada diri mereka akibat pengalaman hidup yang pelbagai, sama ada bersifat traumatik atau dramatik. Pengalaman traumatik adalah akibat dari perlakuan orang lain terhadap mereka. Mana kala pengalaman dramatik adalah pilihan mereka berdasarkan kemahuan sendiri. 


4
Golongan yang terlibat perlu menyedari hakikat kehidupan bahawa setiap orang pasti akan mati dan akan dibangkitkan semula untuk dipersoalkan tentang apa yang telah mereka lakukan didunia ini dihadapan Tuhan. Walaupun kita diberikan kebebasan untuk melakukan apa yang kita kehendaki namun tidak bermakna kebebasan itu tiada batasanya. Misalnya, manusia bebas untuk makan tapi batasnya jangan keterlaluan kerana kelak akan mengundang penyakit. Begitulah kebebasan dalam kehidupan agar kita tidak melangkaui sempadan yang ditetapkan kerana ia pasti mengundang kemudaratan. 


5
Dosa atau pahala bukan lah manusia yang menentukan tetapi manusia diberikan pilihan sama ada melakukan kebaikan atau memilih untuk hidup dalam kerosakan dan kehancuran. Terlalu banyak pengalaman kehidupan yang boleh dijadikan pengajaran namun apabila nafsu memandu manusia akhirnya ia akan membinasakan. 


6
Ingat, mati itu sesuatu yang pasti. Setiap yang bernyawa semuanya akan mati. Cuma bila? Kita tidak diberitahu. Jadi, sebelum membuat sesuatu keputusan, berfikirlah dengan bijak dan waras bersandarkan ilmu bukan nafsu dan emosi. 


7
Jangan kita menjadi manusia yang zalim kepada diri sendiri dan kepada orang lain yang ada disamping kita. Dimana letaknya harga diri dihadapan Tuhan kerana melayan kemahuan nafsu yang tidak memberi apa-apa kebaikan. Bayangkan dimasa hadapan dikala umur kita tua dan tidak berdaya. Semua yang kita miliki akan musnah tiada yang kekal abadi. 


8
Hakikatnya pintu taubat masih terbuka. Sekalipun kita telah jauh sesat dalam perhitungan kehidupan yang kita lalui, masih ada ruang untuk berpatah balik. Kesilapan bukannya berakhirnya kehidupan. Sebaliknya satu permulaan dalam kehidupan untuk mengejar kebaikan. Mulakan daripada sekarang. Berubahlah selagi ada kesempatan.


Oleh Norazman Amat 
Ketua Kaunselor
Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam’
Negeri Sembilan. 
Norazman_amat@yahoo.com 
06-7679905/03 



Sumber Mega Agama
1 JULAI 2014 



No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST