Tuesday, 8 July 2014

~JR~ - SAYA BERJANJI PADA ALLAH AKAN HILANGKAN NALURI SONGSANG INI

Sumber dari ruang komen pembaca di dalam entri di "JAFFAR- AKHIRNYA MEREKA TAHU SAYA GAY DAN BUANG SAYA DARI HIDUP MEREKA" 

photo hanya hiasan - imgarcade.com

Assalam..

Kisah ini (kisah Jaffar) ada kurang lebih dengan kisah saya. Saya terlibat dengan gay ini adalah pada tingkatan 2. Sebelum itu saya memang tidak tahu tentang gay dan hanya suka pada girl dan saya bukan seorang yang lembut. Pada tingkatan satu saya pernah menyukai seorang gadis ini. Dan kami berkawan sehinggalah ada perasaan masing-masing  dalam diri kami.

Perhubungan kami berpanjangan sehingga ke tingkatan 5. Dalam masa saya bersama dengan girlfriend saya itu, satu peristiwa yang merubah hidup straight saya. Ia berlaku pada malam saya bermalam di rumah makcik saya. 

Pada malam itu, rumah makcik saya mengadakan kenduri dan ramai tetamu yang dtang dan salah satunya adalah anak saudara makcik saya. Dia jauh lebih tua daripada saya dan baru sahaja bercerai setelah 3 tahun berkahwin. Saya sangat muda masa itu. Memang tak tahu apa-apa. 

Ditakdirkan masa itu makcik saya menyuruh saya tidur di katil yang sama. Semasa dalam lena tidur, saya merasakan ada tangan yang menyentuh kemaluan saya dan tangan saya pada dia. Saya terus tersentak dan menepis tangannya dan saya berpindah ke bilik sepupu saya. Malam itu saya berfikir perkara itu salah. 

Sejak dari itu, saya seringkali teringat akan accident itu. Sehingga satu masa dia kembali ke rumah makcik saya itu dan terus mencari jalan untuk jadikan saya objek pemuas nafsunya. Ketidakrelaan itu telah menjadi kesukaan apabila nafsu menguasai.

Dan pada tingkatan 5 saya memutuskan semua ini adalah salah. Pada ketika itu, hubungan saya dengan girlfriend masih berjalan seperti biasa. Sehinggalah saya masuk ke universiti untuk diploma, perasaan itu muncul kembali dan kami break up dengan alasan cinta jarak jauh.

Semasa di universiti, saya berkawan dengan rakan karib saya ini. Kami berkawan sangat akrab. Tidur sama, masak bersama, main bola bersama, belajar bersama dan hubungan persahabatan kami sangatlah akrab. Sehingga satu masa itu, saya tertinggalkan laptop di atas meja tanpa log off. Dan disitulah segalanya terbongkar apabila dia dapati website gay dan video gay di dalam laptop saya. 

Hubungan kami terus hambar dan tiada lagi gelak tawa bersama. Saya tiada menyimpan apa-apa perasaan pada dia cuma saya ada naluri songsang itu. Sehingga satu masa, kami tidak serapat seperti sebelumnya selama setahun. Sahabat, jika dia memberi satu pandangan positif pada kita, dia akan mengerti.  

Saya bertaubat. Saya berjanji pada Allah bahawa saya akan hilangkan naluri songsang itu. Dan saya memohon maaf pada kawan saya itu dan alhamdullilah kami kembali berkawan sehinggalah sekarang. Di majlis kahwinnya, sayalah orang yang paling gembira mengaturkan perkahwinannya.

Dan saya sekarang, kembali bersama dengan girlfriend saya. Dan InsyaAllah, kami bakal menikah dalam tempoh 2 tahun lagi.


 ~JR~

 

Salam JR, 

Alhamdulillah, semoga kehidupan saudara tidak tersasar dan akan berkekalan dengan girfriend dan mendirikan rumah tangga suatu hari nanti..Insyaallah. Terima kasih kerana bercerita...:) - NAJMI





No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST